Tabung Haji melalui Maybank2u & MAE

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pengumuman Kemas Kini Berkenaan Tabung Haji

  • Pindahan ke akaun Maybank lain melalui laman web Maybank2u telah ditamatkan mulai 24 Jun 2023.
  • Pindahan ke akaun Maybank lain melalui aplikasi MAE telah ditamatkan mulai 1 Julai 2023.
  • Pindahan ke akaun-akaun melalui Maybank Favorites juga akan ditamatkan pada tarikh-tarikh di atas.

Nikmati pelbagai perkhidmatan dalam talian Tabung Haji (TH) di aplikasi MAE dan Maybank2u! Pautkan akaun Tabung Haji dan anak-anak anda dengan Maybank untuk transaksi yang lancar, semakan baki yang mudah dan banyak lagi!

Faedah dan perkhidmatan yang tersedia

Mudah: Lakukan transaksi Tabung Haji anda menggunakan perkhidmatan dalam talian kami, melalui aplikasi MAE dan Maybank2u

Pantas: Anda boleh melakukan transaksi dalam talian dengan cepat dan mudah

Mampu milik: Caj berpatutan dikenakan ke atas transaksi yang terpilih

Perkhidmatan & Butiran

Papan Pemuka ‘Digital Wealth’ 

Akaun Tabung Haji anda kini terdapat di halaman papan pemuka 'Wealth'. Baki akaun Tabung Haji anda juga akan dianggap sebagai aset dan liabiliti dalam portfolio Wealth anda.

Had Transaksi

Anda boleh meningkatkan had transaksi harian akaun Tabung Haji Sendiri hingga RM50,000* melalui Maybank2u. Perkhidmatan ini hanya tersedia di Maybank2u.

*Anda boleh menikmati fleksibiliti had pindahan yang lebih tinggi berdasarkan jumlah aset pelaburan anda dengan bank.

Pautan dan Nyahpaut Akaun

Pautkan akaun Tabung Haji anda ke Maybank2u menggunakan ATM Maybank untuk akses mudah kepada baki dan butiran akaun anda, termasuk akaun anak anda. Anda juga boleh menyahpaut akaun anda melalui laman web Maybank2u.

Tambah/Edit/Padam ‘Favourite’ untuk Pihak Ke-3

Mudahkan transaksi kerap anda dengan menambah akaun Tabung Haji pihak Ke-3 sebagai 'Favourite'.

Nota: Aplikasi MAE hanya boleh digunakan untuk ‘Add Favourite’ bagi pihak Ke-3.

Anda tidak lagi boleh melihat atau melakukan Pindahan Tabung Haji ke akaun Maybank Lain 'Favourite' secara dalam talian atau melalui aplikasi.

Semak Baki

Semak baki akaun Tabung Haji anda (akaun Tabung Haji Utama dan anak-anak) di papan pemuka 'Wealth'.

Semak Sejarah Transaksi

Semak sejarah transaksi akaun Tabung Haji anda sehingga 4 bulan sebelumnya.

Jenis-jenis Pemindahan Tabung Haji

  • Pemindahan Maybank ke akaun Tabung Haji Sendiri
  • Pemindahan Maybank ke akaun Tabung Haji Lain
  • Pemindahan Tabung Haji ke akaun Maybank Sendiri
  • Pemindahan Tabung Haji ke akaun Tabung Haji Sendiri
  • Pemindahan Tabung Haji ke akaun Tabung Haji Lain
  • Pemindahan ‘Favourite’ Tabung Haji
  • Semak baki akaun Tabung Haji

(Tertakluk pada terma & syarat)

Cara memindahkan dana

Berikut ialah cara untuk memindahkan dana ke Akaun Sendiri. Ikuti panduan di bawah:

Melalui aplikasi MAE

Langkah 1: Di bawah ‘Quick Actions’, tekan pada ‘Transfer’

Langkah 2: Pilih ‘Tabung Haji’ dan tekan pada ikon ‘Tabung Haji’

Langkah 3: Pilih akaun dan akaun Tabung Haji anda

Langkah 4: Masukkan jumlah pemindahan

Langkah 5: Semak semula butiran dan luluskan dengan Secure2u

Melalui laman web Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u

Langkah 2:

Klik 'Pay & Transfer' dan klik 'Tabung Haji'

(untuk pemindahan baharu)

Klik 'New Transfer' untuk membuat pemindahan dana

(untuk pemindahan seterusnya)

Langkah 3: Klik paparan Akaun Tabung Haji di bawah ‘Favourite’

Langkah 4: Masukkan jumlah pemindahan

Langkah 5: Semak semula butiran dan luluskan dengan Secure2u

Cara mengemas kini had transaksi

Berikut ialah cara untuk memindahkan dana ke Akaun Sendiri. Ikuti panduan di bawah:

Melalui aplikasi MAE

Langkah 1: Di bawah ‘Quick Actions’, tekan pada ‘Transfer’

Langkah 2: Pilih ‘Tabung Haji’ dan tekan pada ikon ‘Tabung Haji’

Langkah 3: Pilih akaun dan akaun Tabung Haji anda

Langkah 4: Masukkan jumlah pemindahan

Langkah 5: Semak semula butiran dan luluskan dengan Secure2u

Melalui laman web Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u

Langkah 2: Klik 'Pay & Transfer' dan klik 'Tabung Haji' 

(untuk pemindahan baharu)

Klik 'New Transfer' untuk membuat pemindahan dana

(untuk pemindahan seterusnya)

Langkah 3: Klik paparan Akaun Tabung Haji di bawah ‘Favourite’

Langkah 4: Masukkan jumlah pemindahan

Langkah 5: Semak semula butiran dan luluskan dengan Secure2u

Cara memautkan akaun

Gunakan ATM Maybank sebagai alternatif. Ini caranya: 

Langkah 1: Masukkan kat ATM anda di ATM yang berdekatan

Langkah 2: Pilih 'Tabung Haji'

Langkah 3: Pilih 'Register Tabung Haji Account to ATM card'

Langkah 4: Masukkan nombor Akaun Tabung Haji anda dan pilih 'Yes'

Langkah 5: Masukkan nombor siri buku simpanan Tabung Haji anda, pilih ‘Yes’ untuk mengesahkan

Langkah 6: Slip pengesahan akan dijana apabila pautan akaun Berjaya

Bagaimana untuk menyemak sejarah transaksi

Semak sejarah transaksi Akaun Tabung Haji anda sehingga 4 bulan sebelumnya dengan mudah. Ini caranya: 

Langkah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u dan pergi ke tab ‘Wealth’ anda

Langkah 2: Klik pada ‘Tabung Haji' di bawah ‘My Wealth’ untuk mengakses papan pemuka butiran Tabung Haji anda

Langkah 3: Klik ‘View All Accounts’

Tambah/Edit/Padam ‘Favourite’ untuk Pihak Ke-3

Ini caranya untuk Tambah/Edit/Padam ‘Favourite’ bagi Pihak Ke-3. Ikuti panduan di bawah:

Tambah ke ‘Favourite’ selepas memindahkan dana ke Akaun Tabung Haji Pihak Ke-3

Langkah 1: Pada halaman ‘Successful’, klik ‘Add to Favourites’

Langkah 2: Masukkan nama panggilan untuk akaun anda

Langkah 3: Klik 'Add' untuk teruskan

Langkah 4: Klik 'Confirm' pada halaman pengesahan

Tambah ke ‘Favourite’ daripada senarai Akaun TH ‘Favourite’ anda

Langkah 1: Klik ‘'Add New Favourite' daripada senarai Akaun TH ‘Favourite’ anda

Langkah 2: Masukkan butiran yang diperlukan dan klik 'Add'

Langkah 3: Sahkan menggunakan Secure Verification

Padam ‘Favourite’

Langkah 1: Pilih menu ('...') daripada senarai Akaun TH ‘Favourite’ anda dan klik ‘Remove Favourite'

Langkah 2: Mesej akan dipaparkan di bahagian bawah skrin setelah berjaya

Edit ‘Favourite’

Langkah 1: Pilih menu ('...') daripada senarai akaun TH ‘Favourite’ anda dan klik ‘Edit’

Langkah 2: Buat perubahan dan klik 'Save'

Langkah 3: Sahkan menggunakan Secure Verification

Langkah 4: Mesej akan dipaparkan di bahagian bawah skrin setelah berjaya

Sumber: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/services/digital_banking/tabunghaji_features-bm.page

Mi Goreng Ala Mamak

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Lama tak beli mi kuning. Budak-budak dan bapak budak kurang sangat nak makan mi. Tetapi disebabkan lama tak makan, sengaja saya masak. Cari nahas betul la... Hehehe

Tapi, saya masak ala-ala mamak. Yang ni, diorang suka. Kalau mi biasa tu, sampai ke petang tak habis-habis. Sedih. Ke saya tak pandai masak? Huhuhu.

Alhamdulillah, mi ni jadi suka sejak jiran hantar sepinggan. Tapi dah lama la. Saya siap minta resipi. Berani betul kan? Waktu tu mak jiran dari kampung datang sini. Diorang masak banyak gamaknya. Disedekahkan pada jiran yang tersayang. Ekekeke

Bahan-bahannya pun takde la sebijik macam resipi mi kedai mamak tu. Nak kena ada cucur, tauhu goreng... Yang ni sangat simple. Tambah dua sudu rempah kari daging semasa menumis. Saya letak sebijik kentang dipotong kecil. Wajib letak telur ayam waktu menggoreng.

Tadaaaa...

Mee goreng ala mamak

Alhamdulillah... Mi macam ni memang laku kalau masak dekat rumah. Tak sampai tengahari dah licin. Hati saya pun senang sebab tak sakit mata tengok makanan tak habis di bawah tudung saji.

Kalau tak habis, mula la saya nak merajuk...

"Esok, mama tak nak masak dah!" ayat yang selalu terkeluar dari mulut, tapi... Esok saya masak jugak, tapi menu lain lah.

Sharhanah

Cara Yang Betul Mencuci Rambut

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Nak tahu cara betul mencuci rambut? Jom baca tips di bawah ini;

Urut kulit kepala dengan lembut semasa bersyampu. Mengurut kulit kepala, dapat merangsang folikel rambut untuk membantu ia tumbuh lebih cepat.

Jangan letak syampu terlalu banyak! Ia akan menanggalkan minyak semula jadi rambut.

Apabila membilas, pastikan membilas dengan teliti supaya buih syampu tidak ada pada rambut.

Jangan letak perapi terus di kepala. Sapukan perapi pada hujung rambut terlebih dahulu.

Gunalah syampu yang sesuai dengan rambut anda. Jika anda mempunyai rambut berminyak, tidak masuk akal untuk menggunakan syampu ultra-pelembap.

Kita mungkin hanya perlu mencuci rambut sekerap 3x seminggu, bergantung pada jenis rambut juga. Mencuci berlebihan sebenarnya boleh menyebabkan rambut kita menghasilkan lebih banyak minyak.

Sharhanah

Jaga Satu Dapat Lima

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Anak bongsu selalu bagi makan dekat sekor kucing jalanan ni. Entah dari mana dia datang. Sejak kehilangan Kiko hampir setahun, merayu-rayu si anak ni nak bela kucing lagi. Rindu gamaknya.

Saya hanya beli makanan dan kucing melepak di luar. 3 bulan macam tu, nampak gemuk pula kucing ni. Asyik curi masuk ke dalam rumah. Dia tido dengan kakak. Tak tidur pula dengan si bongsu. Kami namakan "Keyyah". Selalu kena bawa tidur luar rumah.

8.8 terkejut bila Keyyah beranak dalam almari luar. Patutlah dia asyik cari tempat. Nak halau tak tergamak. Duduklah dia dalam tu selama 5 hari.

Kali ni, Keyyah bawa masuk anak-anak ke dalam bilik saya. Chewah diaaa... Kemain pilih bilik paling besarπŸ˜‚. At last, saya belikan sangkar.

Empat ekor anak kucing Keyyah sedang tidur

Moga dimudahkan urusan dan kebajikan anak-anak kucing Keyyah terjaga.

Sharhanah

Birthday Giveaway FarhanaJafri.com 2023

 Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 


"Happy Birthday To You Farhana"

Untuk join dan syarat-syarat penyertaan, sila klik pada imej di atas ya.

Tag 3 orang rakan blogger. 

uncle gedek

Puan Hazel

Ana Jingga

Macam saya, suka topik TUTORIAL oleh Farhana Jafri. Memang mencari info kalau nak buat sesuatu. Terima kasih banyak-banyak yer kerana rajin berkongsi.

Jom join!

Sharhanah

Manfaat Mandi Air Sejuk

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Hampir seminggu, water heater di bilik air saya belum diperbaiki. Masih menunggu juruteknik aturkan temu janji. Terpaksalah mandi air sejuk buat masa ni.

Bukan mengada, saya ada sejarah patah tulang zaman muda. Huhuhu, kalau mandi air sejuk, kemain lenguh bahagian patah tu. Lagi-lagi kalau waktu malam. Saya lebih selesa mandi dengan air suam sebenarnya.

Apa-apa pun, cabaran harus ditempuhi. Ayuh! Jom baca manfaat mandi air sejuk ni.

Air sejuk menyegarkan!

Hahaha, memang sangat segar. Cuma nak kena air mula tu, gigil weh. Lepas tu dah okey. Bila balik kampung, suami saya sangat suka mandi pakai air paip dari sungai. Tapi, bilik air tu dekat luarlah. Orang kampung dulu-dulu memang suka asingkan bilik air dan tandas di luar rumah. Waktu sihat, takpe la. Time sakit... Dalam hujan lebat, nak guna tandas, jenuh.

Kulit lebih tegang

Liang pori akan mengecil bagi mengelakkan kehilangan haba yang banyak daripada badan. Itu yang boleh menegangkan kulit. Haaa... best juga ni.

Meningkatkan mood

Bila dah segar, memanglah akan meningkat mood seseorang. Lepas mandi, korang perasan tak... yang marah-marah sebelum mandi, bila mandi dan keluar bilik air je... nampak dia segar dan berbau wangi. Lepas tu takde pula dia nak sambung marah.

Merangsang sistem imun 

Ini sangat betul. Anak sulung saya tak suka mandi air suam. Dengan izin Allah, dia jarang jatuh sakit. Demam hari ini, esok dah pergi sekolah. Masa sekolah rendah, beberapa kali dia dapat anugerah kedatangan terbaik.

Sebuah kajian bertajuk, "The Effect Cold Showering on Health and Work: A Randomized Controlled Trial" menemui bahawa orang yang mandi menggunakan air sejuk, 29 peratus lebih rendah untuk jatuh sakit. Penyelidik menyimpulkan bahawa mandi air sejuk dapat membuatkan penyakit seseorang menjadi tidak terlalu teruk dan memicu sistem kekebalan tubuh manusia.

Meningkatkan metabolisma 

Air sejuk mampu meningkatkan metabolisme tubuh kerana perlu bekerja lebih keras untuk mempertahankan suhu badan yang stabil. Ia sekali gus membuatkan seseorang lebih aktif pada waktu pagi.

Mengurangkan rasa sakit

Ini saya tak pasti. Rasa sejuk-sejuk nak mandi, rasa ngeri pula nak sentuh air. Mungkin air ais kot.

Dalam sebuah kajian yang lain, air sejuk juga mempunyai kesan seperti bius setempat untuk menghilangkan rasa sakit. Pendedahan terhadap air sejuk dapat menyebabkan pembuluh darah menyempit sehingga membantu mengurangkan pembengkakan dan rasa sakit.

Harap saya dapat manfaat daripada mandi air sejuk ni. Untuk 3 orang anak saya yang gemar mandi air suam, bacalah. Mana tau, mama tak jadi nak baiki pemanas air tu😌

Sharhanah

Cara Format Mesej Di Aplikasi WhatsApp

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

WhatsApp membolehkan kita memformat teks di dalam mesej. Saya kerap menggunakan aplikasi ini untuk membalas mesej para pelanggan.

Ramai yang dah tahu. Tapi, saya berkongsi je lah untuk yang terlupa.

Italic

Untuk mencondongkan mesej, letakkan garis bawah pada kedua-dua belah teks:

_text_

Bold

Untuk menebalkan mesej anda, letakkan asterisk pada kedua-dua belah teks:

*mesej*

Strikethrough

Untuk memotong mesej anda, letakkan tilde pada kedua-dua belah teks:

~mesej~

M o n o s p a c e

Untuk monospace mesej anda, letakkan tiga tanda belakang pada kedua-dua belah teks:

```mesej```

Cara nak buat tulisan condong

Selamat memformat!

Sharhanah

Langkah-Langkah Penamatan Sebagai Vendor (Home Chef) Foodpanda

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Dua tahun saya menjalankan perniagaan dari rumah dengan berniaga secara kecil-kecilan menggunakan platform Foodpanda (FP). Akhirnya, saya berhenti menggunakannya.

Kenapa?

Pertama, saya dah bekerja.

Kedua, saya (agent) dah tak ambil stok (ada masalah HQ dengan Distibutor, menyebabkan kos meningkat). Sudahlah komisyen untuk FP tinggi (35%). Untung kepada si penjual sangatlah rendah. Kalau tak naikkan harga, langsung takde untung pula. Bila dah naikkan harga, kita pula yang takut tengok harga.

Cara mengatasi? Buat produk sendiri. Tapi, saya tak yakin.

Saya hanya menjual tanpa bantuan platform FP. Untung memang terus kepada saya. Sekarang, saya jual yang frozen je. Lebih mudah dan tak kalut. Boleh fokus kerja hakiki saya, sebab tak perlu nak masak.

Kalau ada jualan, FP akan caj yuran langganan device sebanyak RM12/bulan. Untung dah la tak banyak, kena tolak yuran tu pulakπŸ˜…. 

Langkah pertama untuk menamatkan adalah seperti berikut;

1) Login ke My Restaurant portal 

2) Help Centre

3) Raise a new Question 

4) Contract, Promotions and Deals

5) Close my restaurant permanently

6) Write something

7) Send

Tak lama selepas itu, saya terima SMS untuk memulangkan semula peralatan FP. Siap saya sertakan kotaknya. Memang cantik dan dalam keadaan masih elok.

SMS yang diterima selepas permohonan penamatan platform FP

Saya pulangkan semula semua dalam keadaan baik.

Rasanya kurang daripada 3 hari, Ninjavan datang ambil. Kebetulan pula, ada parcel saya juga diorang nak hantar ke rumah. Haa.. Senang, terima parcel dan pulangkan barang FP. Sekali harung.

Alhamdulillah, selesai 1 masalah.

Sekarang ni, saya hanya guna platform Shopeefood dan GrabFood. Yang ini pakai telefon persendirian je. Takde yuran yang perlu dibayar. Ada jualan, diorang ambil komisyen je. Komisyen pula rendah sikit daripada si panda tu. 

Saya juga jual buku dan kain sarung dalam Shopee.

FP ambil komisyen tinggi sebab diorang hebat bab pemasaran. Jualan bulanan saya pernah meriah, tapi belum tolak modal. Lepas tolak, tinggal berapa je. Huhuhu. Waktu tu saya jual karipap pusing, patin tempoyak, ketupat palas, lasagna dan aiskrim Malaysia. Semuanya ambil daripada orang kecuali aiskrim Malaysia.

Kalau saya tak keje macam sekarang, rasanya terpaksa saya teruskan berniaga untuk menolong suami. Hidup ini keras. Tapi, kena bijak juga untuk mengelakkan berniaga dengan keadaan yang rugi. Buat penat badan je.

Sharhanah

Kad Jaminan (Warranty Card) - Apa Tindakan Pembeli Selepas Membeli Barangan Elektrik?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pemanas air di bilik mandi utama rosak semalam. Terpaksalah mandi dengan air biasa yang agak sejuk. Dua hari sebelum rosak, tengah mandi dengar bunyi pam sekejap berhenti, sekejap okey. Ingat takde apa-apalah.

Sekali rosak terus. Takde bunyi, takde power. Keluar air biasa je.

Saya pun kalutlah cari kad waranti sebab ada 5 tahun tempoh jaminan untuk DC Pump dan Heating Element. Seingat saya, pembelian pada bulan Februari 2021. Baru guna 2 tahun+ je kot. Cari punya cari, memang tak jumpa. Yang ada hanya kad jaminan peralatan elektrik lain. Huhuhu

Alamak, rumah banjir pada Disember 2021. Memang sah la ia sudah rosak atau hilang disebabkan banjir. Suami ke kedai elektrik yang saya beli tu. Resit-resit yang difailkan pun habis kena banjir. Lupa, kedai pun tak kecuali kena musibah banjir. Maka, tak bolehlah nak dapatkan bukti pembelian.

Saya menelefon khidmat pelanggan jenama pemanas air tersebut. Saya memerlukan juruteknik untuk memeriksa jenis kerosakan. Jaminan Am setahun dah tamat, terpaksalah membayar caj RM90 sendiri nanti. Harga barang ganti belum termasuk okey. Saya rasa pam lah kot yang rosak. Perlulah sediakan duit siap-siap.

Bila saya setuju dengan caj pemeriksaan yang akan dikenakan sebanyak RM90, nama, nombor telefon dan alamat perlulah diberi. Dalam masa 3 hari bekerja, juruteknik akan menghubungi untuk aturkan temu janji.

Saya ada suruh staf tersebut semakkan nombor siri pemanas air. Manalah tahu, saya dah daftar secara online selepas membuat pembelian. Sayangnya, tiada rekod. Oh no!!!

Redha.

Borang pendaftaran produk

Pengajarannya, selepas membeli barangan elektrik yang ada jaminan... silalah daftar produk secara online. Perlu isi maklumat pembeli (nama, alamat, emel dan nombor telefon), maklumat produk (nombor siri, nama model, tarikh pembelian, nama kedai dan nombor kad jaminan). Muat naik invois dan kad jaminan sebagai bukti.

Kalau takde kemudahan secara atas talian (online), silalah simpan kad jaminan tersebut di tempat yang paling selamat dan mudah dicari.

Akan terima emel selepas mendaftar (baru lepas daftar produk mesin basuh walaupun kad jaminan masih dalam plastik. Ini kena simpan lama sebab ada 10 tahun tempoh jaminan)

Buta-buta je kena bayar barang ganti. Walhal, 2/2026 baru habis tempoh jaminan. Huhuhu.

Saya akan update bila kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan tu nanti.

Update: Juruteknik datang ke rumah seminggu selepas buat aduan. Rupanya, pemasangan pun salah (dulu, saya suruh orang aircond yang pasang). Kalau ada kad jaminan pun tak valid. Huhuhu. Disebabkan itu, tekanan air sangat kuat menyebabkan pam pecah dan air terkena panel. Maka, panel pun dah rosak. Huhuhu lagik. Kos 2 barang ganti + upah tu pun dah cecah empat ratus lebih. Belum kos komponen-komponen lain yang rosak. Huhuhu lagik... Juruteknik tu cakap, boleh cecah ke enam ratus lebih. Perlu bawa ke kilang untuk diperbaiki. Saya masih menunggu feedback daripada suami. Tadi dah bayar la pada juruteknik untuk caj pemeriksaan RM70. Inilah dugaan kehidupan. Sabar je la.

Mandi air sejuklah dulu sampai hujung bulan. Huhuhu

Sharhanah

GIVEAWAY 12 YEARS BLOGGING BY FAEZAH MDNOR

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada giveaway la... kali ni dianjurkan oleh blogger Faezah Mdnor. Alhamdulillah, dah 12 tahun beliau berkecimpung dengan dunia blog. Lama tu... Tahniah saya ucapkan. 

Lama saya tak join apa-apa giveaway/contest. Hari ini macam nak join je. Kebetulan hari ini tak sesibuk semalam. Bila baca syarat penyertaan, takde yang susah (buat karangan 180 patah perkataan ke, beri cadangan membina ke, beri ulasan ke). Kita santai-santai je. Saya menggunakan akaun Instagram @Zahraconteng untuk follow akaun-akaun yang telah disenaraikan. 

Nak join? Mari baca syarat penyertaan dulu.

Syarat Penyertaan: 
1. Wajib follow blog Faezah Mdnor
2. Follow instagram @fzhmdnr ✅ @artotes.co✅ @walldecormy✅
3. Post gambar poster di atas dan backlink kan pada entri ini.✅
4. Tuliskan satu sahaja quote/quran verse that always make your day & the reason for you to stay alive! ✅
5. Letak link entri penyertaan pada ruangan komen di blog tuan rumah ✅
✅ = Dah buat

So, verily, with every difficulty, there is relief: Verily, with every difficulty there is relief. 
(Ash-Syar-h 94: 5-6)


Saya berkenan dengan ayat Al-Quran ni ha. Sebab, ia sangat memberi inspirasi kepada kehidupan saya.Setiap kesusahan, pasti ada kemudahan. Sungguh! Allah Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya.

Jom tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada pemenang;

Pemenang pertama : Custom name bag ditaja oleh @artotes.co di website shop www.byfaezahmdnor.com (Boleh pilih nak produk apa, nak custom nama/quote apa)

Pemenang kedua : Wall Decor Art Jawi Foamboard ditaja oleh @walldecormy

Pemenang ketiga : Hadiah misteri mueheheh

#Notis : Pemenang dipilih oleh Wheel Of Names. // sebab kalau Kekja pilih, nak pilih semua yang join  (T.T)

Sebulan jer tempoh penyertaan giveaway ini. Jom join ramai-ramai!

Sharhanah

Cara Lipat Kemeja Lengan Panjang

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Anak-anak saya, seorang je yang ambil kerja melipat kain. Ya, anak nombor dua. Tapi, dia tinggal di asrama. Kalau dia takde, maka... kerja-kerja melipat adalah tugas hakiki emaknya lah.πŸ˜…

Anak sulung, tugas mencuci pinggan mangkuk dan menyidai pakaian. Manakala anak nombor 3, tugas mengutip pakaian di ampaian. Si bongsu? Tukang menyemak baju.πŸ’­

Sengaja berkongsi di sini, ilmu melipat kain untuk rujukan anak-anak saya. Semoga pandai melipat dan buat kerja dengan ikhlas okey.

Ada 11 langkah untuk melipat baju kemeja. Sila rujuk pada gambar.


Langkah 1: Bentangkan baju
Langkah 2: Terbalikkan ke belakang


Langkah 3: Lengan baju, lipat ke kiri
Langkah 4: Naikkan lengan baju tadi ke atas

Langkah 5 dan Langkah 6: Ikut je gambar. Hehehe
Langkah 7: Lengan sebelah kanan, lipat ke sebelah kiri
Langkah 8: Lengan sebelah kiri, lipat ke sebelah kanan 


Langkah 9: Bahagian bawah, lipat ke atas
Langkah 10: Naikkan lagi lipatan tadi mengenai kolar
Langkah 11: Terbalikkan baju kemeja. Siap! Macam baru beli dekat kedai. Cuma takde plastik je.


Boleh ambil upah melipat pakaian lah lepas ni. Hehehe.

Pernah dulu, lepas kena retrenchment. Saya terfikir nak ambil upah melipat pakaian memandangkan depan perumahan saya ni ada 4 kedai dobi layan diri. Tapi, tak berani la pula. Huhuhu

Sharhanah

Cara Daftar Masuk (Check-In) - Malaysia Airlines

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya sedang berusaha menguruskan perjalanan percutian keluarga bersamaan dengan 6 pax.

Untuk penerbangan domestik, ini adalah pengalaman pertama kali saya menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS). 

Ada 4 cara untuk daftar masuk (check-in):

  1. Aplikasi Malaysia Airlines (2 hari sehingga 60 minit sebelum berlepas)
  2. Kaunter (60 minit sebelum berlepas)
  3. Website (2 hari sehingga 60 minit sebelum berlepas)
  4. Kiosk Layan Diri 

Bila dah selesai check-in secara online, jika ada beg untuk daftar masuk, perlu ke kiosk juga ye. Tag perlu dicetak terlebih dahulu sebelum ke kaunter penyerahan bagasi.

Tangkap layar dari aplikasi Malaysia Airlines 

Bawa anak-anak bercuti ke tempat yang tak pernah diorang jejak. Maknya, baru sekali sampai... itupun pada tahun 1997. Gila lamaaaaa

Sharhanah

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...