Kiko Menjerit!

 

Assalamualaikum,

Tadi santai-santai di ruang tamu, dengar bunyi kucing menjerit kuat. Waktu tu suami nak pergi keje. Aku ingat kucing Oren bergaduh nak merebut awek. Rupanya suara Kiko. Ya, Allah! Terus aku rasa seram sejuk. 

Suami keluar daripada kereta cari Kiko. Rupanya Kiko lari lepas dia kena langgar. Aku tak pasti, teruk ke tidak. Kiko lari masuk bawah kereta jiran. Dia takut. Suami panggil Kiko, tapi Kiko taknak dekat. Suami rangkul Kiko, takde kesan luka atau berdarah. Suami bawa masuk rumah. Kiko lari masuk bilik anak. Dia menyorok bawah katil. Aku nampak dia jalan macam sedikit lain. Huhuhu..risaunya!

Kami semua ikut Kiko. Kiko taknak keluar daripada bawah katil tu. Suami panggil Kiko... Kiko kelihatan sangat takut. Suami angkat dan periksa kaki Kiko. Takde patah. Aku duk ingat mesti terseliuh. Kiko duduk dalam bilik anak. Dia tidur situ sampai tak nak keluar. Aku dah rasa sedih sampai sekarang entri ini dikarang.


Aku harap Kiko okeylah. Cian dia. Aku berjam tengok perkembangannya. Dia tidur jer. Sesekali menggeliat. Anak bongsu aku pun menunggu sambil melukis. Dia cukup sayangkan Kiko. Kiko pun dah jadi kucing kesayangan anak-anak jiran. Asal datang sini, mesti panggil Kiko.


Contengan anak bongsu


Harap Kiko cepat pulih dan aktif seperti sediakala. Doakan.

Sharhanah

Orang Perempuan Bila Dia Sedar Dia Makin 'Menua'....

MENITI SENJA... Perjalanan pulang ke rumah selepas hantar anak ke asrama

1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga.

2. Dah takda kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa.

3. Dia dah tak berapa nak membeli. Terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun takpa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi.

4. Dia malas layan drama. "Ikut kau lah Bedah". Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu.

5. Dia kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut spec. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makan lah juga. Malas nak bising mana.

6. Dia semakin kurang panas baran. Dia lebih sabar dan tenang. Dia dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya.

7. Dia banyak bersendiri. 'Me Time' dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. 'Me Time' sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri.

8. Dia mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, takpa. Duit, sedekah. Barang, bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama dia semakin sedar dunia ini tiada lah perlu lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat.

9. Dia kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam dia lah paling hafal. Sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok. Lama mana hendak tengok. Jenis apa patut tengok. Kadang tak kenal pun artis mana-mana.

10. Sebab dia dah mula tahu ke arah mana masa dia sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni dia sedar... 'Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian'.

11. Dia sibuk upgrade diri dalam cara yang dia mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dia anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam dia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa.

12. Dia faham di antara semua harta paling berharga atas muka dunia ini, tidak ada terbanding dengan 'hati'. Sebab itu dia lebih banyak bersangka baik, latih rasa cukup, mudah memaafkan, mudah mengalah. Sebab dia nak jaga hati dia. Dari rosak binasa.

Kredit: Siti Suryani Yaakop

Demi Masa Depan


Assalamualaikum,

Sekarang asal petang jer hujan,  rezeki FP agak kurang. Syukur juga jiran-jiran dan cikgu-cikgu ada yang order karipap pusing. Yer la, makan hujan-hujan sedap kot. Hehehe. Kadang ingat eskrem tak laku, rupanya ada jer yang beli.

Rezeki tu biar Allah yang aturkan. Kita sebagai hamba -Nya, berusaha dan berdoa. Bersyukur dengan apa yang diperoleh. Insha-Allah, Allah tambah lagi.

Aku pula nak mengarang blog. Banyak benda nak taip. At last, satu benda pun tak jadi. Masih dalam draft. Betullah, dulu masa keje, idea melimpah ruah.. Asal ada masa terluang, jari jemari aku bebas menari atas papan kekunci. Chewah. Sekarang blurr. 

Sabtu lepas aku ke Temerloh, Pahang. Antar anak ke-2 balik asrama. Dia dah lewat seminggu daftar masuk disebabkan selsema dan batuk yang ringan. Aku tak berani nak hantar waktu tu... Kang tak pasal-pasal kena balik. Rugi masa, tenaga dan wang. So, aku hantar minggu lepas tu. Alhamdulillah... Dia pun dah sihat betul waktu tu. 

Kali ni, hantar memang pas beg jer. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk. Insha-Allah, semoga anak ke-2 ni baik-baik sahaja di asrama, dapat timba ilmu yang bermanfaat dan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Next week, 3 orang anak di rumah semua pergi sekolah. Abahnya keje. Tinggal aku dan Kiko.

Sekian.

Sharhanah

Setel-kan Dalam Kereta Jer Dulu


Assalammualaikum,

Pernah pergi isi minyak kete sorang-sorang tak? Lepas tu, dekat kaunter Q panjang dan nak beratur pula. Pernah sekali tu, aku terus lupakan hasrat nak isi minyak kete. Padahal, kete dah dalam petak pam minyak pun. Cakap dalam hati, esok pagi jer la... atau suruh suami tolong isikan nanti. Hehehe

Sekarang tidak lagi, sejak aku pakai SETEL pada aplikasi telefon pintar... dah rajin nak bubuh minyak kete. Aku mula pakai dah lama sebenarnya. Dulu kan kena drive pergi keje sehingga ke Bangsar, Kuala Lumpur. Naya lah, kalau minyak tinggal 20% nak redah ke ofis. Layan jem, agak²lah. Nak tak nak, kena la isi juga. Lagipun, stesen minyak depan rumah je.

Banyak membantu aku sebenarnya. Kalau aku berdua dengan suami, aku kat sebelah hanya perlu buka applikasi Setel. Lepas tu, pilih nombor pam minyak. Bila minah saleh cakap "your may start fuelling now", aku thumbs up je kat suami aku, dia akan angkat nozel minyak dan terus isi. Habis isi, masuk dalam kete... teruskan destinasi seterusnya. Dia suka la, sebab tak payah nak ke kaunter. Dulu masa Setel baharu diperkenalkan, hanya ada di Lembah Klang sahaja. Aku duk ingat satu Malaysia dah ada. Pergi ke Melaka, top up ratus-ratus dalam apps, sekali sampai stesen Petronas, benda ni belum ada. Hahaha. Ingat sampai mati. Konon nak cashless sangatkan bila travel. Sekarang ni merata dah boleh guna.☝

Sekarang ni kan, kad bank dah boleh link terus ke apps. Punyalah mudah. Dulu, terkial-kial nak top up, pastu nak kena ingat tac nombor dengan dalam kete punya bising anak-anak bergaduh..lepas tu lupa. Stress oiii. (Eh, kenapa ek... touch n go tak buat macam ni? Nanti aku buat entry pasal e-Wallet Touch n Go plak.. banyak kenangan sangat neh)

Paling best, dapat mata ganjaran setiap kali kita isi minyak. Ampa link siap-siap Kad Mesra pada apps ni tau. Bila dah banyak, boleh jer redeem isi minyak tanpa RM. Pakai je mata ganjaran yang dah terkumpul tu. Aku dah banyak kali reedem. Kadang duit tengah sesak, saat ni lah paling tepat untuk menebus.

Kalau pi Kedai Mesra, lupa bawa duit ke... nak bayar apa yang kita beli pun boleh pakai apps ni. Tekan simbol "Pay". Nanti dia tolaklah duit kita dalam tu. Benda ni berfungsi kalau ampa ada duit dalam tu. Kalau takdak, memang tak dapat nak nolong πŸ˜†

Tapi, aku boleh tolong bahagian ni jer... kepada sesiapa yang belum ada apps ni, eloklah pakai. Tak valid pada pelanggan stesen minyak selain Petronas ya. Ampa download dan masukkan kod "ucptt" korang pun akan dapat duit automatik ke apps ampa tu.

Use Setel to seamlessly refuel and shop at PETRONAS stations. Setel with me and we’ll both enjoy RM5 after you've top up and/or purchase min. RM30 worth of fuel or Deliver2Me orders.

My referral code: ucptt


Untuk lebih kefahaman, sila klik pada pautan di bawah


Sebenarnya ada lagi beberapa kelebihan yang boleh ampa nikmati. Contohnya Deliver2Me. Tengah isi minyak, staff Petronas mai antar barang yang ampa pesan tu terus ke kete ampa. Contoh, anak teriak nak air kotak. Ampa beli siap² kat apps tu. Senang, tak payah nak masuk ke Kedai Mesra kan. Dah ada orang mai antaq sampai ke pintu kete. Memang sesuai untuk kaum hawa ni... pastu yang bawa anak kecik, SETEL memang banyak membantu. 

Aku rasa ada hikmah juga zaman pandemik ni. Semua benda jadi mudah. Ngan ada duit dengan takdak duit ja laπŸ˜‘

Sekian.

Sharhanah

Mummy Ayu's Birthday Giveaway

Assalammualaikum, 

Ini adalah penyertaan pertama aku menyertai GIVEWAY sepanjang aku aktif di blog baharu aku ni. Moga-moga ada rezeki, manalah tahu... kalau menang, bagi aku lebih semangat dalam dunia blog ni kan. Tapi takpe, mencuba memang tak salah daripada tak cuba langsung. Dapat juga kawan baharu at least... betul tak Mummy Ayu?😊 (salam kenal)

Kalau nak join, klik jer pada gambar di bawah ini.

Aku memang suka planner comel² neh

Aku suka sangat birthday giveaway macam ni. Syarat pun mudah sangat. Hanya buat entry bertajuk "Mummy Ayu's Birthday Giveaway" dan link balik. Pastu pergi ke blog Mummy Ayu, tinggalkan komen. Itu jer... padanlah dengan aku ni yang sibuk memanjang. Tadi pun, tengah syiok menaip buat entry ni, on call masuk "opis".. berlari aku siapkan order. Hahaha. Okey, ni sambung balik. Flexible kan keje dari rumah? Bhehehehe.

Sharhanah

Tambah Barang Kiko

Assalammualaikum, 

Update pasal Kiko lagi. Hahaha, dah macam blog kucing pula. 

Alkisahnya, aku bukan pandai pun nak memelihara kucing. Last ada kucing masa aku sekolah rendah. Itu pun kucing kampung. Gaul nasi dengan lauk pun, kucing boleh makan habis. Tak macam kucing sekarang, bagi nasi terus larik.

Tadi aku ke Kuala Lumpur atas sedikit urusan. Dapat rezeki lebih, beli la sikit untuk Kiko. Lagi pula anak pesan suruh beli penapis untuk mudahkan pembuangan najis Kiko. Sempat bapaknya grab makanan kesukaan Kiko dan mainan untuk dia. Happy la budak tu dapat mainanπŸ˜‚


Semoga anak-anak happy melayan Kiko ni sesambil belajar sayangkan haiwan. Banyak perkara yang mereka boleh belajar. Contoh belajar rasa tanggungjawab, belajar menguruskan masa, belajar jaga kebersihan dan paling penting semangat kerjasama adik-beradik menjaga kucing kesayangan Rasulullah ni. Suatu hari nanti mereka akan mengadaptasi dalam kehidupan mereka bila aku sudah tiada.

Sharhanah

Kiko lebih suka ayam daripada ikan

 


Assalamualaikum,

Sudah 3 minggu kami menjaga KIKO. Alhamdulillah, sihat dan aktif. 

Aku belikan makanan Kiko, bekas makanan dan pasir di Shopee. Seronok anak-anak melayan karenah si Kiko. Si kakak rajin pula melayan. Nanti dia balik asrama, yang lain take over la pulak. Kami letak di depan pintu rumah jer. Buat pintu kecik dekat dia. Senang nak masuk dan keluar.

Sharhanah

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...