🌿 Let's Be Friends

Showing posts with label Home & Garden. Show all posts
Showing posts with label Home & Garden. Show all posts

Taman Tasik Titiwangsa - Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kali terakhir saya ke Taman Tasik Titiwangsa entah tahun bila. Tak berapa ingat. Masa anak baru 2 orang, saya kerap ke sini bila suami ada event. Lepas tu, terus tak datang dah. Punyalah lama. Hilang ingatan terus. 

Baru-baru ni, saya datang lagi. Kali ni bawak anak 4 orang. Si bongsu dan abangnya memang tak pernah sampai. Kebetulan si bongsu celik di zaman bapaknya sudah bertukar kerja. Tiada lagi cuti dihujung minggu. Ditambah lagi dia membesar di zaman PKP. Maka, sedikit teruja budak tu.

Saya rasa banyak dah berubah. Nampak lain sangat. Kami brisk walk sepanjang tasik selepas hujan. Sayangnya, nampak banyak sampah sarap dimerata-rata tempat. Sakit mata saya ni hah. View dah cantik, tapi sampah tak boleh blah.

Dengan keluasan 114 ekar, kalau kutip sampah... agak-agak banyak mana yer dapat? 

Eh, lari tajuk.

Kami singgah di taman permainan. Ada Taman Air Kanak-Kanak. Menyesal anak bongsu saya tak bawa baju salin. Merengek dia. Yer la, bukan merancang nak datang pun. Terjah je. Si abangnya, boleh lah melayan permainan mencabar ala-ala obstacle course atau jungle gym tu. Kedua-duanya bersebelahan je pun.

Anak-anak dara saya, pilih lokasi untuk ‘outdoor shooting’ sebab pemandangannya tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit. Dalam kolam pula ada bunga teratai dengan 3 warna (putih, biru dan merah jambu). Memang tukar moodlah.

Waktu ni nyaman sangat sebab kena tempias air pancut.

Closed up gambar bunga teratai. Masya Allah, hebat ciptaan Allah
Kalau boleh nak pusing semua 
Pemandangan tenang berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit.
Taman yang disukai anak-anak yang lasak
Lasak? Si bongsu saya ni... Nanti kita panjat pokok plak. Hihihi
Rambu(t) Rambu(t) Temple of Togetherness 2023... Dari jauh nampak macam rumah nanas, rupanya penyapu lidi.
Cantik pokok ni.
Pokok nyiur
Pemandangan tasik. Ada pengunjung yang berkayak dan menaiki sampan kayuh. Kalau anak-anak yang besar ni ajak naik, saya okey je. Masalahnya, diorang tak suka aktiviti yang berisiko😑

Cuma suami je la, kalau bawa joran pasti dia memancing. Cuma sekarang ni tak tahu pula boleh memancing ke tak. Sebab dulu-dulu memang dibenarkan memancing. Kerap ada pertandingan memancing di sini.

Dekat sini juga boleh berkayak dan berbasikal. Kalau kereta muat, saya dah bawa basikal dari rumah. Terpaksalah menyewa dengan harga RM10 untuk 1 basikal. Nak berkelah pun best ni. Kalau musim hujan memang tak sesuai nak feeling-feeling makan atas tikar di bawah pohon rendang. Mampu duduk bawah pondok je. Hehehe

Kami juga melayan Kanopi Banjaran Titiwangsa dan Laman Kerawang (Taman Maze). Seronok juga. Sampai berpeluh-peluh. Syukur ada air kosong dari rumah. Masih sejuk dalam termos. Saya dah praktikkan bawa air kosong sejuk ke mana-mana saja kalau saya outing. Minum air manis tak puas, nak air kosong jugak.

Selepas basikal sewa dipulangkan pada pukul 6.45 petang, kami pun berangkat untuk pulang ke rumah. Rasa macam nak datang lagi je, tapi waktu pagi lah. Insha-Allah. Tapi, bila fikir keadaan sampah dan jarak 24KM nak sampai ke sini dari rumah, jadi terus malas. Baik ke taman tasik yang berdekatan je.

Psttt... patutnya snap sampah-sarap kan... asyik highlight yang indah-indah je😌

Sharhanah

Keperluan Untuk Kerja-Kerja Pembersihan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Antara peralatan yang diperlukan

Amboi tema pink nooo... kalau lengkap semua, senang nak buat kerja-kerja membersih. Cuma dekat rumah saya takde sarung tangan getah. Tak hairanlah, tangan dah kasar macam jantan😂

Bibik tanpa gaji,
Sharhanah

Jom Kenal Jenis Dan Fungsi Pisau

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya selalu guna jenis pisau utiliti. Potong bawang ke, potong sayur ke, potong kentang ke... Potong daging ke...sudahnya, cepat betul pisau tu tumpul. Dah la sejenis tak pandai nak asah pisau😅.

Jom kenal dan fungsi "mereka".

Jenis-jenis pisau dan kegunaannya 

Bukan pengumpul pisau,
Sharhanah


Bagaimana Mengekalkan Rumah Sentiasa Bersih?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Siapa suka rumah bersih? Angkat lengan!

Bila duduk rumah, kerja memang tak pernah nak habis. Hari-hari ulang benda yang sama. Terfikir juga, solat pun kena buat hari-hari. Maka, selagi bernafas selagi itulah kehidupan perlu diteruskan. Mana boleh jemu. Buat je. Jangan mengeluh. Lagi-lagi bab untuk mengekalkan kerbersihan rumah. Yerlah, 24 jam saya duduk di rumah.  Kenalah bijak mengatur tugas memandangkan saya juga bekerja dari rumah. Pengurusan masa sangat penting.

Tapi kan, mana la larat nak buat semua. Saya ikut ni je;

Setiap hari

Kemas cadar, bantal dan tilam
Lap meja
Lap sinki dapur
Sapu lantai 1 rumah!
Buang sampah

Seminggu sekali

Lap kabinet TV
Berus lantai & dinding tandas
Bersihkan cermin di ruang tamu, bilik tidur dan bilik mandi
Lap habuk di rak
Tukar cadar dan sarung bantal
Vakum permaidani
Mop lantai

Sebulan sekali

Bersihkan oven dan microwave
Bersihkan peti sejuk
Bersihkan tong sampah
Buang sawang

Setahun sekali

Cuci karpet
Cuci tingkap
Cuci langsir

Anggap je buat aktiviti mengemas ni umpama senaman ringan. Penat tapi sihat.

Sharhanah

Hanya Pokok Bunga Jarum Sahaja, Tanaman Hiasan Di Rumah Saya

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hobi saya semasa kecil ialah menanam pokok bunga. Mungkin, terikut-ikut ayah sebab ayah saya adalah seorang pekebun. Kebun ayah besar dan pelbagai tanaman yang ditanamnya di atas sebidang tanah.

Ayah tanam pokok seperti kacang panjang, kacang tanah, tembikai bulat, tembikai hitam, timun, terung, labu... pokok durian kahwin, jambu madu, mangga harum manis.. itu sahaja yang saya ingat.

Saya pernah tanam pokok bunga mawar menggunakan keratan batang. Begitu juga dengan pokok bunga kertas. Pokok kaktus pun saya tanam. Tanah di kampung sangat subur. Pokok jarum di kampung, tinggi dan rimbun. Dah tak jumpa pokok macam tu. Sekarang ni semua renek-renek je.

Keliling rumah ada pokok pala. Ada pokok rambutan yang telah dikahwinkan, pelbagai jenis pokok durian, cempedak, pokok duku langsat dan pokok limau.

Sekarang? Sejak berumahtangga... saya mampu tanam pokok bunga jarum je. 

Saya beli 10 anak pokok bunga jarum dalam polybag. Empat warna (merah, putih, kuning dan merah jambu) di nursery berdekatan dengan rumah.

Nama pokok jarum ni rupanya nama Ixora. Pokok ini renek dari keluarga Rubiaceae yang berbunga. Saya tanam pokok ini untuk dijadikan tanaman pagar. Al-maklumlah, rumah takde pagar.

Ada 2 jenis iaitu Ixora Jawa yang berasal dari Malaysia dan Indonesia manakala Ixora coccinea berasal dari Hindia Timur. Warna bunga untuk kedua-dua spesiss ialah merah, jingga, kuning dan merah jambu.

Nah! Saya sertakan gambar. 

Warna kuning

Warna merah

Sayangnya, pokok jarum warna putih dan merah jambu dah mati. Pokok jenis warna tu rasanya tak tahan lasak. Yang tinggal merah dan kuning je.

Saya tak pasti, samada saya masih berminat lagi ke tak untuk berbudi pada tanah. Segan nak keluar sebab kawasan perumahan saya jenis terbuka. Jiran kiri kanan, depan belakang ada. Kalau rumah jenis berpagar tinggi dan ada tanah luas, mungkin saya akan jadi petani kecil-kecilan. Habuan menanam untuk sumber makanan harian.

Sharhanah

Almari Plastik

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hanya ada 1 ruang stor di bawah tangga. Itu pun dah penuh dengan barang-barang (ada yang berguna dan ada yang sayang nak buang😂)

Semak pula bila barang memancing suami diletakkan di hadapan rumah. Jadi payah betul nak sapu. Situlah tong cat, situ lah ada baki minyak pelincir. 

Baru-baru ni dia cari mata kail yang disimpan di dalam bekas tertutup. Saya tak pasti samada saya terbuang atau salah letak atau anak-anak buat main. Tapi, tak nampak pula anak main. Dia cari sampai ke dalam stor. Tak jumpa juga. Berselerak aih. 

Saya ni pula jenis tak boleh nampak sepah. Bekerja di rumah kan, nak nampak kemas je semua. Rumah pun kecik aje. Jenuh fikir apa nak buat. Stor dah penuh. Terpaksa cari alternatif.

Disebabkan taman perumahan saya pernah banjir, saya mencari ruang penyimpanan yang tidak mudah rosak, tahan lama dan tahan cuaca.

Tadaaaa.. 

Almari plastik je. Tapi, plastik jenis tebal dan berkualiti. Harga RM445.70 termasuk kos penghantaran

Ruang kanan tu sah la ruang letak joran

Tinggi: 185cm
Material: Polypropylene

Datang dalam kotak dengan berat 20kg++ pasang pun berpandukan video yang seller berikan thru WhatsApp. Anak perempuan saya yang pasangkan, kebetulan waktu tu saya sedang sibuk dengan kerja. Jadi, dia yang siapkan. Tinggi pada tuan😅.

Saya letakkan di luar pintu rumah. Senang nak ambil. Saya dan anak lelaki yang menyusun semua barang masuk ke dalam almari ni.  Memang muat, siap saya simpan water jet cik suami dalam almari ni.

Almari ni ada tempat untuk kita letak kunci. Memang terjaga lah daripada anak-anak nakal yang rajin nak explore.

Rupa ruang simpanan bila dah isi. 


Harap lepas ni barang tak hilang dan senang cari. Saya letak di luar, berhampiran depan pintu masuk utama. Moga tidak menyakitkan mata isteri mu lagi.

Berminat? Saya beli di sini https://shope.ee/5V0dSImlE5

Sharhanah

Anak-Anak Dah Besar


View dalam bilik tidur 3 orang anak

Dua hari kalut dengan anak-anak nak vaksin. Si sulung jer lepas, si nombor dua tak lepas dek tercicir namanya dalam senarai sekolah. Lepas tu saya bergegas ke bank atas satu urusan yang belum settle sejak 2 minggu lepas. Malangnya, tak dapat selesaikan juga disebabkan masalah sistem.

Hari ini baru ada masa untuk susun atur bilik anak-anak perempuan. Si bongsu pun dah besar. Dengan bilik yang kecil, pening juga lah. Untung si anak bujang, dia sorang je satu bilik. Sesi menyusun dibuat lepas zohor. Penat maknya lom habis lagi. 

Sharhanah