🌿 Let's Be Friends

Latihan Menulis

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya mula memberi latihan menulis secara berstruktur dengan menggunakan kertas bergaris (3-line paper) yang dibuat sendiri (guna Canva) untuk bantu anak saya  faham tinggi rendah huruf. Ia dapat melatih anak saya menulis huruf satu per satu, bukan terus ayat atau karangan. Takut dia jemu je.

Huruf putus-putus (dotted letters) sesuai untuk anak pra sekolah dan tahun 1. Tapi, anak saya dah 10 tahun!. Saya bagi je dia buat.

Saya mulakan dengan huruf kecil, kemudian huruf besar. Tiru huruf je dulu. Dia boleh siapkan beberapa kertas yang diberi. Kalau beri ayat panjang-panjang, kang tak siap pula.

Nampak dia ni, kalau bersemangat... tulisan nampak kemas. Kalau mai dia punya M.... tulisan macam cakar ayam. Jenuh la nak bagi dia bersemangat sentiasa😑

Tulis nama sendiri, baru dia excited.

dalam buku tulis

Saya kerap memuji dia kalau tulisan cantik. Saya kata, bila tulisan cantik dan kemas... cikgu pun senang nak baca. Kan baik memudahkan urusan orang lain... Allah akan memudahkan urusan kita pula.


Sharhanah

Template Bantu Mudahkan Proses Berulang Dalam Hidup

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Budaya guna template masih belum jadi kebiasaan dalam kalangan ramai orang, terutamanya dekat Malaysia. Walaupun template boleh memudahkan hidup, orang masih belum nampak nilainya secara menyeluruh.

Berikut antara sebab utama kenapa budaya guna template masih kurang dihargai atau "dianggap sepi"...

Simpan dalam phone je

Versi cetak.. boleh simpan dalam fail.

Tak tahu bahawa ia wujud

Ramai orang tak tahu pun template wujud untuk banyak perkara — dari urus kewangan, jadual anak, senarai kata laluan, senarai belanja, hingga ke bahan bantu belajar.

“Oh, ada ke benda macam ni? Tak pernah nampak pun.”

Anggap benda mudah, tak perlu template

Orang rasa macam...

“Nak tulis senarai belanja pun kena ada template ke?”

“Biasa je, tulis atas kertas pun boleh.”

Padahal, template bantu konsisten, menjimatkan masa, dan mengurangkan stress harian.

Terlalu bergantung pada gajet / apps

Ramai suka guna apps, tapi sebenarnya...

  • Apps kadang-kadang kompleks, penuh iklan, atau cepat hilang data
  • Template boleh print, tulis tangan, atau simpan offline
  • Tapi orang tak nampak kelebihan fizikal + visual template

Masih belum jadi budaya

Template ialah alat bantu kehidupan yang sangat biasa di negara-negara seperti Jepun, Korea, dan Barat — tapi di Malaysia, ia masih baru dan dianggap "digital product yang pelik".

Tak sedar template bantu jimat masa dan tenaga

Tanpa template:

  • Masa terbuang fikir nak tulis apa
  • Semua benda tulis ikut suka, jadi tak sistematik
  • Sukar konsisten urus diri, rumah, anak, kerja

Template bantu mudahkan proses berulang dalam hidup.

Salah anggap: hanya untuk cikgu atau peniaga

Ramai fikir:

"Template ni untuk cikgu je buat worksheet."

"Saya tak bisnes, tak perlulah."

Padahal ada template kehidupan harian yang sangat praktikal:

  • Senarai tugas harian
  • Perancangan menu
  • Jadual belajar anak
  • Senarai belanja
  • Inventori rumah
  • Jurnal emosi

"Bukan sebab kita tak pandai, tapi sebab kita nak lebih teratur, tenang dan jimat masa. Betul tak?"

Sharhanah

Tulisan Tangan Anak Masih Tidak Kemas

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Anak perempuan saya (generasi Alpha), Zahra sudah berusia 10 tahun, tetapi tulisannya masih sukar dibaca. Sebagai mak, saya risau — bukan kerana saya mahu dia jadi sempurna, tetapi kerana saya tahu tulisan yang kemas penting untuk masa depannya.

Huhuhu tulisan anak ku...

Kenapa penting? Tulisan kemas mengajar ketelitian dan keteraturan. Ya, ia membentuk disiplin diri dan menghargai kualiti.

Ia juga beri impak positif pada penilaian akademik. Tulisan yang teratur memudahkan cikgu untuk membaca jawapan pelajar dan memberikan markah dengan lebih adil. Saya sangat strees kalau tengok dia tulis digit 4. Nampak macam 9... Grrrrr. Macam mana lah cikgu duk semak buku latihan anak saya.

Dalam tak sedar, menulis dengan kemas dan cantik membantu dalam perkembangan kognitif. Koordinasi Tangan-Mata - Menulis dengan baik membantu dalam pembangunan koordinasi tangan-mata yang penting untuk kemahiran motor halus. Ini juga memperbaiki kekuatan otot tangan dan kawalan motor.

Bagi saya yang dah berumur ni, proses menulis dengan tangan lebih berkesan dalam memperkuat proses ingatan berbanding hanya menaip di komputer. Betul tak? Bila menulis dengan tangan, kita lebih cenderung untuk mengingati maklumat yang ditulis.

Saya mula tertanya-tanya... di mana silapnya? Adakah saya terlambat? Tapi saya tahu, belum terlambat untuk mula.

Di sinilah saya ingin catatkan perjalanan saya membantu anak saya menulis dengan lebih baik — dari tulisan yang comot kepada tulisan yang lebih yakin dan kemas, sedikit demi sedikit. Ini jurnal kami.

Mungkin ada yang sedang melalui cabaran yang sama. Saya harap catatan ini dapat beri semangat dan solusi.

Sharhanah