🌿 Let's Be Friends

Showing posts with label Finance. Show all posts
Showing posts with label Finance. Show all posts

Setahun berlalu... wang simpanan saya semakin berkembang

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Mudah, Selamat dan Patuh Syariah

Sebenarnya dah lama saya nak buat entri pasal ni. Tapi, waktu tu... saya baru mula berjinak dengan AEON Bank untuk dapat pulangan patuh Syariah. Saya fikir, baik saya mulakan dulu dan rasaikan pengalamannya. Chewah!

Ni, baru nak buat entri. Hehehe

Selain daripada simpanan lain (ASB, Tabung Haji, SSPN-i, Unit Trust & emas) saya cuba menyimpan di sini. Letak sejumlah wang dalam tabung ni (perlu create tabung) dan saya biarkan je. Sebab saya ada komitmen dengan simpanan lain untuk potongan bulanan.

Setiap hujung bulan, saya menerima dividen. Nampaklah duit masuk. Di samping itu juga, mata ganjaran AEON pun saya tukarkan ke wang dan masukkan ke dalam tabung ini. Ada RM1 (200 point), RM2 (400 point). Nampak sikit, tapi kalau dah masuk setiap kali berbelanja beli barang dapur? Agak berbaloi sebab saya jarang tambah wang simpanan ke akaun ni. Sejenis melabur sekali je.

AEON Bank kini tawarkan 3.00% p.a. profit untuk akaun Saving Account-i, dengan ciri bijak. Ia mudah, selamat & semua urusan digital (guna apps, tiada bank fizikal).

Apa yang menarik pasal Akaun Simpanan-i?

  1. Boleh  jejak matlamat kewangan. Pantau perkembangan simpanan dan capai sasaran dengan lebih mudah. Semua di hujung jari!
  2. Peribadikan nombor akaun korang. Korang boleh pilih nombor akaun kegemaran — tertakluk kepada ketersediaan, berdasarkan prinsip first come, first served. Saya dapat nombor akaun yang cantik dan mudah dihafal!
  3. Analisis perbelanjaan. Fahami corak perbelanjaan dan kawal bajet korang dengan lebih berkesan melalui paparan insights.
  4. Transaksi tanpa kerumitan. Nikmati pemindahan dana dan pembayaran yang lancar serta pantas.
  5. Tambah keuntungan dengan Savings Pot. Lihat simpanan korang berkembang dengan kadar keuntungan 3.00% setahun (p.a.).
  6. Jangan risau, wang simpanan korang dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. Tak macam akaun emas, tak secure langsung! Nak tuntut pun susah. 

💰 Savings Pot (Tabung Simpanan)

Cipta Tabung Simpanan mengikut matlamat korang — untuk percutian, kenderaan baharu, pendidikan, kesihatan, haiwan peliharaan, atau apa sahaja....

Contoh beberapa idea tabung yang boleh korang buat:

🏠 Rumah

🌍 Travel / Percutian

🚗 Kenderaan

📱 Peranti Baharu

🎓 Pendidikan

👨‍👩‍👧‍👦 Keluarga

⚡ Kecemasan

✨ Lain-lain (mengikut keperluan korang)

Alat Perbelanjaan (Budgeting Tools)

Belanja dengan lebih bijak menggunakan penjejak bajet. Urus dan kawal kewangan korang dengan lebih mudah — tanpa jadual hamparan (spreadsheet), tanpa tekanan.

Urus bajet dengan tenang dengan mengawal perbelanjaan korang menggunakan alat yang ringkas dan mesra pengguna.

Kekal dalam bajet. Terima notifikasi apabila korang mencapai had perbelanjaan yang ditetapkan.

Jejaki mengikut kategori. Korang boleh tetapkan had perbelanjaan bagi setiap kategori untuk kawalan kewangan yang lebih baik.

Macam mana nak tambah duit dalam akaun ni?

Perkhidmatan DuitNow dan pemindahan melalui QR (QR Transfer) atau boleh juga dengan pemindahan segera (Instant Transfer). Pindahkan wang serta-merta kepada sesiapa sahaja menggunakan nombor telefon mudah alih, MyKad atau nombor akaun.

Kad Debit-i

Saya tak apply kad ni. Saya skip je ye...

Nak daftar? Proses daftarnya dengan 3 langkah mudah.


Isi maklumat peribadi korang

Kadar keuntungan yang kompetitif sedang menanti

Aktifkan akaun korang dengan pemindahan minimum RM20

Jom mula menyimpan 👉 [referral code: AB762335]

Setiap bulan dividen masuk. Hujung tahun kiralah total dah berapa.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.aeonbank.com.my/


Sharhanah

Not RM50 Mungkin Tidak Laku Di Waktu Pagi

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Mungkin, petang nanti baru ada orang nak awak.

Memang lah. Peniaga pun tak sempat nak kumpul duit kecik. At last, saya bayar guna kod QR. Alahai, betapa pentingnya telefon pintar ni kan. Kalau tertinggal dia je, sanggup berpatah balik.

Kisah terjadi di medan selera AEON BIG pada pukul 9 pagi. Saya hanya ada wang kertas RM50. Nak beli air, peniaga takde duit kecik. Nak beli sizzling mi pun, peniaga takde duit kecik. Aduh, semua tak nak duit RM50 saya ni. Kesian.

Sharhanah

Cara Bersedekah Sepanjang Bulan Ramadan Tanpa Gagal

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya WFH dan jarang keluar rumah. Macam mana nak bersedekah (wang)? Saya cuba senaraikan 30 nama penerima dan nombor akaun termasuklah pusat tahfiz, yayasan, rumah anak yatim dan badan kebajikan. Selain daripada carian Google, saya juga dapatkan maklumat di media massa untuk lebih terkini.

Dengan menggunakan kemudahan pindahan, saya memasukkan tarikh "Effective Date" bermula 1 Ramadan. Duit simpanan saya akan ditolak pada tarikh yang telah ditetapkan dan akan masuk ke dalam akaun penerima.

Tekan kalendar untuk masukkan tarikh

Sebahagian daripada senarai penerima sedekah
Duit akan ditolak setiap hari sepanjang Ramadan. Effortless dan kita boleh fokus pada kerja dan ibadah yang lain. Asyik duduk rumah jarang keluar. Mungkin inilah sedikit usaha saya untuk turut sama-sama bersedekah di bulan yang penuh berkah. Nak juga pahala berganda-ganda. Ramadan tahun depan ntah sempat ke tak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”.
(Riwayat At-Tirmidzi)

Sharhanah

Pengalaman Berjaya Membeli Dendeng Nyet Berapi Di TikTok Live Shop Khairulamingbrand

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dah perasan dalam sosial media Khairul Aming (KA) akan lancarkan produk terbaharu beliau, Dendeng Nyet Berapi pada 2/2/2024 (9 malam). Produk sebelum ni, Sambal Nyet saya tak beli disebabkan baca review, rata-rata katanya pedas. Bukan tak nak support, tapi saya ada gastrik. Tak berani. Pedih perut kang kalau saya makan. Support hanya sebagai follower.

Kali ini betul-betul saya support anak muda ni disebabkan saya penggemar dendeng. Pertama kali juga saya beli di TikTok Live. Sebelum ni pernah beli 2 kali di TikTok Shop sahaja. Itu pun anak nak beli wireless earbuds RM1. Ingatkan scammer ke hape kan, sekali sampai memang barang tu berkualiti. Saya tak minat sangat layan TT ni, mungkin saya datang dari generasi Y.

Order placed.

Saya masuk lewat 1 minit. Ingatkan dah terlambat. Rupanya, KA baru nak mula masukkan unit ke dalam sistem. Dia nak masukkan nilai lapan puluh ribu pun, dia suruh Kemey tengokkan. Takut dia pi letak terlebih "0" jenuh nak cover. Sebab stok batch pertama tersedia hanya 80K unit.

Lepas tu KA siap buat countdown lagi tu bila boleh mula beli. Saya pula yang berdebar. Macam nak berlawan dalam perebutan besar-besaran. Hahaha. 

Bila start je, beg kuning muncul. Cepat-cepat tekan beg tersebut. Saya tekan banyak kali. Beberapa kali juga percubaan saya gagal. Asyik keluar error. Huhuhu, macam gagal je sebab katanya system error. Banyak orang komen macam tu.

Stok rebound ke dalam sistem bila ada pembeli amatur yang tak lepas pembayaran atau yang terpaksa batalkan pesanan. Apa lagi, saya stay la menunggu sambil tengok KA. Dia pun nervous. Hihihi. Saya klik je beg kuning tu berkali-kali sehingga sampai ke proses pembayaran.

Bila nak bayar, keluar pula mesej seperti di bawah;

Lahai...jenuh nak menunggu

Awal pembelian tu, saya guna pembayaran menggunakan TNG e-Wallet. Duit dah tolak, tapi belum dapat pengesahan pembelian. Saya cuba tukar kaedah pembayaran menggunakan Maybank. Laju berdesup. Kemain naaaa...

Alhamdulillah, barulah pembelian saya disahkan. Dapat beli 1 paket je. Ada yang gigih nak beli 6 pek... kang tengah duk tambah bilangan unit, sekali habis stok daaaa...(Jangan tamak, kan dah tak dapat).

Apa cerita dengan TNG e-Wallet? Duit dah ditolak dalam akaun saya. Syukur, tak lama je duit itu dikembalikan semula ke akaun. Ingatkan akan jadi 2 pembelian. Rupanya tidak😅. Dekat sini, saya lupa nak claim shipping coupon RM5. Itulah kalut sangatkan.. kalau tak, boleh dapat murah lagi.

Dalam 3 minit lebih je, dendeng SOLD OUT! 80K unit habis terjual. Hasil jualan malam tu bernilai RM1,199,200. Cuma tunggu payment masuk untuk dapatkan total tersebut. Saya tak tunggu live sampai habis. Orang jenis tidur awal kan, dapat beli 1... saya masuk tidur lah. Hihihi

Fuh! satu pengalaman membeli yang sangat mendebarkan. Tahniah anak muda. Berjaya menjadi usahawan bijak yang berpengaruh. Sebab itulah ilmu itu penting. Kena pesan dekat anak, jangan sekolah pun tak habis, dah berangan nak jadi content creator.

Semoga terus maju dan berjaya KA!

KA menunjukkan hasil jualan sudah mencecah RM1 juta! Baru setengah jam okey...dah cecah figure macam tu.
 
Tunggu barang sampai. Nanti saya buat review pula ya😉

Sharhanah

Cara Top Up Di Aplikasi Unifi Mobile Prepaid

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Untuk menambah nilai kredit secara terus pada akaun prepaid Unifi Mobile, boleh lah menggunakan aplikasi Unifi Mobile Prepaid. Ia lebih cepat dan mudah daripada menambah nilai di perbankan online atau aplikasi lain.

Bila dah masuk ke dalam aplikasi tersebut, anda dibawa ke paparan utama. Jangan tekan "RELOAD" di sini ya.

Kalau tekan reload juga, akan keluarlah imej seperti di bawah. Banyak kali saya kena. Hahaha. 

Kerap kali jadi macam ni

Solusi? tekan "History". Ada imej seperti di bawah.





Bila tekan "reload" di page "history", barulah akan keluar reload methods. Pilih kaedah mana yang anda sukai. Bila nak tambah kredit untuk anak yang jauh, anak akan pilih "Reload Pin" dan masukkan nombor Pin yang diterimanya melalui SMS (saya beli menerusi perbankan online). Agak kesian bila waktu tu telefon anak tiada capaian internet. Macam mana dia nak buka apps ini? Cuba fikir.


Kalau dulu, saya reload nilai Digi Prepaid menerusi perbankan online. Terus kredit masuk tanpa perlu memasukkan nombor pin. Rasanya diorang ni nak suruh kita guna apps sepenuhnya bila menambah nilai. 

Psttt... Penuh apps di dalam telefon. Yang tak guna seperti Facebook.. saya tak install pun. MySejahtera pun saya dah buang.

Sharhanah

Transaksi Tidak Berjaya di MAE, Tetapi Wang Ditolak Di Dalam Akaun Tabung Haji

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru-baru ini, saya cuba mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melalui MAE. Proses macam biasa. Tetapi dapat notifikasi  "unsuccessful". Dua kali saya ulang. Dua-dua dapat notifikasi yang sama.

Selalunya, contoh kalau saya bayar bil ke, ... dapat notifikasi sebegitu, tetapi akan dapat SMS yang pembayaran saya berjaya.

Saya ke website TH. Semak akaun, rupanya saving saya berkurangan. Duit tak masuk pula ke akaun Maybank. Tapi, transaksi berjaya. Apo???

Terus saya private mesej ke page FB Maybank masalah yang berlaku. Saya menerima jawapan seperti di bawah;


Buat transaksi hujung minggu, memang kena menunggulah. Lepas ni, apa-apapun, buat pada hari biasa je😔.

Kemaskini: Alhamdulillah, sudah dikembalikan duit ke akaun TH semula pada hari Isnin. Tengahari macam tu.

Sharhanah

Tabung Haji melalui Maybank2u & MAE

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pengumuman Kemas Kini Berkenaan Tabung Haji

  • Pindahan ke akaun Maybank lain melalui laman web Maybank2u telah ditamatkan mulai 24 Jun 2023.
  • Pindahan ke akaun Maybank lain melalui aplikasi MAE telah ditamatkan mulai 1 Julai 2023.
  • Pindahan ke akaun-akaun melalui Maybank Favorites juga akan ditamatkan pada tarikh-tarikh di atas.

Nikmati pelbagai perkhidmatan dalam talian Tabung Haji (TH) di aplikasi MAE dan Maybank2u! Pautkan akaun Tabung Haji dan anak-anak anda dengan Maybank untuk transaksi yang lancar, semakan baki yang mudah dan banyak lagi!

Faedah dan perkhidmatan yang tersedia

Mudah: Lakukan transaksi Tabung Haji anda menggunakan perkhidmatan dalam talian kami, melalui aplikasi MAE dan Maybank2u

Pantas: Anda boleh melakukan transaksi dalam talian dengan cepat dan mudah

Mampu milik: Caj berpatutan dikenakan ke atas transaksi yang terpilih

Perkhidmatan & Butiran

Papan Pemuka ‘Digital Wealth’ 

Akaun Tabung Haji anda kini terdapat di halaman papan pemuka 'Wealth'. Baki akaun Tabung Haji anda juga akan dianggap sebagai aset dan liabiliti dalam portfolio Wealth anda.

Had Transaksi

Anda boleh meningkatkan had transaksi harian akaun Tabung Haji Sendiri hingga RM50,000* melalui Maybank2u. Perkhidmatan ini hanya tersedia di Maybank2u.

*Anda boleh menikmati fleksibiliti had pindahan yang lebih tinggi berdasarkan jumlah aset pelaburan anda dengan bank.

Pautan dan Nyahpaut Akaun

Pautkan akaun Tabung Haji anda ke Maybank2u menggunakan ATM Maybank untuk akses mudah kepada baki dan butiran akaun anda, termasuk akaun anak anda. Anda juga boleh menyahpaut akaun anda melalui laman web Maybank2u.

Tambah/Edit/Padam ‘Favourite’ untuk Pihak Ke-3

Mudahkan transaksi kerap anda dengan menambah akaun Tabung Haji pihak Ke-3 sebagai 'Favourite'.

Nota: Aplikasi MAE hanya boleh digunakan untuk ‘Add Favourite’ bagi pihak Ke-3.

Anda tidak lagi boleh melihat atau melakukan Pindahan Tabung Haji ke akaun Maybank Lain 'Favourite' secara dalam talian atau melalui aplikasi.

Semak Baki

Semak baki akaun Tabung Haji anda (akaun Tabung Haji Utama dan anak-anak) di papan pemuka 'Wealth'.

Semak Sejarah Transaksi

Semak sejarah transaksi akaun Tabung Haji anda sehingga 4 bulan sebelumnya.

Jenis-jenis Pemindahan Tabung Haji

  • Pemindahan Maybank ke akaun Tabung Haji Sendiri
  • Pemindahan Maybank ke akaun Tabung Haji Lain
  • Pemindahan Tabung Haji ke akaun Maybank Sendiri
  • Pemindahan Tabung Haji ke akaun Tabung Haji Sendiri
  • Pemindahan Tabung Haji ke akaun Tabung Haji Lain
  • Pemindahan ‘Favourite’ Tabung Haji
  • Semak baki akaun Tabung Haji

(Tertakluk pada terma & syarat)

Cara memindahkan dana

Berikut ialah cara untuk memindahkan dana ke Akaun Sendiri. Ikuti panduan di bawah:

Melalui aplikasi MAE

Langkah 1: Di bawah ‘Quick Actions’, tekan pada ‘Transfer’

Langkah 2: Pilih ‘Tabung Haji’ dan tekan pada ikon ‘Tabung Haji’

Langkah 3: Pilih akaun dan akaun Tabung Haji anda

Langkah 4: Masukkan jumlah pemindahan

Langkah 5: Semak semula butiran dan luluskan dengan Secure2u

Melalui laman web Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u

Langkah 2:

Klik 'Pay & Transfer' dan klik 'Tabung Haji'

(untuk pemindahan baharu)

Klik 'New Transfer' untuk membuat pemindahan dana

(untuk pemindahan seterusnya)

Langkah 3: Klik paparan Akaun Tabung Haji di bawah ‘Favourite’

Langkah 4: Masukkan jumlah pemindahan

Langkah 5: Semak semula butiran dan luluskan dengan Secure2u

Cara mengemas kini had transaksi

Berikut ialah cara untuk memindahkan dana ke Akaun Sendiri. Ikuti panduan di bawah:

Melalui aplikasi MAE

Langkah 1: Di bawah ‘Quick Actions’, tekan pada ‘Transfer’

Langkah 2: Pilih ‘Tabung Haji’ dan tekan pada ikon ‘Tabung Haji’

Langkah 3: Pilih akaun dan akaun Tabung Haji anda

Langkah 4: Masukkan jumlah pemindahan

Langkah 5: Semak semula butiran dan luluskan dengan Secure2u

Melalui laman web Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u

Langkah 2: Klik 'Pay & Transfer' dan klik 'Tabung Haji' 

(untuk pemindahan baharu)

Klik 'New Transfer' untuk membuat pemindahan dana

(untuk pemindahan seterusnya)

Langkah 3: Klik paparan Akaun Tabung Haji di bawah ‘Favourite’

Langkah 4: Masukkan jumlah pemindahan

Langkah 5: Semak semula butiran dan luluskan dengan Secure2u

Cara memautkan akaun

Gunakan ATM Maybank sebagai alternatif. Ini caranya: 

Langkah 1: Masukkan kat ATM anda di ATM yang berdekatan

Langkah 2: Pilih 'Tabung Haji'

Langkah 3: Pilih 'Register Tabung Haji Account to ATM card'

Langkah 4: Masukkan nombor Akaun Tabung Haji anda dan pilih 'Yes'

Langkah 5: Masukkan nombor siri buku simpanan Tabung Haji anda, pilih ‘Yes’ untuk mengesahkan

Langkah 6: Slip pengesahan akan dijana apabila pautan akaun Berjaya

Bagaimana untuk menyemak sejarah transaksi

Semak sejarah transaksi Akaun Tabung Haji anda sehingga 4 bulan sebelumnya dengan mudah. Ini caranya: 

Langkah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u dan pergi ke tab ‘Wealth’ anda

Langkah 2: Klik pada ‘Tabung Haji' di bawah ‘My Wealth’ untuk mengakses papan pemuka butiran Tabung Haji anda

Langkah 3: Klik ‘View All Accounts’

Tambah/Edit/Padam ‘Favourite’ untuk Pihak Ke-3

Ini caranya untuk Tambah/Edit/Padam ‘Favourite’ bagi Pihak Ke-3. Ikuti panduan di bawah:

Tambah ke ‘Favourite’ selepas memindahkan dana ke Akaun Tabung Haji Pihak Ke-3

Langkah 1: Pada halaman ‘Successful’, klik ‘Add to Favourites’

Langkah 2: Masukkan nama panggilan untuk akaun anda

Langkah 3: Klik 'Add' untuk teruskan

Langkah 4: Klik 'Confirm' pada halaman pengesahan

Tambah ke ‘Favourite’ daripada senarai Akaun TH ‘Favourite’ anda

Langkah 1: Klik ‘'Add New Favourite' daripada senarai Akaun TH ‘Favourite’ anda

Langkah 2: Masukkan butiran yang diperlukan dan klik 'Add'

Langkah 3: Sahkan menggunakan Secure Verification

Padam ‘Favourite’

Langkah 1: Pilih menu ('...') daripada senarai Akaun TH ‘Favourite’ anda dan klik ‘Remove Favourite'

Langkah 2: Mesej akan dipaparkan di bahagian bawah skrin setelah berjaya

Edit ‘Favourite’

Langkah 1: Pilih menu ('...') daripada senarai akaun TH ‘Favourite’ anda dan klik ‘Edit’

Langkah 2: Buat perubahan dan klik 'Save'

Langkah 3: Sahkan menggunakan Secure Verification

Langkah 4: Mesej akan dipaparkan di bahagian bawah skrin setelah berjaya

Sumber: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/services/digital_banking/tabunghaji_features-bm.page

Cara Daftar Masuk (Check-In) - Malaysia Airlines

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya sedang berusaha menguruskan perjalanan percutian keluarga bersamaan dengan 6 pax.

Untuk penerbangan domestik, ini adalah pengalaman pertama kali saya menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS). 

Ada 4 cara untuk daftar masuk (check-in):

  1. Aplikasi Malaysia Airlines (2 hari sehingga 60 minit sebelum berlepas)
  2. Kaunter (60 minit sebelum berlepas)
  3. Website (2 hari sehingga 60 minit sebelum berlepas)
  4. Kiosk Layan Diri 

Bila dah selesai check-in secara online, jika ada beg untuk daftar masuk, perlu ke kiosk juga ye. Tag perlu dicetak terlebih dahulu sebelum ke kaunter penyerahan bagasi.

Tangkap layar dari aplikasi Malaysia Airlines 

Bawa anak-anak bercuti ke tempat yang tak pernah diorang jejak. Maknya, baru sekali sampai... itupun pada tahun 1997. Gila lamaaaaa

Sharhanah

Baru Dapat Beli Kad Touch N Go Dinaiktaraf Dengan NFC

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Lamaaaaaaa sangat saya tunggu kad Touch n Go ni tau. Ke Kl Sentral, ke pejabatnya di Bangsar South... Jawapan sama yang diterima, SOLD OUT.

Nak beli dekat TNG eWallet pun asyik habis. Apa masalah ntah. Saya pun dah tak kisah sangat sebab dah pakai RFID. Cuma geram time nak ambil anak di Temerloh. Ada 1 tol yang masih belum ada RFID. Mau tak mau, kena top up di kaunter juga Mykad saya tu.

Minggu lepas, waktu nak reload eWallet tu... Saya perasan ada lambang "Buy" dekat TNG Card. Saya cuba lah menekan. Ya, dah available. 

Jadinya, saya pun membeli lah. Harga kad RM10 ditambah caj penghantaran RM4.90. Ingat saya dah merajuk.

Tapi bila dah fikir tol yang masih belum ada RFID tu, terus pejam mata, dan menekan untuk membeli. Saya sangat tak suka benda remeh-remeh ni bila nak keluar berjalan. Hidup di Lembah Klang ni, mana-mana pun ada tol. Tapi kebanyakan di sini dah ada laluan RFID.

Lagipun nak naik MRT/LRT, nak parking pun masih kena ada kad TNG ni haaa.. Masih berkira-kira lagi nak beli ke tak. Akhirnya, beli je la.

"Buy" terus tekan sebab nak sangat kan

Saya order, dalam 2 hari je kad ini dah sampai ke rumah. Mudah sungguh nak top up. Tak perlu lagi nak ke mana-mana kaunter. Suka hati nak top up bila atau di mana-mana je.

Kadnya ada di dalam

Kad ni dah macam kurang zat. Kad debit BigPay & MAE sangatlah cantik

Langkah demi langkah disediakan. Memang senang nak top up. Sentuh kad di bahagian belakang telefon je.

Mudah kan??? Semua mudah kalau berduit😆

Sharhanah 

9 Tanda Yang Menunjukkan Anda Bijak Dengan Wang

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Di bawah ini saya senaraikan 9 tanda yang menunjukkan seseorang itu memang bijak dalam menguruskan kewangan dalam kehidupannya.

  1. Anda mempunyai pendapatan yang stabil.
  2. Anda tahu berapa banyak wang yang anda telah gunakan.
  3. Anda boleh membayar bil-bil setiap bulan.
  4. Anda suka bersedekah.
  5. Anda mampu membeli apa yang anda mahu.
  6. Anda mempunyai tabung kecemasan.
  7. Anda merancang perkara yang utama.
  8. Anda menyimpan wang.
  9. Anda melabur untuk meningkatkan wang anda.
Anda mempunyai pendapatan yang stabil
Mereka yang mempunyai pekerjaan yang tetap dan usahawan yang mendapat keuntungan setiap bulan merupakan golongan yang tiada masalah dalam segi kewangan.

Anda tahu berapa banyak wang yang anda telah gunakan
Jika anda rajin mencatat perbelanjaan anda setiap bulan, anda akan tahu berapa banyak wang yang anda telah habiskan. Saya sendiri mengamalkannya sejak tahun 2020 sehingga sekarang. Nampak la duit tu pergi mana. Saya buat dalam Google Sheets, sangat mudah.

Anda boleh membayar bil-bil setiap bulan
Membayar bil-bil utiliti tanpa sebarang masalah dan dapat membayar hutang pinjaman tepat pada masanya.

Anda suka bersedekah
Ya, anda bukan sahaja bijak di dunia tetapi juga di akhirat. 

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)

Anda mampu membeli apa yang anda mahu
Nak apa semua dapat tanpa perlu meminjam kepada sesiapa.

Anda mempunyai tabung kecemasan
Tabungan yang sedia dikeluarkan pada bila-bila masa apabila berlaku sesuatu yang tidak disangka seperti bencana alam, kerosakan, kemalangan dan lain-lain.

Anda merancang perkara yang utama
Apa-apa yang melibatkan kewangan, anda suka merancang dan anda tahu risikonya.

Anda menyimpan wang
Anda mempunyai tabiat suka menyimpan wang. Ada banyak tabung mengikut kategori. 

Anda melabur untuk meningkatkan wang anda
Islamic Fixed Deposit,  Money Market, Bon & sukuk, Saham (Ekuiti), Unit trust, Exchange Traded Fund (ETF), Private Retirement Scheme (PRS), Hartanah, Emas, Crude palm oil futures (FCPO) & Crowdfunding / Peer to Peer (P2P)... banyaknyaaaaa!

Sumber foto: Pinterest


Sharhanah

Cara Keluarkan Simpanan KWSP Akaun 2 - Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan (Kali Kedua )

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ini adalah permohonan kali ke-2 saya untuk Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Permohonan kali ini lebih mudah. Dibuat secara online tanpa perlu memuat naik apa-apa dokumen.

1. Log masuk ke i-Akaun KWSP 

2. Klik Pengeluaran 

3. Klik Permohonan Baharu 

4. Pilih Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

 5. Pilih Jenis Institusi & Nama Institusi 

6. Klik Seterusnya & Terima 

7. Isikan maklumat yang diperlukan

8. Klik Seterusnya sehingga permohonan selesai.

Tadaaaa....

Dua hari je, dah lulus

Tiga hari selepas lulus, bayaran terus masuk ke akaun simpanan saya. Ya, Allah.. kemudahan ini sangat bermakna buat kami sekeluarga apabila terhimpit dengan keadaan kewangan yang tidak menentu. 

Bila ada kemudahan ini, saya dapat membayar pinjaman perumahan tepat pada waktunya. Ia dapat mengelak daripada caj pembayaran lewat yang sangat membebankan. Nampak je sikit, tapi kalau darab dengan beberapa tahun... haaa...kira sendiri. Terus sakit hati.

Sudahlah kadar faedah yang tinggi, ditambah pula caj lewat. Tinggal berapa ratus Ringgit je untuk bayar prinsipal rumah. Patutlah slow betul baki nak menurun.

Pada tahun 2021, kerajaan memperkenalkan perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi dengan menawarkan kemudahan moratorium. Saya tak mohon dan tetap terus membayar pinjaman setiap bulan.

Kepada yang tiada masalah seperti saya, ada lagi jenis pengeluaran simpanan KWSP Akaun 2 yang boleh korang keluarkan. Mohonlah jika perlu.

Jenis Pengeluaran

  1. Beli/Bina Rumah
  2. Beli/Bina Rumah Kedua
  3. Pendidikan
  4. Haji (Ahli beragama Islam sahaja)
  5. Hilang Keupayaan
  6. Skim Pelaburan Ahli
  7. Meninggalkan Negara
  8. Kesihatan
  9. Pesara Pilihan
  10. Pekerja Berpencen
Semoga sedikit sebanyak membantu kita dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar.

Sharhanah

Permohonan Balik Baki Kad Touch 'n Go

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

April lalu saya ada memohon untuk mendapatkan semula baki kad Touch 'n Go (TNG) yang telah tamat tempoh. Saya buat dalam portal TNG je.

Tak lama selepas tu, saya terima emel untuk memuat turun beberapa dokumen sokongan untuk tujuan pengesahan. 

Dokumen agak renyah, lagi-lagi kalau siapa yang kehilangan kad TNG. Auto lemah dan malas nak mohon. Saya ni pun sebab kad tu masih ada dengan saya lagi. Tu yang buat juga. (Kad TNG gambar saya teman anak lelaki yang sedang ambil Nebulizer di klinik kesihatan) Rare kan? Suami la yang tempah kad TNG pakai gambar tu. Takde gambar lain ke???😵

Ada beberapa perkara yang perlu dibuat;

1. Gambar selfie dengan Mykad

2. Gambar kad TNG yang telah tamat tempoh (kalau hilang, perlu muat turun laporan polis)

3. Maklumat bank


Agak lama juga lah prosesnya sebab saya tak perasan pula ada emel masuk. Bila dah submit semua, akan terima emel memberitahu yang proses pemulangan balik mengambil masa 14 hari dan tidak lebih daripada 30 hari.



20 hari macam tu, akhirnya permohonan saya telah berjaya. Walaupun jumlah pemulangan tak banyak, tetapi bolehlah buat duit makan tengahari.😅

O


Tengah sabar menunggu WTD pula. Orang penyabar memang macam ni eh?🤔

Sharhanah

Cara Aktifkan Kad Debit Untuk Pembelian Dalam Talian (eCommerce)

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya kerap kali menerima aduan daripada pelanggan yang tidak dapat membuat pembayaran menerusi kad  debit mereka ketika membuat transaksi pembelian dalam talian. Kebanyakannya masalah disebabkan oleh tidak mengaktifkan kad debit untuk transaksi tersebut.


Di bawah adalah langkah demi langkah cara untuk aktifkan;


1. Log in via www.maybank2u.com.my.

2. Go to your 'Settings'. (Tekan butang profil, paling atas sebelah kanan) 





3. Click on 'Cards'.

4. Click 'Manage Debit Cards'.

5. Click 'Debit Card E-Commerce Activation'.

6. Click 'Activate'.



Masalah lain ialah tidak menetapkan had yang sewajarnya bila memerlukan pembayaran lebih daripada yang sepatutnya. Yang paling win, baki tidak mencukupi. Memang saya tak dapat nak bantu la😅


Sharhanah


Bila Bajet Bulanan Tak Cukup!

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Bulan ni, terasa betul duit kurang. Rupanya ada 2 sumber kewangan mengalami masalah. Syukur saya masih ada 2 pendapatan tetap.

Bukan masalah tu je,  ditambah pula kereta minta tukar tayar, minta tukar steering rack. Al-maklumlah, umur dah 11 tahun. Minta dibelai dan disayangi pula. Terbang dalam RM1.2K.

Maka, terpaksalah pecah salah satu tabung online (kecemasan).

Inilah kelebihan menyimpan duit di tabung online. Entrinya ada di SINI. Tak perlu nak meminjam pada adik-beradik, saudara-mara atau kawan-kawan. Cukuplah kita susah sendiri tanpa kacau duit orang lain.

Alhamdulillah, tak pernah berhutang dengan orang melainkan dengan bank😅

Sharhanah

Mengurangkan Baki Pinjaman Perumahan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Minggu lepas, saya dan suami ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdekatan. Tujuannya, tidak lain tidak bukan untuk mengeluarkan wang simpanan Akaun 2.

Ini adalah kali ke-2 pengeluaran daripada akaun tersebut. Pertama akaun saya, dan sekarang akaun suami pula.

Kenapa saya nak cepat habiskan baki perumahan? Sebab saya penat membayar bunga. Bila tengok penyata, 2/5 sahaja wang bayaran saya ditolak untuk baki pinjaman. 3/5 pergi dekat bunga. Rasa penat dan rasa nak menangis bila tengok baki. Tak luak-luak pun. Begitulah, perjanjian yang perlu kita ikut.

Saya hanya ada pinjaman perumahan. Tiada hutang lain. Maka, saya dan suami bercadang untuk mengurangkan baki pinjaman dengan menggunakan kemudahan yang disediakan.

Baki hutang pinjaman perumahan tinggal 50k selepas ini. Alhamdulillah. Saya beria-ria nak bayar semua guna wang simpanan saya sendiri. Tapi, saya tak berani disebabkan ekonomi sekarang teruk. Melabur dalam unit trust pun, sedih... asyik rugi je (merah sokmo). Pelaburan dalam emas, belum membuahkan hasil keuntungan. Huhuhu. Perlu ada simpanan untuk kecemasan. Mana tau, suami hilang pekerjaan.

Rupanya sekarang ni, tak perlu ke pejabat KWSP. Boleh mohon secara online je. (Laaaa... buat penat je ke sana). Kurang dalam 7 hari iaitu mohon Jumaat, Rabu dapat notifikasi untuk pengesahan cap jari di kaunter KWSP. Kalau saya yang dah pernah mohon, tak perlu lagi dah untuk pengesahan tersebut.

Rumah suami (waktu bujang, dia beli rumah lelong secara tunai), kami sewakan sejak beli rumah ke-2 ni. Duit yang kami dapat itulah kami simpan memandangkan gaji bulanan kami berdua yang sedikit. Hasilnya? saya dapat habiskan bayaran pinjaman kereta 2 tahun lebih awal (2018) dan dapat menunaikan umrah (2020). 

Doakan saya cepat habiskan hutang perumahan ini.

Sharhanah

Wang Tak Dituntut (WTD) - Daftar, Semak & Tuntut Secara Dalam Talian

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kepada yang belum pernah buat semakan Wang Tak Dituntut (WTD), apa kata semak. Tapi, sebelum buat semakan, kita perlu daftar dulu ya di portal Jabatan Akaun Negara. Klik Pendaftaran

Maklumat yang perlu diberikan ialah;

1. Nama Penuh* (Nama Penuh seperti pada dokumen pengenalan diri)

2. Jenis Pengenalan* (Pilih NOMBOR KP BARU)

3. No. Pengenalan*

4. E-mel* (Sila pastikan alamat e-mel yang digunakan adalah sah bagi tujuan verifikasi)

5. Nama Pengguna*

6. Kata Laluan*

7. Ulang Kata Laluan*

Buka e-mel, dan sahkan pada pautan yang telah diberikan. Pastu, baru masuk ke portal jabatan tersebut.

https://egumis.anm.gov.my/login

Daftar masuk, korang masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan. Tekan 'Log Masuk'

Klik butang berwarna ungu tu (Peringatan: Hanya 2 carian yang dibenarkan dalam sehari). Masukkan nombor kad pengenalan.


Lepas tekan, takde senarai apa-apa tu... maksudnya, tiada wang yang perlu dituntut. Kalau ada, boleh teruskan memohon. Hanya perlu upload salinan MyKad depan & belakang (buat dalam Google Docs, copy dalam format PDF) dan penyata bank (download dalam perbankan online je, format PDF).

Oh ya, pastikan maklumat yang diisi sama seperti di dalam MyKad yer. (Saya silap pergi upload MyKad lama. Alamat dah la berbeza. Dah jadi lambat pula prosesnya. Perlu delete dan apply semula. Kan melambatkan urusan menuntut.)

Ada yang kurang 2 minggu, duit dah masuk ke dalam akaun. Ada yang lambat seperti saya sebab dokumen tersalah. 

Selamat buat semakan! Mana tahu... duit yang dapat tu boleh buat travel. Hehehe

UPDATE: WTD telah masuk akaun pada 4/8/2023

Sharhanah

Hati-hati dengan not RM20!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru-baru ni, bagi dekat anak bongsu sekeping not RM20 untuk beli makanan kucing jalanan. Beria-ria dia nak beli sendiri. Saya pun, okeylah sebab nak ajar dia kira baki nanti. Dalam sling bag hanya ada sekeping not RM20 dan 3 keping not RM1. Saya hulur RM3, dia kata mana cukup. Pandai betul budak ni.

Kurang 10 minit, dari jauh nampak dia keluar dari kedai dengan lambaian kekayaan!. Ingatkan dia beli yang jenis kering, rupa-rupanya dia beli sepeket makanan kucing jenis basah berharga RM1.80. Ceh! Baki nanti haruslah RM18.20. Kenapa la tak bagi dia RM3 je tadi. Ishhh.

Anak menghulur baki kepada saya. 

"Aik, ada RM8.20 je. Mana lagi RM10?", tanya saya sambil membelek resit.

"Kan mama beri dekat saya RM10. Inilah bakinya". Anak jawab dengan tudung pun senget. 

"Tak la. Mama bagi RM20.", saya jawab sambil menarik tangan anak ke kedai tersebut. Fuh, cuaca panas-panas macam ni, rasa jauh betul nak menapak ke kedai tu balik.

Dalam kepala, terfikir juga... mana lah tahu... masa dia lambai-lambai tadi, duit RM10 jatuh melayang ke. Sambil berjalan, sambil mata meliar saya memandang ke bawah. Tapi, tak jumpa pun.

Saya masuk ke kedai dan terus ke bahagian pembayaran.

"Maaf, tadi anak saya bawa RM20. Baki sepatutnya RM18.20." Kata saya sambil menghulur makanan kucing bersama resit ke arah cashier.

"Eh, tak puan. Saya terima sekeping RM10", jelas cashier kepada saya.

"Saya tak ada langsung duit RM10. Hanya ada RM20 sekeping. Duit tu yang saya beri pada anak saya tadi", Saya menjelaskan pada cashier dengan harapan dia memahami.

Cashier tu menekan kod plastik 20 sen di mesin cashier. Maka terngangalah mesin tersebut. Dalam tu tersusun duit mengikut nilai masing-masing. RM1, RM10, RM50 dan RM100.

Tadaaaaa.... ada sekeping not RM20 di atas not-not RM10! Nampak? Cashier tu memang ingat anak saya bagi RM10. Kalau dia memang nak tipu, memang duit RM20 tu akan diletakkan di slot RM20.

Cashier tu berkali-kali minta maaf pada saya. Dia menghulur kembali baki yang sebetulnya. Saya pun tahu, dia memang tak perasan pun sebagaimana anak saya jugak. 

Syukur dapat kembali baki. Kalau saya tak alert, melayang RM10. Beli sepeket makanan kucing dengan harga RM18.20. Huhuhu

Rasanya, ada lagi kes yang tak perasan. Kalau macam kes saya, syukur boleh detect kalau pantas. Ada yang siap bergaduh. Ada yang malas nak bertekak. Biarkan je lah. Oren dan merah, sama kaler yer?



Ada yang baik hati nak bagi duit raya RM20 tak?

Sharhanah

Kelebihan Kad Debit Visa MAE (Maybank Anytime, Everyone)

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sekeping kad visa debit MAE

Saya telah memohon kad debit visa MAE (Maybank Anytime, Everyone) pada hujung Januari lalu menerusi aplikasi MAE secara online. RM8 akan dicaj pada akaun jika permohonan kad MAE berjaya. Kad ini selamat sampai di depan pintu rumah saya kurang 5 hari dari tempoh permohonan.

Kenapa saya aktifkan MAE?
Asalnya macam ni, sebab utama adalah untuk memudahkan saya menyemak akaun ASB memandangkan servis itu sudah tidak ditawarkan lagi di dalam aplikasi Maybank. Dengar kata, aplikasi MAE akan menggantikan aplikasi Maybank. Nah, sekaranglah masa untuk membiasakan diri dengan pengalaman baru!

Kenapa tak semak je dalam portal ASB?
Saya juga pautkan akaun Tabung Haji (TH) ke Maybank2u. Saya hanya perlu buka aplikasi MAE untuk menyemak dua-dua akaun ini di tab Kekayaan (Wealth) tanpa pergi ke setiap portal. Baki akaun wealth saya juga kini diambil kira dalam pengiraan aset dan liabiliti.

Kenapa mohon kad MAE jika dah ada kad ATM Maybank? 
Two is better than one!

Apa yang best kad MAE tu?
Selain boleh digunakan untuk membeli belah di dalam negara, kad MAE boleh juga dimanfaatkan di luar negara.  Dengan 3 langkah mudah untuk aktifkan penggunaannya;

1. Buka aplikasi MAE
2. Pilih "Cards"
3. MAE debit card (masukkan tarikh)

Tahu tak, bila keluarkan duit dari ATM luar negara atau membeli barang menggunakan kad MAE, kita dapat kadar pertukaran yang lebih baik. Ia melakukan pengiraan untuk saya secara automatik! Tak payah aih nak guna kalkulator dah.

Lepas tu kan, kalau la terlupa letak mana atau hilang kad daripada pandangan mata, saya boleh je "freeze" je dekat aplikasi MAE. Tak perlulah nak hubungi khidmat pelanggan Maybank dah. Lambert! Sementara nak dapat talian dan perlu pula pada pengesahan, orang yang dah jumpa tu siap shopping pakai kad kita walaupun dia mampu guna setakat RM250 (payWave).

Laaa...tak hilang rupanya, ada je kad MAE di bawah kusyen kereta.... 

Pergi dekat aplikasi, "unfreeze" je. Kad dah boleh guna kembali. Jimat duit RM12 tau kalau nak ganti kad yang baharu. Maka, tak perlu bimbanglah bab keselamatan.



Apa lagi faedah menggunakan kad MAE?
Saya boleh tahu tabiat perbelanjaan saya. Aplikasi MAE mengesan dan mengkategorikan perbelanjaan pada kad MAE/Maybank saya secara automatik. Senang betul saya nak urus kewangan. 

Mudah kalau ada info grafik melihat perbelanjaan bulanan. Kategori mana yang kita duk perabis duit tu? 

Auto top up. Nak sentiasa dalam akaun MAE ada duit??? aktifkan fungsi ini. Saya tak aktifkan sebab saya rajin top up. Hehehe

Kalau anak nak ke kedai depan rumah, saya beri dia guna kad debit sahaja. Saya top-up lebih kurang harga barang yang nak dibelinya. Dulu, saya beri dia guna kad BigPay, macam leceh pula nak top up, OTP bagai. Pakai MAE senang sebab dah link dengan akaun utama Maybank.

Dan akhir sekali.... 

Saya suka fizikal kad MAE yang comel. Tengah-tengah kad ada bulatan lutsinar tau. Belum pernah dapat kad bank jenis macam ni. Agak teruja.

Kekurangan kad MAE?
Takde duit dalam akaun MAE, sesen pun tak berguna kad tu! Hahahaha

Sharhanah

Nak Tukar Windscreen? Bagaimana RFID Saya??

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Gambar sekadar hiasan. Waktu ke Lanai Anggun @Ecosky.

Masih bertagak (buat rileks) bila cermin hadapan kereta retak. Bukan apa, tag RFID belum beli lagi. Malas rasanya nak walk-in ke kedai cermin kereta. Bila cermin depan dah ganti baru, tag RFID yang manjahhh bukan boleh cabut pun untuk pasang balik. Cabut considered rosak! Dah la duduk di lembah Klang, tol di mana-mana. 

Kebetulan, waktu suami off day, kami berdua lalu di Bangsar South. Terus apalagi, isterinya terus masuk Touch N Go HQ yang terletak di Tower 6, Avenue 5. Masuk Q untuk dapatkan tag RFID. Beli dekat sini jimat RM5. 

Lepas dapat, baru ada semangat nak tukar cermin depan kereta. Tapi, saya rasa blur. Takut pun ada sebab risau salah pasang, risau palang tak terangkat, risau macam-macam lagi lah. Sebab dulu waktu percuma dapat RFID, saya perlu bawa kereta ke salah satu pusat pemasangan RFID. Semua staf yang buatkan. Sebab tu lah saya duk ingat, pemasangan RFID ni sangat rumit. Sampai perlu ke pusat tersebut untuk pemasangan. 

Rupanya, suami saya selitkan di sticker roadtax je🤣 tanpa perlu lekat atau pakai holder. RFID untuk palang taman perumahan pun dia buat macam tu. Cuma dia selitkan di bahagian depan sebab ada satu sticker yang bertampal dekat situ. Detect pula ya🤭

Saya ni penakut. Kalau RFID taman lepas, macam mana RFID tol pula. Saya ajak juga suami cuba lalu tol percuma (waktu tu) di lebuhraya SUKE. Kami cuba waktu malam. 

Masa nak melepasi tol tu, perasaan berdebar-debar sangat. Saya dah mula sakit perut. Begitulah kalau orang ada anxiety. Hanya orang macam saya jer yang faham.

Alhamdulillah! Palang terangkat!!! Saya dan anak-anak melonjak riang. Kelakar pun ada. Sanggup malam-malam keluar pergi test power. Siap high five dengan suami. Lepas ni saya tak perlu risau lagi. Terus perasaan jadi tenang. Setenang air tasik, perut yang sakit tadi hilang macam tu je.

Oh ya, sebelum saya terlupa, saya sertakan cara untuk aktifkan RFID yang baharu. Mudah juga rupanya. Saya pun refer imej di bawah ni je. Alhamdulillah, dalam beberapa minit dah aktif!

Imej cara untuk aktifkan RFID Tag

Semoga bermanfaat!

Sharhanah

Cara Simpan Duit Paling Mudah

Benarlah kata peribahasa ni sikit sikit lama lama jadi bukit. Janji istiqamah ditambah perasa dengan sifat sabar, akan terciptalah tabung dengan duit yang penuh. Waktu tu, baru terasa apa yang dikorbankan amatlah berbaloi.

Saya dah praktikkan lebih daripada 2 tahun cara simpanan yang sangat mudah. Tanpa perlu fikir setiap bulan nak simpan macam mana. Orang kata effortless.

Ini semua berdasarkan pengalaman saya ya. Saya tak tahu orang lain simpan macam mana. 

Saya ada tabung hijau. Semua duit RM5, saya letakkan dalam satu bekas. Asal jumpa jer, memang  saya dan suami akan masukkan ke dalam bekas tu. Sampai tak berani nak gunalah🤭. Nak buat tabung oren tak mampu.

Setahun lebih menyimpan, dapatlah tunai RM1.3k. Dengan duit itulah kami dapat balik kampung beraya, dapat bayar kos baik pulih mesin basuh yang kebetulan rosak waktu tu.

Untuk tabung online, saya create 5 tabung dalam Maybank2u. Tabung-tabung ni hanya untuk setahun, dan ada 1 tabung yang saya sengaja target lebih daripada setahun.

Create goal di Maybank2u 

Tabung kereta (roadtax and insurance), tabung ibadah korban, tabung travel & tabung emergency. Maksimum 5 tabung je yer... Tak boleh lebih. Best time nak create nama tabung tu je. Hihihi.

Contoh tabung ibadah korban, target simpanan adalah RM800. Saya akan bahagi kepada 12 bulan. Maka, bulan-bulan, RM67 akan dipotong terus dari akaun bank saya.

Bila dah cukup RM800, saya akan pecah tabung. RM800 akan terus masuk ke akaun bank simpanan saya. Boleh dah nak buat ibadah korban setiap tahun.

Paling rendah, saya buat pemotongan RM10 je. Yang ini, tabung yang lebih daripada setahunlah . Memang tak terasa bila potong. Tahu-tahu, dah banyak. Boleh terus masuk ASB atau Tabung Haji. Sebab ASB minimum kalau nak simpan RM100 dan ke atas. Kalau nak direct potong guna Maybank2u pun boleh. Tapi ada caj la.

Tabung-tabung online ni saya sangat suka sebab boleh asingkan dan mudah create. Lepas tu, biarkan je tiap-tiap bulan duit masuk. Bila penuh kita harvest lah. 

Untuk yang simpan lebih pada setahun, Maybank ada bagi dividen. Tapi sikit je la. Sebab tu saya cadangkan cukup setahun keluarkan dan letak tempat yang boleh kembangkan duit tu lagi. Lepas tu, create semula tabung yang baharu. Begitulah seterusnya.

Insha-Allah, hujung tahun ni saya nak ke luar negara. Berkat kesabaran menabung. Masa untuk berehat sambil main salji pula. Dah penat bekerja di rumah sebenarnya. Inilah masa yang sesuai untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Esa. 

Sharhanah