Sunday, January 8, 2023

Trip Turkiye - Day 1: KUL - MCT - IST


Pemandangan Istanbul waktu malam dari tingkap kapal terbang

Sinopsis hari pertama adalah perjalanan bermula pada pukul 10.20 pagi dari KLIA dan tiba di IST pada pukul 7.20 malam waktu tempatan.

Bermakna, 12 jam penerbangan. Transit di Airport Muscat (2.10-2.45 petang waktu tempatan) sekejap sangat (sempat pergi tandas je) disebabkan penerbangan dari KLIA lewat setengah jam daripada jadual penerbangan asal.

Bagai anak ayam kehilangan ibu (pertama kali saya merasa transit, tidak pada ahli kumpulan yang lain), follow direction yang telah diberi awal sehari oleh ketua kumpulan di dalam group WhatsApp. Beliau telah sampai 3 hari awal disebabkan penuh, dan menunggu kami di IST.

Makan dalam penerbangan Oman Air 3 kali je. Berbeza naik Saudia Airlines. Penerbangan 6 - 7 jam pun dapat makan dalam 5 kali. Mewah betul.

Kami sampai di IST dalam pukul 7.30 petang waktu tempatan. Awalnya blur juga, sebab timing dekat telefon dah pukul 12.30 tengah malam. Patutlah mengantuk ya amattt. Lupa nak tolak 5 jam. Kisahnya macam kita ni datang dari masa depan lah kan ke masa lampau. Dah macam filem genre sci-fiction. Hehehe.

Dalam keadaan lemau satu badan, kami dijemput oleh Tour Leader (TL) orang Malaysia dan Tour Guide (TG) orang tempatan yang sedang menunggu kami di perkarangan Burger King. 

Selepas mendengar taklimat daripada TL & TG, kami bergerak menyeberangi jalan untuk menaiki bas. Ya, bas putih (kebanyakkan bas pelancong berwarna putih). Jangan salah bas sudah. Saya cuma ingat muka driver awal-awal tu dan baru teringat nak snap sekeping plat pendaftaran bas. 

Kami dibawa makan malam di restoran berhampiran dengan hotel yang bakal kami menginap nanti. Saya ni kalau mengantuk, tak makan pun takpe. Tidur lebih utama. Tapi, jamahlah untuk lapik perut. Kesian perut saya.

Malam tu, kami bermalam di salah sebuah hotel 4 bintang di Giyimkent, Istanbul. Urusan check-in mudah. Semua bagasi, bellyboy yang tolong hantarkan sehingga ke pintu bilik.

Tak sabar nak bersihkan diri, tak sabar nak baring atas tilam yang empuk.. nak hilangkan rasa letih satu badan ni haaa..dan tak sabar nak tunggu pemandangan siang di Istanbul!

Nak tahu kami ke mana esoknya??? Tungguuuu

Sharhanah,

Ambil feel nak update blog dalam kesibukan harian

No comments:

Post a Comment