Tak Pernah Lupa Lagi: Kelebihan Mencatat dalam Kalendar yang Korang Perlu Tahu!
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Mencatat dalam kalendar, sama ada secara manual atau digital, memang banyak manfaatnya! Tak kisahlah kalau guna kalendar fizikal atau aplikasi di telefon, ia boleh jadi alat yang sangat membantu untuk atur masa, tingkatkan produktiviti, dan jaga kesejahteraan kita. Lagi-lagi saya seorang ibu anak 4 yang bekerja dari rumah, isteri kepada suami yang bekerja syif... semua nak kena ingat.
Nak tahu apa kelebihan utama mencatat di kalendar? Jom, kita tengok:
1. Meningkatkan Pengurusan Masa
i. Jadual yang Tersusun
Dengan mencatatkan semua peristiwa, tugas, dan komitmen dalam kalendar, kita dapat melihat keseluruhan hari, minggu, atau bulan dengan lebih jelas. Ini membantu kita menguruskan masa dengan lebih efektif.
ii. Perancangan yang Lebih Baik:
Kita boleh merancang aktiviti penting terlebih dahulu, memberi kita masa yang cukup untuk persediaan atau menghadapi perkara yang tidak dijangka.
2. Mengurangkan Stres dan Kebimbangan
i. Kurang Lupa Tugas
Dengan mencatatkan tarikh dan tugas yang perlu dilakukan, kita mengurangkan risiko terlupa perkara penting. Ini boleh mengurangkan tekanan kerana kita tahu bahawa semuanya sudah tercatat dengan baik.
ii. Rasa Kawalan
Apabila kita dapat melihat semua yang perlu dilakukan pada satu tempat, kita dapat merancang lebih baik dan mengurangkan perasaan terkejut dengan perkara yang datang tanpa dirancang.
3. Peningkatan Produktiviti
i. Tumpuan kepada Prioriti
Kalendar membantu kita mengenal pasti tugas yang paling penting dan segera. Kita boleh menyesuaikan jadual untuk memberi tumpuan kepada tugas-tugas ini terlebih dahulu.
ii. Meningkatkan Konsistensi
Menetapkan jadual yang jelas dan mencatatkan waktu untuk tugas tertentu dapat membantu kita tetap fokus dan bekerja secara konsisten sepanjang hari.
4. Pengingat dan Peringatan
i. Notifikasi dan Peringatan
Jika menggunakan kalendar digital (seperti Google Calendar), kita boleh menetapkan pemberitahuan atau peringatan yang akan mengingatkan kita tentang tarikh dan waktu tugas atau peristiwa yang penting.
ii. Mengelakkan Terlupa
Pengingat di kalendar membantu kita tidak terlupa menghadiri mesyuarat, temujanji, atau tarikh akhir penting.
5. Memudahkan Kolaborasi
i. Menyelaraskan Aktiviti
Dalam konteks kerja atau keluarga, kalendar memudahkan penyelarasan aktiviti antara rakan sekerja atau ahli keluarga. Semua orang dapat melihat jadual dan merancang masa bersama.
ii. Berbagi Kalendar:
Aplikasi kalendar seperti Google Calendar membolehkan kita berkongsi kalendar dengan orang lain, membolehkan mereka melihat jadual kita dan menyesuaikan pertemuan atau peristiwa tanpa konflik.
6. Meningkatkan Ketepatan Masa
i. Mengelakkan Pembaziran Masa
Dengan perancangan yang baik, kita dapat mengelakkan pembaziran masa kerana kita tahu apa yang perlu dilakukan dan bila. Ini membantu dalam memanfaatkan setiap minit dengan lebih produktif.
ii. Mengatur Masa dengan Baik:
Kalendar memudahkan kita merancang waktu untuk berehat, bekerja, dan masa sosial. Ini membantu mengelakkan keletihan kerana anda memberi ruang untuk semua aspek kehidupan.
7. Membantu dalam Menetapkan Matlamat
i. Tindak Balas terhadap Matlamat
Dengan menulis matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam kalendar, kita boleh merancang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya. Menetapkan tarikh akhir atau tarikh penting akan memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang apa yang perlu dilakukan.
ii. Memotivasikan Diri:
Melihat kemajuan kita pada kalendar dapat memberikan dorongan motivasi, terutamanya apabila kita melihat banyak tugas yang telah diselesaikan.
8. Pemantauan Kesihatan dan Kesejahteraan
i. Menjejak Aktiviti Kesihatan
Kalendar juga boleh digunakan untuk menjejak aktiviti seperti senaman, diet, atau waktu tidur. Ini membantu kita melihat corak kesihatan kita dan membuat penyesuaian jika perlu.
ii. Mengurangkan Risiko Kelelahan:
Dengan mencatat masa untuk berehat dan bersantai, kita dapat mengelakkan bekerja berlebihan dan memberi ruang untuk pemulihan mental dan fizikal.
9. Memudahkan Catat Peristiwa dan Kenangan
i. Mencatat Momen Penting
Selain daripada tugas dan pertemuan, kalendar juga boleh digunakan untuk mencatatkan tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun, cuti, atau acara istimewa. Ini membolehkan kita menyimpan rekod peristiwa penting dalam hidup kita.
ii. Pencatatan Sejarah Peribadi
Kalendari yang tersusun dengan baik juga membolehkan kita menyimpan kenangan atau pencapaian hidup sepanjang tahun. Ini boleh membantu kita melihat perkembangan hidup dari masa ke masa.
10. Meningkatkan Kejelasan dan Fokus
i. Menjaga Fokus Harian
Dengan menggunakan kalendar, kita dapat merancang setiap hari dengan jelas. Setiap tugas atau peristiwa yang perlu dilakukan boleh dipandang sebagai langkah kecil untuk mencapai matlamat besar kita.
ii. Kejelasan dalam Menyusun Hari:
Kalendar memberi gambaran jelas mengenai apa yang perlu dilakukan pada setiap hari. Ini mengurangkan kecelaruan dan meningkatkan fokus pada tugas yang lebih penting.
Kesimpulan:
Mencatat di dalam kalendar adalah satu alat yang sangat berguna untuk menguruskan masa, meningkatkan produktiviti, dan menjaga kesejahteraan mental. Ia membantu kita merancang hari, minggu, dan bulan dengan lebih berkesan serta memberi kita pengurusan yang lebih baik terhadap masa dan komitmen.
Jika korang ingin lebih produktif atau merasa lebih teratur dalam hidup, mula mencatatkan semua aktiviti dan peristiwa penting di dalam kalendar. Kita boleh menggunakan aplikasi kalendar digital untuk fleksibiliti dan kemudahan tambahan, atau mencuba kalendar manual bagi mereka yang lebih suka pendekatan fizikal.
Apa kata korang? Sudah mula gunakan kalendar untuk mencatat perancangan harian korang?
Sharhanah
Setahun berlalu... wang simpanan saya semakin berkembang
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
![]() |
| Mudah, Selamat dan Patuh Syariah |
Sebenarnya dah lama saya nak buat entri pasal ni. Tapi, waktu tu... saya baru mula berjinak dengan AEON Bank untuk dapat pulangan patuh Syariah. Saya fikir, baik saya mulakan dulu dan rasaikan pengalamannya. Chewah!
Ni, baru nak buat entri. Hehehe
Selain daripada simpanan lain (ASB, Tabung Haji, SSPN-i, Unit Trust & emas) saya cuba menyimpan di sini. Letak sejumlah wang dalam tabung ni (perlu create tabung) dan saya biarkan je. Sebab saya ada komitmen dengan simpanan lain untuk potongan bulanan.
Setiap hujung bulan, saya menerima dividen. Nampaklah duit masuk. Di samping itu juga, mata ganjaran AEON pun saya tukarkan ke wang dan masukkan ke dalam tabung ini. Ada RM1 (200 point), RM2 (400 point). Nampak sikit, tapi kalau dah masuk setiap kali berbelanja beli barang dapur? Agak berbaloi sebab saya jarang tambah wang simpanan ke akaun ni. Sejenis melabur sekali je.
AEON Bank kini tawarkan 3.00% p.a. profit untuk akaun Saving Account-i, dengan ciri bijak. Ia mudah, selamat & semua urusan digital (guna apps, tiada bank fizikal).
Apa yang menarik pasal Akaun Simpanan-i?
- Boleh jejak matlamat kewangan. Pantau perkembangan simpanan dan capai sasaran dengan lebih mudah. Semua di hujung jari!
- Peribadikan nombor akaun korang. Korang boleh pilih nombor akaun kegemaran — tertakluk kepada ketersediaan, berdasarkan prinsip first come, first served. Saya dapat nombor akaun yang cantik dan mudah dihafal!
- Analisis perbelanjaan. Fahami corak perbelanjaan dan kawal bajet korang dengan lebih berkesan melalui paparan insights.
- Transaksi tanpa kerumitan. Nikmati pemindahan dana dan pembayaran yang lancar serta pantas.
- Tambah keuntungan dengan Savings Pot. Lihat simpanan korang berkembang dengan kadar keuntungan 3.00% setahun (p.a.).
- Jangan risau, wang simpanan korang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. Tak macam akaun emas, tak secure langsung! Nak tuntut pun susah.
π° Savings Pot (Tabung Simpanan)
Cipta Tabung Simpanan mengikut matlamat korang — untuk percutian, kenderaan baharu, pendidikan, kesihatan, haiwan peliharaan, atau apa sahaja....
Contoh beberapa idea tabung yang boleh korang buat:
π Rumah
π Travel / Percutian
π Kenderaan
π± Peranti Baharu
π Pendidikan
π¨π©π§π¦ Keluarga
⚡ Kecemasan
✨ Lain-lain (mengikut keperluan korang)
Alat Perbelanjaan (Budgeting Tools)
Belanja dengan lebih bijak menggunakan penjejak bajet. Urus dan kawal kewangan korang dengan lebih mudah — tanpa jadual hamparan (spreadsheet), tanpa tekanan.
Urus bajet dengan tenang dengan mengawal perbelanjaan korang menggunakan alat yang ringkas dan mesra pengguna.
Kekal dalam bajet. Terima notifikasi apabila korang mencapai had perbelanjaan yang ditetapkan.
Jejaki mengikut kategori. Korang boleh tetapkan had perbelanjaan bagi setiap kategori untuk kawalan kewangan yang lebih baik.
Macam mana nak tambah duit dalam akaun ni?
Perkhidmatan DuitNow dan pemindahan melalui QR (QR Transfer) atau boleh juga dengan pemindahan segera (Instant Transfer). Pindahkan wang serta-merta kepada sesiapa sahaja menggunakan nombor telefon mudah alih, MyKad atau nombor akaun.
Kad Debit-i
Saya tak apply kad ni. Saya skip je ye...
Nak daftar? Proses daftarnya dengan 3 langkah mudah.
![]() |
| Isi maklumat peribadi korang |
![]() |
| Kadar keuntungan yang kompetitif sedang menanti |
![]() |
| Aktifkan akaun korang dengan pemindahan minimum RM20 |
Jom mula menyimpan π [referral code: AB762335]
![]() |
| Setiap bulan dividen masuk. Hujung tahun kiralah total dah berapa. |
Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.aeonbank.com.my/
Sharhanah
Latihan Menulis
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Saya mula memberi latihan menulis secara berstruktur dengan menggunakan kertas bergaris (3-line paper) yang dibuat sendiri (guna Canva) untuk bantu anak saya faham tinggi rendah huruf. Ia dapat melatih anak saya menulis huruf satu per satu, bukan terus ayat atau karangan. Takut dia jemu je.
![]() |
| Huruf putus-putus (dotted letters) sesuai untuk anak pra sekolah dan tahun 1. Tapi, anak saya dah 10 tahun!. Saya bagi je dia buat. |
Saya mulakan dengan huruf kecil, kemudian huruf besar. Tiru huruf je dulu. Dia boleh siapkan beberapa kertas yang diberi. Kalau beri ayat panjang-panjang, kang tak siap pula.
Nampak dia ni, kalau bersemangat... tulisan nampak kemas. Kalau mai dia punya M.... tulisan macam cakar ayam. Jenuh la nak bagi dia bersemangat sentiasaπ
![]() |
| Tulis nama sendiri, baru dia excited. |
Template Bantu Mudahkan Proses Berulang Dalam Hidup
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Budaya guna template masih belum jadi kebiasaan dalam kalangan ramai orang, terutamanya dekat Malaysia. Walaupun template boleh memudahkan hidup, orang masih belum nampak nilainya secara menyeluruh.
Berikut antara sebab utama kenapa budaya guna template masih kurang dihargai atau "dianggap sepi"...
![]() |
| Simpan dalam phone je |
![]() |
| Versi cetak.. boleh simpan dalam fail. |
Tak tahu bahawa ia wujud
Ramai orang tak tahu pun template wujud untuk banyak perkara — dari urus kewangan, jadual anak, senarai kata laluan, senarai belanja, hingga ke bahan bantu belajar.
“Oh, ada ke benda macam ni? Tak pernah nampak pun.”
Anggap benda mudah, tak perlu template
Orang rasa macam...
“Nak tulis senarai belanja pun kena ada template ke?”
“Biasa je, tulis atas kertas pun boleh.”
Padahal, template bantu konsisten, menjimatkan masa, dan mengurangkan stress harian.
Terlalu bergantung pada gajet / apps
Ramai suka guna apps, tapi sebenarnya...
- Apps kadang-kadang kompleks, penuh iklan, atau cepat hilang data
- Template boleh print, tulis tangan, atau simpan offline
- Tapi orang tak nampak kelebihan fizikal + visual template
Masih belum jadi budaya
Template ialah alat bantu kehidupan yang sangat biasa di negara-negara seperti Jepun, Korea, dan Barat — tapi di Malaysia, ia masih baru dan dianggap "digital product yang pelik".
Tak sedar template bantu jimat masa dan tenaga
Tanpa template:
- Masa terbuang fikir nak tulis apa
- Semua benda tulis ikut suka, jadi tak sistematik
- Sukar konsisten urus diri, rumah, anak, kerja
Template bantu mudahkan proses berulang dalam hidup.
Salah anggap: hanya untuk cikgu atau peniaga
Ramai fikir:
"Template ni untuk cikgu je buat worksheet."
"Saya tak bisnes, tak perlulah."
Padahal ada template kehidupan harian yang sangat praktikal:
- Senarai tugas harian
- Perancangan menu
- Jadual belajar anak
- Senarai belanja
- Inventori rumah
- Jurnal emosi
"Bukan sebab kita tak pandai, tapi sebab kita nak lebih teratur, tenang dan jimat masa. Betul tak?"
Sharhanah
Tulisan Tangan Anak Masih Tidak Kemas
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Anak perempuan saya (generasi Alpha), Zahra sudah berusia 10 tahun, tetapi tulisannya masih sukar dibaca. Sebagai mak, saya risau — bukan kerana saya mahu dia jadi sempurna, tetapi kerana saya tahu tulisan yang kemas penting untuk masa depannya.
![]() |
| Huhuhu tulisan anak ku... |
Kenapa penting? Tulisan kemas mengajar ketelitian dan keteraturan. Ya, ia membentuk disiplin diri dan menghargai kualiti.
Ia juga beri impak positif pada penilaian akademik. Tulisan yang teratur memudahkan cikgu untuk membaca jawapan pelajar dan memberikan markah dengan lebih adil. Saya sangat strees kalau tengok dia tulis digit 4. Nampak macam 9... Grrrrr. Macam mana lah cikgu duk semak buku latihan anak saya.
Dalam tak sedar, menulis dengan kemas dan cantik membantu dalam perkembangan kognitif. Koordinasi Tangan-Mata - Menulis dengan baik membantu dalam pembangunan koordinasi tangan-mata yang penting untuk kemahiran motor halus. Ini juga memperbaiki kekuatan otot tangan dan kawalan motor.
Bagi saya yang dah berumur ni, proses menulis dengan tangan lebih berkesan dalam memperkuat proses ingatan berbanding hanya menaip di komputer. Betul tak? Bila menulis dengan tangan, kita lebih cenderung untuk mengingati maklumat yang ditulis.
Saya mula tertanya-tanya... di mana silapnya? Adakah saya terlambat? Tapi saya tahu, belum terlambat untuk mula.
Di sinilah saya ingin catatkan perjalanan saya membantu anak saya menulis dengan lebih baik — dari tulisan yang comot kepada tulisan yang lebih yakin dan kemas, sedikit demi sedikit. Ini jurnal kami.
Mungkin ada yang sedang melalui cabaran yang sama. Saya harap catatan ini dapat beri semangat dan solusi.
Sharhanah
Template Rekod Haid Tahunan: Untuk Kesihatan & Ibadah Wanita
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Pstttt... entri kali ni (macam la selalu buat entri... ekekeke) saya nak kongsikan sesuatu yang sangat peribadi tetapi berguna.
Beberapa tahun lepas, saya buat satu template ringkas untuk diri sendiri — sekadar nak catat tarikh haid supaya senang nak rujuk bila perlu.
Waktu remaja, saya catat dalam buku je. Zaman tu mana la ada telefon pintar. Sekarang ni saya catat guna Google Sheet je. Mudah dan praktikal. Tak sangka, ia akan bertahan sampai hari ni. Sekarang ni, bukan saya seorang je guna, tapi anak-anak perempuan saya pun dah mula guna template yang samaπ€
Saya ajar anak saya yang pertama (Sofea) guna template ni. Awal tu, saya print dan suruh dia isi. Dia macam segan, tapi lama-lama dia sendiri rasa seronok sebab boleh tengok corak bulanan. Dia mula faham badan sendiri.
Bila anak kedua (Arissa) pula mula baligh, saya tambah sikit pada template — letak ruang nota dan auto-kira kitaran. Yang ni, saya dah buat template versi editable. Diorang boleh isi terus thru smartphone diorang. Dari situlah saya sedar, "eh... benda ni sebenarnya berguna untuk orang lain juga."
![]() |
| Yang ni versi printable. Lebih sesuai untuk anak yang baru baligh – mereka boleh belajar catat sendiri secara manual dan faham pusingan haid tanpa perlu buka aplikasi pelik-pelik. |
![]() |
| Dalam phone je. Tak perlu nak print ke hape. |
![]() |
| Puas hati boleh tengok rekod haid setahun! Haid teratur atau tidak, perubahan dari bulan ke bulan, kitaran panjang atau pendek |
![]() |
| Senang tak? |
![]() |
| Letak warna je ikut hari haid |
Menikmati hidangan di tepi sungai
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sesudah menikmati pemandangan Taman Eko Rimba, kami pulang ke rumah. Kerja saya banyak yang sedang menunggu. Tetapi suami ajak makan dulu. Lapar katanya.
Kami berhenti makan di gerai yang selalu juga kami singgah untuk makan laksa atau bihun sup. Kali ni, kami makan nasi terus. Lagi pun pukul 11 pagi, suami akan buat keje sambilan di kedai perabot berdekatan dengan rumah. Setiap kali dia off day, dia akan ke sana untuk menambah pendapatan.
Gerai buka pukul 9 pagi, kami antara orang terawal cedok nasi. Best sebab semua panas-panas.
![]() |
| Pinggan saya... pucuk paku memang kegemaran sejak dulu lagi |
![]() |
| Suami pilih gulai kambing + air teh ais... leher ayam saya tak makan, pas dalam pinggan dia. |
Menikmati Keindahan Taman Eko Rimba Sungai Tekala
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dek kepenatan mengharungi bulan April yang padat, suami bawa saya jalan-jalan menghirup udara segar di luar selepas menghantar anak ke sekolah. Walaupun hanya beberapa jam, sudah cukup membuatkan minda saya rasa segar.
Ya, sehingga kini saya masih WFH sambil mengurus rumah tangga. Beban tu sangat berat untuk digalas. Aktiviti yang sama setiap hari. Penyapu, pinggan mangkuk, sudip, dapur, komputer riba, mesin basuh tu lah antara kawan-kawan saya di rumah. Tinggal diorang jap.
Kami ke Taman Eko Rimba Sungai Tekala. Harga tiket masuk untuk seorang dewasa ialah RM2. Manakala untuk seorang kanak-kanak ialah RM1.
Sebenarnya sudah beberapa kali kami ke sini. malangnya ia ditutup sementara selepas dikesan positif wabak Leptospirosis atau kencing tikus.
Saya datang sini bukan nak mandi pun. Tapi sekadar nak merakamkan keindahan alam. Bunyi air terjun, unggas, kehijauan, sangat mendamaikan. Terlupa walhal ada beban di kepala yang ditanggung.
Menangkap gambar memberikan saya suatu kepuasan. Ia merupakan medium untuk saya meluahkan kreativiti dan menghargai alam ciptaan Allah dari sudut pandang yang berbeza.
Jom tengok apa yang saya rakam...
![]() |
| Sebelah bawah, sesuai untuk kanak-kanak. Sungai cetek dan tak banyak batu. |
![]() |
| Berdua lebih baikπ€ |
![]() |
| Mendongak |
![]() |
| Suka tengok tekstur kulit pokok |
![]() |
| Jambatan merentangi sungai |
![]() |
| Akar-akar pokok |
![]() |
| Antara gambar kegemaran saya. Ada cahaya mentari menembusi. |
![]() |
| Pagi yang indah... Suasana masih nyaman walaupun sang mentari telah memancarkan cahayanya di sebalik pokok-pokok. |
Featured Post π₯
Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...


































