πŸͺ

Anak Adalah Perhiasan Kehidupan Dunia

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Masa berlalu dengan pantas sekali. Sekejap je, masing-masing (anak-anak dalam gambar) dah bersekolah dan tidak lama lagi akan punyai kehidupan sendiri. Saya redha melepaskan mereka selepas selesai tanggungjawab saya sebagai ibu. (Mod menaip pun berlaku waktu rumah sunyi ketika semua anak-anak ke sekolah).

2018: Anak-anak saya mengadap Laut Selat Melaka dengan cuaca sebelah petang yang agak suram.

Dah macam melepaskan anak-anak penyu ke laut je. Pandai-pandailah berdikari. Apa yang diajar dan dibentuk dari rumah sejak kecil moga membantu dalam kehidupan mereka nanti. Selalu saya pesan, jaga solat dan lakukan banyak kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran.

Sebagai ibu, buat masa sekarang saya ingin mencipta saat-saat indah dengan mereka. Ya, anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia. Ada mereka, rumah tak sunyi dengan gurau senda, hilai tawa dan tangisan. Bergaduh adalah perkara biasa, yang penting bagaimana mereka berbaik semula. Semua proses pembelajaran berlaku tanpa sedar.

Mungkin, 20 tahun lagi saya akan baca semula posting ini.

Sharhanah

Menu Sarapan Pagi Sampai Ke Petang

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kalau pagi tu saya masak nasi lemak, maka... Makanlah sehingga ke petang. Malam, kita fikir lainπŸ˜…

Nasi lemak sambal udang kertas

Warna sambal kemain merah. Tapi, tak pedas pun. Saya guna cili kering jenis gemuk dan tak pedas. 

Sharhanah