πŸͺ

Ambil Peduli Cuaca Panas - Langkah Melindungi Diri Daripada Kesan Cuaca Panas

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Cuaca panas sekarang memang lain macam lebih-lebih lagi di negeri sebelah utara. Ramai saudara mara saya yang mengeluh, malas nak keluar beraya disebabkan panas. Saya di lembah klang masih ok lagi.

Mana taknya, baru keluar rumah sekejap pun dah rasa letih dan berpeluh. Jadi, eloklah kita kurangkan aktiviti luar yang terdedah terus kepada matahari. Kalau tak ada urusan penting, duduk saja dalam rumah. Pasang kipas atau penyaman udara supaya suasana lebih sejuk dan selesa.

Warna oren tu dah TAHAP 2 (GELOMBANG HABA) 

Bab makan pun kena jaga juga. Elakkan makanan yang terlalu pedas macam cili dan lada sebab boleh buat badan rasa lagi panas. Minuman manis, berkafein atau berkarbonat pun sebaiknya kurangkan. Lebih baik minum air kosong secukupnya  supaya badan kekal segar. Kalau boleh, pilih minuman sejuk berbanding air panas, memang lebih lega.

Pakaian pun memainkan peranan. Jangan pakai yang ketat atau warna gelap macam hitam sebab mudah serap haba. Pilih pakaian longgar dan warna cerah. Kalau kena keluar juga, pakai topi atau guna payung. Sapu krim pelindung matahari supaya kulit tak rosak akibat cahaya matahari.

Kalau kita tak jaga diri, macam-macam masalah boleh jadi. Antaranya ruam panas yang buat kulit pedih dan merah. Ada juga kekejangan haba, bila otot tiba-tiba kejang sebab badan terlalu panas. Selain itu, keletihan haba boleh berlaku bila terlalu lama terdedah pada cuaca panas. Yang paling bahaya ialah strok haba, bila suhu badan naik lebih 40 darjah Celsius dan boleh bawa maut kalau lambat dirawat.

Pendek kata, cuaca panas ni bukan benda kecil. Kena pandai jaga diri, minum air cukup, dan elakkan perkara yang boleh memudaratkan. Simple je, tapi sangat penting.

Sharhanah

1 comment:

  1. Betul tu..kena alert semua orang especially yang ada anak- anak kecik...kat tempat panas pakai la payung ke topi ke..bagi minum air putih banyak- banyak...risau apa2 berlaku..dah ada 1 kematian akibat stroke haba kan...

    ReplyDelete