Hehehe… tajuk macam la ada orang nak cari ๐
Eskrem ni tak semanis senyuman mu. |
Kalau ada yang menggunakan enjin pencarian Google dan boleh sampai ke sini, saya ucapkan tahniah!
Tugas suri rumah nampak remeh, tapi kalau tak buat je sehari, rumah dah tunggang langgang. Semak dan duduk rumah pun rasa tak selesa.
Ya, hampir setahun saya jadi suri rumah, buat keje yang sama setiap hari untuk memastikan kehidupan keluarga sempurna di rumah. Suami pun rasa cepat je nak balik setelah penat bekerja. Begitu juga dengan anak-anak. Maka, benarlah kata pepatah "rumah ku syurga ku". Pergi mana-mana pun, rumah sendiri juga yang terbaik.
Rumah saya kecil dan simple. Sejak kena banjir, saya menukar semua perabot berasaskan besi. Kawan-kawan anak selalu cakap yang rumah kami macam orang kaya๐. Rupanya mereka tak tahu, saya hanya memastikan susun atur yang betul dan kemas serta rumah dalam keadaan bersih sentiasa.
Nak tahu tugas saya sebagai suri rumah sambil berniaga online? Tugas tak pernah habis. Tapi saya suka sebab kerja saya fleksibel. Letih boleh baring-baring atas tilam Coway (saya juga Coway Health Planner secara sambilan), sambil tu boleh bump produk di kedai Shopee saya, up status di Whatsapp untuk iklankan produk dan lari masuk dapur kalau ada order Foodpanda/ShopeeFood /Grabfood masuk. Agak kalut kalau sekali order masuk kena prepare patin masak tempoyak, mana nak goreng karipap pusing, mana lagi nak masak ketupat palas...Nak siapkan packaging lagi. Syukur ada anak-anak yang membantu. Hahaha, tengah fikir bila anak-anak dara saya masuk sekolah bulan depan๐ฅด
Saya buat tugas ini mengikut susunan di bawah.
Mengelap habuk
Usai solat Subuh, saya mula mengelap habuk pada perabot di ruang tamu. Terutama sekali kabinet TV dan rak buku di ruang tamu serta rak pakaian di bilik tidur. Saya buat 3 hari sekali sebab rumah saya cepat berhabuk.
Menyapu sampah
Selepas mengelap habuk, saya akan menyapu seluruh ruang rumah. Dari bilik tidur utama, ruang tamu, ruang makan, bilik kedua, bilik ketiga dan dapur. Penyapu dapur saya asing tak campur dengan penyapu biasa sebab tahap kekotoran sangat berbeza.
Mengemop lantai
Selalunya seminggu sekali saya mop lantai atau tengok keadaan lantai tu macam mana. Kalau melekit sikit, memang satu rumah saya mop!
Cuci pakaian
Kutip pakaian di setiap bilik. Saya cuci dengan menggunakan perkhidmatan anak dara Jepun. Tak kuasa la nak basuh pakai tangan. Kecuali terpaksa guna bila basuh baju sekolah dan pakaian yang alah dengan mesin basuh.
Mencuci pinggan
Kutip semua pinggan mangkuk dan periuk belanga yang belum dicuci. Selalunya, anak sulung akan kutip basuh sebelum dia tidur. Esok pagi tu, tugas sayalah... Mencari apa yang tertinggal untuk dibasuh.
Melipat pakaian
Sambil tunggu anak dara Jepun habis keje membasuh, layan dulu tugas hakiki saya ๐
. Suka melipat tapi tak suka angkat susun masuk bilik. Selalunya saya sub jer dekat anak-anak. Sambil melipat sambil tengok TV rancangan Tanyalah Ustaz. Faktor usia kot, saya dah tak lalu nak tengok movie atau hiburan waktu pagi. Suka layan rancangan agama jer waktu tu. Waktu tu jugalah anak-anak tak boleh tukar siaran sehingga pukul 8.30 pagi. Sapa tukar, kena petir juga kang.
Menyidai kain
Selalunya sub pada anak sulung jer. Tapi tahun ni dia masuk sekolah sesi pagi, nak tak nak, maknyer la kena menyidai. Bila menyidai, depan rumah semak… kemas dulu apa yang patut. Kasut bersepah, waktu ni la gigih menyusun. Serius, saya jarang keluar rumah untuk menyidai๐คญ
Memasak
Mula memasak dengan membasuh beras dahulu. Masak guna anak dara Jepun juga. Mudah tak payah fikir nak jaga api macam orang dulu-dulu. Sementara nasi nak masak, saya dah mula memotong bawang. Siap sedia nak memasak dah ni. Lauk siap, nasi pun siap. Siapa lapar boleh makan dulu.
Lap dapur
Habis masak, wajib lap dapur hingga merelit! Pakai buih sabun.
Susun pakaian
Dah kalau anak-anak pergi sekolah, nak suruh sapa angkat??? Akak la jugak... Tak suka pun terpaksa buat. Huhuhu... Kalau tak angkat, tepi ruang tamu tu penuh baju bersusun, kang Kiko masuk langgar macam mana? Tak ke kena lipat lagi sekali. Oh tidak! Angkat je la.
Sental lantai, dinding dan mangkuk tandas
Sebulan, 3 kali bergantung pada kekotoran. Kadang sambil mandi sambil sental. Kurang la sikit kotornya.
Cuci peti sejuk
Sebulan sekali bergantung pada kekotoran.
Kutip pakaian di ampaian
Sebelum pukul 7 malam, baju dah siap masuk raga. Raga ni kalau biar dua tiga hari tak melipat, boleh tengok setinggi gunung Everest. Nak settlekan melipat, memang bercinta!
Kemas kini akaun dan stok
Setiap malam lepas solat Isyak, saya akan jadi kerani. Kira duit masuk, kira banyak mana duit keluar. Semuanya saya rekod pakai Google Sheet. Kalau ada order masuk di kedai Shopee, esok saya print AWB dan packing barang untuk drop di J&T depan rumah. Kadang minta tolong suami drop. Kalau jiran-jiran membeli, anak lelaki sayalah selalunya yang jadi runner. Senyum sampai ke telinga bila jiran kasi upah. Suami pula jadi runner kalau dia keje petang. On e way ke tempat keje, dialah singgah hantar kepada pelanggan.
Kedai online saya buka pada pukul 9 pagi sehingga 7 petang. Saya akan pastikan tugas mengemas rumah siap sebelum kedai dibuka. Bila siap, mudah. Saya buat kerja sambil-sambil je. Bila notifikasi berbunyi, baru masuk dapur. Cuci tangan dan capai apron untuk mulakan tugas.
Begitulah.
Sharhanah
nampak seronok jadi surirumah sbb badan kita aktif bergerak...tapi bila fikir mampukah diri sendiri jadi surirumah hmmmm takut pulak nak terjebak jadi surirumah
ReplyDeleteKeje ulang-ulang setiap hari buat benda yang sama. Mungkin, ada hikmahnya saya pencen awal untuk jadi surirumah ๐
DeleteSkrg dipanggil 'homemaker' aje di USA. Tahniah kerana menjadi surirumah berjaya....
ReplyDeleteOh ya Abam Kie… sebetulnya homemaker lah… sbb sy urus rumah, membesarkan anak2 di depan mata dan menjana pendapatan juga di rumah๐
DeleteSalam kenal. Saya pun baru je beberapa bulan 'retire' walaupun belum masuk 40 lagi. Bila Syarikat suruh masuk kerja ofis, rasa tak sanggup dah nak ulang-alik ke ofis lepas 2 tahun WFH, jadi saya pilih untuk resign. Tapi skrg dah start rasa tak tau nak buat apa bila anak2 ke sekolah haha. Saya nak follow blog ni la supaya ada inspirasi nak buat apa kat rumah, Insha Allah.
ReplyDeleteSalam kenal.
ReplyDeleteOh ye ke... Kita geng! Sebenarnya banyak benda boleh buat kat rumah supaya kita tak boring. Kadang, bila fokus sesuatu keje tu, tak rasa pun masa berlalu dengan pantas. Kejap je dah petang. Cuma kena isi masa dengan benda yang bermanfaat. Kalau tak, setiap hari kita rugi๐ .
Tugas seorang suri rumah yg tak ada cuti .. Setiap hari bekerja settlekan kemas2 rumah
ReplyDeleteTakde cuti pulak tu๐คญ
ReplyDelete