Perkongsian teknik mudah dan faedah mewarna

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru-baru ini saya dan anak-anak menyertai Bengkel Terapi Mewarna di Kuala Lumpur. Banyak ilmu yang kami perolehi selama 8 jam di sana. Paling tak boleh lupa, saya dan anak bongsu memenangi pertandingan dalam kategori masing-masing. Siap bawa balik hadiah!

Saya akui, inilah pertama kali saya belajar teknik yang betul untuk mewarna. Selama ni, guna teknik bedal je. Itupun, pernah menang beberapa kali pada peringkat sekolah. Kira nasiblah tu.

Anak-anak saya pun, sejak di bangku sekolah memang telah didedahkan dengan pertandingan mewarna. Pernah si kakak sulung jadi juara dan memenangi tempat ke-2. Dapat hadiah berupa wang tunai telah membakar semangat dia untuk menyertai lagi pertandingan ini.

Saya bukan apa, anak-anak saya ada sifat cepat give-up, malas nak habiskan sesuatu kerja dan tiada keyakinan diri. Saya sering memaksa supaya mereka enjoy dengan proses mewarna. Saya tahu, anak-anak saya ada bakat, cuma mereka ni malas. Yer la, telefon pintar lebih menarik.

Rupanya ada teknik mudah untuk mewarna tau.

Pilih 3 warna pensel yang sama geng. Contohnya, biru pekat, biru sederhana dan biru cair.

Bahagikan 3 bahagian. Warnakan 1.5 bahagian dengan warna biru pekat. Lepastu, guna biru sederhana untuk mewarna 2.5 bahagian lagi. Akhir sekali, guna biru cair untuk mewarnakan kesemua bahagian.

Tipsnya, jangan terlalu menekan pensel warna bila mewarna. Sebab? kita akan penat dan cepat berputus asa. Mana taknya, orang sebelah dah nak habis mewarna, kita masih mewarna suku bahagian.

Nak tahu tak apa faedah mewarna?

  • Rasa tenang
  • Kurangkan stress
  • Berfikiran positif
  • Tingkatkan daya fokus
  • Serlahkan kreativiti
  • Kurang bergantungan kepada teknologi
  • Boleh dilakukan di mana-mana dan oleh sesiapa sahaja
  • Sebagai hobi

Syyyy... Saya nak kongsi 3 petua untuk memenangi pertandingan mewarna;

Pertama, puji-pujian kepada pihak penganjur. Contoh KKM Terbaik!

Kedua, lukis objek tambahan. Contoh gambar awan ada pelangi/burung/kapal terbang

Ketiga, warna dengan bertona.

Sharhanah

Saya yang rindu zaman sekolah!

Pejabat Bagi Pungutan Pasport Cuti Umum, Bagaimana dengan Tarikh Sistem Temujanji Online (STO)?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sudahlah memilih tarikh 18/11/2022 untuk mengambil pasport, sekali kerajaan umumkan cuti daaaa... macam mana Sistem Temujanji Online (STO) yang sudah ada tarikh? Perlu batalkan ke? Perlu buat semula pemilihan tarikh ke di STO?

Saya terus ke laman website mereka. Tiada pengumuman. Saya terus ke socmed mereka pula. Tiada juga posting berkenaan pemberitahuan mengenai STO bertarikh 18/11/2022. Cuma saya perasan ada sorang je pengguna Twitter yang bertanya soalan yang sama kes dengan saya. Tapi tiada reply. Arghhh... 

Tanya pada pakcik Google. Tiada pula maklumat carian yang saya nak. Tiada siapa yang buat entry berkenaan STO.

Belek emel yang hari tu pihak imigresen antar. Jumpa nombor telefon di bahagian bawah. Saya menghubungi berkali-kali talian 03-8892 6000 & 03-8892 6037 untuk kepastian. Nampaknya, panggilan saya tidak dijawab. Saya menghubungi pula nombor ini 03-8000 8000. Alhamdulillah, ada respon. Cuma tidak membantu menyelesaikan pertanyaan saya.

"Puan boleh menghubungi pejabat sana, samada perlu batalkan STO lama dan buat yang baharu," seorang kakitangan khidmat pelanggan melayan pertanyaan saya.

"Oh, baik", balas saya pendek.

"Puan, saya beri nombor pejabat cawangan itu ya..." 

"Sekejap, saya salin...", sambil mencapai satu lagi smartphone. Dalam kepala ingat nak google je.

Selepas mengucapkan terima kasih, saya cuba menghubungi nombor tersebut. Talian sibuk. Hubungi semula, ada yang mengangkat tapi macam talian saya disambung-sambung ke tempat lain.

"Assalammualaikum... Puan Atikah ke ni?" tanya kakitangan yang menjawab panggilan saya tadi.

"Eh, bukan. Saya yang call sebentar tadi", macam pelik pula... saya call dulu ke, dia yang call dulu? bahahaha... adoila.

"Maaf ye puan, saya ingat Puan Atikah, sorry, sorry", dia meminta maaf. Terus meletakkan gagang telefon.

"Errrr... saya nak taaa...nya", mati dekat situ je soalan saya. Hurm... pasrah je la.

Malas sungguh saya nak menelefon lagi. Sudah berkali-kali. Buang masa. 

Saya terus menerjah semula ke website mereka. Kali ni, saya nak cari bahagian pertanyaan. Hantar soalan saya dekat situ. Nyawa paling akhir yang saya ada.

JUMPA! Sistem Pertanyaan Online. Terus saya isi maklumat yang diperlukan dan saya sertakan sekali soalan pendek saya tu. Moga-moga ada jawapan.

Dua hari, baru saya terima emel. Ya, Allah... jawapan terjawab.

MAKLUMBALAS:

selamat sejahtera. semua pejabat imigresen di seleruh negara ditutup berikutan cuti umum yang dimaklumkan kerajaan. anda boleh hadir di pejabat imigresen ****** dengan sto bertarikh 18.11.2022 tanpa perlo buat sto baru. terima kasih. 

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Alhamdulillah. Tak kisah la salah eja ke (laju cara dia taip).. ayat tak rasmi ke.. janji jawapan dah dijawab. Lega satu bab.

Tengah fikir, nak pergi hari apa pula? Habis plan nak keluar esok. Bertabahlah.

Sharhanah

Tempoh Memperbaharui Pasport Secara Online

Tempoh memperbaharui pasport secara online memakan masa 11 hari! Nak mohon tu cepat je, nak menunggu siap tu je... lamberttt. Tambah lagi 10 hari untuk dapatkan hari yang kita free nak pergi ambil. Maknanya, pada hari ke-21, baru dapat seketul pasport.

Maka, jangan berlengah kalau bab nak berurusan dengan jabatan kerajaan ya. Awal tak kalut!

28/10/2022 (Jumaat)

10 pagi: Pergi ke kedai gambar untuk dapatkan softcopy gambar berukuran pasport dengan caj sebanyak RM13 dikenakan. Hanya sertakan alamat emel yang aktif.

4 petang: Permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Isi maklumat dengan betul. Ambil masa kurang 20 minit.

8/11/2022 (Selasa)



12:29 tengahari: Terima notifikasi melalui emel dengan tajuk "myONLINE PASPORT - Keputusan Permohonan Pasport"

Terus saya tekan pada pautan yang diberikan untuk membuat temujanji secara atas talian.

13:02 petang: Terima notifikasi melalui emel dengan tajuk PERMOHONAN TEMUJANJI (STO) DI PEJ IMI XXXXXX

18/11/2022 (Jumaat)

Saya pilih hari Jumaat, sebab tuan badan off day setiap hari Jumaat

Slot 8:00-9:00 pagi: Hadir ke pejabat IMI yang telah didaftarkan semasa membuat permohonan.

Awal tu saya ingat hari ini mohon online, paling cepat esok dah boleh ambil. Rupanya, sangkaan saya meleset sama sekali. Patutlah sahabat saya menggesa saya untuk memperbaharui pasport awal sedikit. Lambat rupanya yaπŸ˜‚

Kalau tak, hujung November baru nak renew. Pertengahan Disember baru nak guna. Berani sungguh makcik sorang ni, cari nahas waktu kecederaan! Memang makcik fly soranglah tanpa pakcik di sisi… sebab cerita ini berkenaan passport dialah🀭

Sharhanah

Nak Tukar Windscreen? Bagaimana RFID Saya??

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Gambar sekadar hiasan. Waktu ke Lanai Anggun @Ecosky.

Masih bertagak (buat rileks) bila cermin hadapan kereta retak. Bukan apa, tag RFID belum beli lagi. Malas rasanya nak walk-in ke kedai cermin kereta. Bila cermin depan dah ganti baru, tag RFID yang manjahhh bukan boleh cabut pun untuk pasang balik. Cabut considered rosak! Dah la duduk di lembah Klang, tol di mana-mana. 

Kebetulan, waktu suami off day, kami berdua lalu di Bangsar South. Terus apalagi, isterinya terus masuk Touch N Go HQ yang terletak di Tower 6, Avenue 5. Masuk Q untuk dapatkan tag RFID. Beli dekat sini jimat RM5. 

Lepas dapat, baru ada semangat nak tukar cermin depan kereta. Tapi, saya rasa blur. Takut pun ada sebab risau salah pasang, risau palang tak terangkat, risau macam-macam lagi lah. Sebab dulu waktu percuma dapat RFID, saya perlu bawa kereta ke salah satu pusat pemasangan RFID. Semua staf yang buatkan. Sebab tu lah saya duk ingat, pemasangan RFID ni sangat rumit. Sampai perlu ke pusat tersebut untuk pemasangan. 

Rupanya, suami saya selitkan di sticker roadtax je🀣 tanpa perlu lekat atau pakai holder. RFID untuk palang taman perumahan pun dia buat macam tu. Cuma dia selitkan di bahagian depan sebab ada satu sticker yang bertampal dekat situ. Detect pula ya🀭

Saya ni penakut. Kalau RFID taman lepas, macam mana RFID tol pula. Saya ajak juga suami cuba lalu tol percuma (waktu tu) di lebuhraya SUKE. Kami cuba waktu malam. 

Masa nak melepasi tol tu, perasaan berdebar-debar sangat. Saya dah mula sakit perut. Begitulah kalau orang ada anxiety. Hanya orang macam saya jer yang faham.

Alhamdulillah! Palang terangkat!!! Saya dan anak-anak melonjak riang. Kelakar pun ada. Sanggup malam-malam keluar pergi test power. Siap high five dengan suami. Lepas ni saya tak perlu risau lagi. Terus perasaan jadi tenang. Setenang air tasik, perut yang sakit tadi hilang macam tu je.

Oh ya, sebelum saya terlupa, saya sertakan cara untuk aktifkan RFID yang baharu. Mudah juga rupanya. Saya pun refer imej di bawah ni je. Alhamdulillah, dalam beberapa minit dah aktif!

Imej cara untuk aktifkan RFID Tag

Semoga bermanfaat!

Sharhanah

Cara Simpan Duit Paling Mudah

Benarlah kata peribahasa ni sikit sikit lama lama jadi bukit. Janji istiqamah ditambah perasa dengan sifat sabar, akan terciptalah tabung dengan duit yang penuh. Waktu tu, baru terasa apa yang dikorbankan amatlah berbaloi.

Saya dah praktikkan lebih daripada 2 tahun cara simpanan yang sangat mudah. Tanpa perlu fikir setiap bulan nak simpan macam mana. Orang kata effortless.

Ini semua berdasarkan pengalaman saya ya. Saya tak tahu orang lain simpan macam mana. 

Saya ada tabung hijau. Semua duit RM5, saya letakkan dalam satu bekas. Asal jumpa jer, memang  saya dan suami akan masukkan ke dalam bekas tu. Sampai tak berani nak gunalah🀭. Nak buat tabung oren tak mampu.

Setahun lebih menyimpan, dapatlah tunai RM1.3k. Dengan duit itulah kami dapat balik kampung beraya, dapat bayar kos baik pulih mesin basuh yang kebetulan rosak waktu tu.

Untuk tabung online, saya create 5 tabung dalam Maybank2u. Tabung-tabung ni hanya untuk setahun, dan ada 1 tabung yang saya sengaja target lebih daripada setahun.

Create goal di Maybank2u 

Tabung kereta (roadtax and insurance), tabung ibadah korban, tabung travel & tabung emergency. Maksimum 5 tabung je yer... Tak boleh lebih. Best time nak create nama tabung tu je. Hihihi.

Contoh tabung ibadah korban, target simpanan adalah RM800. Saya akan bahagi kepada 12 bulan. Maka, bulan-bulan, RM67 akan dipotong terus dari akaun bank saya.

Bila dah cukup RM800, saya akan pecah tabung. RM800 akan terus masuk ke akaun bank simpanan saya. Boleh dah nak buat ibadah korban setiap tahun.

Paling rendah, saya buat pemotongan RM10 je. Yang ini, tabung yang lebih daripada setahunlah . Memang tak terasa bila potong. Tahu-tahu, dah banyak. Boleh terus masuk ASB atau Tabung Haji. Sebab ASB minimum kalau nak simpan RM100 dan ke atas. Kalau nak direct potong guna Maybank2u pun boleh. Tapi ada caj la.

Tabung-tabung online ni saya sangat suka sebab boleh asingkan dan mudah create. Lepas tu, biarkan je tiap-tiap bulan duit masuk. Bila penuh kita harvest lah. 

Untuk yang simpan lebih pada setahun, Maybank ada bagi dividen. Tapi sikit je la. Sebab tu saya cadangkan cukup setahun keluarkan dan letak tempat yang boleh kembangkan duit tu lagi. Lepas tu, create semula tabung yang baharu. Begitulah seterusnya.

Insha-Allah, hujung tahun ni saya nak ke luar negara. Berkat kesabaran menabung. Masa untuk berehat sambil main salji pula. Dah penat bekerja di rumah sebenarnya. Inilah masa yang sesuai untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Esa. 

Sharhanah

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...