Assalammualaikum,
Pernah pergi isi minyak kete sorang-sorang tak? Lepas tu, dekat kaunter Q panjang dan nak beratur pula. Pernah sekali tu, aku terus lupakan hasrat nak isi minyak kete. Padahal, kete dah dalam petak pam minyak pun. Cakap dalam hati, esok pagi jer la... atau suruh suami tolong isikan nanti. Hehehe
Sekarang tidak lagi, sejak aku pakai SETEL pada aplikasi telefon pintar... dah rajin nak bubuh minyak kete. Aku mula pakai dah lama sebenarnya. Dulu kan kena drive pergi keje sehingga ke Bangsar, Kuala Lumpur. Naya lah, kalau minyak tinggal 20% nak redah ke ofis. Layan jem, agak²lah. Nak tak nak, kena la isi juga. Lagipun, stesen minyak depan rumah je.
Banyak membantu aku sebenarnya. Kalau aku berdua dengan suami, aku kat sebelah hanya perlu buka applikasi Setel. Lepas tu, pilih nombor pam minyak. Bila minah saleh cakap "your may start fuelling now", aku thumbs up je kat suami aku, dia akan angkat nozel minyak dan terus isi. Habis isi, masuk dalam kete... teruskan destinasi seterusnya. Dia suka la, sebab tak payah nak ke kaunter. Dulu masa Setel baharu diperkenalkan, hanya ada di Lembah Klang sahaja. Aku duk ingat satu Malaysia dah ada. Pergi ke Melaka, top up ratus-ratus dalam apps, sekali sampai stesen Petronas, benda ni belum ada. Hahaha. Ingat sampai mati. Konon nak cashless sangatkan bila travel. Sekarang ni merata dah boleh guna.☝
Sekarang ni kan, kad bank dah boleh link terus ke apps. Punyalah mudah. Dulu, terkial-kial nak top up, pastu nak kena ingat tac nombor dengan dalam kete punya bising anak-anak bergaduh..lepas tu lupa. Stress oiii. (Eh, kenapa ek... touch n go tak buat macam ni? Nanti aku buat entry pasal e-Wallet Touch n Go plak.. banyak kenangan sangat neh)
Paling best, dapat mata ganjaran setiap kali kita isi minyak. Ampa link siap-siap Kad Mesra pada apps ni tau. Bila dah banyak, boleh jer redeem isi minyak tanpa RM. Pakai je mata ganjaran yang dah terkumpul tu. Aku dah banyak kali reedem. Kadang duit tengah sesak, saat ni lah paling tepat untuk menebus.
Kalau pi Kedai Mesra, lupa bawa duit ke... nak bayar apa yang kita beli pun boleh pakai apps ni. Tekan simbol "Pay". Nanti dia tolaklah duit kita dalam tu. Benda ni berfungsi kalau ampa ada duit dalam tu. Kalau takdak, memang tak dapat nak nolong π
Tapi, aku boleh tolong bahagian ni jer... kepada sesiapa yang belum ada apps ni, eloklah pakai. Tak valid pada pelanggan stesen minyak selain Petronas ya. Ampa download dan masukkan kod "ucptt" korang pun akan dapat duit automatik ke apps ampa tu.
Use Setel to seamlessly refuel and shop at PETRONAS stations. Setel with me and we’ll both enjoy RM5 after you've top up and/or purchase min. RM30 worth of fuel or Deliver2Me orders.
My referral code: ucptt
Sebenarnya ada lagi beberapa kelebihan yang boleh ampa nikmati. Contohnya Deliver2Me. Tengah isi minyak, staff Petronas mai antar barang yang ampa pesan tu terus ke kete ampa. Contoh, anak teriak nak air kotak. Ampa beli siap² kat apps tu. Senang, tak payah nak masuk ke Kedai Mesra kan. Dah ada orang mai antaq sampai ke pintu kete. Memang sesuai untuk kaum hawa ni... pastu yang bawa anak kecik, SETEL memang banyak membantu.
Aku rasa ada hikmah juga zaman pandemik ni. Semua benda jadi mudah. Ngan ada duit dengan takdak duit ja laπ
Sekian.
Sharhanah
Haah abah saya hendak guna Setel masa mula-mula tapi tiada di Melaka. Haha kena turun ke kaunter.
ReplyDeleteBetul. Saya dah terkena. Tak pasal-pasal kena pakai tunai dan perlu ke kaunter juga.
Deletetak guna setel, suami yg setelkan. bior dia
ReplyDeleteSuruh suami pakai Setel. Setel masalahπ€
DeleteSenangkan guna settle.Syu pun guna jugak.Hi3.
ReplyDeleteBest kan...π
Deletesalam singgah. hhuh. tak pnh guna apps setel ni. even tahu.
ReplyDeletebtw, ank yg asrama temerloh tu kat mana? suami kami orang durian tawo. apply ank mtk ke insoft tapi dapatnya jauh ke instar. moga anak cepat sembuh
Terima kasih kerana sudi singgah. Anak sy sekolah biasa je. Takpe puan, dapat yang mana2 pun okay tu...Ada hikmahnya...Alhamdulillah, anak sy dah sembuh dan telah kembali ke asrama pada 13hb Dis. Saya dah mula merinduπ
ReplyDelete