Baru-baru ini, saya cuba mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melalui MAE. Proses macam biasa. Tetapi dapat notifikasi "unsuccessful". Dua kali saya ulang. Dua-dua dapat notifikasi yang sama.
Selalunya, contoh kalau saya bayar bil ke, ... dapat notifikasi sebegitu, tetapi akan dapat SMS yang pembayaran saya berjaya.
Saya ke website TH. Semak akaun, rupanya saving saya berkurangan. Duit tak masuk pula ke akaun Maybank. Tapi, transaksi berjaya. Apo???
Terus saya private mesej ke page FB Maybank masalah yang berlaku. Saya menerima jawapan seperti di bawah;
Kemaskini: Alhamdulillah, sudah dikembalikan duit ke akaun TH semula pada hari Isnin. Tengahari macam tu.
Sharhanah
No comments:
Post a Comment