Cara Keluarkan Simpanan KWSP Akaun 2 - Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan (Kali Kedua )

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ini adalah permohonan kali ke-2 saya untuk Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Permohonan kali ini lebih mudah. Dibuat secara online tanpa perlu memuat naik apa-apa dokumen.

1. Log masuk ke i-Akaun KWSP 

2. Klik Pengeluaran 

3. Klik Permohonan Baharu 

4. Pilih Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

 5. Pilih Jenis Institusi & Nama Institusi 

6. Klik Seterusnya & Terima 

7. Isikan maklumat yang diperlukan

8. Klik Seterusnya sehingga permohonan selesai.

Tadaaaa....

Dua hari je, dah lulus

Tiga hari selepas lulus, bayaran terus masuk ke akaun simpanan saya. Ya, Allah.. kemudahan ini sangat bermakna buat kami sekeluarga apabila terhimpit dengan keadaan kewangan yang tidak menentu. 

Bila ada kemudahan ini, saya dapat membayar pinjaman perumahan tepat pada waktunya. Ia dapat mengelak daripada caj pembayaran lewat yang sangat membebankan. Nampak je sikit, tapi kalau darab dengan beberapa tahun... haaa...kira sendiri. Terus sakit hati.

Sudahlah kadar faedah yang tinggi, ditambah pula caj lewat. Tinggal berapa ratus Ringgit je untuk bayar prinsipal rumah. Patutlah slow betul baki nak menurun.

Pada tahun 2021, kerajaan memperkenalkan perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi dengan menawarkan kemudahan moratorium. Saya tak mohon dan tetap terus membayar pinjaman setiap bulan.

Kepada yang tiada masalah seperti saya, ada lagi jenis pengeluaran simpanan KWSP Akaun 2 yang boleh korang keluarkan. Mohonlah jika perlu.

Jenis Pengeluaran

  1. Beli/Bina Rumah
  2. Beli/Bina Rumah Kedua
  3. Pendidikan
  4. Haji (Ahli beragama Islam sahaja)
  5. Hilang Keupayaan
  6. Skim Pelaburan Ahli
  7. Meninggalkan Negara
  8. Kesihatan
  9. Pesara Pilihan
  10. Pekerja Berpencen
Semoga sedikit sebanyak membantu kita dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar.

Sharhanah

No comments:

Post a Comment

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...