Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Realiti Pemilihan Matrikulasi: Bukan Sekadar Straight A
Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 Akan Diumumkan Pada 31 Mac 2026 (Selasa)
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
WFH: Orang Yang Memudahkan Kerja Kita, Resign Pula.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
![]() |
| Gambar sekadar hiasan |
Alhamdulillah, kerja dah semakin banyak dan sibuk. Kalau takde keje, boring pulak kan? Macam makan gaji buta rasanya. Lepas raya dah banyak pertanyaan yang masuk dan perlu buat sebutharga. Jenuh menjawab satu-satu.
Kerja saya duduk di tengah-tengah. Antara pihak pengurusan, pihak operasi dan pelanggan. Boleh agak bebannya macam mana?😅
Masalah sekarang, tempat rujukan bahagian operasi saya dah resign. Huhuhu. Kalau ada dia, saya tanya soalan jawapan yang diterima padat dan tepat. Lelaki kan... Senang saya nak bagi jawapan pada customer untuk benda yang saya tak tahu di bahagian tersebut.
Bila mesej dengan bos pompuan, mak aiiii... berjela-jela dia bagi. Pointnya mana??? Di hujung nuuu... Penat daku cari.
Syukurlah bos saya adalah lelaki. Kami memang jarang jumpa. Last jumpa hari tu pun, ada meeting penting bersama bos-bos dan staf-staf. Jarang juga buat Google Meet. Kiranya, 2,3 kali setahun je berjumpa. Maknanya, kami hanya menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung. Teramat pentinglah hantar mesej dengan padat, tepat dan senang faham. Bos pun bekerjaya juga. Kiranya, company ni hanya untuk side income diorang je pun.
Kadang bos bagi arahan thru WA, saya tetiba blur. Ayat dia advance sangat. Jenuh loading kepala otak ni. Macam ni lah kalau bekerja dengan "ex best student" ni kot. Hantar WA, memang lambat dia reply sebab dia pun bekerja.
Nak tak nak, saya kena la tunggu bos reply. Dalam kerja ni memang kena banyakkkk sabarrrr.
Kerja dengan lelaki ni senang. Tanya 1, 1 dia jawab dengan tepat. Takde la meleret-leret macam pompuan. Sebab tu saya masih boleh bekerja dengan company ni. Selagi tak sakit kepala, selagi tak serabut dan selagi bagi arahan di bawah bidang saya, Insha-Allah, saya boleh kekal relevan memberi khidmat sehingga ke usia pencen saya. Chewah!
Sama juga bila mesej teks dengan customer. Yang meleret-leret tu adalah customer pompuan. Yang pendek-pendek tu customer lelaki😂
Untuk makluman Tuan/Puan,
Xxxxxx xxxxx xxxxxxx xxxx xxxxxxxxxxxx xx.
Xxxx xxxxxxxxx xxx xxx xxxxxxxxxxxxx. Xxx xxxxxx xxxx xxxxxxxxxx.
Harap maklum, terima kasih.
Customer lelaki: Noted. Thanks.
Customer perempuan: Makanan luar macam frozen tu boleh ke bawa? Boleh tolong gorengkan?? Berapa caj yer?
Hahaha... beza kan???
Doakan kerja dari rumah ini dimudahkan urusan, dapat customer yang baik-baik, dan syarikat yang saya bekerja ini dimurahkan rezeki. Moga ada bonus setiap tahun. Aamiinn. Sebab??? Saya nak travel! Huhuhu
Sharhanah
WFH: Rutin Harian - Kerja Tak Banyak Bulan Puasa Ni
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
![]() |
| Sesambil boleh blog walking |
Amalan Doa Untuk Anak
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
![]() |
| Amalan doa untuk anak |
Persiapan "Back To School" Sesi Persekolahan 2024/2025
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Minggu ni, Sekolah Rendah Agama (SRA) dah buka kaunter selama 2 hari untuk pembayaran yuran sesi persekolahan 2024/2025. Kaedah pembayaran pula hanya tunai sahaja. Saya pula jenis tak suka bawa wang tunai. Apa-apa transaksi, guna kad, e-Wallet atau QRPay sahaja. Terpaksalah singgah ke ATM untuk keluarkan duit. Maka, selesai untuk 1 sekolah. Ada lagi 3 buah sekolah!
Yuran
![]() |
| Yuran untuk 4 sekolah |
Pakaian/Peralatan
Tahun ni, ada yang naik Tingkatan 1 dan berasrama. Ada yang bertukar warna uniform sekolah juga. Maka, maknya pun senaraikan apa yang perlu diganti baharu. Nak kongsi di sini, panjang pula senarainya.
Untuk yang susah nak dapat seperti seluar sekolah menengah agama, baju kurung, tudung berwarna kuning dan barang yang lebih murah dari kedai, saya beli di Shopee je. Untuk barang asrama, banyak saya beli di Mr D.I.Y. Untuk kasut sekolah, saya lebih suka beli di pasaraya besar. Tahun ni, 2 orang anak memerlukan kasut sekolah baharu. Anak laki, setahun 2 kali beli kasut sekolah. Sejenis haus tapak. Ntah berjalan suka seret kasut kot. Harga kasut sekolah sekarang dah hampir mencecah RM50/pasang. Kalau 4 orang anak dah berapa...
Alhamdulillah, untuk alat tulis... semua dah lengkap. Majoriti dapat hadiah masa sesi persekolahan lepas. Cuma tambah correction tape untuk anak-anak sekolah menengah.
Menjahit
Hahaha, bab paling saya lemah. Perlu tunggu happy mood nak buat benda ni. Nak jahit lencana sekolah, nak jahit nama di setiap pakaian sekolah, nak buat tanda la... belum ada mood lagi. Mood blogging je ada buat masa ni.
Rasanya, 3 benda tu je la untuk sesi kali ni. Bajet semua mungkin akan mencecah RM4K termasuk nak menghantar balik anak-anak ke asrama. Hidup ini keras ya. Inilah amanah yang perlu digalas oleh semua ibu bapa dengan memberi pendidikan sempurna dunia dan akhirat buat semua anak-anak. Semoga usaha dan pengorbanan kita dibalas oleh Allah.
Sharhanah
Kisah Anak Nombor Tiga - Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan Satu
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, keputusan untuk kemasukan sekolah Tingkatan Satu dah dapat. Tapi, anak nombor 3 ditawarkan ke sekolah lain. Saya terpaksa menolak.
Walau macam mana pun, dia tetap akan tinggal dan merasai kehidupan di asrama. Rezeki di negeri Darul Makmur. Untungnya di sini, dia dapat bersekolah satu bumbung dengan kakaknya.
Bagi seorang ibu, inilah pilihan terbaik untuk masa depannya. Hanya pada ALLAH sahaja saya berserah. Moga pengorbanan ini berbaloi.
Kisah anak nombor 3 ini sedikit unik. Lahir secara normal selepas sehari ulangtahun saya dan 2 hari selepas ulangtahun kelahiran suami. Kiranya anak ini "hadiah istimewa" buat kami berdua pada tahun itu. Kebetulan pula, anak lelaki. Suami sudah ada geng!
Anak ini membesar dengan susu ibunya. Cuma dia tak nak direct feed. Terpaksalah saya mengusung Medela FS ke mana sahaja saya pergi. Banyak saya coret pengalaman di blog lama saya. Kalau stress, setitik susu pun tak keluar. Maka, melalak lah dia minta susu.
Masuk umur 4 tahun, saya masukkan dia ke taska. Umur 5 dan 6 tahun saya daftar ke pra sekolah. Bersekolah di sekolah kerajaan setakat Tahun 2 sahaja. Tahun 3, saya pindahkan ke sekolah swasta (8 pagi - 5 petang) disebabkan agak susah untuk saya pantau dari pejabat bila anak kena transit sekejap di rumah.
Kisahnya, anak saya kerap tertinggal bas. Dia terlajak tidur selepas balik sekolah agama. Kami hanya berhubung dengan menggunakan telefon. Masalah selesai bila dia bersekolah swasta. Makan minum semua terjaga. Di sekolah baru, dia dilantik menjadi ketua kelas. Cuma, prestasi setiap tahun mula merosot. Saya jadi risau.
Bila saya sudah bekerja dari rumah, saya pindahkan semula anak saya ke sekolah kerajaan. Lagi pula, suami perlu susun semula kewangan memandangkan pendapatan isi rumah kami sudah jatuh 1 kategori, banyak kena kurangkan kos. Al-maklumlah, sekolah swasta ni buku teks pun kena beli.
Anak yang ini rajin membantu saya meniaga. Adik-beradik yang lain perempuan kan... semua malu... dan atas faktor keselamatan juga mereka tak mahu. Nampaknya, lepas ni 100% guna platform online je la.
Tahun ni akan berbuka puasa tanpa 2 orang anak. Tiada lagi salam selamat malam dan pelukan sambil minta maaf setiap hari. Tinggal kami berempatlah. Mungkin sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Apa-apa pun, saya terima perubahan ini.
Ummu Hariz
![]() |
| Peserta Kuiz Pendidikan Islam. |
![]() |
| Di tengah, dapat nombor 2. |
Pekerjaan Apa Pun Yang Halal, Bersyukur Je La…
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Fuh, awal tahun dah sakit kepala dengan kerja. Lama tak stress kan, sesekali ia muncul. Melayan juga. Cuma saya terasa gastrik naik, perut kenyang dan cepat gelabah. Huhuhu. Puncanya daripada pelanggan yang tidak suka membaca T&C dan kalut bila membuat bayaran tanpa menyemak terlebih dahulu.
Kerja saya perlu tenang. Rileks-rileks sudah. Tapi bila dah jadi orang tengah untuk semua urusan, memang stress juga.
Inilah kekurangan bila kerja dari rumah. Kerja rumah kena buat, kerja admin pun kena buat😂. Double dalam satu masa. Bila anak-anak dah pergi sekolah, waktu tu lah saya akan struggle mengemas rumah dan memasak. Perlu selesaikan sebelum pukul 11 pagi.
Sambil memasak tu, boleh lagi melayan inquiry. "Auto reply" dan "quick replies" sangat membantu kerja saya. Terima kasih dengan kemudahan ini.
Sejenis saya, suka settlekan masalah dalam hari yang sama. Tak suka simpan berlapis-lapis masalah. Penat nanti. Itu yang waktu makan pun dah terlupa. Bila azan berkumandang, cepat-cepat solat dulu. Kalau berlengah, alamat la...
Berbeza dengan kerja lama saya dulu-dulu di pejabat. Kerja 9 pagi - 6 petang. Kiranya melangkah kaki keluar pejabat, semua kerja hari tu dah selesai. Kerja pula tak mengadap pelanggan. Memang happy go lucky. Ada jamuan makan, ada kuliah Zohor di surau, seminggu sekali ada la artis datang untuk photoshoot, ada je company besar-besar bagi goodies, sponser buka puasa la...jamuan Raya la...memang tak bosan.
Mungkin baru ditakdirkan saya bekerja yang perlu berurusan dengan pelanggan. Dulu masa awal kahwin, saya pernah dapat 2 panggilan temuduga untuk khidmat pelanggan di sektor kerajaan. Tapi saya tak pergi, sebab waktu tu saya mengandung dan satu lagi saya dah selesa bekerja di syarikat akhbar. Malas sudah nak pergi ke Putrajaya.
Begitulah manusia... Tak pernah bersyukur. Bila fikir-fikir balik, apa-apa kerja pun ada kelebihan dan kelemahan... Saya tersentak. Kerja sekarang inilah yang pernah satu tika dulu antara doa saya yang telah dimakbulkan Allah. Saya nak bekerja dari rumah tanpa perlu memandu dan melayan jem untuk ke tempat kerja. Inilah dia...
OneNote - Nota Yang Lebih Tersusun Dan Mudah Dicari
Sudah lama saya menggunakan aplikasi OneNote dalam telefon pintar saya. Ia banyak membantu dalam kerja seharian. Saya suka sebab dalam 1 nota ada banyak seksyen dan halaman. Mudah betul nak cari.
Sharhanah
16 Mei - Bukan Setakat Hari Guru tetapi Tarikh Saya Masuk Kerja Juga
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
![]() |
| Kad Pekerja zaman awal 2000-an. Tu pun dah terkoyak. Yang baharu, canggih la sikit.. Tetapi dah pulangkan semula kepada majikan 2020. |
Sempena Hari Guru jugalah saya mendaftar sebagai pekerja baharu di syarikat surat khabar. Setiap kali tarikh ini muncul, saya akan mengingatinya, walaupun hanya bekerja di sana setakat 14 tahun.
Dah 3 tahun, saya bukan lagi staf NSTP. Sekarang, saya bekerja di syarikat lain pula. Bekerja di rumah sahaja tanpa pening memikirkan pemilihan pakaian, meredah jem bila memandu dan merebut MRT & LRT. Inilah yang saya zikir selalu dan nak sangat.
Alhamdulillah, Allah beri. Yes, I'm working from home now!
Sharhanah
Tukar sekolah swasta ke sekolah kerajaan
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Bulan ni agak sibuk dengan pelbagai urusan. Urusan Permohonan MyKad bagi anak ke-3, permohonan ke Sekolah Rendah Agama, ke Sekolah Kebangsaan, persediaan kembali ke sekolah untuk semua anak-anak termasuklah membeli pakaian baharu, membayar yuran dan membeli buku.
Cuma, kali ni saya nak buat entri berkenaan tukar sekolah swasta ke sekolah kerajaan. Ingatkan susah, rupanya mudah je. Cuma makan hari nak settle.
Pertama sekali, perlu buat surat permohonan untuk berhenti sekolah. Saya hantar minggu ke-2 sebelum cuti akhir persekolahan. Nak dapat surat berhenti tu, minggu akhir persekolahan baru la dapat.
Kedua, ambil borang permohonan ASBS di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Balik rumah, kenalah sediakan beberapa salinan dokumen seperti Sijil Kelahiran Murid, Kad Pengenalan ibu bapa, Sijil Nikah, Surat Berhenti Sekolah Swasta dan Bil Utiliti. Buat 3 salinan yang telah disahkan.
Sebelum nak pilih sekolah kerajaan tu, pastikan sekolah tu ada kekosongan. Kebetulan, saya pernah tanya di pejabat sekolah semasa Hari Bicara Akademik anak bongsu saya. Katanya, ada kekosongan. Saya tak isi pun untuk pilihan ke-2. Hanya semata-mata isi nama satu sekolah yang saya nak je.
Kemudian, hantar semula 3 borang permohonan ASBS di PPD bersama salinan dan dokumen asal (untuk semakan dan pengesahan). Saya hantar agak lewat. Lagi 2 minggu sesi persekolahan nak bermula. Barulah di beri Slip Serahan Permohonan Pertukaran Murid ke Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. Pihak PPD beri tarikh untuk datang semula ke PPD. Dalam masa 10 hari juga lah.
Syukur saya tak berlengah sangat masa nak hantar borang permohonan tersebut. Timing ngam ngam ho, seminggu sebelum sesi persekolahan nak bermula, semua dah selesai. Alhamdulillah.
Pada tarikh yang telah ditetapkan, saya datang semula ke PPD. Dapat kembali 2 borang ASBS yang telah DILULUSKAN. Satu borang lagi perlu dihantar ke Sekolah Kebangsaan yang dipohon. Satu lagi untuk simpanan ibu bapa.
Alang-alang hantar borang ke pejabat, saya singgah beli buku-buku si adik dan si abang. Tahun ni, dapatlah mereka bersekolah di satu bumbung walaupun berlainan sesi. Moga belajar rajin-rajin anak-anak ku. Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan, Insha-Allah.
Mama anak empat,
Sharhanah
Perkongsian teknik mudah dan faedah mewarna
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Baru-baru ini saya dan anak-anak menyertai Bengkel Terapi Mewarna di Kuala Lumpur. Banyak ilmu yang kami perolehi selama 8 jam di sana. Paling tak boleh lupa, saya dan anak bongsu memenangi pertandingan dalam kategori masing-masing. Siap bawa balik hadiah!
Saya akui, inilah pertama kali saya belajar teknik yang betul untuk mewarna. Selama ni, guna teknik bedal je. Itupun, pernah menang beberapa kali pada peringkat sekolah. Kira nasiblah tu.
Anak-anak saya pun, sejak di bangku sekolah memang telah didedahkan dengan pertandingan mewarna. Pernah si kakak sulung jadi juara dan memenangi tempat ke-2. Dapat hadiah berupa wang tunai telah membakar semangat dia untuk menyertai lagi pertandingan ini.
Saya bukan apa, anak-anak saya ada sifat cepat give-up, malas nak habiskan sesuatu kerja dan tiada keyakinan diri. Saya sering memaksa supaya mereka enjoy dengan proses mewarna. Saya tahu, anak-anak saya ada bakat, cuma mereka ni malas. Yer la, telefon pintar lebih menarik.
Rupanya ada teknik mudah untuk mewarna tau.
Pilih 3 warna pensel yang sama geng. Contohnya, biru pekat, biru sederhana dan biru cair.
Bahagikan 3 bahagian. Warnakan 1.5 bahagian dengan warna biru pekat. Lepastu, guna biru sederhana untuk mewarna 2.5 bahagian lagi. Akhir sekali, guna biru cair untuk mewarnakan kesemua bahagian.
Tipsnya, jangan terlalu menekan pensel warna bila mewarna. Sebab? kita akan penat dan cepat berputus asa. Mana taknya, orang sebelah dah nak habis mewarna, kita masih mewarna suku bahagian.
Nak tahu tak apa faedah mewarna?
- Rasa tenang
- Kurangkan stress
- Berfikiran positif
- Tingkatkan daya fokus
- Serlahkan kreativiti
- Kurang bergantungan kepada teknologi
- Boleh dilakukan di mana-mana dan oleh sesiapa sahaja
- Sebagai hobi
Syyyy... Saya nak kongsi 3 petua untuk memenangi pertandingan mewarna;
Pertama, puji-pujian kepada pihak penganjur. Contoh KKM Terbaik!
Kedua, lukis objek tambahan. Contoh gambar awan ada pelangi/burung/kapal terbang
Ketiga, warna dengan bertona.
Sharhanah
Saya yang rindu zaman sekolah!
Mengurus Masa
Cikgu saya kata: “Semua orang ada 24 jam yang sama. Kenapa ada yang kaya ada yang tak. Ada yang boleh urus 20 bisnes ada yang sekadar kerja 1 bidang sahaja. Semuanya tentang pengurusan masa. Manusia yang paling bijak ialah dia susun dan rancang segala kerja dia. Sampai dia tak sedar dia dah kaya.” - KHM
Hampir dua bulan saya fokus kepada tugasan baharu. Menjadikan saya lebih sibuk daripada biasa di rumah.
Ya, saya masih berniaga. Cuma saya kurangkan menu. Saya fokus pada 3 sahaja. Yang simple dan mudah disediakan. Memandangkan saya sudah ada tugasan hakiki (dibayar gaji secara bulanan), maka bisnes saya dah jatuh nombor 2.
Sebenarnya, bos lama saya panggil saya bekerja semula. Saya terima sebab saya tak perlu ke tempat kerja. Hanya jaga sistem dan layan inquiry. Saya bebas bekerja ikut waktu yang saya nak. Menarik bukan???
Zero cost untuk petrol, tak perlu pening fikir baju apa nak pakai setiap hari, dapat urus makan dan pakai buat suami dan anak-anak. Itu antara kelebihan yang saya dapat.
Tapi, bukan semudah yang disangka. Saya perlu urus masa sebaik-baiknya. Sesekali waktu sibuk menerjah, mana nak ke dapur, mana nak reply mesej yang urgent, memang tak terkejar.
Kadang, kepala ni penuh dengan to-do-list. Sesekali perlu menghela nafas yang panjang untuk melegakan sesak di dada. Saya ada masalah kerisauan jika tak dapat selesaikan satu-satu perkara. Itu kekurangan saya.
Di situ saya belajar utamakan perkara yang paling penting. Contohnya, tengah melayan pertanyaan pelanggan thru WhatsApp. Dalam masa yang sama, ada order masuk di platform. Saya perlu selesaikan order yang masuk dahulu. Maka, berlari anak lah saya ke dapur siapkan tempahan. Habis je, sambung menjawab pertanyaan pelanggan. Begitulah.
Kadang satu hari takde langsung order. Saya akan fokus 100% kepada kerja yang bergaji tu. At least, saya ada pendapatan tetap. Dalam keadaan ekonomi sekarang, saya tak boleh nak harap pada bisnes kecil saya ni. Lepas duit poket sekolah anak-anak pun dah rasa bersyukur.
Suami ajak berjalan pun saya tak kisah. Selagi ada talian internet, di mana-mana pun saya boleh buat kerja. Baru-baru ni, kami anak beranak pergi berkhemah di tepi pantai. Lega rasanya melihat lautan luas terbentang, bunyi ombak menghempas ke pantai sambil buat keje sambil mengadap pantai. Eh!
Nature lover,
Sharhanah
5 Jenis #Content Yang Disukai Oleh Ramai Orang
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Mengikut The Brand Doctor yang beroperasi di Amerika Syarikat, 5 jenis #Content yang disukai oleh ramai orang ialah:
1. Yang buat orang terhibur (Entertainment).
- sama ada ia dalam bentuk orang ketawa atau merasa seram atau merasa seronok atau bahagia atau sekadar cerita biasa.
2. Yang buat orang terdidik (Educate).
- biasanya dalam bentuk step by step, tips, petua, teknik yang mudah dilakukan.
3. Yang buat mereka rasa diberi maklumat (information).
- cerita atau penyampaian mudah terhadap 1-1 hal.
4. Yang memberi mereka inspirasi (inspired).
- biasanya dalam bentuk story-telling yang ditulis dengan emosi yang mudah faham dan terkesan.
5. Yang memudahkan mereka membeli (selling without selling).
- yang tidak memaksa orang membeli malah ditulis dengan mudah faham, direct to point dan tanpa memaksa atau menyuruh orang membeli.
Khairul Hakimin Muhammad,
Buat semuanya jom!
Tugas Seorang Suri Rumah / Homemaker
![]() |
| Eskrem ni tak semanis senyuman mu. |
18 tahun dalam dunia pekerjaan!
Seingat saya, pertama kali dapat upah semasa saya jadi pelakon tambahan (budak sekolah) waktu cuti sekolah yang panjang. Waktu tu, saya berumur 16 tahun. Berlakon dengan Nasir Bilal Khan. RM16 sehari dah rasa sangat lumayan. Saya tak ingat berapa hari kena pergi ke set penggambaran. Saya mampu beli sepasang kasut sekolah yang baharu. Weh! Bergaya betul masuk Tingkatan 5.
Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya bekerja di sebuah kilang sebagai operator pengeluaran sebelum dapat tawaran sambung belajar. Gaji? Saya dah tak ingat berapa. Kemudian, saya sambung belajar ke Tingkatan Enam Rendah dalam beberapa bulan dan dapat tawaran pula ke Politeknik dan ITM. Saya pilih satu je, yuran yang paling murah. Agak-agak korang??? hehehe
Lepas grad, saya cari keje. Agak down sebab jari kelingking saya patah sebaik je saya habis belajar. Payah nak dapat polis. Saya keje 2 hari jer di sebuah kilang elektronik (Pulau Pinang, nak ada keje apa sangat... banyak kilang je). Staf HR sana perasan jari saya masih berbalut, siap ada besi. Dia suruh balik. Lagi la down! Huhuhu
Sapa suka menganggur? Angkat tangan!!! Serius saya tak suka.
Saya dapat keje sebagai Pegawai Skim Sangkutan selama 3 bulan di Pejabat Daerah dan Tanah berdekatan dengan rumah dengan elaun RM400 sebulan. Dalam masa yang sama, saya ada temu janji dengan GH untuk cabut besi di jari. Sesi fisioterapi beberapa kali saya hadir. Jari saya tetap sama. Tak boleh lurus. Down lagi.
Tamat kontrak dengan kerajaan, saya apply sebuah kilang Jepun sebagai QA di jabatan kejuruteraan. Keje 12 jam weh. Pagi saya kata malam, malam saya kata pagi... biasalah, kalau dah tak pernah berjaga malam sampai ke pagi. Lama tak lama, saya keje setahun juga la. Gaji basic waktu tu hanya RM500++ Nak cecah ribu? Rajinlah buat overtime. 4 hari cuti 3 hari keje atau 3 hari keje, 4 hari cuti.
Saya resign sebab dapat keje di Kuala Lumpur dan jadi anak perantau. Pertama kali keje di syarikat keselamatan, lepas tu di sebuah syarikat besar jugalah di Bukit Bintang secara kontrak. Dah macam kutu embun dah... keje masuk petang, balik pukul 11 malam. Berjalan kaki di KLCC dengan berbaju kurung selama dua bulan. Dalam masa yang sama saya apply keje tempat lain disebabkan status kontrak, memang tak secure kalau saya duduk di bandar besar.
8 bulan sebagai admin exec, cukuplah. 2021, saya rancang untuk duduk di rumah jer... inilah masa saya bersama anak-anak. Masa untuk tebus kembali waktu anak-anak tanpa ibu mereka di sisi. Anak sulung saya pun dah berusia 14 tahun. Untung si bongsu, sebab maknya sentiasa bersama dia. Tak perlu cari pengasuh, tak perlu ada bibik. Cukuplah...
Sharhanah



















