🌿 Let's Be Friends

Showing posts with label Pets & Animals. Show all posts
Showing posts with label Pets & Animals. Show all posts

Jaga Satu Dapat Lima

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Anak bongsu selalu bagi makan dekat sekor kucing jalanan ni. Entah dari mana dia datang. Sejak kehilangan Kiko hampir setahun, merayu-rayu si anak ni nak bela kucing lagi. Rindu gamaknya.

Saya hanya beli makanan dan kucing melepak di luar. 3 bulan macam tu, nampak gemuk pula kucing ni. Asyik curi masuk ke dalam rumah. Dia tido dengan kakak. Tak tidur pula dengan si bongsu. Kami namakan "Keyyah". Selalu kena bawa tidur luar rumah.

8.8 terkejut bila Keyyah beranak dalam almari luar. Patutlah dia asyik cari tempat. Nak halau tak tergamak. Duduklah dia dalam tu selama 5 hari.

Kali ni, Keyyah bawa masuk anak-anak ke dalam bilik saya. Chewah diaaa... Kemain pilih bilik paling besar😂. At last, saya belikan sangkar.

Empat ekor anak kucing Keyyah sedang tidur

Moga dimudahkan urusan dan kebajikan anak-anak kucing Keyyah terjaga.

Sharhanah

Kiko Menjerit!

 

Assalamualaikum,

Tadi santai-santai di ruang tamu, dengar bunyi kucing menjerit kuat. Waktu tu suami nak pergi keje. Aku ingat kucing Oren bergaduh nak merebut awek. Rupanya suara Kiko. Ya, Allah! Terus aku rasa seram sejuk. 

Suami keluar daripada kereta cari Kiko. Rupanya Kiko lari lepas dia kena langgar. Aku tak pasti, teruk ke tidak. Kiko lari masuk bawah kereta jiran. Dia takut. Suami panggil Kiko, tapi Kiko taknak dekat. Suami rangkul Kiko, takde kesan luka atau berdarah. Suami bawa masuk rumah. Kiko lari masuk bilik anak. Dia menyorok bawah katil. Aku nampak dia jalan macam sedikit lain. Huhuhu..risaunya!

Kami semua ikut Kiko. Kiko taknak keluar daripada bawah katil tu. Suami panggil Kiko... Kiko kelihatan sangat takut. Suami angkat dan periksa kaki Kiko. Takde patah. Aku duk ingat mesti terseliuh. Kiko duduk dalam bilik anak. Dia tidur situ sampai tak nak keluar. Aku dah rasa sedih sampai sekarang entri ini dikarang.


Aku harap Kiko okeylah. Cian dia. Aku berjam tengok perkembangannya. Dia tidur jer. Sesekali menggeliat. Anak bongsu aku pun menunggu sambil melukis. Dia cukup sayangkan Kiko. Kiko pun dah jadi kucing kesayangan anak-anak jiran. Asal datang sini, mesti panggil Kiko.


Contengan anak bongsu


Harap Kiko cepat pulih dan aktif seperti sediakala. Doakan.

Sharhanah

Demi Masa Depan


Assalamualaikum,

Sekarang asal petang jer hujan,  rezeki FP agak kurang. Syukur juga jiran-jiran dan cikgu-cikgu ada yang order karipap pusing. Yer la, makan hujan-hujan sedap kot. Hehehe. Kadang ingat eskrem tak laku, rupanya ada jer yang beli.

Rezeki tu biar Allah yang aturkan. Kita sebagai hamba -Nya, berusaha dan berdoa. Bersyukur dengan apa yang diperoleh. Insha-Allah, Allah tambah lagi.

Aku pula nak mengarang blog. Banyak benda nak taip. At last, satu benda pun tak jadi. Masih dalam draft. Betullah, dulu masa keje, idea melimpah ruah.. Asal ada masa terluang, jari jemari aku bebas menari atas papan kekunci. Chewah. Sekarang blurr. 

Sabtu lepas aku ke Temerloh, Pahang. Antar anak ke-2 balik asrama. Dia dah lewat seminggu daftar masuk disebabkan selsema dan batuk yang ringan. Aku tak berani nak hantar waktu tu... Kang tak pasal-pasal kena balik. Rugi masa, tenaga dan wang. So, aku hantar minggu lepas tu. Alhamdulillah... Dia pun dah sihat betul waktu tu. 

Kali ni, hantar memang pas beg jer. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk. Insha-Allah, semoga anak ke-2 ni baik-baik sahaja di asrama, dapat timba ilmu yang bermanfaat dan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Next week, 3 orang anak di rumah semua pergi sekolah. Abahnya keje. Tinggal aku dan Kiko.

Sekian.

Sharhanah

Tambah Barang Kiko

Assalammualaikum, 

Update pasal Kiko lagi. Hahaha, dah macam blog kucing pula. 

Alkisahnya, aku bukan pandai pun nak memelihara kucing. Last ada kucing masa aku sekolah rendah. Itu pun kucing kampung. Gaul nasi dengan lauk pun, kucing boleh makan habis. Tak macam kucing sekarang, bagi nasi terus larik.

Tadi aku ke Kuala Lumpur atas sedikit urusan. Dapat rezeki lebih, beli la sikit untuk Kiko. Lagi pula anak pesan suruh beli penapis untuk mudahkan pembuangan najis Kiko. Sempat bapaknya grab makanan kesukaan Kiko dan mainan untuk dia. Happy la budak tu dapat mainan😂


Semoga anak-anak happy melayan Kiko ni sesambil belajar sayangkan haiwan. Banyak perkara yang mereka boleh belajar. Contoh belajar rasa tanggungjawab, belajar menguruskan masa, belajar jaga kebersihan dan paling penting semangat kerjasama adik-beradik menjaga kucing kesayangan Rasulullah ni. Suatu hari nanti mereka akan mengadaptasi dalam kehidupan mereka bila aku sudah tiada.

Sharhanah

Kiko lebih suka ayam daripada ikan

 


Assalamualaikum,

Sudah 3 minggu kami menjaga KIKO. Alhamdulillah, sihat dan aktif. 

Aku belikan makanan Kiko, bekas makanan dan pasir di Shopee. Seronok anak-anak melayan karenah si Kiko. Si kakak rajin pula melayan. Nanti dia balik asrama, yang lain take over la pulak. Kami letak di depan pintu rumah jer. Buat pintu kecik dekat dia. Senang nak masuk dan keluar.

Sharhanah

Kiko, si anak kucing


Minggu lepas, tetiba anak kucing ntah datang dari mana bermain-main dengan budak-budak depan rumah. Minggu sebelum tu, anak kucing terbiar jiran bawa balik. Kurus kering anak kucing tu. Esoknya dah mati pula. 

Last saya  ada kucing masa di bangku sekolah rendah. Namanya "Moning". Mati lepas ayah balik daripada solat Jumaat, depan mata saya pula. Punyalah sedih. Sejak tu, saya dah takde kucing kesayangan. Yang ada kucing jiran yang suka datang rumah. Namanya "Grey" sebab bulu dia kelabu.

Anak kucing ni, takde pula jiran-jiran war-warkan pasal kehilangan. Kalau ada, dah tentu masuk iklan dalam group Whatsapp taman. Saya rasa ni anak kucing jalanan yang tersesat, mungkin.

Aktif dan sihat dia. Alhamdulillah. Saya  panggil dia dengan nama KIKO. Ntah, Saya  suka nama tu. Pada mulanya, anak-anak sering tersasul panggil nama Choki... Ekeke... Sempena nama eskrem kah???

Insha-Allah, selagi mampu... Kami akan jaga KIKO yang dah jadi sebahagian daripada keluarga kami ini dengan sebaik-baiknya. Syukur juga, rezeki semakin bertambah. Berikan ilmu dalam menjaganya. Risau, takut kami  kalau tak pandai jaga. 

Welcome to our family!

Sharhanah