Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Baru-baru ini, saya ke Temerloh atas satu urusan. Saya pergi bersama suami dan anak lelaki. Jarang kami bermalam di sana. Selalunya balik hari. Kali ini, suami cadangkan agar kami bermalam dan boleh juga berjumpa dengan anak nombor dua yang belajar di sana. Suami malas nak bertolak awal pagi memandangkan dia tak berapa sihat hari sebelumnya. Maka, santai-santai lah perjalanan kami bila bertolak awal sehari.
Dalam pukul 5 petang, kami sampai di Bandar Temerloh untuk daftar masuk di Hotel Merrinton. Saya menempah 4 hari awal di atas talian dengan mendapat harga terendah di Agoda untuk bilik Triple Deluxe. Urusan daftar masuk pun pantas, hanya tunjukkan tempahan yang diterima, tunjuk MyKad dan serahkan wang sekuriti deposit RM50 bersama RM3 (Caj Kelestarian Negeri Pahang). Terima kad kunci terus menuju ke bilik.
|
Baringkan dia untuk memudahkan urusan mengambil pakaian. |
|
Katil single yang berada di tengah |
Keadaan bilik hotel sebaik sahaja kami sampai sangat bersih dan kemas. Ada kemudahan internet, TV satelit/kabel, air botol minuman, kopi 3 dalam 1, almari, peti sejuk, penyangkut baju, tuala mandi, cecair mandian, meja, kerusi, telefon, penyaman udara, hot shower, tisu tandas dan kemudahan CCTV yang membolehkan tetamu memantau kenderaan masing-masing menerusi paparan skrin TV. So far, kemudahan ini dah okey sangat untuk kami berehat sebelum menyelesaikan urusan kami esoknya.
Saya menunaikan solat Asar terlebih dahulu sebelum mengambil anak perempuan saya di asrama. Selepas mengambil anak, kami menikmati hidangan malam berdekatan dengan hotel tersebut. Rupanya, sangat mudah untuk mencari makan di sini. Kedai makan bersepah. Disebabkan saya teringin nak makan makanan barat, maka kami memilih Warung Acu.
Untuk menempah, isi kod menu di dalam kertas order (pen disediakan). Kod menu, boleh refer pada buku menu. Lepas tu, beri je kertas order kepada pelayan. Tunggu sehingga hidangan sampai.
Masa menunggu dalam 20 minit juga lah. Sebelum tu, kami dihidangkan dengan kerepek yang sedap. Air minuman pun sampai. Saya order air suam, hot chocolate, carrot juice dan minuman koko berais. Minum-minum dulu sambil sembang dengan anak perempuan saya. Sebenarnya dia dalam mood peperiksaan. Seronoklah dia, dapat keluar.
|
Complimentary kerepek ubi |
|
Anak perempuan saya makan ni je... dia kata dah kenyang makan dekat asrama |
|
Hidangan pilihan saya... lambchop. Lama tak makan. Huhuhu |
|
Pilihan suami... ayam + daging + sosej + makaroni + coleslow |
|
isi kod dan kuantiti... yang jadi 2 tu, anak lelaki saya nak juga tiru maknya. |
Alhamdulillah, makanan dan minuman semua sedap. Kenyang betul. Patutlah ramai pelanggan yang datang. Sos lada hitam dia saya puji sebab sedap. Pernah makan di KL, kuah terlampau pekat la pula. Kalau macam ni, memang datang lagi la. Insha-Allah.
Harga dalam RM134 untuk 7 item. Ok tak? Bagi saya.. sesekali ok je. Jarang keluarga saya makan makanan macam ni. Puas makan siap tapau bawa balik bilik. Hahaha.. kami jenis makan tak banyak. Kecuali suami. Rasanya tak boleh nak habis sebab minum air bersusu. Cepat kenyang. Patutnya order air lemon je kan.
|
Pemandangan sisi Warung Acu.. semoga terus menghidangkan makanan yang sedap |
Selepas makan, kami pun balik ke bilik untuk bersihkan diri, solat dan tidur. Suami ke dobi (di bawah hotel) untuk membasuh pakaian. Kebetulan anak saya bawa pakaian yang tak sempat dibasuh. Saya yang sejenis tidur awal, memang belayar dulu lah.
Cuma nak bagitau, tilam hotel ini tak sesedap tilam Coway di rumah saya. Setiap katil ada 2 biji bantal. Saya tak guna bantal untuk tidur sebab sakit leher. Rasanya, kalau orang lain okey kot. Aircond pun okey je. Takde lah terlampau sejuk.
Oh ya, nak gitau juga... Air di bilik mandi sangat laju. Mandi puas. Bilik air dan tandas bersih. Saya bagi 5 bintang!
Esoknya, selepas subuh... Kami mandi dan mengemas untuk daftar keluar. Sebab apa awal? Urusan di luar bermula pada 8 pagi. Mana nak cari breakfast dulu kan. Saya terus hantar kad kunci. Yang best dekat sini, sentiasa ada staf di kaunter. Wang sekuriti saya dikembalikan. Staf pun baik dan berbudi bahasa. Boleh repeat kalau gaya macam ni. Hihihi
Kami berhenti makan di warung tepi jalan, Makwe. Di situ banyak jenis kuih-muih dan lauk pauk. Ada nasi dagang, nasi lemak dan nasi hujan panas. Fuh! Meriah. Tau saya ambil apa???
|
Bihun goreng je.
|
Kuih-muih kat sini lima ploh sen. Saya ambil kuih apam, pau goreng Malaysia dan pau inti kelapa. Saiz comel je. Lupa nak snap. Anak saya kata, popia sira tu sedap. Patutlah habis awal.
Lepas makan, terus ke tempat yang dituju untuk selesaikan urusan. Lepas selesai semua, saya ke Taman Esplanade Temerloh yang terletak di pesisir Sungai Pahang berhampiran Dataran Patin.
Pernah datang 2 kali, tapi kali ini banyak masa untuk menikmati keindahan sekeliling. Anak saya kata, selalunya hujan. Tapi, hari tu....cuaca sangat cantik. Panas pulak tu. Huhuhu
|
Tempat lepak-lepak sambil bincang masa depan |
|
Tak pasti masih beroperasi ke tidak. |
|
Konon nak naik jambatan gantung, tak jadi sebab panas dan perut tengah kenyang. Di bawah tu, macam bangsal terapung. Mudah para nelayan untuk berlindung daripada panas dan hujan bila menurunkan hasil tangkapan. |
|
Jeti kah? |
|
View terus ke sungai dari daratan. |
|
Sungai dekat Pahang besar dan luas. Kalau sungai dekat kampung saya (Pulau Pinang), kecil, jernih dan berbatu. |
|
Laluan untuk turunkan perahu/bot. |
|
Pokok jenis rain tree. |
|
Pernah dengar nama Kuala Semantan dalam buku himpunan novel zaman kakak sekolah menengah. Sekitar tahun 80-an. |
|
Dulu tak pernah terfikir boleh kerap ke sini. Kalau negeri Pahang, pernah sampai Cameron Highlands je.
Lepas pusing-pusing kawasan sini, saya singgah membeli buah. Buah tangan untuk dibawa balik ke rumah dan buah tangan untuk dibawa balik ke asrama anak.
Saya beli sebab buah nampak segar. Tak macam di tempat saya, susah nak dapat yang elok. Huhuhu. Yang ini puas makan, manis pulak tu. |
|
Pelbagai buah-buahan. Saya beli yang anak-anak suka je la. |
|
Jambu air tu geram tengok... Cuma saya tak boleh nak makan sejak berumur ni haaa... |
Selepas 2 plastik tapau masuk bonet, kami ke Semantan Walk. Anak nak beli barang sikit. Dia tahu la kawasan sini sebab kerap balik Kl naik bas.
|
Pemandangan hadapan. Penuh dengan gerai jalan. Konon nak beli churros depan ni, anak kata sedap... Rupanya tutup.
|
Masuk ke kedai beli selendang la... T-shirt la... Dia paw mak dia betul-betul ni. Lepas tu lintas jalan ke Watson. Beli barang dia juga, kemudian ke Family Mart. Maknya teringin nak makan bagel. Beli la satu, habuan nak merasa. Rupanya memang sedap. Blueberry tu tak manis... Roti tu dah la rangup. Memang kena dengan tu tekak maknya.
|
Makan satu pun dah kenyang... Alhamdulillah |
Dekat Temerloh ni best pula rasanya... Semua ada. Dekat-dekat pula tu. Kalau ada urusan dekat sini memang senang. Senang juga nak cari.
|
Jauh-jauh datang, dia cari ni jugak. Katanya, yang dekat rumah kecik saiznya. Ini besar. Murah pulak tu. |
Selepas membeli-belah, kami pun dah nak balik. Hantar anak dulu balik ke asrama. Cuaca panas, bikin kami semua mengantuk. Masuk lebuhraya, singgah RnR untuk solat jamak Zohor dan Asar. Lepas tu, lapar la pulak. Keluar lebuhraya cari gerai makan. Dapat la makan nasi ayam penyet. Sedap. Sambal sedap dan ayam goreng pun rangup dan rasa segar. Lupa pula nama gerai ni.
|
Tauhu dan tempe pun sedap. Selalunya asyik dapat ayam keras la.. Sambal tak sedap la.. Ini memang terbaik! Makan pula tepi anak sungai. Syahdu.
|
Alhamdulillah, lepas makan... Kami meneruskan perjalanan pulang. Walaupun dua hari 1 malam je di Temerloh, kami tetap enjoy. Kebarangkalian untuk datang lagi sangat tinggi. Nanti nak kena bawa semua anak, belanja makan di Warung Acu.
|
Tiberrrr......balik ikut jalan lama...condition jalan teruk. Nyesal pula ikut kata hati. Tapi dapat lalu Gombak Utara, seumur hidup tak pernah sampai. |
Sharhanah
Cantik kawasan lama2 ni kan
ReplyDeleteBetul tu
DeleteIkut jalan lama tu, ngeri, terutamanya kalau selisih dengan treler panjang. Huhu..
ReplyDeleteLama saya tak ke Temerloh. Dah ada macam-macam, ya.
Dulu masa zaman belajar di Jengka, selalu juga turun ke Temerloh, kalau tak ada tiket bas balik KL dari Jengka.
Pertama kali saya turun berjalan dan tido 1 malam di Temerloh π€
DeleteKalau hari Ahad ada pekan sehari yang paling panjang. Macam2 ada jual. Tak larat nak jalan panjang sangat.
ReplyDeleteOoo...ini yang kawan saya cakapkan... Tapi lom berkesempatan merasainya lagi.
DeleteAda datang di Pahang..anak kerja di Kuantan Pahang..kini kembali di Sabah
ReplyDeleteOh, bila rindu boleh datang ke Pahang, lagi-lagi Temerloh.
Delete