Sup Salmon Brokoli

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selamat Tahun Baru 1446 Hijrah. Isnin baru anak-anak balik asrama. Bila semua ada dekat rumah, maknya dah blur nak masak apa.

Dalam peti sejuk ada 2 keping ikan salmon, isi ayam dan perut lembu. Apa yang paling senang? Hahaha. Kepingan salmon melompat-lompat minta dimasak. Haaa... Tipu.

Anak ke-2 yang saya request nak ikan. Sebab dah lama dia tak makan ikan tersebut. Dia lah yang tumbuk bawang putih dan halia untuk dilumurkan pada ikan. Ok, itu kita bakar je la.

Alahai... Suami pula kalau makan nasi, nak berkuah. Jadinya, saya buat sup je. Untuk yang makan pedas, dah ada stok sambal kicap.

Selalu salmon, saya bakar je. Nak kuah punya pasal, jadilah menu ini.
Eh, tengok Rina (anak Duriankimchi) makan, acik pun berselera juga tau. Tapi acik tak cukup bahan nak buat menu macam mummy Rina masak tu. Acik pun main belasah je apa yang ada. Janji lapik perut.

Sharhanah

Kali Yang Ke-2: Mesin Basuh Merajuk Pula

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hujung Jun, TV merajuk. Skrin jadi jalur-jalur (baru je update di SINI). Masuk je Julai, mesin basuh pula merajuk. Dah kenapa ni dua-dua merajuk???

Mesin basuh saya tak boleh "SPIN" menyebabkan saya terpaksa memerah pakaian dengan menggunakan tangan tua ini. Kudrat ompompuan mana la kuat mana pun kan. Sidai kain pun air masih menitik. Moga sebelah petang, semua pakaian kering di ampaian.

Suami beli TV. Maka dialah yang buat panggilan ke pusat servis, sampai sekarang juruteknik dia tak datang. Jenuh suami call dan push.

Saya pula, uruskan mesin basuh. Saya malas nak telefon. Buat online report je. Dalam seminggu juga la baru juruteknik datang ke rumah.

Masa entri ni dicoret, mesin basuh saya pun dah ok. Juruteknik hanya tukar motor je. Biasalah, kalau dah bagi jaminan 10 tahun... benda tu lah yang selalu tak tahan. Lepas ni, mesin basuh tu kena buat kerja ringan-ringan je.. buat kerja sehari sekali ke, letak pakaian tak banyak ke... arrrrr macam tuan... manjah!

Tukar seketoi terus OK

Telefon saya berbunyi. Rupanya juruteknik TV yang buat panggilan. Katanya nak datang esok. Datang je lah, saya ada je dekat rumah. Esok juga memang hari cuti suami. Elok sangatlah. Saya ni kan, sebenarnya... aman dan damai je bila TV rosak. Hihihi. Anak-anak pun tak kalut nak tengok kartun ke, YouTube ke...

Zaman dulu takde anak jepun bahagian laundry okey je kan. Basuh pakaian dekat sungai. Balik rumah terus sidai kain. Lepas tu, masak pula untuk keluarga. Pakai dapur kayu weh! Mana nak cari kayu api. Nak kawal nyalaan api lagi. Suri rumah zaman dulu-dulu banyak masa betul.

Yang saya ni suri rumah WFH, macam-macam nak kena buat dah macam tak cukup jam. Mesin basuh rosak je pun dah kucar-kacir aktiviti harian. Bertambah lagi kerja.

Mana lagi yang nak merajuk tu??? Meh, kita merajuk sama-sama.

Sharhanah

Part 2: Pengalaman Ambil Keputusan Ujian Darah - Program Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan Atau National Health Screening Initiative (NHSI)

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Yang tertera di aplikasi MySejahtera


Alhamdulillah, 24 Jun yang lalu, keputusan ujian darah dah keluar. Meh baca sampai habis.

Janji temu saya sebelah pagi. Tapi tak dapat hadir atas urusan yang sangat memenatkan di hospital bersama anak lelaki saya. Maka, saya ke Klinik Kesihatan di sebelah petang. Ramai juga umat manusia. Ingatkan sebelah petang tak sama macam sebelah pagi. Rupanya, jangkaan saya salah sama sekali. 

Sampai kaunter, macam biasalah... hulur MyKad dan kad kuning (kad temujanji) untuk dapatkan slip nombor panggilan. Lepas tu duduk dulu sementara nombor naik. 

Nombor panggilan saya naik dan perlu ke kaunter 1 untuk bayaran RM1. Lepas tu diberitahu perlu tunggu di kaunter 3 paling hujung. Tunggu dekat sini lama juga, rupanya kaunter 2 (depan pintu masuk) yang panggil nama saya. Jururawat di kaunter 2 panggil pula nama tak penuh.

"Sharifahhh", panggil jururawat menggunakan microphone.

Sharifah je...Sharifah apa??? terlepas lah pula 1 giliran. Saya terus ke kaunter 2 dan mention nama saya. Jururawat kata akan panggil sebentar lagi selepas memeriksa tekanan darah pesakit lain dulu.

Selesai, baru nama saya dipanggil. Kaunter 3, ada je jururawat panggil nama...tapi dia sebut penuh. 

"Sharifah Salwaaaaa, sila ke kaunter 3".

Sah la itu bukan saya. Nampak seorang kakak berjalan menuju ke kaunter 3. Kakak sulung saya namanya Sharifah Salwa juga. Tetiba rindu dia pula. Heeee.

Kedengaran jururawat kaunter 2 panggil nama saya. Segera saya bangun berjalan ke arah kaunter tersebut.

Bacaan tekanan darah saya diambil. Alhamdulillah, bacaan normal. Lepas tu saya diberi kad laporan kesihatan untuk dimasukkan ke dalam bakul pintu nombor 6. Perlu tunggu lagi.

Lama juga menunggu di sini. Lepas tu baru nombor panggilan saya naik. Saya memulas tombol pintu dan melangkah masuk sambil memberi salam. Ada 2 doktor di dalam. Sorang lagi dah ada pesakit. Saya duduk di kerusi yang kosong. Ada doktor perempuan di situ menjawab salam.

Doktor meletakkan keputusan ujian darah saya di atas meja. Dengan menggunakan pen, doktor membuat ulasan. Keputusan  ujian fungsi hati, buah pinggang, kolestrol dan glukos saya adalah baik. Paling doktor suka adalah bacaan HDL saya. Ia adalah kolestrol baik. Lagi tinggi nilainya, lagi bagus sebab ia sangat membantu membuang LDL/kolestrol jahat di dalam darah. Mungkin saya suka sangat dengan buah avocado, ikan salmon, buah-buahan yang kaya serat tinggi, oat dan kekacang.

Untuk bacaan glukos dalam darah ketika puasa ialah 4.4 mmol/L. Manakala bacaan hemoglobin pula ialah 12.5 g/dL. Doktor menyarankan untuk saya meneruskan menjaga pemakanan dan kekal aktif.

Disebabkan tiada salinan, doktor minta saya snap ujian darah saya tu dan cadangkan pada saya untuk buat ujian darah setiap tahun. Ingatkan keputusan ujian darah akan masuk dalam aplikasi mySejahtera, rupanya tidak. Hanya ada keputusan tekanan darah dan ujian glukos dalam darah masa mula-mula buat je yang ada dimuatnaik dalam aplikasi tersebut.

Kalau macam tu, saya teruskan je aktiviti harian seperti biasa. Makan nasi sekali sehari, tidur selepas Isyak dan aktif mengemas rumah (menyapu, mengemop rumah) dan melompat di atas trampolin (kadang tak sempat nak buat, tau-tau dah lewat petang). 

Banyak orang tanya, macam mana saya tak gemuk selepas kawin? Saya jawab la, saya jenis tak makan banyak. Cuma, saya ni ada masalah gastrik. Huhuhu.

Doktor ada suruh saya ambil tarikh temu janji untuk pap smear. Saya jawab, nanti-nantilah. Hahaha. Walhal, boleh je ambil tarikh dulu.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada doktor, saya pun keluar sambil tengok jam di telefon. Kaki laju terus melangkah menuju ke ruang parkir. Mak aiiii, 2 jam lebih saya di siniπŸ˜…. Banyak la keje sedang menunggu.

Kalau banyak duit, boleh je buat di klinik swasta. Cepat dan pantas!

Inilah pengalaman...

Baca Part 1 di sini.

Sharhanah

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...