Setiap minggu bermula dengan hari Isnin
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Hujung minggu penuh dengan jemputan rumah terbuka. Bila masuk hari Isnin, kena recharge tenaga semula. Lemau lah, walaupun saya bekerja dari rumah je. Rasanya saya perlu susun semula jadual harian saya ni. Impian dah ke lautπ΅
24 Syawal 1444H,
Sharhanah
NASI LEMAK VERSI KEBANYAKAN KEDAI MAKAN
![]() |
| Sepinggan nasi lemak bersama telur mata |
Hati-hati dengan not RM20!
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Baru-baru ni, bagi dekat anak bongsu sekeping not RM20 untuk beli makanan kucing jalanan. Beria-ria dia nak beli sendiri. Saya pun, okeylah sebab nak ajar dia kira baki nanti. Dalam sling bag hanya ada sekeping not RM20 dan 3 keping not RM1. Saya hulur RM3, dia kata mana cukup. Pandai betul budak ni.
Cerita Raya 1444H
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada rakan pembaca sekalian. Semoga amalan di bulan Ramadan diterima dan dosa-dosa kita mendapat keampunan oleh Allah.
Raya tahun ini, agak lain ceritanya.






