Kiko Menjerit!

 

Assalamualaikum,

Tadi santai-santai di ruang tamu, dengar bunyi kucing menjerit kuat. Waktu tu suami nak pergi keje. Aku ingat kucing Oren bergaduh nak merebut awek. Rupanya suara Kiko. Ya, Allah! Terus aku rasa seram sejuk. 

Suami keluar daripada kereta cari Kiko. Rupanya Kiko lari lepas dia kena langgar. Aku tak pasti, teruk ke tidak. Kiko lari masuk bawah kereta jiran. Dia takut. Suami panggil Kiko, tapi Kiko taknak dekat. Suami rangkul Kiko, takde kesan luka atau berdarah. Suami bawa masuk rumah. Kiko lari masuk bilik anak. Dia menyorok bawah katil. Aku nampak dia jalan macam sedikit lain. Huhuhu..risaunya!

Kami semua ikut Kiko. Kiko taknak keluar daripada bawah katil tu. Suami panggil Kiko... Kiko kelihatan sangat takut. Suami angkat dan periksa kaki Kiko. Takde patah. Aku duk ingat mesti terseliuh. Kiko duduk dalam bilik anak. Dia tidur situ sampai tak nak keluar. Aku dah rasa sedih sampai sekarang entri ini dikarang.


Aku harap Kiko okeylah. Cian dia. Aku berjam tengok perkembangannya. Dia tidur jer. Sesekali menggeliat. Anak bongsu aku pun menunggu sambil melukis. Dia cukup sayangkan Kiko. Kiko pun dah jadi kucing kesayangan anak-anak jiran. Asal datang sini, mesti panggil Kiko.


Contengan anak bongsu


Harap Kiko cepat pulih dan aktif seperti sediakala. Doakan.

Sharhanah

Orang Perempuan Bila Dia Sedar Dia Makin 'Menua'....

MENITI SENJA... Perjalanan pulang ke rumah selepas hantar anak ke asrama

1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga.

2. Dah takda kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa.

3. Dia dah tak berapa nak membeli. Terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun takpa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi.

4. Dia malas layan drama. "Ikut kau lah Bedah". Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu.

5. Dia kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut spec. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makan lah juga. Malas nak bising mana.

6. Dia semakin kurang panas baran. Dia lebih sabar dan tenang. Dia dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya.

7. Dia banyak bersendiri. 'Me Time' dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. 'Me Time' sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri.

8. Dia mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, takpa. Duit, sedekah. Barang, bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama dia semakin sedar dunia ini tiada lah perlu lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat.

9. Dia kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam dia lah paling hafal. Sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok. Lama mana hendak tengok. Jenis apa patut tengok. Kadang tak kenal pun artis mana-mana.

10. Sebab dia dah mula tahu ke arah mana masa dia sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni dia sedar... 'Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian'.

11. Dia sibuk upgrade diri dalam cara yang dia mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dia anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam dia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa.

12. Dia faham di antara semua harta paling berharga atas muka dunia ini, tidak ada terbanding dengan 'hati'. Sebab itu dia lebih banyak bersangka baik, latih rasa cukup, mudah memaafkan, mudah mengalah. Sebab dia nak jaga hati dia. Dari rosak binasa.

Kredit: Siti Suryani Yaakop

Demi Masa Depan


Assalamualaikum,

Sekarang asal petang jer hujan,  rezeki FP agak kurang. Syukur juga jiran-jiran dan cikgu-cikgu ada yang order karipap pusing. Yer la, makan hujan-hujan sedap kot. Hehehe. Kadang ingat eskrem tak laku, rupanya ada jer yang beli.

Rezeki tu biar Allah yang aturkan. Kita sebagai hamba -Nya, berusaha dan berdoa. Bersyukur dengan apa yang diperoleh. Insha-Allah, Allah tambah lagi.

Aku pula nak mengarang blog. Banyak benda nak taip. At last, satu benda pun tak jadi. Masih dalam draft. Betullah, dulu masa keje, idea melimpah ruah.. Asal ada masa terluang, jari jemari aku bebas menari atas papan kekunci. Chewah. Sekarang blurr. 

Sabtu lepas aku ke Temerloh, Pahang. Antar anak ke-2 balik asrama. Dia dah lewat seminggu daftar masuk disebabkan selsema dan batuk yang ringan. Aku tak berani nak hantar waktu tu... Kang tak pasal-pasal kena balik. Rugi masa, tenaga dan wang. So, aku hantar minggu lepas tu. Alhamdulillah... Dia pun dah sihat betul waktu tu. 

Kali ni, hantar memang pas beg jer. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk. Insha-Allah, semoga anak ke-2 ni baik-baik sahaja di asrama, dapat timba ilmu yang bermanfaat dan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Next week, 3 orang anak di rumah semua pergi sekolah. Abahnya keje. Tinggal aku dan Kiko.

Sekian.

Sharhanah

Setel-kan Dalam Kereta Jer Dulu


Assalammualaikum,

Pernah pergi isi minyak kete sorang-sorang tak? Lepas tu, dekat kaunter Q panjang dan nak beratur pula. Pernah sekali tu, aku terus lupakan hasrat nak isi minyak kete. Padahal, kete dah dalam petak pam minyak pun. Cakap dalam hati, esok pagi jer la... atau suruh suami tolong isikan nanti. Hehehe

Sekarang tidak lagi, sejak aku pakai SETEL pada aplikasi telefon pintar... dah rajin nak bubuh minyak kete. Aku mula pakai dah lama sebenarnya. Dulu kan kena drive pergi keje sehingga ke Bangsar, Kuala Lumpur. Naya lah, kalau minyak tinggal 20% nak redah ke ofis. Layan jem, agak²lah. Nak tak nak, kena la isi juga. Lagipun, stesen minyak depan rumah je.

Banyak membantu aku sebenarnya. Kalau aku berdua dengan suami, aku kat sebelah hanya perlu buka applikasi Setel. Lepas tu, pilih nombor pam minyak. Bila minah saleh cakap "your may start fuelling now", aku thumbs up je kat suami aku, dia akan angkat nozel minyak dan terus isi. Habis isi, masuk dalam kete... teruskan destinasi seterusnya. Dia suka la, sebab tak payah nak ke kaunter. Dulu masa Setel baharu diperkenalkan, hanya ada di Lembah Klang sahaja. Aku duk ingat satu Malaysia dah ada. Pergi ke Melaka, top up ratus-ratus dalam apps, sekali sampai stesen Petronas, benda ni belum ada. Hahaha. Ingat sampai mati. Konon nak cashless sangatkan bila travel. Sekarang ni merata dah boleh guna.☝

Sekarang ni kan, kad bank dah boleh link terus ke apps. Punyalah mudah. Dulu, terkial-kial nak top up, pastu nak kena ingat tac nombor dengan dalam kete punya bising anak-anak bergaduh..lepas tu lupa. Stress oiii. (Eh, kenapa ek... touch n go tak buat macam ni? Nanti aku buat entry pasal e-Wallet Touch n Go plak.. banyak kenangan sangat neh)

Paling best, dapat mata ganjaran setiap kali kita isi minyak. Ampa link siap-siap Kad Mesra pada apps ni tau. Bila dah banyak, boleh jer redeem isi minyak tanpa RM. Pakai je mata ganjaran yang dah terkumpul tu. Aku dah banyak kali reedem. Kadang duit tengah sesak, saat ni lah paling tepat untuk menebus.

Kalau pi Kedai Mesra, lupa bawa duit ke... nak bayar apa yang kita beli pun boleh pakai apps ni. Tekan simbol "Pay". Nanti dia tolaklah duit kita dalam tu. Benda ni berfungsi kalau ampa ada duit dalam tu. Kalau takdak, memang tak dapat nak nolong πŸ˜†

Tapi, aku boleh tolong bahagian ni jer... kepada sesiapa yang belum ada apps ni, eloklah pakai. Tak valid pada pelanggan stesen minyak selain Petronas ya. Ampa download dan masukkan kod "ucptt" korang pun akan dapat duit automatik ke apps ampa tu.

Use Setel to seamlessly refuel and shop at PETRONAS stations. Setel with me and we’ll both enjoy RM5 after you've top up and/or purchase min. RM30 worth of fuel or Deliver2Me orders.

My referral code: ucptt


Untuk lebih kefahaman, sila klik pada pautan di bawah


Sebenarnya ada lagi beberapa kelebihan yang boleh ampa nikmati. Contohnya Deliver2Me. Tengah isi minyak, staff Petronas mai antar barang yang ampa pesan tu terus ke kete ampa. Contoh, anak teriak nak air kotak. Ampa beli siap² kat apps tu. Senang, tak payah nak masuk ke Kedai Mesra kan. Dah ada orang mai antaq sampai ke pintu kete. Memang sesuai untuk kaum hawa ni... pastu yang bawa anak kecik, SETEL memang banyak membantu. 

Aku rasa ada hikmah juga zaman pandemik ni. Semua benda jadi mudah. Ngan ada duit dengan takdak duit ja laπŸ˜‘

Sekian.

Sharhanah

Mummy Ayu's Birthday Giveaway

Assalammualaikum, 

Ini adalah penyertaan pertama aku menyertai GIVEWAY sepanjang aku aktif di blog baharu aku ni. Moga-moga ada rezeki, manalah tahu... kalau menang, bagi aku lebih semangat dalam dunia blog ni kan. Tapi takpe, mencuba memang tak salah daripada tak cuba langsung. Dapat juga kawan baharu at least... betul tak Mummy Ayu?😊 (salam kenal)

Kalau nak join, klik jer pada gambar di bawah ini.

Aku memang suka planner comel² neh

Aku suka sangat birthday giveaway macam ni. Syarat pun mudah sangat. Hanya buat entry bertajuk "Mummy Ayu's Birthday Giveaway" dan link balik. Pastu pergi ke blog Mummy Ayu, tinggalkan komen. Itu jer... padanlah dengan aku ni yang sibuk memanjang. Tadi pun, tengah syiok menaip buat entry ni, on call masuk "opis".. berlari aku siapkan order. Hahaha. Okey, ni sambung balik. Flexible kan keje dari rumah? Bhehehehe.

Sharhanah

Tambah Barang Kiko

Assalammualaikum, 

Update pasal Kiko lagi. Hahaha, dah macam blog kucing pula. 

Alkisahnya, aku bukan pandai pun nak memelihara kucing. Last ada kucing masa aku sekolah rendah. Itu pun kucing kampung. Gaul nasi dengan lauk pun, kucing boleh makan habis. Tak macam kucing sekarang, bagi nasi terus larik.

Tadi aku ke Kuala Lumpur atas sedikit urusan. Dapat rezeki lebih, beli la sikit untuk Kiko. Lagi pula anak pesan suruh beli penapis untuk mudahkan pembuangan najis Kiko. Sempat bapaknya grab makanan kesukaan Kiko dan mainan untuk dia. Happy la budak tu dapat mainanπŸ˜‚


Semoga anak-anak happy melayan Kiko ni sesambil belajar sayangkan haiwan. Banyak perkara yang mereka boleh belajar. Contoh belajar rasa tanggungjawab, belajar menguruskan masa, belajar jaga kebersihan dan paling penting semangat kerjasama adik-beradik menjaga kucing kesayangan Rasulullah ni. Suatu hari nanti mereka akan mengadaptasi dalam kehidupan mereka bila aku sudah tiada.

Sharhanah

Kiko lebih suka ayam daripada ikan

 


Assalamualaikum,

Sudah 3 minggu kami menjaga KIKO. Alhamdulillah, sihat dan aktif. 

Aku belikan makanan Kiko, bekas makanan dan pasir di Shopee. Seronok anak-anak melayan karenah si Kiko. Si kakak rajin pula melayan. Nanti dia balik asrama, yang lain take over la pulak. Kami letak di depan pintu rumah jer. Buat pintu kecik dekat dia. Senang nak masuk dan keluar.

Sharhanah

Semua Orang Perlu Rasa

1 pek Patin Tempoyak. Ada 1/3 bahagian ikan patin bersama pes tempoyak

Ikan patin masak tempoyak di dalam kuali. Kurang setengah jam didihkan, siaplah dihidang.

Siapa suka ikan patin? Lagi-lagi masak tempoyak.

Saya sebagai anak kelahiran Pulau Mutiara, agak janggal kalau makan ikan darat/ikan air tawar. Dah biasa makan ikan laut yang dalam sejak kecik lagi. Bila cuba ikan darat seperti ikan keli, ikan sepat... saya dah tak lalu. Mungkin sebab bau hanyir ikan tu sendiri. Kalau saya makan pun, makan ikan yang dah jadi pekasam. Itu baru boleh layan.

Bila kahwin dan beranak pinak, suami ajar makan ikan darat. Saya tak boleh layan la. Kalau dia memancing dapat ikan, saya bagi jiran-jiran. Yang jiran pula pandai masak, dia bagi semangkuk, fuh! Sedap... Hanyir ikan tak bau langsung. Boleh la layan.

Kali ni, kawan bagi sepeket ikan patin frozen masak tempoyak daripada Patin Paskal. Memang niat nak bagi suami dan anak-anak. Lagipun mudah yakmattt nak sediakannya. Defrost ikan patin, sementara tu pes masuk dalam kuali. Tambah 400ml air dan didihkan. Pastu baru masuk ikan. Kurang setengah jam, dah siap dihidang. 

Saya mencuba sikit makan dengan nasi. Eh, memang takde bau... Takde rasa kayu-kayan pun. Sedap pula. Anak-anak pun siap tambah nasi. Alhamdulillah... Kena dengan citarasa kami sekeluarga.

Rupanya, memang Patin Paskal dah ada peminat tersendiri. Ramai jer yang repeat order. Maka, saya rancang nak jadi agen. Lagipun, orang taman perumahan saya pun suka.

Yang mana nak cuba, walaupun kita jauh beribu batu... Tetap boleh dapatkan pek ikan patin tempoyak ni tau. Patin Paskal dah ada satu Malaysia! 

Boleh je tekan link ni untuk mencuba. Setiap orang Malaysia wajib cuba ikan patin sebab banyak khasiat yang terdapat pada ikan ini. Termasuk tempoyak juga. Baik untuk perut!

Sharhanah 

Kenangan - Pulau Redang 2013

Sebenarnya mood nak berjalan. Tapi apakan daya, boleh tengok album lama je lah. Sekarang bukan macam dulu, nak jalan bila-bila pun boleh.

Bila belek album lama, berkenan betul dengan Pulau Redang. Pasir pantai lembut macam tepung, bersih, laut membiru dan suasana yang damai. Orang kata, tempat paling sesuai nak lari daripada kesibukan kota. Tengok laut yang luas, lega kepala…

Berjalan ke jeti. Nak ke Taman Laut sebenarnya. Tak sabar nak berenang dengan ikan.

Waktu ni, dua orang anak masih pra-sekolah. Yang si kecik baru berumur tiga tahun. Mula—mula rancang, nak naik kapal terbang, tapi suami lebih suka travel dengan memandu kereta. Al-maklumlah, isteri dan anak-anaknya belum pernah sampai ke negeri pantai timur. Rasanya, dengan memandu kami akan lebih adventure. Hihi 

Jauh betul perjalanan kali ini. Rasanya 8 - 9 jam perjalanan. Kami suka menyinggah. Lapar singgah makan, nak ke tandas la… memang memandu ala-ala pelancong. Sampai ke Kuala Terengganu, dah malam. Saya memang dah booking hotel siap-siap. Senang nak gerak ke jeti esoknya.

Kami menaiki bot di Jeti Merang. Jenuh juga nak menunggu air laut pasang. Situ ada benting pasir. Susah juga nak ke laut dalam. Pengalaman dalam bot memang tak boleh lupa lah. Penumpang agak ramai. Melambung-lambung kami bila bot membelah lautan. Laut sana mana nak sama dengan laut Selat Melaka. Anak-anak muntah jua akhirnya walhal dah nak sampai.

Kami di sana selama 3 hari dua malam. Dapat ke Taman Laut Negara. Dapat snorkeling, dapat tengok terumbu karang, dapat berenang bersama ikan-ikan nemo. Anak-anak lebih suka main pasir pantai. Habis atas kepala pun ada pasir. Puas bermain di bawah terik mentari. Sampai si kakak demam sehari sebelum balik ke jeti. 

Sekarang ni, bila tanya balik pada si kecik, dia mana ingat pun. Tunjuk gambar, dia pun ingat-ingat lupa. Tunjuk dekat si bongsu,  dia tanya kenapa dia tak ikut… camna nak ikut, awak pun belum wujud lagi…. dan…. Adakah kami perlu repeat semula? 

Insha-Allah, kalau ada rezeki, kita pergi lagi okey.

Sharhanah

BigPay - Debit Kad Yang Banyak Kelebihan

Anda dah ada kad BigPay belum? Saya dah hampir dua tahun guna. So far, best sangat. Sebab ia adalah kad prepaid Mastercard/Visa dan bukan kad kredit yang perlu berhutang dulu pastu  baru bayar. Ada duit baru boleh guna okey.

Boleh cek duit keluar masuk dengan menggunakan telefon pintar anda. Senang nak bajet. Pastu senang nak "freeze" kad kalau kad hilang atau tercicir kat mana-mana. Kalau dah jumpa, "unfreeze" jer. Kalau hilang, tak perlu nak call Bigpay, hanya tekan pada "Support" dan support team mereka akan melayan 24 jam 7 hari seminggu. Kad ganti yang baharu akan dipos ke rumah anda.

Tahun lepas saya ke Saudi Arabia. Memang sangat berguna kad ni. Tak perlu nak tukar duit.  Saya keluarkan duit dekat ATM tanpa perlu nak aktifkan apa-apa pun. Nilai tukaran wang asing pun pada kadar paling rendah. Best kan? Beli barang pun saya pakai kad ni je. Duit tunai memang saya dah tukar siap-siap di Malaysia tapi, tak banyak pun. Lepas duit makan je la. 

Kalau anak saya nak ke kedai depan rumah nak beli telur ayam ke, saya bagi kad BigPay. Saya top-up la dalam RM15 siap-siap dekat aplikasi. Mereka akan "wave" dan guna banyak tu jer. Tak perlu nak pegang duit baki waktu Covid-19 ni kan. Pastu, takde la duk capai cekedis lollipop ke... Sebab mak mereka ni akan top up ngam-ngam Ho! Lainlah kalau nak upah sikit kan. Buat upah penat jalan bawah terik mentari. Hehehe.

Dah tak bekerja dan tak berjalan ke mana sekarang ni, saya bagi suami guna. Senang sikit nak pantau. Kad bank dia, saya simpan memandangkan dah banyak kali dia hilangkan kad ATM. Sebab keje dia pun penghantar barang... Asyik tercicir, pening mak! Senang nak top up kalau duit dalam ni dah menyusut. Saya tak letak banyak pun.. Bajet untuk 3 hari je untuk buat duit poket pergi keje.

Untuk kaki travel, memang elok sangat lah… elok juga kaki shopping online. Guna sambil dapat points. Kot boleh redeem naik kapal terbang AirAsia percuma. Jimat banyak!

Ok... Jom tebus RM 20 PERCUMA daripada  BigPay (company AirAsia). Ramai dah tebus sebenarnya. Duit yang anda dapat tu boleh transfer ke ShopeePay atau GrabPay dan boleh start guna πŸ€‘. Cara-cara nak tebus RM 20 free dari bigpay dan anda boleh belanjakan di shopee atau grab

Tekan di sini πŸ‘‰  SIGN UP

Atau

1) Download apps BigPay

2) Sign Up & Masuk Referral Code

3) Guna Referral Code  

    πŸ‘‰  KZ9FMXJNZD

4) Jangan Skip Referral Code untuk dapat Rm20 percuma dari bigpay.

5) Ikut sahaja step yang diminta untuk verify

6) Top up RM 5 untuk aktifkan (ampa akan dapat balik duit RM 5 tu dalam akaun)

APA ITU BIG PAY?

Ianya merupakan e-wallet (daripada pihak Air Asia) yang membolehkan kita membuat bayaran atau transasksi atau perbelanjaan dengan menggunakan kad yang diberi. Erti kata lain, ampa daftar BigPay ampa akan dapat kad yang dihantar terus ke rumah ampa.

APA KELEBIHAN MENGGUNAKAN KAD DAN APLIKASI BIG PAY?

  • Boleh transfer duit yang korang dapat ke GrabPay atau Shopeepay (Yeay dah boleh guna πŸ€‘)
  • Boleh transfer duit yang korang dapat ke akaun bank
  • Dapat big points setiap transaksi RM30
  • Boleh digunakan di luar negara tanpa memerlukan anda menukar wang di money changer
  • Dapat diskaun untuk Air Asia
  • Boleh track rekod perbelanjaan harian
  • Kad diberikan percuma
  • Boleh 'freeze' kad bila kad hilang atau tercicir
  • Boleh guna hampir di semua kedai di seluruh dunia kecuali di Israel dan Korea Utara.
  • 3dalam1: Kad, e-wallet dan aplikasi
  • Boleh bayar bil elektrik, air dan lain-lain.

P/S: TOLONG KONGSI MAKLUMAT ANDA SELAIN DI DALAM APPS TU. JANGAN BAGI NOMBOR OTP ATAU NOMBOR IC KEPADA ORANG YANG CALL ATAU SMS ANDA.

Kalau apa2 tak jelas boleh wasap nombor di bawah untuk pertanyaan DI SINI

Semoga bermanfaat!

Sharhanah

Kiko, si anak kucing


Minggu lepas, tetiba anak kucing ntah datang dari mana bermain-main dengan budak-budak depan rumah. Minggu sebelum tu, anak kucing terbiar jiran bawa balik. Kurus kering anak kucing tu. Esoknya dah mati pula. 

Last saya  ada kucing masa di bangku sekolah rendah. Namanya "Moning". Mati lepas ayah balik daripada solat Jumaat, depan mata saya pula. Punyalah sedih. Sejak tu, saya dah takde kucing kesayangan. Yang ada kucing jiran yang suka datang rumah. Namanya "Grey" sebab bulu dia kelabu.

Anak kucing ni, takde pula jiran-jiran war-warkan pasal kehilangan. Kalau ada, dah tentu masuk iklan dalam group Whatsapp taman. Saya rasa ni anak kucing jalanan yang tersesat, mungkin.

Aktif dan sihat dia. Alhamdulillah. Saya  panggil dia dengan nama KIKO. Ntah, Saya  suka nama tu. Pada mulanya, anak-anak sering tersasul panggil nama Choki... Ekeke... Sempena nama eskrem kah???

Insha-Allah, selagi mampu... Kami akan jaga KIKO yang dah jadi sebahagian daripada keluarga kami ini dengan sebaik-baiknya. Syukur juga, rezeki semakin bertambah. Berikan ilmu dalam menjaganya. Risau, takut kami  kalau tak pandai jaga. 

Welcome to our family!

Sharhanah 

Belajar melukis dengan menggunakan Ibis Paint


Salam Jumaat. Hari ini belajar menekap gambar menggunakan aplikasi Ibis Paint. Belum pandai nak melukis lagi,  tapi faham lah penggunaan “layer”. Belajar pun anak yang bantu. Nak betul-betul belajar, kena ambil masa. Bila dah tua macam ni, rasa lambat nak faham, al-maklumlah … banyak benda nak difikir.

Dulu memang minat sangat nak melukis, sekarang dah takde masa.. sibuk dengan urusan rumah tangga dan perniagaan kecil ku di rumah. Sekarang ni biarlah anak-anak yang menyambung minat maknya ini. Maknya pantau pun dah okey kan.

Esok, hujung minggu… aku macam biasalah, duduk rumah dengan anak-anak memandangkan bapanya bekerja. Ramai yang dah merentas negeri balik kampung dan ada yang pergi bercuti. Kami? Insha-Allah, bulan Disember nanti baru nak balik kampung. Jumpa lagi next entry ya!

Sharhanah

Di luar rumah pakai face mask, di dalam rumah kita pakai penapis udara

Mencuri masa untuk menaipπŸ˜…

Si bongsu dah start bersekolah tadi pagi. Rumah agak sepi tanpa dia. Dapatlah masa untuk menaip. Lagi pula, takde order yang kena masak. Hanya ada yg membeli patin tempoyak frozen dan aiskrim. Alhamdulillah… rezeki berapa pun masuk, syukur sangat-sangat dah.


Ni ha... saya nak bagi review jujur pasal penapis udara Lombok II. Saya pakai sejak bulan Ogos 2020. Lebih kurang setahun lebih juga la.

Waktu tu, harga bulanan adalah RM94. Saya  ambik pun sebab anak yang boy tu ada masalah eczema sejak baby. Ditambah pula rumah cepat berhabuk. Dia memang alah dengan habuk dan hama. Pernah buat ujian saringan alahan, bab makanan memang takde masalah. Rupanya alah dengan dust mites.

Suami pula, sejenis bersin setiap pagi. Samalah dengan anaknya yang boy tu. Tanpa berfikir panjang, saya  beli je la penapis ni. Dah berbotol aku beli losen untuk eczema... Minyak zaitun la...minyak kelapa dara lah... Ini antara usaha yang ke berapa puluh kali ntah la.

Sekarang usia si anak itu dah menjangkau 10 tahun. Boleh agak tak, usaha saya tu dah macam manaπŸ˜…

Alhamdulillah, nampak perubahan yang agak ketara... Anak saya  dah jarang menggaru dekat pelipat kaki dia tu. Tang situ je yang eczema attack. (Nanti saya cari gambar masa dia teruk) setiap malam okey, dia akan menggaru. Sejak berumur 3 tahun  aktiviti menggaru pelipat kaki berlangsung πŸ˜…

Suami pula dah tak bersin waktu pagi. Kalau tak.. Bangun  jer tidur, masuk tandas... Tak habis-habis bersin. Lemas pula kita yang mendengar. 

"Abang, lama tak dengar abang bersin setiap pagi".

"Eh, betullah..." Suami macam tersedar dari mimpi la pula. 

Kadang saya letak di ruang tamu, kadang dalam bilik. Penapis ni boleh cover sehingga 50-meter persegi. 

Akhir Januari 2021, suami positif Covid-19, kontak rapat rakan sekerja. Kami lewat dapat keputusan disebabkan telefon suami rosak. Bayangkan, dalam tempoh nak tahu keputusan tu, suami sekejap di bilik... Kejap di ruang tamu. Memang tak kuarantin pun. Penapis udara tu memang saya on sepanjang masa.

Bila tau aje suami positif, saya apalagi....bagi dia duduk terus dalam bilik bersama penapis udara. Patutlah, indicator merah je bila penapis dapat kesan virus atau kuman di udara. 

Esoknya tu, suami kena hantar ke wad Hospital Sungai Buloh. Duduk sana, 4 hari jer dah discaj. Syukur sangat. Saya dan anak-anak pula terpaksa ke Semenyih untuk buat ujian saringan. Keputusan ambil masa 2 hari... Syukur... Saya dan anak-anak negatif virus tersebut.

Alhamdulillah... Tak tahu la macam mana kalau saya dan anak-anak kena...mak dan saudara mara punya la berdoa kepada Allah agar kami dijauhi Covid-19. Risau sangat depa pun...

Cuma... Bila ampa pakai penapis ni...jangan duk ingat habuk takde langsung melekat di dinding dan perabot rumah ampa tu... Tetap ada... Kalau nak ilangkan  habuk tu, kena la lap guna kain lembap atau guna jer penyedut hampagas/vacuum. Fungsi penapis udara adalah menapis... Bukan menyedut yaπŸ˜…... 

Yang best pasal penapis udara Lombok II ni... Dia ada 6 penapis... Boleh tapis bulu kucing yang berterbangan, tapis habuk, meneutralkan bau kepam bilik, menapis gas beracun, bakteria dan menapis asap.

Bila ada penapis udara, masuk rumah rasa segar je. Saya memang tak off langsung penapis tu. Saya  set kan ke "auto". Suka hati dialah... Kadang dia tido.... Kalau dia detect udara tercemar, baru dia jalankan tugas dia tu. Alhamdulillah, bil elektrik tak naik pun sejak pakai penapis udara ni.

Saya  bagi 4/5 bintang. Sebab harga bulanan LOMBOK II ni mahal sket daripada LOMBOK III... Design dia biasa sangat tak cun macam penapis yang terbaharu ni. Kalau nak tahu, LOMBOK II dah tak dikeluarkan. Maka, untung sapa yang beli penapis terbaharu ni. Dah la murah sikit.. 

Bagi saya, penapis ni kita nak servis dia sahaja. Kita nak udara bersih. Macam kita duk bayar bil utiliti setiap bulan. Kalau mampu, tak salah membeli. Tepuk dada tanya poket... Sayang paru-paru tak???

Sharhanah 

Pstttt.... Nak beli produk Coway? Boleh terus tekan pada pautan di bawah ini

Order Terus..Macam SHOPEE.

Kami Masih Setia Di Sini

Minggu ni ramai yang dah mula merentas negeri. Saya masih di sini. Tak rentas mana-mana lagiπŸ˜…. Biarlah orang lain balik dulu. Kami akan menyusul nanti. Lagipun, anak-anak belum full vaccinated. Lagi... Akaun perniagaan baru jer dapat tadi. Sekarang masih fokus kepada perniagaan kecil ku ini. Insha-Allah, saya rancang nak balik kampung pada Krismas nanti.


Saya tambah perisa baharu. Sirap bandung. So far, rasanya memang padu! Musim panas memang seronok layan weh. Kadang, kita fikir musim hujan tak laku... Rupanya ada jer orang beli. Percaya pada rezeki Allah. 

Sejak tak bekerja, tiada lagi gaji bulanan... Hanya mengharapkan jualan. Memang tawakal habislah. Dulu tak merasa semua ni, hujung bulan gaji masuk je ke dalam akaun bank. Tak perlu nak risau. Sekarang, saya rasa benar-benar rasa kebergantungan kepada sang pencipta. 

Alhamdulillah, ada juga rezeki hari ini dalam platform SF. Sebab ramai dah pakat balik kampung dan ramai yang  dine-in luar. Foodpanda dah 2 hari sepi. Takpe lah, SF cover.

Sharhanah 

Bunyi yang mendamaikan


Dah agak lama terperuk dalam rumah, bunyi seperti ini menjadi terapi minda. Alhamdulillah. Sejuk dan damai.

Sharhanah 

Anak-Anak Dah Besar


View dalam bilik tidur 3 orang anak

Dua hari kalut dengan anak-anak nak vaksin. Si sulung jer lepas, si nombor dua tak lepas dek tercicir namanya dalam senarai sekolah. Lepas tu saya bergegas ke bank atas satu urusan yang belum settle sejak 2 minggu lepas. Malangnya, tak dapat selesaikan juga disebabkan masalah sistem.

Hari ini baru ada masa untuk susun atur bilik anak-anak perempuan. Si bongsu pun dah besar. Dengan bilik yang kecil, pening juga lah. Untung si anak bujang, dia sorang je satu bilik. Sesi menyusun dibuat lepas zohor. Penat maknya lom habis lagi. 

Sharhanah

Sesekali Ku Rasa Teringin…

 

Hari ini puasa ganti. Buat lunch siap-siap untuk keluarga. Beria mak depa masak, rupanya sapa pun tak makan sampai ke petang. Baik puasa sekali satu familiπŸ˜… Buat penat sungguh la. Depa ni tak dak selera kot kalau mak depa tak makan sekali. Bila buka puasa, penuh meja ngan anak-anak. Apakah?

Hari ini layan customers order eskrem dan tengahari tadi ada order patin masak tempoyak. Pastu sunyi sepi. 

Lepas Asar, masuk "opis" lah. Sebab berjanji dengan anak-anak nak buat biskut mazola. Semua dah teringin! Kebetulan kacang tanah ada baki lepas buat nasi lemak dua hari lepas. Asben dah belikan minyak jagung pagi tadi sebelum pergi keje. Suruh sorang anak pergi beli gula icing dekat kedai bakery tepi rumah. Sorang lagi tukang goreng kacang tanah. Haaa.. Mak depa bagi tugas dahπŸ˜†

Makan masa betul duk perisi kacang. Pastu nak kisar pula. Settle segala, duk uli untuk jadikan doh... Tetiba ada order masuk....ikan patin masak tempoyak 2. Saya terpaksa stop dulu lah layan doh mazola ni. Layan lain la pula. 

Siap masak... Suruh anak bagi dekat rider, saya sambung buat mazola yang terbengkalai. Lagi setengah jam nak buka puasa, laju-laju bulatkan doh kepada saiz yang lebih kecil ... Ini adalah kali pertama bakar biskut mazola pakai air fryer. Try ikut resepi, 160•c / 20 minit, warna coklat tua plus telur merah bahagian atas jadi agak hangus. So, kali ke-2, saya kurangkan masa sikit kepada 10 minit. Alhamdulillah, kejadian mazola cantik tak macam pertama kali bakar.

Buka puasa saya cuba rasa dia dulu lah... Alhamdulillah... Sedap. Saya refer Resepi Che Nom dan sempat salin lekat dekat pintu peti sejuk. Senang nak buat lagi walaupun bahan dia sangat mudah yakmattt.

Kalau ada yang teringin, cubalah... 

Sharhanah

Tips goreng karipap pusing

Saya mula meniaga karipap pusing ni sejak Jun 2021. Baru lagi kan... Tapi, dah hari-hari goreng... Dah tahu cara camner nak dapatkan karipap yang rangup dan tak berminyak.

Ada caranya,

#1 Tuangkan minyak ke dalam kuali dengan api yang kecil. Tak perlu tunggu sampai minyak panas sangat, masukkan je karipap pusing terus ke dalam kuali. Selalunya saya goreng pakai kuali kecik, maka 1 set tu sekali goreng, 5 biji jer. 

#2 Rajinkan diri untuk balik-balikkan karipap tersebut. Jangan biar camtu jer, nanti warna karipap tak sekata.

#3 Bila nampak warna karipap dah sedikit kekuningan, waktu ni lah, ampa kena pandai main api pula. Untuk mengelakkan karipap serap banyak minyak. Besarkan api sedikit. Goreng sehingga semua warna sekata, barulah angkat.

#4 Untuk gorengan kedua pula, pastikan minyak tadi tidak panas... Maknanya, boleh jer tutup api selepas gorengan pertama. Ikut langkah macam tadi.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!


Sharhanah

Mencuba rezeki di ShopeeFood

Pada 18 September 2021, saya daftar restoran homebased  di ShopeeFood Malaysia (SF). Nak bergantung harap sangat dekat FP, tak boleh juga. Sekarang ni ramai pelanggan bijak memilih platform mana yang lebih berbaloi. Maka, kita sebagai penjual pun haruslah bijak juga. 

Dua hari lepas saya daftar tu, saya terima emel daripada SF. Derang inform yang menu nak dijual haruslah "ready to eat".. Maka, terpaksalah saya lupakan hasrat nak letak produk frozen. Lepas tu, baru saya dapat emel yang menyatakan saya lulus fasa tinjauan dan akaun ShopeeFood saya telah berjaya dibuat. Dah boleh install aplikasi SF di telefon! 

Syukur, disebabkan saya dah pernah daftar sendiri di FP...maka, proses pendaftaran di SF jadi mudah. Gambar menu pun dah ada, link kan saje dalam template yang telah disediakan oleh pihak SF. Semua kena buat dalam Google Drive. Ampa create satu fail dengan nama restoran ampa tu, dalam tu letak semua gambar menu yang nak dijual.

Saya buat ni dalam 3 hari juga la. Siang memang tak sempat, malam je aku ada masa. Itu pun jenuh nak faham apa yang SF nak. Syukur, tak sia-sia saya join kursus Google+ masa keje dulu. Ada basic, senang la faham.

Selesai isi template ni, ampa jadikan fail excel. Nanti senang nak upload dalam form yang kita nak submit nanti dekat SF. Google Drive tu jangan lupa tukar setting ke "Public".

Saya submit pada 24hb September... Seminggu lepas tu, restoran saya dah ada dalam platform SF. Siap dengan menu. Cuma belum diaktifkan. Kena tunggu lagi lah nampaknya. Saya tak tahu, berapa lama perlu tunggu. Rujuk juga dalam group FB shopeefood... Tiada jawapan. Sebab benda baharu kan...

Pada 6 Oktober, saya cuba pergi ke apps SF. Di bahagian setting, saya tekan Help Center. Tekan untuk Live Chat, saya dapat nombor 4. Nak tunggu giliran punyalah lama. Saya solat Zohor sementara nak menunggu tu. Habis solat, baru dapat no.3 tudiaaa... Keras tang tu kalau nak menunggu.

Saya tekan E-mel. So, saya buatlah pertanyaan berapa lama tempoh restoran untuk aktif. Tunggu juga emel SF nak reply. Sunyi jer. Esok lusa tu, saya terima mesej whatsapp daripada pihak SF menyatakan restoran saya dah aktif. Happy saya weh. Terus ushar di apps SF. Yaaa... Dah aktif, bila-bila jer order boleh masuk.

Alhamdulillah... Lega rasanya. Tanpa device macam FP tu, jenuh juga saya kena duk belek phone. Tetiba order masuk dengan bunyi apa pun tidak. 


Tiga order dalam masa yang sama dan customer nama yang sama. Hehehe. Saya rasa test je tu. Sebab sekarang tengah free delivery plus ada diskaun sehingga RM10! Itu yang best dengan Shopee. Awal-awal jer ni dia bagi gula-gula. Yang best tu, bayaran dibayar setiap hari! 

Doakan perniagaan kecil saya ini mampu menyara kami anak beranak. Semoga kalian juga dimurahi rezeki. Aamiin.

Sharhanah 

Daftar Sendiri Sebagai Vendor Foodpanda

Selepas saya hantar notis sebulan nak berhenti kerja pada bulan April lepas, saya terfikir benda apa yang boleh saya buat untuk menambah pendapatan isi rumah merangkap membantu meringankan bebanan suami. Terus terfikir nak daftar nak jadi vendor Foodpanda (FP). Boleh berniaga dari rumah, tak perlu nak sewa-sewa kedai. Lagipun saya dah ada produk nak meniaga. Ya, saya daftar sendiri tanpa agen. Walaupun tak pandai, sis cuba!πŸ˜… Alhamdulillah dah 4 berbulan saya berniaga guna platform FP.

Perkara pertama yang saya buat adalah daftar perniagaan dulu dekat SSM secara online. Caj yang dikenakan untuk lesen setahun adalah RM60.

Lepas dah muat turun lesen perniagaan, saya daftar pula di Foodpanda. Waktu tu saya tak plan pun nak start meniaga bila. Saya fikir, daftar je la. Sah-sah bulan Jun nanti saya di rumah sahaja. Dah tak keje dah kan waktu tu.



Saya isi semua ruang yang perlu diisi. Nama Restoran/Kedai tak semestinya nama syarikat yang kita daftar tadi di SSM tu. Boleh jer letak nama yang kita suka. Untuk jenis perniagaan, saya pilih restoran dan jenis Perniagaan Restoran dari rumah. Kos purata tu, total harga produk bahagi kuantiti jenis produk yang akan dijual nanti. Macam saya “$” jer lah sebab kos purata kurang daripada RM15.

Pastu untuk Alamat Restoran, letak alamat rumah. Akhir sekali tekan SUBMIT. Selesai sudah langkah 1 untuk pengaktifan. Langkah 2, kena tunggu pihak FP hantar kontrak. 


Lepas daftar, akan terima e-mel seperti di atas. Waktu ni, dah boleh snap menu makanan cantik-cantik. Yang ni agak leceh sikit sebab saya ni kan jurugambar amatur. Jenuh la jugak nak dapat gambar yang tajam dalam posisi yang sesuai. Masalah saya adalah saiz gambar yang tidak menepati spesifikasi kehendak FP. Banyak kali kena reject. Rasa macam nak nangis. Lepas faham, baru la rasa mudah.

Harga jangan lupa letak siap-siap komisyen FP ni. Macam restoran saya, dia ambil 35% weh. Contoh harga biasa jual adalah RM10. Kita kena la tambah 35%. Jadi, harga di FP adalah RM13.50. Disebabkan setiap invois ada caj SST bagai, harga paling cun letak di FP adalah RM14.

Dah kira semua harga yang nak letak dekat FP nanti, boleh dah create menu macam dekat kedai tu guna Google Slides.

Templat bawah ni pun okey kalau nak guna. Siap, ampa convert je ke PDF format. Pastu e-mel terus ke FP. Kalau dah ada portal senang, hanya edit untuk tambah item atau kategori menu, pastu attach menu yang kita dah buat siap-siap.


Nak daftar tu semua mudah… saya duk baca pengalaman orang, makan masa juga nak tunggu FP hantar device. Tup-tup, terkejut parcel daripada FP sampai depan rumah. Walhal, saya masih bekerja dan stok pun belum ada. Dalam tu ada bunting dan device. Mampu tengok jer la dulu sebab kena tunggu panggilan daripada FP untuk pengaktifan device. Dalam beberapa hari jer, saya dapat call. Tapi, saya hold dulu sebab saya masih sibuk bekerja plus stok takde lagi.


Bulan Jun baru saya reply mesej Whatsapp FP untuk segera dihubungi. Pengaktifan device tu memang kena tunggu derang call. Derang akan ajar satu-satu sehingga pemasangan kertas thermal untuk printer. Lepas tu, dah boleh nak buka restoran. Oh ya, kita boleh ikut suka hari nak menjual hari apa pun, syarat utama, kena buka minimum 4 kali seminggu.

Niat berniaga, sambil-sambil jer tambah pendapatan isi rumah. Takde lah menu saya macam dekat restoran tu. Nama pun homebased. Cari menu yang sesuai. Dari ruang tamu dah boleh dengar kung kang kung kang, marah si jiran sebelah nanti. Heeeee… Kalau jual goreng-goreng memang laku. Oh ya, bayaran FP dibuat seminggu sekali masuk terus ke akaun bank yang didaftarkan. 

Saya juga join group FP di FB. Macam-macam duk baca pengalaman vendor, rider dan customer. Sedikit sebanyak membantu saya memahami FP ni. Kalau ikut kepala otak satu ni jer, memang payah juga. Alhamdulillah, kawan saya banyak membantu. 

Doakan perniagaan ini berjaya ya.

Sharhanah 

Berkelah di Sungai Gabai, Hulu Langat

Dahulu, sewaktu saya keje sebumbung dengan suami… hujung minggu jer, kami akan bawa anak-anak keluar jalan-jalan. Paling suka sangat ke Taman Tasik Ampang. Anak-anak panggil “taman bulat bulat”.

Dekat situ ada taman permainan, ada outdoor gym, ada juga gerai makanan, ada kemudahan surau dan tandas. Saya suka berjalan keliling tasik biar keluar peluh. Kadang, kami bawa roti untuk bagi ikan makan. Seronok anak-anak bila tengok ikan merebut-rebut roti yang dah mulai kembang.

Sejak cuti rehat suami jatuh hari Selasa, kami sekeluarga dah tak kemana pada hujung minggu. Masa saya keje di tempat keje pun, Sabtu Ahad… mana ada saya di rumah, lewat petang baru sampai rumah. Sudah tak ada istilah hujung minggu bersama keluarga. Suami dah la bekerja di essential service sector. Memang mimpi lah kalau nak berjalan selalu.

Alhamdulillah, senyum hari ini dapat mandi sungai. Bawa bekal nasi goreng siap khemah dan dapur. Khemah tu berguna bila anak-anak nak salin baju. Dulu masa derang kecik, saya masukkan ke dalam kain batik jer... Biar derang salin kat dalam...saya juz pegang kiri kanan... hikhik... Sekarang pakat dah jadi anak dara, dah tak muat kain batik tuπŸ˜…

Seekor pepatung di tebing sungai.

Kami ke sana dalam pukul 10 pagi. Ingatkan tak ramai orang. Rupanya ramalan saya meleset sama sekali. Hari biasa pun meriah. Nak cari tapak pun payah. At last, dapat la tapak paling dekat dengan laluan pejalan kaki. Bolehlah... Lagipun tak lama kami kat sini. Hanya nak berkelah dan mandi manda sahaja.

Pokok-pokok tinggi

Kawasan dekat sini tetap sama seperti dulu. Saya pernah datang tahun lepas sebelum PKP 1.0 cuma saya perasan keadaan tempat ni macam tak terjaga jer. Walaupun nak masuk kena bayar RM1, saya tak tahu lah... Duit tu untuk apa.

Dalam pukul 12.30 tengah hari kami dah bersiap-siap nak balik. Memang rancang nak balik sebelum zohor. Harap anak-anak puaslah mandi... Kang nanti membebel cakap sekejap sangatπŸ˜…

Bahan-bahan soto. Alhamdulillah, kawan bawa dari rumah. Sedap betul berkelah di tepi sungai

Makan lepas mandi memang heaven! Lepas makan, terus kemas masuk beg... Akhir sekali baru runtuhkan khemah lepas anak-anak tukar pakaian basah. Sebenarnya, kitaorang dah malas nak tukar dalam tandas awam, memandangkan keadaannya tak pernah bersih. Baik bawa khemah. Nak solat pun senang.

Walaupun tak lama berendam dalam sungai, tapi cukuplah melegakan kami anak beranak. Orang kata, kualiti lebih baik daripada kuantiti. Masa berkualiti dengan anak-anak dan mencipta pengalaman, itu dah cukup bagus bagi saya daripada berejam-rejam dalam sungai tapi tak dapat apa.

Pstt... Sampai rumah, terus jemur tikar yang basah. Tikar banyak berjasa tu. Oklah, setakat tu jer nak update. Info tak banyak dan gambar pun tak banyak. Saya ralit melayan anak-anak. Cuma nak pesan, kalau datang mandi tu, tolonglah jangan buang sampah ke dalam sungai. Saya merayu sangat... Sungai adalah amanah untuk dijaga. Kesian generasi yang akan datang, risau cicit kita nanti mampu tengok gambar je. Sekian.

Sharhanah

Kini dan selamanya.... aiskrim Malaysia


Sapa tak pernah makan aiskrim Malaysia waktu zaman kecik-kecik dulu? Majoriti ramai yang pernah. Dulu, zaman 80-an, aiskrim paling terkenal ialah aiskrim Malaysia perisa asam boi dan perisa sirap bandung. Dengan keadaan iklim Malaysia, aiskrim ini laku sepanjang tahun.

Zaman saya dulu, harga aiskrim ni dua ploh sen jer. Sekarang, ada lagi ke? Kos pun tak lepas weh. Harga berubah mengikut peredaran zaman. Saya pernah buat waktu saya keje dulu atas permintaan anak-anak, penat juga walaupun nampak mudah. Selalunya saya buat setiap malam Sabtu, balik keje....Lepas Isyak.. saya masuk dapur. Sempatlah beku esoknya. Tak tengahari... Petang.

Buat aiskrim ni makan masa. Lagi-lagi kalau buat aiskrim sumi. Nak buka sumi satu-satu pun jenuh. Pastu melekit habis meja. Sama juga dengan Choki Choki. Nak kena masukkan pes coklat ke dalam plastik aiskrim. Renyah! Patutlah ramai yang sanggup beli daripada buat sendiri.

Kadang ofis buat "pot luck", saya yang tak pandai masak ni, reti bawa aiskrim jer la. Hihihi. Ada juga kawan sekerja order aiskrim ni untuk dibawa balik ke rumah. Alhamdulillah, ada jer permintaan. 

Hujung minggu, anak-anak bawa jual di taman permainan. Saya sediakan "ice box" siap dengan gunting. Kami usung menggunakan beg Ikea. Takde lah jauh pun nak menapak ke taman, dalam 200 tapak.

Pada mulanya depa ni malu-malu nak menjual. Lama kelamaan,  dah terer. Sambil main gelungsur, sambil naik buaian, sambil meniaga. Dah pandai kira duit dan dah pandai pulangkan baki. Waktu tu, saya jual dengan harga lima ploh sen. Saja seronok-seronok nak bagi anak-anak belajar menjual. Untung takde, penat berganda. Hahaha. Waktu tu masih bekerja, tak fikir langsung pasal nak untung.

Anak-anak waktu tu, si sulung masih di bangku sekolah rendah. Adik-adik la yang rajin tolong. Seronok tengok derang bekerjasama. Saya lepak atas bangku batu tepi taman sambil tengok derang layan customer. 

Sejak wabak Covid-19 melanda dunia, kebetulan saya pula dah diberhentikan keje, kami dah tak menjual dekat taman. Hanya meniaga dari rumah. Saya letak iklan dalam group WhatsApp taman. Nanti ada la jiran-jiran yang membeli... Kami hanya hantarkan. Dulu jalan kaki jer.. Sekarang saya terpaksa beli sebuah basikal murah untuk mudahkan anak. Kadang jiran upah anak... Mungkin kesian tengok anak aku hantar panas-panas.

Kadang, customer jauh datang pick-up aiskrim di rumah. Sekali beli lebih daripada 10 batang. Alhamdulillah... Ini semua rezeki anak-anak. Ada yang suruh hantar... Yang tu, kalau suami ada... saya suruh dia jer...lagipun sejalan nak pergi keje. Singgah kejap antar.

Apa-apa pun, saya selalu pegang prinsip bersusah-susah dahulu, biar lambat asal berjalan...dan bukan senang nak senang... Rezeki tu pasti ada... Usaha dan sentiasa berdoa. 


Kepada yang berminat, boleh Whatsapp aku dekat sini. Kot nak buat makan-makan bersama keluarga tersayang... Boleh lah try.

Jumpa lagi!

Sharhanah

Rempah Ayam Goreng Mamak by Bonda Izzah

 Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Rempah Ayam Goreng Mamak, c beli daripada kawan sejak saya masih bekerja. Anak-anak suka memandangkan derang selalu makan ayam goreng letak garam kunyit jer. Sesekali tukar, memang akan bertambah nasik tu. Saya memang akan simpan buat stok dalam peti sejuk. Kalau nak guna, keluarkan jer.

Kalau nak tahu, dengan rempah ni (220gm) boleh goreng 2 ekor ayam! Banyak ke banyak? Dulu masa saya baru kenal, duk ingat boleh goreng setengah ekor jer. Rupanya salah tanggapan saya ni. Kalau nak start menggoreng, kenalah perap ayam ni bersama rempah selama 1 jam. Lagi lama, lagi sedap tau.

Ampa perlukan sebutir telur ayam, halia dan bawang putih. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga lumat. Masukkan ke dalam rempah bersama ayam tadi. Pastu, pecahkan telur dan gaul bagi sebati. Haaaa... pastu baru perap.

Dah tu, mulalah panaskan minyak masak. Masukkan ayam bila minyak betul² dah panas. Ingat, api tu jangan garang sangat... satgi ayam masak terkejut. Luar nampak masak, kat dalam... masih mentah. Cuba buka api sederhana, baru ayam tu masak sekata dan berjus. Bila dah siap, cubalah rasa... dah macam beli ayam goreng dekat kedai mamak!

Bila goreng sendiri baru puas nak makan. Puas hati sebab kebersihan terjaga. Kita basuh ayam, kita perap ayam, kita goreng... suami dan anak-anak pun bertambah sayang... yerlah, gigih kita kung kang kung kang kat dapur. Takkan depa nak membenci pula. Penat kita masak tau.

Oh ya, rempah ni adalah salah satu produk dalam senarai kat kedai online saya tu... boleh jer klik pada pautan kalau berminat nak try. Saya juga masukkan produk ni ke dalam FB Marketplace untuk kawasan lembah klang sahaja. Nak beli direct dengan saya pun boleh, tekan WhatsApp.

Jumpa di entri seterusnya!

Sharhanah

Tentang Penulis

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Nama saya ialah Sharifah Hasnah S A (Sharhanah) merupakan seorang anak tengah daripada 7 adik-beradik, isteri dan juga ibu kepada empat orang cahaya mata. Lahir pada zaman 80-an di utara Semenanjung dan mempunyai lulusan dalam Pengajian Perniagaan di universiti tempatan. Berpengalaman 14 tahun dalam bidang pengurusan maklumat (syarikat media), meminati fotografi (belajar daripada pembacaan), mengembara (kalau ada duit) dan berekreasi (kalau ada masa). Kini, bekerja dari rumah (wfh) sebagai pembantu tadbir sambil menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan. Kembali aktif berblog setelah sekian lama menyepi. Blog pertama penulis Baca-Lah masih boleh dilayari tetapi sudah tidak dikemaskini.

Salam kenal semua!

Sharhanah

18 tahun dalam dunia pekerjaan!

Hidup ini adalah pilihan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Lamanyaaaa…. Ya! Bekerja menjadikan saya seorang yang menjaga masa. Terbawa-bawa perangai tu sampai sekarang.

Seingat saya, pertama kali dapat upah semasa saya jadi pelakon tambahan (budak sekolah) waktu cuti sekolah yang panjang. Waktu tu, saya berumur 16 tahun. Berlakon dengan Nasir Bilal Khan. RM16 sehari dah rasa sangat lumayan. Saya tak ingat berapa hari kena pergi ke set penggambaran. Saya mampu beli sepasang kasut sekolah yang baharu. Weh! Bergaya betul masuk Tingkatan 5.

Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya bekerja di sebuah kilang sebagai operator pengeluaran sebelum dapat tawaran sambung belajar. Gaji? Saya dah tak ingat berapa. Kemudian, saya sambung belajar ke Tingkatan Enam Rendah dalam beberapa bulan dan dapat tawaran pula ke Politeknik dan ITM. Saya pilih satu je, yuran yang paling murah. Agak-agak korang??? hehehe

Lepas grad, saya cari keje. Agak down sebab jari kelingking saya patah sebaik je saya habis belajar. Payah nak dapat polis. Saya keje 2 hari jer di sebuah kilang elektronik (Pulau Pinang, nak ada keje apa sangat... banyak kilang je). Staf HR sana perasan jari saya masih berbalut, siap ada besi. Dia suruh balik. Lagi la down! Huhuhu

Sapa suka menganggur? Angkat tangan!!! Serius saya tak suka.

Saya dapat keje sebagai Pegawai Skim Sangkutan selama 3 bulan di Pejabat Daerah dan Tanah berdekatan dengan rumah dengan elaun RM400 sebulan. Dalam masa yang sama, saya ada temu janji dengan GH untuk cabut besi di jari. Sesi fisioterapi beberapa kali saya hadir. Jari saya tetap sama. Tak boleh lurus. Down lagi.

Tamat kontrak dengan kerajaan, saya apply sebuah kilang Jepun sebagai QA di jabatan kejuruteraan. Keje 12 jam weh. Pagi saya kata malam, malam saya kata pagi... biasalah, kalau dah tak pernah berjaga malam sampai ke pagi. Lama tak lama, saya keje setahun juga la. Gaji basic waktu tu hanya RM500++ Nak cecah ribu? Rajinlah buat overtime. 4 hari cuti 3 hari keje atau 3 hari keje, 4 hari cuti.

Saya resign sebab dapat keje di Kuala Lumpur dan jadi anak perantau. Pertama kali keje di syarikat keselamatan, lepas tu di sebuah syarikat besar jugalah di Bukit Bintang secara kontrak. Dah macam kutu embun dah... keje masuk petang, balik pukul 11 malam. Berjalan kaki di KLCC dengan berbaju kurung selama dua bulan. Dalam masa yang sama saya apply keje tempat lain disebabkan status kontrak, memang tak secure kalau saya duduk di bandar besar.

Alhamdulillah, saya ditawarkan keje tetap di sebuah syarikat akhbar di ibu kota. 14 tahun tahun saya bertahan daripada status bujang ke status berkahwin sehingga beranak empat! Tahun 2020 syarikat terpaksa mengstruktur semula disebabkan kemelesetan ekonomi yang teruk. 6 bulan mencari pekerjaan di bawah sistem insurans pekerjaan, dapatlah elaun. Habis dapat elaun, saya dapat keje di sebuah pusat peranginan. Agak mencabar dengan PKP, PKPP, PKPB.... At last, keje dari rumah jer. Melayan macam-macam karenah pelanggan. Hujung minggu pula bergegas ke sana.

8 bulan sebagai admin exec,  cukuplah. 2021, saya rancang untuk duduk di rumah jer... inilah masa saya bersama anak-anak. Masa untuk tebus kembali waktu anak-anak  tanpa ibu mereka di sisi. Anak sulung saya pun dah berusia 14 tahun. Untung si bongsu, sebab maknya sentiasa bersama dia. Tak perlu cari pengasuh, tak perlu ada bibik. Cukuplah...

Cuma, ada sedikit masalah. Saya tak ada dah gaji tetap... Dulu, gaji basic saya lebih banyak daripada gaji basic suami. Pendapatan isi rumah bulanan sedikit sebanyak terjejas bila saya dah tak bekerja. Memang risau juga.

Paling syukur, kete dah habis bayar 2 tahun awal. Saya juga tak pernah pakai kad kredit, tak pernah berhutang dengan orang... Sekarang saya perlu fikir macam mana nak dapat duit bulanan untuk bayar bil utiliti, insurans nyawa dan tabungan... Atau sedikit duit lebih untuk beli makanan kesukaan kami sekeluarga... Macam mana???

.... Kisah pengembaraan bermula!

Sharhanah

Catatan Pertama

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Blog ini adalah coretan berdasarkan pengalaman penulis. Ia sedikit sebanyak boleh membantu dan bermotivasikan diri untuk memulakan kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa. 

Duduk di rumah tidak semestinya membosankan, tapi... jika bijak menyesuaikan diri, pasti setiap hari adalah pengembaraan! 

Ia meningkatkan kualiti hidup dan akan mencipta kenangan. Di blog ini, anda akan menemui petua, tutorial, perniagaan, dan catatan inspirasi penjimatan wang untuk membantu anda memulakan kehidupan yang sederhana.

Semoga bermanfaat!

Sharhanah

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...