🌿 Let's Be Friends

Showing posts with label Food & Drink. Show all posts
Showing posts with label Food & Drink. Show all posts

Sebab Ada Diaaaa, Jadilah Sebuku Roti!

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Dalam sibuk-sibuk memasak untuk lunch dan sesekali buat keje admin, saya sempat buat sebuku roti. Sebab apa terlebih rajin ni? Sebab kat rumah ada serbuk yis baharu.

Sebelum tu, masa anak sulung nak buat doh pizza... doh tak naik langsung! Rupa yis tu dah lama dan masuk angin. Makan la kami doh yang keras tu.

Anak laki pergi kedai baru-baru ni. Saya suruh la dia beli yis. Semangat sikit nak buat roti kalau yis tu masih baru. Kembang elok la doh roti kali ni.

Doh tanpa malu-malu dia membesar

Kebetulan petang tu, hujan. Auto lapar. Dah la takde apa nak makan. Maka, roti ni la buat cicah dengan teh o. Nikmat....


Bila dah potong-potong.

Saya guna 2 cawan tepung gandum, 1 sudu teh yis, secubit garam, 2 sudu gula je dan letak sikit butter (takde shortening). Beginilah kejadiannya seperti gambar dia atas.

Tapi saya suka sungguh roti benggali macam arwah ayah beli. Cicah kopi dan kari ikan. Mabelesss... sebab dia liat-liat sikit bila tarik. Macam mana eh nak dapat tekstur macam tu??

Sharhanah

# Drama Buat Biskut Mazola

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Semalam buat biskut Mazola. Biskut favourite saya neh. Rasanya ada beberapa entri dalam blog ni. Tapi nak post juga.

Resipi dia senang je. Dapatlah dalam 3 balang kecik.

Bakar pula kena 2 kali sebab sekali bakar boleh masuk 2 dulang je.

Masuk batch pertama, tunggu punya tunggu… pasal apa lama sangat tak masak ni? Patutnya dah ada aroma.

Rupa-rupanya oven tak panas. 😂

Patutlah!

Terus naikkan suhu. Sekali bila dah naikkan suhu, terlebih bakar pula. Hahaha.

Nasib baik tak sampai hangus. Cuma telur kuning yang saya sapu atas biskut tu yang hangus sikit. Biskut masih selamat.

Batch kedua, barulah saya dah belajar dari kesilapan. Kali ni tengok biskut elok sikit rupa dia. Warna pun cantik.

Tapi yang paling penting… Sedap!

Hahaha. Chewah, puji diri sendiri pula.



Warna cerah, gelap sikit...

Mangsa... 

yang ni kut helok sikit


Serius, kali ni memang sedap sangat. Gigit je terus cair dalam mulut. Kacang tanah tu pun terasa. Tak manis sangat. Memang jenis yang sekali makan, tangan boleh pergi ambil lagi tanpa sedar.

Kononnya buat biskut untuk simpan. Tapi kalau tiga bekas tu tak bertahan lama, jangan tanya kenapa. 😂

Biasalah, bila buat sendiri ni macam-macam drama dia.

Oven tak panas pun boleh tak perasan.

Dah sedar, naikkan suhu pula sampai hampir terlebih masak.

Tapi akhirnya jadi juga.

Yang penting biskut tak hangus dan boleh makan.

Dan untuk saya, biskut sedap tu dah cukup membahagiakan. Siap anak bawa bekal sampai ke Melaka😆

Sharhanah



Susah-Susah Dahulu: Rahsia Masak Cepat Setiap Hari

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sekarang ini, saya agak sibuk di dapur menyediakan pelbagai pes asas untuk memudahkan kerja memasak sepanjang bulan puasa. Memang bukan kerja lima minit tau — mengupas bawang, mengisar cili, menyangai rempah… memang ada sesi air mata dan pedih mata yang tak dapat dielakkan. Dapur pun penuh aroma bawang dan rempah! Tapi saya tahu, semua ini sangat berbaloi.

Pes halia dalam bentuk kiub

Pes lengkuas dah lama simpan

Antara pes yang saya sediakan ialah pes sambal, pes tomyam, pes kari, pes sambal hijau, pes masak lemak dan juga pes ikan bakar. Bila semuanya sudah siap dimasak dan cukup rasa, saya biarkan sejuk sebelum dibahagikan ke dalam bekas ketul ais — siap portion sekali masak lagi. Kemudian terus simpan dalam peti sejuk beku. Bila dah beku keras, saya keluarkan dan simpan pula dalam bekas kedap udara. Masuk balik ke dalam peti sejuk beku. Boleh tahan sehingga tiga bulan!

Seronok tengok deretan pes yang tersusun rapi — rasa macam ada “stok rahsia” di dapur sendiri. Bila nak memasak, tak perlu lagi kisar itu ini. Hanya keluarkan beberapa ketul, campak ke dalam kuali, dan masakan pun siap dengan lebih cepat.

Memang betul kata orang, susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kini kerja memasak jadi lebih pantas, teratur dan menjimatkan masa.

Sharhanah

Ke Tempat Yang Tidak Dirancang

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hari itu bermula tanpa sebarang pelan besar. Kebetulan saya off day, dan entah dari mana datangnya keinginan spontan untuk menikmati sarapan pagi di luar bersama suami — sekadar mahu memenuhi ruang waktu, tanpa tergesa-gesa.

Hidangan saya bersama air suam

Pinggan suami

Hidangan terhidang sederhana tetapi sarat dengan rasa: nasi putih, rebung masak lemak, terung dan bendi masak cili, serta kari kambing. Makanan kampung yang tidak cuba memikat mata, namun cukup kuat membuatkan hati terasa pulang — tenang, akrab, dan jujur. Total RM15.

Selesai makan, kami saling berpandangan.

Tiada destinasi disebut, tiada jadual dirujuk.

Namun tanpa dirancang, stereng diputar dan kereta mula meluncur perlahan ke arah Kuala Klawang, kira-kira 58 kilometer dari tempat kami bermula.

Jalan Yang Bercerita

Perjalanan ke sana tidak pernah lurus. Jalan yang bengkang-bengkok dan berliku mengajak kami bergerak perlahan, dengan bukit-bukau di sebelah kiri berdiri setia, seolah-olah menjadi saksi bisu setiap detik perjalanan.

Kenderaan yang berselisih atau mengekori dari belakang amat sedikit, menjadikan jalan ini terasa lebih sunyi seperti dikhaskan hanya untuk kami sambil alam yang menemani.

Ada yang mencuri perhatian saya ialah burung-burung layang-layang yang terbang rendah, bermain-main di atas jalan raya seolah-olah  tahu tiada bahaya hari itu.

Suasana sepanjang perjalanan terasa redup dan sejuk, dilindungi pohon-pohon hutan dan dihiasi pokok-pokok paku pakis yang tumbuh subur di tepi laluan melengkapkan kehijauan yang mendamaikan mata dan jiwa.

Kampung Esok, esok la kita pergi

Berhenti, Bukan Untuk Bergegas

Sekitar jam 11 pagi, kami tiba di pekan Kuala Klawang.

Berhampiran Masjid Jamek Kuala Klawang, ada sebuah bukit kecil bernama Bukit Tajali. Terus terang, saya tidak tahu apa istimewanya tempat ini. Malas juga hendak mencari jawapan di Google — lagipun saya ke sini bukan kerana kerja, bukan juga untuk memburu harta karun.

Saya datang tanpa misi.

Jadi saya pilih cara paling jujur: panjat dahulu. Biar kaki yang letih ini mengenalinya dulu. Nanti, bila sampai ke atas, mungkin tempat ini sendiri akan memperkenalkan dirinya — tanpa perlu soalan, tanpa perlu jawapan segera.

Bukit Tajali (dahulu dikenali sebagai Bukit Undang

Terik matahari mula terasa dan anak-anak tangga Jelebu History Trail mula menguji kudrat — penatnya terasa lebih cepat, mungkin kerana usia yang tidak lagi muda.


Namun di puncak, angin bertiup kuat. Bukan angin yang mengganggu, tetapi angin yang menenangkan menghapuskan lelah yang tertinggal di tangga tadi.

Dari atas sana, pekan Kuala Klawang kelihatan kecil, sunyi dan damai, mengajar kami bahawa hidup ini tidak selalu perlu dikejar.

Pemandangan pekan Kuala Klawang dari Bukit Tajali

Ok... rupanya, di atas bukit ini, tersimpan dua tinggalan sejarah yang diam tetapi sarat makna.

Yang pertama ialah Batu Peringatan Inggeris, diasaskan secara bergotong-royong pada Jun 1897 sebagai lambang kesetiaan penduduk Jelebu terhadap pemerintahan Ratu Great Britain pada ketika itu. Batu ini bukan sekadar penanda masa, tetapi cerminan sebuah era dan perpaduan masyarakat pelbagai latar yang pernah bersatu.

Yang kedua ialah tangki air lama, dibina pada tahun 1928, yang suatu ketika dahulu menjadi sumber bekalan air penting untuk penduduk sekitar. Ia berdiri sebagai saksi bisu keperluan asas kehidupan — air, yang menyatukan manusia tanpa mengira zaman.

Di puncak bukit ini, sejarah dan alam seakan berjalan seiring, mengingatkan kita bahawa setiap tempat punya ceritanya sendiri, jika kita sudi berhenti dan mendengar.

Kolam tadahan atau tangki air lama ini pernah menjadi nadi kehidupan penduduk setempat. 


Pulang Dengan Rasa Yang Berbeza

Kami pulang melalui jalan yang sama. Laluan tidak berubah, walaupun pada awalnya ada juga terlintas untuk pulang melalui Lebuhraya LEKAS. Namun jalan itu sudah terlalu biasa.

Anehnya, meskipun laluan tetap sama, rasa di dalam diri entah mengapa berbeza. Perjalanan pulang terasa lebih singkat, seolah-olah masa bergerak lebih pantas apabila hati sudah terisi.

Kami selamat sampai di rumah hampir waktu Zohor.

Pengajaran Dari Perjalanan Pendek

Perjalanan ini tidak dirancang. Tiada senarai tempat, tiada gambar sempurna yang dikejar.

Namun, ia mengajar sesuatu yang sederhana tetapi bermakna. Kadang-kadang, yang kita perlukan bukan percutian jauh, tetapi keberanian untuk berhenti sekejap dan menikmati apa yang ada.

Hari cuti itu mungkin tidak memberi cerita luar biasa, tetapi ia menghadiahkan ketenangan yang jarang singgah bersama suami tersayang.

Dan mungkin, itu sudah lebih daripada cukup.

Sharhanah

Menikmati hidangan di tepi sungai

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sesudah menikmati pemandangan Taman Eko Rimba, kami pulang ke rumah. Kerja saya banyak yang sedang menunggu. Tetapi suami ajak makan dulu. Lapar katanya.

Kami berhenti makan di gerai yang selalu juga kami singgah untuk makan laksa atau bihun sup. Kali ni, kami makan nasi terus. Lagi pun pukul 11 pagi, suami akan buat keje sambilan di kedai perabot berdekatan dengan rumah. Setiap kali dia off day, dia akan ke sana untuk menambah pendapatan.

Gerai buka pukul 9 pagi, kami antara orang terawal cedok nasi. Best sebab semua panas-panas.

Pinggan saya... pucuk paku memang kegemaran sejak dulu lagi

Suami pilih gulai kambing + air teh ais... leher ayam saya tak makan, pas dalam pinggan dia.
Alhamdulillah, saya makan licin. Jarang sekali boleh makan sampai habis kalau makan di gerai. Suami kata, tak payah masak lunch hari ni, tapau je. Lega benarrr mendengarnya. Saya tapau 2 ketul ayam goreng, 1 ekor ikan jaket dan sayur pucuk ubi masak lemak untuk mak saya dan 2 orang anak. Total semuanya RM43.

Ok ke harga tu?

Sharhanah

Jemu makan nasi? Meh makan mee udang

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Udang mana???
Nak ke kedai depan rumah beli udang, hujan pula. Sebab ada paste mee udang. Maka, masaklah apa yang ada. Ya, hanya ada isi ayam. Dah boleh tukar nama menu, Mee Ayam!

Alhamdulillah. Masih ada sayur celur, tauhu dan bawang goreng dan telur rebus. Tidaklah seteruk mana menu mama kali ni 🤭

Sharhanah

Menu Hidangan Sepanjang 9H8M (Malaysia - Turkiye - Malaysia)



Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Banyak rupanya gambar makanan dalam album saya ke Turkiye. Meh la kita letak di blog, kot-kot ada yang nak tengok atau nak dapatkan idea untuk memasak hidangan yang majoritinya lain daripada yang lain ni. Heeeee.

Kita mulakan masa di KLIA. Disebabkan saya tiba awal, maknanya... kena lapik perutlah dulu. Suami belikan "sandwich ayam berganda", kongsi 2 orang. Ya, Allah... Alhamdulillah, puas makan dan perut kenyang boleh sampai ke Turkiye laaa. Ekekeke. Tebal weh! Sampai tak larat makan.

Setiap gambar, ada caption hari ke berapa, lokasi dan masa. Walaupun memang dah tak ingat, tapi boleh refer pada details gambar dalam telefon. Cuma masa tu kena adjust 5 jam ketika memasuki zon masa.

DAY 1
 03:22
KLIA
Tebal giler dan super kenyang!

DAY 1
 11:58
KLIA - MCT by Oman Air
Hidangan pertama... Nasi terus dia bagi!

DAY 1
16:13
KLIA - MCT by Oman Air
Mengantuk nak snap isi di dalam. Macam kebab gitu.

DAY 1
16:08
MCT - IST by Oman Air
Menu nasi dan rakan-rakannya. Waktu ni dah tukar penerbangan dari Oman ke Turkiye. Menu no.2 tu, alamak... saya tak reti nak makan

DAY 1
21:47
Şişhane Restoran, Istanbul
Dinner pertama... Nasi, fries dan ayam bakar. Sebelum tu, dapat sup labu. Waktu ni nak makan pun dah tak larat. Penat uiii plus mengantuk. Mana taknya, kalau ikut waktu Malaysia, dah hampir pukul 3 pagi!

DAY 2
07:18
Hotel Golden Way Giyimkent, Istanbul
Menu lain daripada yang lain... daun tu sedap juga. Maaf, tak tahu nama.

DAY 2
17:19
Fatih, Istanbul
Saya beli jagung bakar. Saja la nak rasa. Orang kata sampai sini, must try. Tapi, sedap lagi jagung rebus Malaysia.

DAY 2
12:52
Istanbul
Lunch... Nasi dan barli 2 benua. Ada kepingan daging yang saya mampu habiskan 2 keping je. Sup labu dan salad yang tak muat nak snap

DAY 2
16:27
Istanbul
Simit... Teringin lama dah nak makan. Sebab banyak berjalan, saya tapau ni.


DAY 3
01:22
Bursa, Turkiye
Menu dinner... Sebab penat dan mengantuk, suami ambil je apa yang boleh diterima tekak.


DAY 3
01:22
Bursa, Turkiye
Hidangan pemanis mulut yang saya ambil. Maaf la, takde info. Ringkas dan sedap.

DAY 3
07:02
Bursa, Turkiye
Sepanjang-panjang hidangan yang disusun... satu pun saya tak rasa😅

DAY 3
07:09
Bursa, Turkiye
Menu breakfast saya. Bijirin dan susu wajib. Saya ambil yang saya makan je. Malas pula nak cuba-cuba, risau membazir.

DAY 3
14:15
Bursa, Turkiye
Roti dan sup labu... Sup tu saya rasa macam makan kuah laksa je. Rasa ikan-ikan sket.

DAY 4
02:28
Kusadasi/Aydin, Turkiye
Hidangan lewat malam. Yang ni saya boleh katakan, menu paling sedap sepanjang trip. Kami sampai lewat disebabkan hujan lebat sepanjang perjalanan nak sampai ke hotel.

DAY 4
07:19
Sogucak, Kusadasi/Aydin, Turkiye
Menu sarapan pagi saya. Kucar-kacir. Hehehe... 

DAY 4
07:20
Sogucak, Kusadasi/Aydin, Turkiye
Hidangan sarapan pagi suami. Roti telur tu sedappp.


DAY 4
14:34
Izmir, Turkiye
Çay... manis melecaih. Diberi masa pertunjukan fesyen


DAY 4
13:11
Izmir, Turkiye
Hidangan makan malam suami. Apa ntah dia longgok semua sekali.

DAY 4
13:33
Izmir, Turkiye
Lepas lunch, saya beli buah strawberi (gambar) dan anggur berdekatan dengan restoran yang saya singgah makan. Anggur dia manis sangatttt. Macam mana boleh lupa snap ntah. Harga, saya lupa betul nak catat. Rasanya agak murah dan berbaloi beli.


DAY 4
19:42
Denizli, Turkiye
Hidangan makan malam... Yang kenal ayam je.


DAY 4
19:42
Denizli, Turkiye
Dessert...kek batik pun ada



DAY 5
06:42
Denizli, Turkiye
Sarapan pagi sebelum naik belon udara... Suami pun dah mula tak makan banyak. Hihihi. Nak yang pedas-pedas pulak.

DAY 5
12:52
Dinar, Afyonkarahisar, Turkiye
Stop di stesen minyak, saya turun beli ni guna BigPay. Kudapan dalam bas.

DAY 5
14:56
Afyonkarahisar, Turkiye
Hidangan tengahari, baru nak makan weh... Apa benda tak tau lah. Yang pasti ada sup labu. Saya ok je boleh hirup sup labu. Suami dah tak boleh nak telan dah. Hahaha

DAY 5
15:02
Afyonkarahisar, Turkiye
Ada kepak ayam, fries, roti nan dan nasi berbali.

DAY 5
22:07
Avanos, Nevsehir, Turkiye
Makan malam kami. Baru dapat makan nasi kita. Sambal belimbing hitam tu pedas yakmattt dan kurang sedap dan tidak menepati tekak dan perut saya. Suami boleh habiskan. Hebat dia, Maybe rindu dendam tak makan dapat makan yang betul-betul pedas.

DAY 6
07:23
Avanos, Nevsehir, Turkiye
Sarapan pagi... boleh masuk ni je ha. Hehehe

DAY 6
12:41
Ortahisar Belediyesi, Turkiye
Limau ni manis dan sedap.

DAY 6
12:46
Ortahisar Belediyesi, Turkiye
Orang yang served... unik kan? Restoran kali ni macam makan dalam gua sket.

DAY 6
12:51
Ortahisar Belediyesi, Turkiye
Sedap juga menu ni.



DAY 6
22:05
Bolu, Turkiye
Late dinner... 

DAY 6
22:08
Bolu, Turkiye
Late dinner... 
DAY 7
07:18
Bolu, Turkiye
Hidangan yang saya tak berani nak rasa.
DAY 7
07:21
Bolu, Turkiye
Buffet breakfast... Roti wajib ada.

DAY 7
07:21
Bolu, Turkiye
Saya makan ni je.

DAY 7
11:45
Duzce, Turkiye
Berhenti di R&R, sebelum dapat nasi... makan roti dulu

DAY 7
11:45
Duzce, Turkiye
Menu wajib ada.

DAY 7
11:50
Duzce, Turkiye
Nasi baru sampai. Eloklah, dah kenyang makan roti.

DAY 7
19:34
Istanbul, Turkiye
Makan malam selepas pulang semula ke bandar Istanbul. Boleh kurus makan ni hari-hari.

DAY 8
06:55
Istanbul, Turkiye
Sedap gila dapat makan mi segera perisa lontong. Buat breakfast. Eh!


DAY 8
08:17
Istanbul, Turkiye
Lepas makan mi segera pedas di bilik, baru la saya turun makan. Ambil ni je untuk hilangkan pedas.


DAY 8
12:37
Istanbul, Turkiye
Hidangan tengahari terakhir kami... Makan untuk lapik perut


DAY 8
15:35
Istanbul, Turkiye
Kebab di tepi Grand Bazaar. RM52 sekali dengan 1 tin air Coca-cola. Harga Yahudi ke apa ni???

Penerbangan balik (1 pagi) ke Muscat (sampai 6 pagi), transit sehingga pukul 9 pagi dan seterusnya berlepas ke Kuala Lumpur (sampai 8 malam). Ni je hidangan yang sempat saya snap.

DAY 9
09:32
Oman Air

DAY 9
09:32
Oman Air

Ada beberapa hidangan yang saya tak snap dek tertido waktu penerbangan.  Satu, sebab phone saya dalam hand luggage. Atas kepala. Nak ambil susah sebab ada mat saleh lena. 13 jam dalam perut kapal terbang. Punya la mengantuk. Sebenarnya, saya jarang betul tidur dalam setiap perjalanan. Tapi, yang ini... boring yakmat. Nak tengok movie pun tak lalu. Lagi-lagi kena duduk di seat bahagian aisle. Mati kutu. Dapat 2x je seat bahagian tingkap.

Dan ada sekali saya tak turun makan malam di hotel sebab malas nak turun. Lagi satu, makan tengahari dekat hentian tu... ntah lupa ke nak snap. Tapi apa-apa pun, hidangan dia lebih kurang je.

Sampai je KL, kami balik naik Grab, singgah ambil kereta di tempat kerja suami. Terus singgah di gerai makan. Hahaha. Rindu oiii, lagi-lagi Tomyam!

DAY 9
22:21
Kedai makan tepi rumah
Uwaaaa... rindunya nasi dan Tomyam Seafood

DAY 9
22:21
Kedai makan tepi rumah
Besyukur

Tahniah... anda habis melayan gambar-gambar saya. Maaf, ada gambar yang kurang berkualiti. Pasni, boleh lah kot dapat idea nak masak apa untuk esok😁

Sharhanah