🌿 Let's Be Friends

Showing posts with label Holidays & Seasonal. Show all posts
Showing posts with label Holidays & Seasonal. Show all posts

Naik Bas Sepanjang Berada di Turkiye

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Memandangkan mod perjalanan sepanjang berada di Turkiye menggunakan bas persiaran, maka entri ini majoritinya gambar-gambar yang diambil dari atas bas je lah yer. 

Kami tiba di Lapangan Terbang Istanbul (İstanbul Havalimanı) yang berada di bahagian Eropah Istanbul. Kami sampai pun dah malam dan disambut oleh tour leader dari Malaysia (TL) dan tour guide tempatan (TG). Kami berjalan mengekor mereka berdua menuju ke arah bas yang sedang menunggu.

Kebanyakan bas persiaran di Turkiye berwarna putih. Jangan salah naik bas sudah. Kalau boleh ingat muka driver pun okey. Awal-awal saya nak ingat agak sukar, muka TG dan muka driver pun boleh tertukar. Maka, ingatlah nombor perdaftaran bas. Lagi mudah kot.

Saya namakan bas tersebut sebagai EMY, sebab no plat pendaftaran bermula dengan huruf-huruf tersebut. Ya, EMY akan bawa saya dan yang lain menjelajah bumi Turkiye sehinggalah hari ke-7.

Malam tu, EMY bawa kami bermalam di Hotel Golden Way Giyimkent yang masih terletak di bahagian Eropah. Dalam 32 minit juga nak sampai. Pemandangan semasa perjalanan saya tak sempat snap. Al-maklum lah, dengan letih badan duduk berbelas jam di dalam kapal terbang. Mood bergambar ke laut dalam.
Memperkenalkan... EMY besar macam ikan paus
Itu bukan EMY, tetapi kepala bas group lain. Jangan tersalah naik!

Dalam perut EMY. Total kami dalam 42 pax rasanya termasuk kanak-kanak bawah 6 tahun.

Perjalanan dari bahagian Eropah ke Asia Turkiye dalam setengah jam. Jalan agak sesak pagi tu untuk ke Bosphorus Cruise. Layan gambar di bawah untuk lebih feeling!
Ramai pemancing di atas jambatan

Gegar kalau snap dalam bas
Untuk mengelak kesesakan jalan raya di kota Istanbul, pemandu bas kami (lupa nama dia) menggunakan laluan shortcut. Masuk lorong-lorong jalan sehala. Sudahnya, tersilap masuk lorong. Nak reverse tu, dengan saya-saya sekali tekan break. Hahaha. Seram bila bahagian bumbung yang hampir dengan cermin tingkap bas bergesel dengan dinding bangunan sebelah. Bayangkan lah!

Sesak nafas bila masuk ikut lorong kecil. Bahu jalan penuh dengan kenderaan persendirian
Premis perniagaan pun rapat-rapat betul dengan jalan raya.
Pakcik ni membantu pemandu. Saya dalam bas, nampak sipi je kan kereta di sebelah ni?

Bila berjaya undur, semua isi perut EMY bersorak gembira. Mana taknya, memang membuang masa betul bila "terperangkap" di lorong tikus. Kononnya nak elak kesesakan lalu lintas, sekali tersekat. Masa hadap jem sama dengan masa tersekat di lorong🤣. Dekat sini kita dapat hikmah;

Kita rasakan jalan itu jalan pintas yang cepat, namun selepas kita laluinya, ia sebenarnya lagi menyusahkan dan melambatkan perjalanan? Maka, percayalah kepada proses. Kadang-kadang, ikut jalan pintas boleh lagi lambat dan menyusahkan!

Dalam menikmati perjalanan di bumi Turkiye ni kan, "nyawa" yang penting untuk pelancong ialah soket pengecas telefon bimbit. Sekarang dah banyak bas persiaran/ekspress tersedia dengan kemudahan ini di setiap tempat duduk penumpang.

Talian hayat... charger USB suami, tu pun suruh staf hotel belikan. 

Pemandangan bentuk muka bumi akan berubah bila memasuki lebuhraya. Saya sajikan beberapa keping gambar dari dalam bas untuk tatapan pembaca. Cuma ia tidak tersusun mengikut perjalanan asal.
Dapat zoom setakat ini je...
Kincir angin di atas bukit, pemandangan biasa di sepanjang perjalanan kami.
Signboard arah bandar

Plaza tol... perjalanan pulang dari Bolu ke Istanbul
Perjalanan ke Bursa, Turkiye

Bursa, Turkiye

Apartments di Bursa.

 Sport shoe pink… sapa punyalah ni

Masih di Bursa lagi. Pokok pun dah takde daun. Sampai pun waktu musim peralihan luruh ke sejuk

Saya dalam bas, dia di luar bas waktu kami berhenti di R&R area Balıkesir.
Masjid/surau merata-rata di pelusuk tempat
Kediaman di sini kelihatan padat dan rapat

Pamukkale Travertenieri

Suasana pekan

Cappadocia
Semasa bas nak reverse...

Perjalanan waktu malam, memang tak boleh snap apa lah. Tak nampak view luar. Hanya guna mata kasar ni je menikmati lampu-lampu di sepanjang jalan menuju ke hotel. Pukul 6 setengah dah macam pukul 9 malam. Beginilah kalau nak melancong waktu nak masuk winter. Siang pendek bebenor. Nak lelap awal pun sayang sangat nak lepaskan pemandangan malam walaupun terhad. Bukan senang nak sampai lagi.

Pukul 6.34 petang😳
Seminggu perjalanan kami begitu. Sampai di satu-satu hotel, mesti dah malam. Lepas check-in, kami menikmati dinner yang pihak hotel sediakan. Mereka terpaksa menunggu kami. Nak buat macam mana kan, mereka dah biasa menyambut tetamu di musim begini. 

Pernah nak sampai hotel di Kusadasi malam tu, hujan turun selebat-lebatnya. Pemandangan luar tingkap bas memang nampak air hujan dan sedikit cahaya kenderaan lain je. Tapi, kita dah biasa kan dengan hujan lebat ni. Kalau turun salji lebat, memang jakun sekejap kot.

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Entri ini dah lama terperap dalam draft. Sayang pula tak publish. Walaupun dah basi, ia kekal relevan bila rindu datang menerpa.

Nah, belanja simit berlatarbelakangkan hujung tayar EMY
Ikuti kisah saya di Turkiye
@sharhanahanafiah #anniversary #turkiye #fishing ♬ original sound - Sharhanah Hanafiah
Sharhanah

Sambut Hari Jadi Di LiLLA Rainforest Retreats

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Minggu lepas, saya menghadiri sambutan ulangtahun kelahiran anak kawan di sebuah resort di Hulu Langat, Selangor. Rasanya kali terakhir saya berjumpa anaknya waktu PKP. Dah besar pun.

Perjalanan masuk dari jalan besar ke Lilla Rainforest Retreat dalam 2KM. Agak dalam jugalah. Kebanyakan resort di sini bukan terletak di tepi jalan utama. Perlu melalui jalan tar untuk sampai. Saya dan anak-anak sampai dalam pukul 4 petang.


Resort ini menyediakan ruang parking yang agak luas, terletak di pintu masuk. Takde lah jauh nak menapak. Sampai sahaja, dah nampak satu keluarga besar sedang melakukan aktiviti di dalam kolam. Kolamnya takdelah proper macam kolam renang dan airnya tak jernih. Nampak macam punca air daripada anak sungai yang berdekatan. Setakat nak main air boleh lah.

Petang tu, kami buat aktiviti BBQ dan memasak oden. Semuanya buat di tepi kolam. Ada bangku dan meja berbumbung disediakan. Seronok buat kerja ramai-ramai kan. Ada yang nyalakan arang, yang menggoreng, merebus.

Anak-anak semua rajin membantu. Ada yang bantu tiup belon untuk sambutan hari jadi malam nanti, tolong angkat-angkat barang dan yang ikut maknya ke kedai beli barang. Comel je kan.

Lepas solat Maghrib, kami buat persediaan untuk majlis tersebut. Ada 2 orang birthday girls rupanya. Ingatkan sorang.

Kami memasang belon dan hias apa yang patut. Lepas aktiviti memotong kek, ada beberapa acara untuk anak-anak. Antaranya ialah pecahkan belon, makan biskut dari dahi, si buta dengan senduk rezeki dan rebut kerusi berirama. Memang enjoy dan anak-anak pun tak bosan.

Si buta dengan senduk rezeki

Makan biskut dari dahi. Siapa dapat makan dulu, dia menang. Paling kelakar tengok muka sorang-sorang. Lagi-lagi tang hidung 🤣.

Persiapan...

Lepak dulu sebelum acara bermula

Alhamdulillah, semua dapat hadiah. Anak-anak saya pun seronok sangat. Al-maklumlah, cuti sekolah asyik memerap di rumah je kan. Sekali boleh keluar, kemain seronok arrrr.

Moga ukhwah antara kami berpanjangan dan disambung pula dengan anak-anak kami. Murah rezeki juga buat yang menaja hadiah, makanan dan masa...

Dear Riri & Medina,
May Allah bless both of you with good health and lots of success♥️

With luv,
Aunty Sharhanah

Kisah Seram: Rumah Inap Atau Rumah Tinggal?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Entry kali ini agak seram sikit yer. Dah lama nak sambung kisah percutian ke utara, asyik terlupa je. Untuk yang belum membaca kisah percutian saya sekeluarga, boleh ke pautan di bawah dulu ya untuk ambik feel. Hehehe... Kalau yang dah baca, sila skip untuk terus ke kisah seram. 

Empangan Timah Tasoh - Petang Yang Mengasyikkan!

Kami kembali semua ke rumah inap/homestay selepas menikmati pemandangan lewat petang di Timah Tasoh. Perjalanan pulang hanya mengambil masa 13 minit sahaja. Tidak lah jauh.

Saya suka homestay ni sebab dekat betul dengan jalan raya utama. Rumahnya bersih dan selesa. Tuan rumah pun baik. Kami banyak berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp sejak menempah sehinggalah daftar keluar.

Tuan rumah pun tinggal berdekatan. Mudah nak panggil kalau-kalau network coverage tak okey. Mana la tahu kan...

Kami sampai dalam pukul 8.15 malam. Tak sabar nak bersihkan diri dan solat. Pastu nak tidur. Waktu untuk rehatkan badan setelah seharian di luar.

Sampai di halaman rumah pada pukul 8.20 malam. Dongak je nampak bulan.

Kami memberi salam untuk masuk ke rumah. Itu telah menjadi kebiasaan kami sekeluarga. Selepas pintu rumah dibuka, suis lampu ruang tamu dihidupkan. Tetapi lampu tidak menyala. Hanya lampu di bilik sahaja yang ok.

Saya tak kisah sangat sebab nak tidur je kan. Tapi, jadi kisah pula bila bekalan air paip tak ada. Dah la belum solat lagi. Nasib baik masih ada air di paip luar rumah. Boleh la berwudhu dan solat dulu.

Saya WhatsApp tuan rumah untuk memberitahu masalah yang sedang dialami. Tuan rumah inform ada gangguan bekalan elektrik yang mungkin mengambil masa untuk pulih. Elektrik tu ok, cuma air takde ni macam mana?

Tuan rumah datang berjumpa dengan suami di luar. Dia inform nak bawa kami tukar homestay beliau yang lain. Saya ok, janji ada air. Kami pun bersiap. Semua beg kami bawa masuk bonet kereta dengan harapan, next homestay lagi best lah.

Kami follow dari belakang kereta tuan rumah. Homestay kali ini terletak di taman perumahan. Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit juga. Keadaan pukul 9 malam agak lengang. Memang berbeza dengan lembah Klang. Santai betul.

Kami sampai di depan rumah disambut dengan hujan renyai. Saya masih di dalam kereta sambil menunggu tuan rumah buka pintu. Tengok tuan rumah berkali-kali juga cuba membuka kotak untuk mengambil kunci rumah.

Saya fikir, sah tuan rumah ni jarang ke sini atau homestay ni kawan dia yang punya. Takpe lah, saya dah tak sabar nak tidur. Mata saya dah layu. Suami dan anak lelaki saya yang masuk dulu bersama tuan rumah. Tunggu diorang sembang-sembang dulu. Baru saya nak masuk.

Selepas memberi salam, saya pun masuk. Pertama kali saya berjumpa tuan rumah face to face. Oh, baya-baya abang saya je ni. Dia peramah dan sangat berbudi bahasa. Sebelum dia minta diri, dia berpesan, esok boleh balik ke homestay pertama semula. La.. Ingatkan terus di sini. Penat je angkut semua beg. Kah kah kah. Macam kena prank!

Saya terus menuju ke dapur. Nak tengok lah macam mana rumah ni. Ya, besar. Dua tingkat. Bahagian dapur luas. Tapi bukan macam homestay. Macam rumah tinggal je. Serammmm. Langsung saya tak ambil gambar disebabkan faktor mengantuk, keadaan yang tak menarik dan suram. Tak tau nak cakap macam mana, warna cat rumah pun saya tak berkenan.

Masuk tandas, sabun pun tak ada. Lantai pun banyak dengan taik cicak. Boleh bayangkan tak? Memang ini rumah tinggal. Rasanya tuan rumah pun tak bersedia untuk beri kepada tetamu menginap. Masalah diluar jangka. Kalau saya tahu awal, memang saya tak ambil offer untuk bermalam di sini. Biarlah air takde sekejap. Esok pagi mesti ada kan...

Masuk bilik berdekatan ruang tamu tu, mak aiii.... Berhabuk! Jenuh kibas-kibas. Tilam pun tak berapa nak selesa. Penghawa dingin, alhamdulillah... Sejuk kemain.

Saya bercadang nak naik ke tingkat atas. Konon nak tinjau-tinjau bilik mana yang best... Sekali tak jadi. Tengok tangga pun seram weh! Anak-anak pula pakat tak nak tidur bilik berdekatan dapur tu. Semua nak tidur dekat ruang tamu sebab ada TV. Bergaduh pula pakat nak tidur di tengah.

Yang anak lelaki, tidur atas sofa. Yang kakak-kakak dan adik bentang toto depan TV. Saya dan suami, tidur dalam bilik berdekatan ruang tamu. Saya tengok rumah ni pun tak terurus dan aura tak best. Malas nak cakap lebih memandangkan semua perancangan percutian saya yang uruskan dari A sampai Z. Tak sangka pula jadi macam ni. Tidurlah. Malas fikir. Esok nak ke Wang Kelian layan matahari terbit.

Malam tu, tidur memang tak berapa nak nyenyak. Sejuk sangat la, tilam tak best la..tapi boleh lena juga. Jenis tidur awal, kalau diberi pilihan... Ada makanan best dan bantal, pilih yang mana? Saya pilih bantal. Bak peribahasa, bagai orang mengantuk disorong bantal. Tiberr.

Saya tak tahu saya lelap pukul berapa. Yang saya tersedar, bangun sebelum subuh. Saya gosok gigi dan ambil wudhu. Kejutkan anak-anak dan buka TV9 dengan harapan, rutin seperti di rumah. Mudah untuk anak-anak bangun. Kami perlu bertolak ke Wang Kelian pukul 6.30 pagi.

Anak bongsu saya demam rupanya. Rasa dahi dia, panas. Patutlah bermalasan nak bangun pagi. Semua siap solat dan kami keluar tepat pukul 6.30 pagi. Kunci dikembalikan ke dalam kotak yang disediakan. Selepas itu, kami pun bertolak selepas pintu pagar ditutup.

Dalam perjalanan barulah keluar cerita pasal malam tadi. Anak kedua saya bercerita yang dia tak boleh nak tidur. Dia nampak satu lembaga melintas laju menaiki tangga dari dapur rumah. Fuh! Nasib baik tak tidur dekat tingkat atas. Tempat dia rupanya. Mungkin, dia turun ke dapur...sekali ada tetamu daaa... tu yang dia terkejut terbang laju naik balik ke tingkat atas.

Tapi, macam mana pula si bongsu sampai boleh demam? Adakah dia pun nampak kelibat yang sama? Atau diganggu??

Hanya dia sahaja ada jawapannya.....
 

Seram seram sejuk,
Sharhanah

Video - Trip Hijau (Naik Keretapi Elektrik & Kayuh Basikal)



Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Sebahagian klip pendek semasa percutian yang dijadikan video dengan menggunakan aplikasi CapCut.

Sharhanah
@sharhanahanafiah #CapCut ♬ original sound - Sharhanah Hanafiah

Kampung Padang Melangit, Beseri, Perlis - Percutian Santai

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya memilih untuk menginap di kawasan yang berdekatan dengan sawah padi. Dua bulan saya mencari homestay yang betul-betul memenuhi citarasa saya sekeluarga.

Akhirnya, dapat rezeki menginap di Kampung Padang Melangit, Beseri. Rumah inap ini berdekatan dengan jalan raya utama. Sangat mudah nak cari. Sesampai di sini, kami disambut dengan hujan lebat. 

Waktu ni, saya dah rasa aktiviti berbasikal sambil meronda di kawasan bendang akan bertukar ke aktiviti tidur (konon nak berehat setelah 5 jam di dalam ETS). Ditambah pula, cuaca yang tak cantik petang ni. Punah harapan untuk melakukan sesi fotografi. Sedihnya 😔

Kami menginap selama 3 hari 2 malam dan mendapat tawaran harga yang menarik daripada tuan rumah. Siap dapat pinjam 2 buah basikal untuk memudahkankan kami bergerak di dalam kampung. Anak-anaklah paling teruja.

Selepas hujan lebat berhenti, kami santai-santai meronda di dalam kampung. Anak-anak bergilir-gilir mengayuh basikal. Pemandangan tersangatlah cantik untuk kami yang asalnya tinggal jauh dari kawasan bendang ni haa.

Damai, tenang, dan kehijauan sedikit sebanyak dapat melupakan masalah seketika. Waktu inilah, masa yang sangat sesuai saya dan suami menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak.

Cuaca agak mendung petang tu, lepas sedikit hujan... dan keluarlah pelangi. Macam kehidupan kita juga kan?

Kami sekeluarga main hujan. Biar basah bersama. Anak-anak kemain seronok! Lagi pula, tak ramai pun penduduk kampung yang keluar di kala hujan turun. Eh, gila ke hapa anak beranak main hujan? Ekekeke

Eh, sapa cakap pemandangan lepas hujan tak cantik? Siap dapat pakej pelangi lagi tau.

Sayangnya, waktu ni tiada musim mempelam harum manis. Nampak pokok je la. Buahnya tiada. Waktu ni juga, pokok padi sedang menghijau. Memang target saya pun.

Si bongsu dan si sulung... waktu ni baru keluar rumah selepas hujan reda.
Sawah padi yang menghijau

Bunga raya berwarna jingga masih dalam kebasahan hujan.

Hai, pelangi

Antara bunga liar yang banyak terdapat di tepi jalan kampung

Pokok bunga ni pun banyak tumbuh.
Kami meronda mengikut jalan kampung. Ntah mana-mana. Tapi, tak sesat pun. Rumah kampung dekat sini semua besar-besar. Mana taknya, tanah semua luas-luas. Best kan? Beranganlah dengan suami... mana nak duduk tua-tua nanti? Perlis, ok tak? Hehehehe.

Kami berjalan pulang semula ke rumah inap untuk mandi. Yerla, pakat habis basah kena hujan. Pukul 6 lebih nanti, kami akan ke Tasik Timah Tasoh untuk menikmati suasana sunset pula. Memang healing sungguh.

Nantikan entry seterusnya.

Baca juga;

Sharhanah

Air panas tahan 8 jam!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada sesiapa yang nak bercuti semasa musim sejuk? Jangan lupa bawa termos air panas tau. Sangatlah berbaloi. Lagi-lagi yang ikut agensi pelancongan dan nak jimat.

Setiap pagi sebelum check-out, saya akan masukkan air botol mineral (complimentary) ke dalam cerek elektrik untuk dididihkan. Lepas tu, tuang je ke dalam termos.

Memandangkan jadual perjalanan ni, setiap hari malam check-in dan awal pagi dah check-out (hotel ni tempat mandi dan tidur lebih kurang 12 jam), tidak ada masa nak menikmati secawan kopi di luar jendela sambil melayan pemandangan indah. Saya ambil semua hotel room complimentary refreshments tea, coffee, sugar, milk dan paper cup terus masukkan ke dalam sling bag suami.

Kalau dah rasa sejuk dan dahaga, dalam bas pun boleh jadi kerja. Tuang air panas ke dalam cawan kertas, koyak 1 sachet kopi dan gula, lepas tu kacau. Nikmat yang tidak terperi menikmati air panas di waktu musim sejuk! Kalau kita kat sini, cuaca panas-panas nikmat betul melayan air sejuk. Begitulah selalunya kan.

Sejuk-sejuk memang best layan kopi panas. 

Bukan setakat bancuh air kopi atau teh, saya juga makan mi segera panas-panas. Punyalah nikmat. Mana tidaknya, bawa mi cawan perasa lontong yang pedas. Rindu betul nak makan pedas. Itulah pengubatnya. 

Banyak berjasa ni....

Kalau yang tak kisah dan malas nak bawa termos, boleh je beli air minuman panas-panas di restoran dan cafe tempatan. Rasa sama je, cuma saya dapat jimat banyak!

Hujan di luar. Sambil buat keje sambil buat entri. Nak hilangkan mengantuk.

Sharhanah

Kenangan - Pulau Redang 2013

Sebenarnya mood nak berjalan. Tapi apakan daya, boleh tengok album lama je lah. Sekarang bukan macam dulu, nak jalan bila-bila pun boleh.

Bila belek album lama, berkenan betul dengan Pulau Redang. Pasir pantai lembut macam tepung, bersih, laut membiru dan suasana yang damai. Orang kata, tempat paling sesuai nak lari daripada kesibukan kota. Tengok laut yang luas, lega kepala…

Berjalan ke jeti. Nak ke Taman Laut sebenarnya. Tak sabar nak berenang dengan ikan.

Waktu ni, dua orang anak masih pra-sekolah. Yang si kecik baru berumur tiga tahun. Mula—mula rancang, nak naik kapal terbang, tapi suami lebih suka travel dengan memandu kereta. Al-maklumlah, isteri dan anak-anaknya belum pernah sampai ke negeri pantai timur. Rasanya, dengan memandu kami akan lebih adventure. Hihi 

Jauh betul perjalanan kali ini. Rasanya 8 - 9 jam perjalanan. Kami suka menyinggah. Lapar singgah makan, nak ke tandas la… memang memandu ala-ala pelancong. Sampai ke Kuala Terengganu, dah malam. Saya memang dah booking hotel siap-siap. Senang nak gerak ke jeti esoknya.

Kami menaiki bot di Jeti Merang. Jenuh juga nak menunggu air laut pasang. Situ ada benting pasir. Susah juga nak ke laut dalam. Pengalaman dalam bot memang tak boleh lupa lah. Penumpang agak ramai. Melambung-lambung kami bila bot membelah lautan. Laut sana mana nak sama dengan laut Selat Melaka. Anak-anak muntah jua akhirnya walhal dah nak sampai.

Kami di sana selama 3 hari dua malam. Dapat ke Taman Laut Negara. Dapat snorkeling, dapat tengok terumbu karang, dapat berenang bersama ikan-ikan nemo. Anak-anak lebih suka main pasir pantai. Habis atas kepala pun ada pasir. Puas bermain di bawah terik mentari. Sampai si kakak demam sehari sebelum balik ke jeti. 

Sekarang ni, bila tanya balik pada si kecik, dia mana ingat pun. Tunjuk gambar, dia pun ingat-ingat lupa. Tunjuk dekat si bongsu,  dia tanya kenapa dia tak ikut… camna nak ikut, awak pun belum wujud lagi…. dan…. Adakah kami perlu repeat semula? 

Insha-Allah, kalau ada rezeki, kita pergi lagi okey.

Sharhanah