Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan lagi coretan perjalanan secara terperinci di dalam Google Slide untuk simpanan peribadi dek kekangan masa. Namun, saya tetap ingin berkongsi di blog secara ringkas. Tetapi jangan jemu pula melayan gambar-gambar terpilih sepanjang saya di sana.
Laluan trip saya
ISTANBUL - BURSA - KUSADASI - PAMUKKALE - CAPPADOCIA - BOLU - ISTANBUL (lebih kurang 2,000 KM)
Rasanya, rata-rata penulis di blog sudah banyak berkongsi mengenai sejarah Turkiye. Kisah perjalanan dari satu tempat ke suatu tempat dan daya tarikan yang ada. Kalau nak details, boleh Google. Padanlah saya yang sibuk ni, mampu setakat ringkasan.
Disebabkan saya pergi dengan agensi pelancongan, maka... ikut je lah apa yang telah diaturkan dalam itinerary. Saya nak cerita satu per satu, rasa sama je. Siang melawat, malam check-in hotel, pukul 8 pagi check-out, teruskan ke destinasi berikutnya. Ulang-ulang selama seminggu. Banyak masa dalam bas sebenarnya. Kalau ada yang tanya, best tak? Saya akan jawab, tak puas dan agak letih sebab asyik bertukar hotel, asyik kena packing kain bajuπ
Untuk makanan, majoriti menu adalah sama. Tetapi, alhamdulillah... Saya boleh layan, cuma jemu. Tak tahulah kalau duduk sana sebulan.
Ada sekali tu, tour guide inform jumpa di Grand Bazaar selepas lunch di sebuah restoran memandangkan masing-masing nak membeli di kedai berdekatan. Saya dan suami pun jalan kaki nak ke Grand Bazaar lah dulu. Kami tersalah jalan. Pusing punyalah jauh.
Tapi takpe, rupanya... Bila tersalah jalan, kami dapat meronda di tempat-tempat yang TG tak bawa. Hehehe. Walaupun takut juga kena tinggal, tapi dengan masa yang diberikan untuk jumpa di Grand Bazaar, sempat je.
Benarlah, kalau pergi sendiri banyak tempat kita boleh explore. Punyai masa sendiri tanpa terikat dengan sesiapa. Nak makan apa pun boleh pilih. Kalau saya, tak suka sangat tempat shopping. Setakat satu dua buah okeylah. Ini, semua tempat kena masuk kedaiπ
. Saya suka buat aktiviti dan bersantai sahaja.
Maka, dapat saya simpulkan...pilih agensi pelancongan jika anda tak nak fikir tentang itinerary, tak nak tempah kapal terbang, tak nak tempah hotel, tak kisah nak makan apa, hanya bawa badan dan keperluan peribadi.
Jom layan gambar-gambar randomly yang sempat saya pilih.
|
Cafe bergerak berlatarbelakangkan belon-belon udara yang sedang menunggu untuk berlepas.
|
|
Busforus... Hop on Hop off tours. |
|
Pemandangan dari atas bas. Rumah semua nampak padat dan rapat-rapat |
|
Pemandangan Cotton Castle menjelang Maghrib |
|
Penulis memerhati secara dekat biji kopi di dalam guni |
|
Pemandangan di tengah-tengah jalan sewaktu di Bursa. |
|
Kami berdua ketika berjalan-jalan di sekitar Pier Lotti. |
|
Seorang pelancong di salah sebuah kedai di Arasta Bazaar. |
|
Laluan yang kerap kami guna sepanjang berada di Istanbul. |
|
Pemandangan ketika menyusuri Bosporus Strait |
|
Pemandangan laut dan kapal di hujung gambar. Tak berapa nampak sangat. Waktu ni lah saya dan suami berjalan mencari Grand Bazaar, tempat untuk kami berkumpul. |
|
Meronda di Pier Lotti. |
|
Bas persiaran kami yang kami guna sepanjang berada di Turkiye. Saya panggil dia EMY. |
|
Hagia Sophia Grand Mosque. |
|
Penulis bersama suami ketika berada di Bursa. |
|
Laluan tram. |
|
Laluan kami dari 10hb hingga 16hb di sebahagian bumi Turkiye |
Setakat ini sahaja dulu perkongsian gambar-gambar saya sewaktu di sana. Kalau ditanya, tak nak repeat ke?? Sudah semestinya saya akan jawab, saya nak datang lagi. Insha-Allah, jika ada rezeki boleh datang bersama anak-anak pula.
Doakan.
Sharhanah