Tukar sekolah swasta ke sekolah kerajaan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bulan ni agak sibuk dengan pelbagai urusan. Urusan  Permohonan MyKad bagi anak ke-3, permohonan ke Sekolah Rendah Agama, ke Sekolah Kebangsaan, persediaan kembali ke sekolah untuk semua anak-anak termasuklah membeli pakaian baharu, membayar yuran dan membeli buku.

Cuma, kali ni saya nak buat entri berkenaan tukar sekolah swasta ke sekolah kerajaan. Ingatkan susah, rupanya mudah je. Cuma makan hari nak settle.

Pertama sekali, perlu buat surat permohonan untuk berhenti sekolah. Saya hantar minggu ke-2 sebelum cuti akhir persekolahan. Nak dapat surat berhenti tu, minggu akhir persekolahan baru la dapat.

Kedua, ambil borang permohonan ASBS di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Balik rumah, kenalah sediakan beberapa salinan dokumen seperti Sijil Kelahiran Murid, Kad Pengenalan ibu bapa, Sijil Nikah, Surat Berhenti Sekolah Swasta dan Bil Utiliti. Buat 3 salinan yang telah disahkan.

Sebelum nak pilih sekolah kerajaan tu, pastikan sekolah tu ada kekosongan. Kebetulan, saya pernah tanya di pejabat sekolah semasa Hari Bicara Akademik anak bongsu saya. Katanya, ada kekosongan. Saya tak isi pun untuk pilihan ke-2. Hanya semata-mata isi nama satu sekolah yang saya nak je.

Kemudian, hantar semula 3 borang permohonan ASBS di PPD bersama salinan dan dokumen asal (untuk semakan dan pengesahan). Saya hantar agak lewat. Lagi 2 minggu sesi persekolahan nak bermula. Barulah di beri Slip Serahan Permohonan Pertukaran Murid ke Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. Pihak PPD beri tarikh untuk datang semula ke PPD. Dalam masa 10 hari juga lah. 

Syukur saya tak berlengah sangat masa nak hantar borang permohonan tersebut. Timing ngam ngam ho, seminggu sebelum sesi persekolahan nak bermula, semua dah selesai. Alhamdulillah.

Pada tarikh yang telah ditetapkan, saya datang semula ke PPD. Dapat kembali 2 borang ASBS yang telah DILULUSKAN. Satu borang lagi perlu dihantar ke Sekolah Kebangsaan yang dipohon. Satu lagi untuk simpanan ibu bapa.

Alang-alang hantar borang ke pejabat, saya singgah beli buku-buku si adik dan si abang. Tahun ni, dapatlah mereka bersekolah di satu bumbung walaupun berlainan sesi. Moga belajar rajin-rajin anak-anak ku. Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan, Insha-Allah.

Mama anak empat,

Sharhanah

2 comments:

  1. x susah mana pun cuma remeh la sbb nak ke jab pendidikan bagai tu kan..
    apa pun, alhamdulillah..dah selesai dah urusannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, remeh sebab 2, 3 kali keje. Kalau boleh mohon secara online kan best.

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...