Kali Yang Ke-2: Mesin Basuh Merajuk Pula

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hujung Jun, TV merajuk. Skrin jadi jalur-jalur (baru je update di SINI). Masuk je Julai, mesin basuh pula merajuk. Dah kenapa ni dua-dua merajuk???

Mesin basuh saya tak boleh "SPIN" menyebabkan saya terpaksa memerah pakaian dengan menggunakan tangan tua ini. Kudrat ompompuan mana la kuat mana pun kan. Sidai kain pun air masih menitik. Moga sebelah petang, semua pakaian kering di ampaian.

Suami beli TV. Maka dialah yang buat panggilan ke pusat servis, sampai sekarang juruteknik dia tak datang. Jenuh suami call dan push.

Saya pula, uruskan mesin basuh. Saya malas nak telefon. Buat online report je. Dalam seminggu juga la baru juruteknik datang ke rumah.

Masa entri ni dicoret, mesin basuh saya pun dah ok. Juruteknik hanya tukar motor je. Biasalah, kalau dah bagi jaminan 10 tahun... benda tu lah yang selalu tak tahan. Lepas ni, mesin basuh tu kena buat kerja ringan-ringan je.. buat kerja sehari sekali ke, letak pakaian tak banyak ke... arrrrr macam tuan... manjah!

Tukar seketoi terus OK

Telefon saya berbunyi. Rupanya juruteknik TV yang buat panggilan. Katanya nak datang esok. Datang je lah, saya ada je dekat rumah. Esok juga memang hari cuti suami. Elok sangatlah. Saya ni kan, sebenarnya... aman dan damai je bila TV rosak. Hihihi. Anak-anak pun tak kalut nak tengok kartun ke, YouTube ke...

Zaman dulu takde anak jepun bahagian laundry okey je kan. Basuh pakaian dekat sungai. Balik rumah terus sidai kain. Lepas tu, masak pula untuk keluarga. Pakai dapur kayu weh! Mana nak cari kayu api. Nak kawal nyalaan api lagi. Suri rumah zaman dulu-dulu banyak masa betul.

Yang saya ni suri rumah WFH, macam-macam nak kena buat dah macam tak cukup jam. Mesin basuh rosak je pun dah kucar-kacir aktiviti harian. Bertambah lagi kerja.

Mana lagi yang nak merajuk tu??? Meh, kita merajuk sama-sama.

Sharhanah

8 comments:

  1. Kalau mesin spin takde.. Memang huru hara... Basuh baju guna tangan takpe lagi.. Jgn nak soh spin guna tangan... Hahaha... Sebab ruang rumah terhad kan.. Kalau menitis2 tu, lmbat betul nak tunggu kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mesin basuh dah back to normal. Tak larat la nak basuh guna tangan. Lagi-lagi material kain jenis berat. Huishhh

      Delete
  2. Lama dah ker pakai ... ke ada borak borak nak beli baru depan tv dgn mesin basuh tu hahahaha.. habis la merajuk bila dia dengar :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua masih baru dan masih dalam tempoh warranty. Saya rasa diorang merajuk sebab kena keje teruk.

      Delete
  3. By the way kita pun baru tahu mesin basuh pun ada yg heavy duty dngn yan tidak.. kalau yg bukan tu mmg kena basuh sekali lepas tu kena rehat then baru boleh basuh round two.. tak boleh terus leps first rouund dalm masa kurang sejam nak basuh lagi.. and tak boleh masuk lebih dari kapasiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru nak buat macam tu tuan... Hahaha. Sebab fikir logik juga. Thanks!

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...