πŸͺ

Tulisan Tangan Anak Masih Tidak Kemas

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Anak perempuan saya (generasi Alpha), Zahra sudah berusia 10 tahun, tetapi tulisannya masih sukar dibaca. Sebagai mak, saya risau — bukan kerana saya mahu dia jadi sempurna, tetapi kerana saya tahu tulisan yang kemas penting untuk masa depannya.

Huhuhu tulisan anak ku...

Kenapa penting? Tulisan kemas mengajar ketelitian dan keteraturan. Ya, ia membentuk disiplin diri dan menghargai kualiti.

Ia juga beri impak positif pada penilaian akademik. Tulisan yang teratur memudahkan cikgu untuk membaca jawapan pelajar dan memberikan markah dengan lebih adil. Saya sangat strees kalau tengok dia tulis digit 4. Nampak macam 9... Grrrrr. Macam mana lah cikgu duk semak buku latihan anak saya.

Dalam tak sedar, menulis dengan kemas dan cantik membantu dalam perkembangan kognitif. Koordinasi Tangan-Mata - Menulis dengan baik membantu dalam pembangunan koordinasi tangan-mata yang penting untuk kemahiran motor halus. Ini juga memperbaiki kekuatan otot tangan dan kawalan motor.

Bagi saya yang dah berumur ni, proses menulis dengan tangan lebih berkesan dalam memperkuat proses ingatan berbanding hanya menaip di komputer. Betul tak? Bila menulis dengan tangan, kita lebih cenderung untuk mengingati maklumat yang ditulis.

Saya mula tertanya-tanya... di mana silapnya? Adakah saya terlambat? Tapi saya tahu, belum terlambat untuk mula.

Di sinilah saya ingin catatkan perjalanan saya membantu anak saya menulis dengan lebih baik — dari tulisan yang comot kepada tulisan yang lebih yakin dan kemas, sedikit demi sedikit. Ini jurnal kami.

Mungkin ada yang sedang melalui cabaran yang sama. Saya harap catatan ini dapat beri semangat dan solusi.

Sharhanah

No comments:

Post a Comment

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...