Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Fuh, awal tahun dah sakit kepala dengan kerja. Lama tak stress kan, sesekali ia muncul. Melayan juga. Cuma saya terasa gastrik naik, perut kenyang dan cepat gelabah. Huhuhu. Puncanya daripada pelanggan yang tidak suka membaca T&C dan kalut bila membuat bayaran tanpa menyemak terlebih dahulu.
Kerja saya perlu tenang. Rileks-rileks sudah. Tapi bila dah jadi orang tengah untuk semua urusan, memang stress juga.
Inilah kekurangan bila kerja dari rumah. Kerja rumah kena buat, kerja admin pun kena buat๐. Double dalam satu masa. Bila anak-anak dah pergi sekolah, waktu tu lah saya akan struggle mengemas rumah dan memasak. Perlu selesaikan sebelum pukul 11 pagi.
Sambil memasak tu, boleh lagi melayan inquiry. "Auto reply" dan "quick replies" sangat membantu kerja saya. Terima kasih dengan kemudahan ini.
Sejenis saya, suka settlekan masalah dalam hari yang sama. Tak suka simpan berlapis-lapis masalah. Penat nanti. Itu yang waktu makan pun dah terlupa. Bila azan berkumandang, cepat-cepat solat dulu. Kalau berlengah, alamat la...
Berbeza dengan kerja lama saya dulu-dulu di pejabat. Kerja 9 pagi - 6 petang. Kiranya melangkah kaki keluar pejabat, semua kerja hari tu dah selesai. Kerja pula tak mengadap pelanggan. Memang happy go lucky. Ada jamuan makan, ada kuliah Zohor di surau, seminggu sekali ada la artis datang untuk photoshoot, ada je company besar-besar bagi goodies, sponser buka puasa la...jamuan Raya la...memang tak bosan.
Mungkin baru ditakdirkan saya bekerja yang perlu berurusan dengan pelanggan. Dulu masa awal kahwin, saya pernah dapat 2 panggilan temuduga untuk khidmat pelanggan di sektor kerajaan. Tapi saya tak pergi, sebab waktu tu saya mengandung dan satu lagi saya dah selesa bekerja di syarikat akhbar. Malas sudah nak pergi ke Putrajaya.
Begitulah manusia... Tak pernah bersyukur. Bila fikir-fikir balik, apa-apa kerja pun ada kelebihan dan kelemahan... Saya tersentak. Kerja sekarang inilah yang pernah satu tika dulu antara doa saya yang telah dimakbulkan Allah. Saya nak bekerja dari rumah tanpa perlu memandu dan melayan jem untuk ke tempat kerja. Inilah dia...
Cabaran dalam bekerja, kena hadapi dgn tenang & sabar ๐ช
ReplyDeleteHarapnya bukan nama saya yg banyak songeh tu :D
Kan... Itulah nilai untuk gaji bulanan saya๐ .
DeleteHehehe, jangan risau.. Nama puan Hazel takde dalam senarai.
Setuju.. kerja apapun ada kelebihan dan kelemahan.
ReplyDeleteSaya akur.
DeleteKadang2 sebab kita buat rutin yang sama.. Itu yang trigger macam2..apa pun semoga kita kuat menghadapi alam pekerjaan...
ReplyDeleteBetul sangat. Insha-Allah, kena kuat dalam semua perkara. Kalau kalah dalam alam pekerjaan, saya tarik selimut... Tidur je lah (tak produktif)๐
DeleteBunyi macam senang... tapi susah nak buat
ReplyDeleteBetul tu
DeleteSaya setuju. Semua kerja ada susah dan senangnya. Alhamdulillah, rezeki yang Tuhan beri.
ReplyDeleteSaya pun kerja dari rumah juga (suri rumah). Hehe.. makan gaji dengan suami. :D
Senang macam tu... Fokus 1 je kan.
DeleteKerja mana2 pun ada pro dan cons nya kan.. Apapun bersyukur dgn apa yg ada...
ReplyDeleteBetul sangat
Delete