Tak Sampai 2 Tahun, Dah Teruk Jenama TV Ni

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tarikh beli pada 25 Ogos 2022. Tak sampai 2 tahun dah mula buat perangai. Skrin je jadi macam ni, audio masih ok. Terus suami call CS (Customer Service) dia. Macam biasalah, nak kad jaminan dan resit pembelian.

Jaminan sah sehingga 2 tahun daripada tarikh pembelian. Maknanya, masih dalam jaminan. Masih menunggu CS reply.

Skrin TV Aiwa dah jadi macam ni bermula 21/6/2024

Flash back: TV lama saya ni terselamat daripada banjir besar pada Disember 2021. Air banjir paras pinggang, beza cuma beberapa cm je hampir kena TV yang kami gantung di dinding.  Ogos 2022, suami cuba turunkan, sekali plastik bingkai TV tu pecah berderai. Kondisi sudah rapuh. Pada hari yang sama kami ke kedai barangan elektrik untuk beli baharu. Sayangnya, (tanpa survey terlebih dahulu) suami beli je walaupun bagi saya RM2.7K terlalu mahal. Lewat petang tu, rumah kami dah ada TV. (Rasanya, pembelian paling menyesal yang pernah saya persetujui). Rupanya, harga TV yang kami beli di kedai lebih mahal berbanding kalau beli secara online. Tengok dekat Shopee, harganya RM1.6K saja.

Moral of the story: Jangan kalut sangat nak ganti (suami beli TV sebelum pergi keje syif petang. Nampak dia kalut di situ). Perlu buat survey terlebih dahulu. Bandingkan harga dan rujuk kepada ulasan pengguna. Kalau saya, 2,3 hari saya survey. Dah puas hati baru beli. Saya suka beli online. Suami suka beli di kedai. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan... hahaha. Apa-apa pun ada 1 barang yang saya menyesal beli online. Nanti saya story.

Jenama Philips... 12 tahun dia berkhidmat, masih elok cuma frame sudah reput.

Semua benda akan rosak/luput. Macam tu juga apa yang bernyawa. Pasti akan merasa mati. Cuma kita tak tahu tarikhnya bila. Jom kumpul pahala!
Sharhanah

WFH: Orang Yang Memudahkan Kerja Kita, Resign Pula.

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Gambar sekadar hiasan

Alhamdulillah, kerja dah semakin banyak dan sibuk. Kalau takde keje, boring pulak kan? Macam makan gaji buta rasanya. Lepas raya dah banyak pertanyaan yang masuk dan perlu buat sebutharga. Jenuh menjawab satu-satu.

Kerja saya duduk di tengah-tengah. Antara pihak pengurusan, pihak operasi dan pelanggan. Boleh agak bebannya macam mana?πŸ˜…

Masalah sekarang, tempat rujukan bahagian operasi saya dah resign. Huhuhu. Kalau ada dia, saya tanya soalan jawapan yang diterima padat dan tepat. Lelaki kan... Senang saya nak bagi jawapan pada customer untuk benda yang saya tak tahu di bahagian tersebut.

Bila mesej dengan bos pompuan, mak aiiii... berjela-jela dia bagi. Pointnya mana??? Di hujung nuuu... Penat daku cari. 

Syukurlah bos saya adalah lelaki. Kami memang jarang jumpa. Last jumpa hari tu pun, ada meeting penting bersama bos-bos dan staf-staf. Jarang juga buat Google Meet. Kiranya, 2,3 kali setahun je berjumpa. Maknanya, kami hanya menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung. Teramat pentinglah hantar mesej dengan padat, tepat dan senang faham. Bos pun bekerjaya juga. Kiranya, company ni hanya untuk side income diorang je pun.

Kadang bos bagi arahan thru WA, saya tetiba blur. Ayat dia advance sangat. Jenuh loading kepala otak ni. Macam ni lah kalau bekerja dengan "ex best student" ni kot. Hantar WA, memang lambat dia reply sebab dia pun bekerja.

Nak tak nak, saya kena la tunggu bos reply. Dalam kerja ni memang kena banyakkkk sabarrrr.

Kerja dengan lelaki ni senang. Tanya 1, 1 dia jawab dengan tepat. Takde la meleret-leret macam pompuan. Sebab tu saya masih boleh bekerja dengan company ni. Selagi tak sakit kepala, selagi tak serabut dan selagi bagi arahan di bawah bidang saya, Insha-Allah, saya boleh kekal relevan memberi khidmat sehingga ke usia pencen saya. Chewah!

Sama juga bila mesej teks dengan customer. Yang meleret-leret tu adalah customer pompuan. Yang pendek-pendek tu customer lelakiπŸ˜‚

Untuk makluman Tuan/Puan, 

Xxxxxx xxxxx xxxxxxx xxxx xxxxxxxxxxxx xx.

Xxxx xxxxxxxxx xxx xxx xxxxxxxxxxxxx. Xxx xxxxxx xxxx xxxxxxxxxx.

Harap maklum, terima kasih.

Customer lelaki: Noted. Thanks.

Customer perempuan: Makanan luar macam frozen tu boleh ke bawa? Boleh tolong gorengkan?? Berapa caj yer?

Hahaha... beza kan???

Doakan kerja dari rumah ini dimudahkan urusan, dapat customer yang baik-baik, dan syarikat yang saya bekerja ini dimurahkan rezeki. Moga ada bonus setiap tahun. Aamiinn. Sebab??? Saya nak travel! Huhuhu

Sharhanah

5 Punca Memori Anak Lemah!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kalau tak nak memori anak lemah, tolong ambil serius pada 5 perkara di bawah ini;

Main games.

Tak salah main game, tapi tak boleh secara berlebihan dan ibu bapa perlu memastikan anak bermain video games yang bersesuaian dengan tahap umur. Setiap masa nak main game. Sebab game ni kan, punca distraction nombor 1. Nak belajar pun tak tenang sebab asyik fikir games je. Tapi, kelebihan main games ni kan, dapat meningkatkan mood positif! 

Tidur.

Pastikan tidur on time setiap hari. Tak boleh tidur lambat sangat. Sekiranya lambat tidur, kualiti tidur akan terganggu. Perkembangan otak banyak berlaku ketika tidur.

Jarang buat aktiviti outdoor.

Jarang berlari, melompat, jalan-jalan tengok alam dan sebagainya. Yang ini tak boleh tinggalkan sebab kena buat selalu. Asyik terperuk dalam rumah je. Kita punya kecerdasan dan kecergasan otak itu tidak berkembang dengan baik.

Asyik dengan media sosial.

Terlampau asyik dengan media sosial. Anak-anak yang masih bersekolah atau bawah 18 tahun, janganlah bagi main media sosial. Sebab apa? Media sosial ni punca stress, punca dopamine. So, benda tu semua tak elok.

Layan TV berlebihan.

Individu yang selalu menonton TV tidak bergerak dan sangat berisiko untuk mendapat sakit jantung. Ia juga boleh menyebabkan masalah rabun.

Bawa anak bongsu saya jalan-jalan masuk hutan.

Sharhanah

Mustajabnya Doa Ini…

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Maksudnya:

Dan ingatkah kisah Nabi Ayyub as ketika ia menyeru Tuhannya,  “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang. (Surah Al-Anbiya’:83)

Pelajaran daripada doa Nabi Ayyub

  1. Mengadulah kepada Allah: Anni massaniyaddur “Ya Allah, sesungguhnya aku sedang diuji dengan kesusahan/penyakit”.
  2. Pujian Allah: wa anta arhamurroohimin - “sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Kasihan Belas Lagi Maha Penyayang”.
Dalam kesusahan? Inilah penawarnya

Maksudnya: “Ya Allah rahmat Mu aku dambakan, jangan Engkau biarkan aku bersendirian menguruskan urusan diriku (tanpa pertolongan Mu) dan baikilah untukku urusan hidupku semuanya, tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah.”

Sharhanah

AQIDAH: BERIMAN KEPADA KITAB

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Erti Kitab

  • Kalam Allah yang mengandungi panduan untuk manusia. Diturunkan Allah kepada Nabi dan Rasul yang terpilih.

Keterangan

  • Kumpulan wahyu Allah yang disampaikan kepada para Nabi dan Rasul untuk diajarkan kepada manusia sebagai pertunjuk dan panduan hidup.

Dalil: Al-Baqarah: 213

"Dan Allah menurunkan bersama mereka (Nabi) kitab yang benar"

Hukum

  • Wajib beriman dengan kitab Allah bagi setiap orang Mukmin

Info

  • Diturunkan kepada Nabi dan Rasul
  • Kitab diturunkan dengan perantaraan malaikat Jibril
  • Mengandungi panduan lengkap hidup manusia.

Nama kitab dan Nabi yang menerima

  • Zabur - Nabi Daud A.S
  • Taurat - Nabi Musa A.S
  • Injil - Nabi Isa A.S
  • AL-Quran - Nabi Muhammad S.A.W

Perincian Tentang Kitab

Umat Islam wajib tahu dan beriman dengan empat buah kitab.

Nama Kitab - Rasul - Bahasa - Isi Kandungan

  • Zabur - Daud A.S - Siryani - Petua, Zikir dan nasihat
  • Taurat - Musa A.S - Ibrani - Syariat (peraturan ibadah) dan aqidah / Sejarah Nabi Ismail / Menyatakan Nabi Muhammad SAW merupakan Rasul yang terakhir
  • Injil - Isa A.S - Ibrani - Kisah penciptaan bumi dan manusia / syariat (peraturan beribadah) dan perkara-perkara aqidah / Menyatakan Nabi Muhammad SAW merupakan Rasul yang terakhir
  • Al-Quran - Muhammad S.A.W - Arab - Mengandungi 114 surah dan 30 Juz / aqidah dan syariat (ibadah, malaikat, munakahat dan jinayat) / kisah-kisah bangsa yang terdahulu / etika dan akhlak yang terpuji

Kelebihan kitab Al-Quran

  • Terpelihara daripada penyelewengan
  • Merupakan mukjizat dan syifa' (penawar) bagi segala penyakit
  • Memansuhkan syariat nabi-nabi yang terdahulu
  • Panduan yang lengkap untuk seluruh manusia
  • Sumber rujukan utama tatabahasa Arab
  • Mengandungi pelbagai ilmu
  • Kesusteraan yang tinggi dan indah

Kelebihan beriman dengan kitab

  • Mengenal Allah sebagai pencipta
  • Mendapat petunjuk jalan kebenaran
  • Mendapat ilmu yang bermanfaat
Akibat tidak beriman dangan kitab

  • Murtad
  • Sesat sepanjang hidup
  • Tiada pegangan/panduan hidup
  • Sentiasa berprasangka buruk terhadap Islam
  • Tiada minat yang berkobar-kobar meneroka ilmu Allah

Sumber: Nota UPKK

Sharhanah


Apa Itu Bahagia Sebenar?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. Selama ini mungkin kita salah faham mengenai bagaimana otak kita berfungsi. Memori indah itu bukan tercipta dengan berapa banyaknya wang yang kita ada.

2. Sebenarnya, kita tidak perlu pun tempat yang grand, hadiah yang mahal, makanan mewah untuk cipta kenangan. Cukup dengan gelak tawa gembira, ada orang orang yang kita sayang & rapat ada bersama dengan kita.

3. Zaman kita dahulu... main pondok-pondok pakai kulit kerang buat beli 'ikan & sayur' dah rasa seronok.

#CoreMemory

#KenanganTercipta

#GengZamanToraDatangLagi

Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan

Sharhanah

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...