Pekerjaan Apa Pun Yang Halal, Bersyukur Je La…

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Fuh, awal tahun dah sakit kepala dengan kerja. Lama tak stress kan, sesekali ia muncul. Melayan juga. Cuma saya terasa gastrik naik, perut kenyang dan cepat gelabah. Huhuhu. Puncanya daripada pelanggan yang tidak suka membaca T&C dan kalut bila membuat bayaran tanpa menyemak terlebih dahulu.

Kerja saya perlu tenang. Rileks-rileks sudah. Tapi bila dah jadi orang tengah untuk semua urusan, memang stress juga. 

Inilah kekurangan bila kerja dari rumah. Kerja rumah kena buat, kerja admin pun kena buatπŸ˜‚. Double dalam satu masa. Bila anak-anak dah pergi sekolah, waktu tu lah saya akan struggle mengemas rumah dan memasak. Perlu selesaikan sebelum pukul 11 pagi.

Sambil memasak tu, boleh lagi melayan inquiry. "Auto reply" dan "quick replies" sangat membantu kerja saya. Terima kasih dengan kemudahan ini.

Sejenis saya, suka settlekan masalah dalam hari yang sama. Tak suka simpan berlapis-lapis masalah. Penat nanti. Itu yang waktu makan pun dah terlupa. Bila azan berkumandang, cepat-cepat solat dulu. Kalau berlengah, alamat la...

Berbeza dengan kerja lama saya dulu-dulu di pejabat. Kerja 9 pagi - 6 petang. Kiranya melangkah kaki keluar pejabat, semua kerja hari tu dah selesai. Kerja pula tak mengadap pelanggan. Memang happy go lucky. Ada jamuan makan, ada kuliah Zohor di surau, seminggu sekali ada la artis datang untuk photoshoot, ada je company besar-besar bagi goodies, sponser buka puasa la...jamuan Raya la...memang tak bosan.

Mungkin baru ditakdirkan saya bekerja yang perlu berurusan dengan pelanggan. Dulu masa awal kahwin, saya pernah dapat 2 panggilan temuduga untuk khidmat pelanggan di sektor kerajaan. Tapi saya tak pergi, sebab waktu tu saya mengandung dan satu lagi saya dah selesa bekerja di syarikat akhbar. Malas sudah nak pergi ke Putrajaya.

Begitulah manusia... Tak pernah bersyukur. Bila fikir-fikir balik, apa-apa kerja pun ada kelebihan dan kelemahan... Saya tersentak. Kerja sekarang inilah yang pernah satu tika dulu antara doa saya yang telah dimakbulkan Allah. Saya nak bekerja dari rumah tanpa perlu memandu dan melayan jem untuk ke tempat kerja. Inilah dia... 

Anak bongsu tengah pilih apa nak beli... 
Paling utama, anak bongsu dapat membesar di depan mata saya. Bahagia paling mahal.

Baru saya perasan, nama-nama pelanggan yang ada karakter kalut dan tidak suka membaca hampir sama. Dah boleh keluarkan senarai personaliti mengikut nama pulak lepas ni.🀭

Sharhanah

12 comments:

  1. Cabaran dalam bekerja, kena hadapi dgn tenang & sabar πŸ’ͺ
    Harapnya bukan nama saya yg banyak songeh tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Itulah nilai untuk gaji bulanan sayaπŸ˜….
      Hehehe, jangan risau.. Nama puan Hazel takde dalam senarai.

      Delete
  2. Setuju.. kerja apapun ada kelebihan dan kelemahan.

    ReplyDelete
  3. Kadang2 sebab kita buat rutin yang sama.. Itu yang trigger macam2..apa pun semoga kita kuat menghadapi alam pekerjaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Insha-Allah, kena kuat dalam semua perkara. Kalau kalah dalam alam pekerjaan, saya tarik selimut... Tidur je lah (tak produktif)πŸ˜…

      Delete
  4. Bunyi macam senang... tapi susah nak buat

    ReplyDelete
  5. Saya setuju. Semua kerja ada susah dan senangnya. Alhamdulillah, rezeki yang Tuhan beri.
    Saya pun kerja dari rumah juga (suri rumah). Hehe.. makan gaji dengan suami. :D

    ReplyDelete
  6. Kerja mana2 pun ada pro dan cons nya kan.. Apapun bersyukur dgn apa yg ada...

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...