🌿 Let's Be Friends

Showing posts with label Receipe. Show all posts
Showing posts with label Receipe. Show all posts

Resipi Bihun Goreng

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bihun goreng penuh hiasan... tapi lupa nak potong cili merah tu haaa. Baru berseri

Dulu, saya tak pandai nak buat bihun goreng. Asal buat je... keras...kadang lembik sangat...rasa ke laut...hehehe. Anak-anak pun tak suka cik bihun ni mungkin fobia lepas makan mak diorang masak. Memang tak laku bihun saya. Sedih. Dah la masak sampai 1 bungkus, tak habis pula tu. Bihun sup je laku dekat rumah ni.

Saya hanya buat bihun Singapore. Itu je yang saya agak pandai. Sekarang saya dah pandai. Tu yang berani kongsi resipi. Tapi, saya sampai sekarang tak pandai nak masak dalam portion yang banyak. Hanya untuk keluarga saya yang 6 pax.

Saya minta resipi dekat adik di kampung. Adik kalau memasak, memang terer. Lagipun anak-anaknya jenis kuat makan. Seronok la masak. Asal masak je licin. Memang bersemangat hari-hari nak masak.

Resipi Bihun Goreng

Bahan-bahan:

2 keping bihun kering (rendam lama pun ok, kemudian toskan)

Sejemput udang kering - ditumbuk

1 biji bawang merah - ditumbuk halus

1 biji bawang putih - ditumbuk halus

5 sudu sos cili

3 sudu kicap

Garam secukup rasa

Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Membuat:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  2. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.
  3. Dengan api sederhana, masukkan sos cili, kicap dan sedikit garam. Kacau sebati.
  4. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kuatkan api dan goreng sehingga nampak kering. Tutup api dan hidangkan.

Hiasan:

Telur dadar - gulung dan hiris

Sedikit daun bawang - ditabur

Sedikit daun ketumbar - dihiris

Sedikit bawang goreng - ditabur

1 cili hidup - dihiris

Itu je. Mudah kan??? Kenapa la baru sekarang saya baru pandai masak.😂

#TIPS: Selepas angkat bihun, masukkan air dalam kuali dan biarkan.  Nanti senanglah nak cuci.

Sharhanah

Resipi: Nasi Ayam Sedap Dengan Bahan Mudah

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Semalam buat nasi ayam kali ke-2 guna resipi mudah. Sebab apa saya kata mudah? Sebab tak banyak bahan🤭. Saya guna je apa yang ada di rumah (daging ayam, bawang putih, halia, minyak bijan, daun bawang, sos tiram, kicap, sos cili, daun pandan, timun dan cili).

Saya sejenis malas nak keluar membeli walaupun ada kedai depan rumah. Apa yang ada... Yang itulah saya guna. Sesuai sangat untuk orang yang WFH. Ya la, 2 kerja dalam 1 masa. Kejar masa untuk memasak sebelum anak balik sekolah.

Sebab suami dan anak-anak bagi rating beratus bintang, hahaha... saya konfiden nak share resipi dalam blog. Teruskan membaca.

Bahan dan cara (Sup):

  • Tulang/leher/kaki ayam
  • Daging ayam potong 8 (lumur dengan sedikit garam setengah jam)
  • Daun bawang (bahagian bawah)

Rebus semua bahan di atas dengan api yang perlahan. (Saya tak letak kiub ayam sebab takde... So far ok je, rasa original)

Bahan dan cara (Nasi):

  • 4 pot Nasi - basuh dan toskan.
  • Sedikit lemak ayam
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 inci halia - ditumbuk halus
  • 1 sudu mentega dan 2 sudu minyak bijan untuk menumis.

Panaskan mentega dan minyak bijan. Goreng lemak ayam sampai keperangan. Kemudian, masukkan bawang putih, halia dan daun pandan. Dah naik bau, saya curahkan ke dalam beras. Masukkan juga beberapa senduk air rebusan ayam (angaran 4 pot seperti sukatan beras) dan sedikit garam. Kacau sebati. Masukkan ayam (yang dipotong 8 dan direbus tadi) dan susun ke dalam periuk nasi. Masak seperti biasa.

Bahan dan cara (Sambal cili):

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 cili hidup
  • 1 cili padi
  • 2 sudu sos cili

Tumbuk bawang putih, halia, cili hidup dan cili padi sehingga lumat. Masukkan sos cili. Keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. Campurkan 1 senduk sup ayam dan kacau sehingga sebati, hidangkan.

Bahan dan cara (Kicap):

  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 sudu minyak bijan
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Sedikit garam dan gula

Panaskan minyak bijan dan goreng bawang putih sehingga keperangan. Masukkan kicap, sos tiram dan 1 senduk air rebusan ayam. Kacau sebati dan hidangkan.

Bahan untuk hiasan:

  • 2 biji timun - dipotong serong
  • Daun bawang
  • Bawang goreng

Tadaaaaa... hasilnya seperti di bawah.


Hidangan sepinggan Nasi Ayam

Cubalah, pasti semua terpikat!

Sharhanah

Resipi: Kari Ayam Mudah

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya ni tak pandai buat kek asas. Apatah lagi kek yang susah-susah. Pengemar kek pisang, kek marble dan kek pastry buah. Kalau buat pun mesti salah teknik. Rasa sedap, cuma tekstur payah nak dapat yang perfect. Kalau saya cuba banyak kali, membazir pula. Baik beli. Support ekonomi je lah.

Kalau memasak kari atau sambal tumis, itu kepakaran saya. Chewah! Suami dan anak-anak akan makan bertambah. Kiranya okaylah kan. Anak sulung saya minta resipi. Saya jawab, nanti refer blog mama je. Boleh rujuk hingga ke anak cucu. Apa yang baik, mama kongsi. Kalau rindu, sedekahkan Al-Fatihah dan buka blog ni.

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan 4 pax,

Bahan-bahan:

8 ketul daging ayam dilumurkan sedikit garam dan kunyit - perap sejam

1 paket serbuk kari ayam/daging Faiza @ Cap O - Campur dengan setengah cawan air untuk dijadikan pes

2 ulas bawang merah - ditumbuk halus

2 ulas bawang putih - ditumbuk halus

1 inci halia - ditumbuk halus

2 biji ubi kentang - belah 4

1 batang lobak merah - hiris besar

1 biji bunga lawang

1 batang kayu manis

2 biji cengkih

2 biji cili merah - tidak dipotong atau dibelah

Garam secukup rasa atau nak letak kiub ayam pun ok

1 cawan santan - ikut citarasa, nak pekat masukkan lebih

Kaedah:

  1. Bismillah... Panaskan 1 senduk minyak masak di dalam kuali tanah liat. 
  2. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis.
  3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk halus dan pes. Kacau sebati.
  4. Masukkan daging ayam dan cili merah. Kacau sebati dan tutup penutup kuali. Buka api yang perlahan.
  5. Nampak kering dan pes pecah minyak, tambahkan air. Tutup semula penutup kuali.
  6. Masukkan ubi kentang. Tutup semula penutup kuali.
  7. Bila nampak ubi kentang dah lembut, masukkan santan dan 1 cawan air. Kacau sebati.
  8. Tunggu mendidih, masukkan garam secukup rasa. Tutup api.
  9. Sedia untuk dihidang.

Selalunya lauk kari ayam ni lawannya kobis goreng dan sambal belacan. Cukup dah tu. Nanti mama share resipi kari ikan, sambal tumis dan ayam masak kicap pulak. 

Heeee... resipi tu ikut style saya tau. Lain orang lain tekniknya. Kang ada yang pertikaikan, awatla cili merah masuk awal sangat😅

Sharhanah

IKAN CENCARU SAMBAL CILI

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Ikan cencaru masih ada di dalam freezer. Apalah sangat yang boleh dimasak dengan ikan ni kan... Apa-apapun, saya suka masak berasaskan cili ikan jenis ni.


IKAN CENCARU SAMBAL CILI

Saiz Hidangan: 4

BAHAN (A) : BAHAN UTAMA

4 ekor ikan cencaru
2 sudu makan marjerin

BAHAN (B) : DIKISAR HALUS

4 batang serai
8 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 sudu kecil gula
½ inci halia
1 sudu kecil udang kering
1 sudu kecil garam
4 biji limau kasturi (air perahan)
1 cawan air

CARA PENYEDIAAN :

Sumbat bahan (dikisar halus) ke dalam ikan yang telah dibersihkan
Tambahkan majerin pada bahan
Balut ikan dengan daun pisang
Bakar ikan hingga masak
Sedia untuk dihidang bersama nasi putih dan sayur-sayuran kegemaran
Sedia untuk dihidang

KANDUNGAN NUTRIEN :

1 HIDANGAN : 1 EKOR IKAN
625 mg sodium / hidangan
Kalori (kcal) : 120
Karbohidrat (g) : 6
Protein (g) : 19
Lemak (g) : 2

Sumber: KKM

Sharhanah

Sambal Hitam - Mudah Tapi Renyah Kemain!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Bahan-bahan dan sambal hitam yang dah siap

Sebenarnya, saya tak pernah buat sambal hitam walaupun pokok belimbing buluh berlambak-lambak berbuah. Selalunya, saya akan beri pada jiran.

Ntah mengapa hari ini, saya terlebih rajin. Mungkin banyak masa di dapur dan kerja opis pula tak banyak. Kebetulan pula suruh si bongsu ambil 4 biji buah belimbing untuk dimasukkan ke dalam masak lemak cili padi kerang. Dia ambil, satu plastik weh!

Nak tak nak, buat juga la sambal hitam. Kebetulan pula ikan bilis ada. Apa lagi, saya mulakan dengan mencuci buah belimbing satu per satu.

Bahan-bahan nak buat tu sangat senang nak cari. Just anggarkan je nak masuk banyak mana.

Cili padi

Cili hijau

Ikan bilis

Bawang besar hanya potong kecil sebab nak kisarkan

Saya kisar semua. Cuma buah belimbing buluh tu saya kisar sikit-sikit (tak perlu letak air banyak, saya kisar dan tuang ke dalam bekas. Tinggalkan sedikit dalam blender, masukkan buah belimbing ulang-ulang). Sebab banyak sangat. Lepas tu tapis.

Cara memasak,

Tumis ikan bilis + cili padi + cili hijau + bawang sampai naik minyak. Lepas tu masukkan belimbing buluh yang dah dikisar. Nak tunggu air kering memang makan masa dan perlu bersabar. Bila dah hampir pekat, perlu kacau untuk elak berkerak atau hangus. 

Masukkan gula dan garam. Perasakan dengan apa yang anda suka. Saya baca dalam website, ada yang suruh masukkan kicap, sos tiram la... hentam saja la.

Hampir nak masuk Asar baru lah siap. Hampir 8 jam duk di dapur melayan dia saja. Itu pun saya suruh anak sulung kacau kejap sementara saya nak solat Zohor.

Bila siap, dapatlah dalam 4 bekas. Masa mula masak, hampir penuh 1 periuk besar. Patutlah harga sambal ni boleh tahan jugak la kan. Saya setuju harga berapa pun, penat ooo nak membuatnya. Melainkan kalau ada bantuan mesin macam kat kilang tu kan.

Selepas kemas dapur, cuci periuk segala... saya bersuara kat anak... cukuplah sekali mama masak. Kalau teringin, kita beli je la...

Sharhanah

AGLIO OLIO IKAN BILIS

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Saje la nak share resipi sihat daripada KKM ni kan. Buatnya belum🤭. Nanti saya share gambar. Agak sibuk minggu ni haaa.


AGLIO OLIO IKAN BILIS 
Saiz Hidangan: 4

BAHAN-BAHAN :

250 g spaghetti (direbus sehingga masak)
1 biji bawang holand (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 sudu besar ikan bilis (direndam, bilas dan tos - ditumbuk kasar)
2 sudu besar chili flakes
1 sudu kecil serbuk lada putih
4 tangkai daun parsley segar
1 cawan bayam (dipotong kecil)
3 sudu besar minyak zaiton
½ sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN :

Rebus terlebih dahulu spaghetti di dalam air mendidih
Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana
Tumiskan bawang holand dan bawang putih hingga kekuningan
Masukkan ikan bilis, chili flakes, lada putih dan garam seterusnya masak hingga kekuningan
Masukkan spaghetti dan gaul sebati.
Tambahkan sedikit air
Masukkan daun parsley dan bayam.
Kacau sehingga rata
Sedia untuk dihidang

KANDUNGAN NUTRIEN :
1 HIDANGAN : 1 PINGGAN
400 mg sodium / hidangan
Kalori (kcal) : 255
Karbohidrat (g) : 47
Protein (g) : 14
Lemak (g) : 9

Jom cuba!

Sharhanah


NASI GORENG CINA

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Sekarang ni kan, saya buntu untuk mencari idea menu makanan sihat. Dengan kenaikan harga barang makanan, apa pilihan yang ada? Perasan tak, bahan-bahan yang sihat lebih mahal daripada bahan-bahan yang tidak sihat.

Maka tidak hairanlah, orang kita tidak kisah untuk menjaga pemakanan. Asalkan, lapik perut dan kenyang. Sayalah tu.

Kesian betul dekat murid-murid bila kerajaan tidak pantau pemakanan yang dijual di kantin sekolah. Anak bagitau, menu makanan asyik sama. Lebih banyak makanan diproses dijual (nugget, sosej & jajan).

Untung anak-anak yang mana ibu bapa bekalkan makanan dari rumah. Anak saya? Pernah bekalkan, balik sekolah, baki bekalan masih banyak. Bila tanya, dia cakap dia tak suka makan makanan yang dah sejuk. Adoiii la anak. Kalau lapar, bedal je la makan.

Saya sangat suka makanan di wad. Dulu masa anak-anak masih kecil, saya kerap menemani anak bila mereka dimasukkan ke dalam wad. Wad kerajaan ke, swasta ke... menunya, sangat sedap. Kalau bubur ayam, kalah McD. Hihihi.

Saya pula ada gastrik, bila duduk meneman anak di wad... perut saya ok je. Mana taknya, menu disediakan secara sihat dan makan teratur mengikut waktu. Kalaulah menu hospital disediakan di sekolah... agak-agak?

Eh, panjang pula membebel. Jom layan resipi di bawah. Diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Nasi Goreng Cina versi saya

Hidangan menu di hospital swasta.. Ringkas dan sedap

NASI GORENG CINA

Saiz Hidangan: 4


BAHAN-BAHAN :

4 cawan nasi putih

1 ketul dada ayam (dipotong kecil)

½ batang lobak merah (dipotong dadu)

4 tangkai kacang buncis (dihiris)

1 cawan kobis (dihiris halus)

2 biji telur

4 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

2 sudu besar minyak masak

1 sudu besar minyak bijan

1 sudu kecil serbuk lada putih

1 sudu kecil garam

Sedikit bawang goreng


CARA PENYEDIAAN :

1. Panaskan minyak

2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan

3.Masukkan ayam. Masak sebentar

4. Masukkan lobak merah, kacang buncis dan kobis. Kacau sebentar

5. Pecahkan 2 biji telur

6. Masukkan nasi putih dan gaul rata

7. Perisakan dengan garam, lada putih dan minyak bijan

8. Taburkan bawang goreng sebagai hiasan

9. Sedia untuk dihidang


KANDUNGAN NUTRIEN :

1 HIDANGAN : 2 SENDUK

600 mg sodium / hidangan

Kalori (kcal) : 285

Karbohidrat (g) : 30

Protein (g) : 16

Lemak (g) : 11.5

Mi Goreng Ala Mamak

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Lama tak beli mi kuning. Budak-budak dan bapak budak kurang sangat nak makan mi. Tetapi disebabkan lama tak makan, sengaja saya masak. Cari nahas betul la... Hehehe

Tapi, saya masak ala-ala mamak. Yang ni, diorang suka. Kalau mi biasa tu, sampai ke petang tak habis-habis. Sedih. Ke saya tak pandai masak? Huhuhu.

Alhamdulillah, mi ni jadi suka sejak jiran hantar sepinggan. Tapi dah lama la. Saya siap minta resipi. Berani betul kan? Waktu tu mak jiran dari kampung datang sini. Diorang masak banyak gamaknya. Disedekahkan pada jiran yang tersayang. Ekekeke

Bahan-bahannya pun takde la sebijik macam resipi mi kedai mamak tu. Nak kena ada cucur, tauhu goreng... Yang ni sangat simple. Tambah dua sudu rempah kari daging semasa menumis. Saya letak sebijik kentang dipotong kecil. Wajib letak telur ayam waktu menggoreng.

Tadaaaa...

Mee goreng ala mamak

Alhamdulillah... Mi macam ni memang laku kalau masak dekat rumah. Tak sampai tengahari dah licin. Hati saya pun senang sebab tak sakit mata tengok makanan tak habis di bawah tudung saji.

Kalau tak habis, mula la saya nak merajuk...

"Esok, mama tak nak masak dah!" ayat yang selalu terkeluar dari mulut, tapi... Esok saya masak jugak, tapi menu lain lah.

Sharhanah

Nasi Goreng Paling Mudah

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Siap!

Pagi tadi agak sibuk di dapur. Dah la lapar. Bila tengok ada nasi sejuk, mulalah mencari idea. Apa yang paling senang? Nasi gorenglah.

Bahan-bahannya,

Sepinggan nasi sejuk (nasi tak habis semalam)

2 biji Telur ayam

1 ulas Bawang merah (hiris)

1 ulas Bawang putih (cincang)

1 batang Kacang panjang (potong pendek-pendek)

Separuh Lobak merah (potong dadu)

1 biji Cili padi (potong kecil - nak bagi rasa pedas-pedas sket)

1 sudu kecil garam

Lada sulah (agak-agak je)

Minyak masak

Caranya,

Panaskan kuali. Masukkan minyak masak.

Tumis bawang merah. Kacau. Tumis bawang putih. 

Nampak garing, pecahkan telur. Masukkan lada sulah ke atas telur tadi.

Masukkan garam. Kacau.

Masukkan nasi sejuk. Kacau sehingga sebati. Jangan ada nasi yang masih berketul ya.

Masukkan lobak merah dan kacang panjang. Kuatkan api.

Goreng sehingga nampak garing dan sekata. Tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.


Buat rujukan anak-anak ku nanti, 

Sofea, Arissa, Hariz dan Zahra.

Sharhanah

Nasi Goreng Lagenda

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam Maal Hijrah 1445H.

Teringat mak buat nasi goreng zaman saya kanak-kanak. Sedap betul. Walhal, ada cili kering, bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan je pun. Bahan lain, isi ikan goreng yang tak habis, telur ayam dan sedikit minyak untuk menggoreng.

Saya, kalau dah keluarkan lesung batu tu... Maksudnya tengah mood rajin nak masak🤭.

Bahan-bahan yang saya senaraikan di atas tu perlu tumbuk sehingga lumat. Lepas tu panaskan minyak untuk menumis. Tumis sampai garing dan perasakan dengan garam.

Masukkan isi ikan goreng dan 2 butir telur. Tunggu sebentar, baru masukkan nasi putih. Haa... Apalagi, besarkan api sedikit dan mulalah menggoreng. Biar nasi tu nampak garing dan sekata semua, barulah tutup api.

Tadaaaa.... 

Saja letak ayam goreng sebagai umpan untuk  anak-anak.

Pagi 1 Muharam yang mendung,

Sharhanah

Resipi Koey Teow Goreng

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya ni, asalnya tak pandai masak pun. Bila masak je, rasa tak sedap. Bila dah jadi isteri, baru kalut nak belajar. Selalunya akan telefon mak di kampung. Kalau mak sibuk, saya akan google je. Awal 2000-an payah betul nak ada internet. Almaklumlah, pakai Nokia N73. Mahal kemain kalau guna data. Pakej internet pun belum ada lagi.

Terima kasih blogger yang rajin buat posting resipi. Saya pandai memasak sekarang pun disebabkan kerap google resipi orang. Alhamdulillah, semoga kalian mendapat pahala berpanjangan. 

Petang semalam, selepas restock aiskrim Malaysia perut saya lapar sangat. Nampak ada sebungkus koey teow. Apalagi, bersilat lagi di dapur. 

Anak-anak balik sekolah petang. Semua puji kata sedap. Rating 10 katanya! Perghhh 🤔🤔🤔

Koey Teow Goreng

Bahan-bahannya,

1 bungkus koey teow (saya cuci dengan alirkan air di dalam penapis sambil selawat ke atas Nabi)

3 ulas bawang merah - ditumbuk halus

2 ulas bawang putih - ditumbuk halus

2 tangkai cili kering - rendam dalam air panas, lepas tu baru tumbuk halus

3 sudu sos cili

1 sudu sos tiram

2 sudu sos tomato

2 sudu sos ikan

4 sudu kicap

1 mangkuk kecil udang  (buang semua kulit)

Separuh lobak merah - sagat halus

1 tangkai Cili hijau - potong bulat-bulat

1 biji telur ayam - pecah dan pukul manja. Letak sedikit lada sulah.

5 sudu minyak masak

1 sudu garam halus

Bawang goreng - untuk rasa yang ranggup

Cara-caranya,

1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.

2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap dan sos ikan sehingga nampak pecah minyak.

3. Masukkan udang. Kacau sebentar.

4. Masukkan sedikit garam. Kacau sebentar.

5. Masukkan koey teow. Kacau sehingga sekata (tung tang tung tang) Boleh besarkan api yer. Buat ruang kosong di tepi kuali.

6. Masukkan telur ayam. Nampak separuh masak, baru gaulkan koey teow dengan telur. 

7. Masukkan lobak merah dan cili hijau. Kacau sekejap je. Tutup api.

8. Tabur bawang goreng. Siap.dihidang.

Tadaaaa....

Takde kerang pun... Tauge pun takde. Tapi sedap tau.

Memasak ni kan, kalau bahan remeh-remeh tak cukup jangan la risau. Gantikan atau tak payah letak pun takpe. Yang penting bahan paling utama perlu ada. Contoh koey teow. Takde dia, takde la nama resipi seperti di atas🤭

Maka, jangan takut mencuba. Hari-hari memasak, Insha-Allah, akan pandai juga. Walaupun tak sehebat chef, anak-anak pasti akan merindui masakan air tangan ibu. Suami? Apatah lagi.

Saya perasan, lagi simple bahan, lagi sedap rasanya. Ada yang setuju tak??? (Ke saya malas nak ke kedai) 🤔 

Sharhanah

Telur Masak Lemak Lada Hitam

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hasilnya... Semangkuk telur masak lemak lada hitam

Setiap hari kena masak. Kadang sampai kering idea. Masak untuk tengahari pula perlu cepat, sebelum pukul 11 pagi.

Sebab tu, sesudah subuh saya sudah mula mengemas rumah. Siap kemas, baru mula memasak. Sekali stok semua habis daaa. Ada telur ayam je. Jenuh nak fikir nak masak apa. Kari, sambal dan masak kicap selalu duk masak. Jemu lah!

At last, dapat la ilham nak buat masak lemak lada hitam. Lama sungguh saya tak makan. Tiba-tiba rindu masakan mak di kampung. Mak kalau masak menu ni, simple je... Tapi sedap yakmattt.

Bahan utama:

4 biji telur ayam
Santan sesetengah cawan
asam keping 1

Bahan-bahan ditumbuk:

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Kunyit  separuh ibu jari
1 sudu lada hitam

Cara memasak:

1. Tumis sampai garing
2. Masukkan sedikit air. Mendidih, masukkan santan.
3. Perlahankan api.
4. Masukkan telur sebutir sebutir.
5. Biarkan sehingga telur masak.
6. Siap untuk dihidang.

Lepas masak, saya perlu masuk "ofis". Dah selesa nak fokus dengan kerja. Nanti anak balik sekolah pun senang, dia lapar je... cedoklah nasi sendiri. Kalau suami keje syif petang pun senang, pukul 12 tengahari dia akan bersiap-siap untuk keluar bekerja, hidangan semua di atas meja. 

Begitulah tugas suri rumah yang WFH. Mengejar masa dan perlu fikir laju. Sapa kata duduk rumah banyak rileks??? 

Sharhanah

Resipi Biskut Kacang

BISKUT KACANG

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kacang tanah
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan /gula aising
  • 1 cawan minyak jagung (saya guna jenama Daisy)
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 biji kuning telur

Cara-cara:

  1. Sangai kacang tanah dalam air fryer. Suhu 180 darjah celsius, 10 minit
  2. Masa kacang masih suam-suam, boleh ramas kacang untuk keluarkan kulit. 
  3. Sukat 2 cawan kacang tanah dan kisar (jangan terlalu halus atau kasar). 
  4. Ayak tepung gandum dan gula aising.
  5. Tambah garam dalam kacang kisar untuk dapatkan rasa lemak-lemak masin.
  6. Tuang masuk bahan ayak sikit-sikit dan gaul sampai jadi macam serbuk breadcrumb.
  7. Bila dah sebati, boleh tuang masuk minyak jagung sikit demi sedikit dan sambung uli sampai dapat doh yang lembut dan mudah dibentuk.
  8. Bentukkan biskut kacang dan susun atas loyang.
  9. Pecahkan telur dan ambil kuning telur saja. Tambah sedikit pewarna oren (jika suka) dan kacau sebati.
  10. Sapu kuning telur atas biskut. Sapu sikit-sikit je.
  11. Bakar dalam oven suhu 160°C masa 20-25 minit.
  12. Kemudian keluarkan dan sejukkan sebelum simpan dalam balang.
Tip:
  • Kalau nak ganti gula aising dengan gula pasir pon boleh, kisar halus dan kemudian ayak macam biasa.
  • Untuk bentukkan biskut kita boleh sukat doh dengan sudu (measuring spoon), kemudian bentukkan bulat. Cara ni memang senang untuk dapat saiz yang sekata dan tak perlu timbang.
  • Atau satu cara lagi, boleh canai doh tebal anggaran 1 cm dan terap dengan acuan. Boleh buat bentuk macam-macam. Cara terap ni memang cepat.
  • Selepas bentukkan, kita boleh tekan (leperkan biskut) supaya lebih cepat la biskut ni masak, sebab tak terlalu tebal. Kalau bulat sebiji-sebiji takut dalamnya nanti ambil masa la nak masak, takut mentah dalam tu nanti.
Sumber asal: Che Nom

Sesekali Ku Rasa Teringin…

 

Hari ini puasa ganti. Buat lunch siap-siap untuk keluarga. Beria mak depa masak, rupanya sapa pun tak makan sampai ke petang. Baik puasa sekali satu famili😅 Buat penat sungguh la. Depa ni tak dak selera kot kalau mak depa tak makan sekali. Bila buka puasa, penuh meja ngan anak-anak. Apakah?

Hari ini layan customers order eskrem dan tengahari tadi ada order patin masak tempoyak. Pastu sunyi sepi. 

Lepas Asar, masuk "opis" lah. Sebab berjanji dengan anak-anak nak buat biskut mazola. Semua dah teringin! Kebetulan kacang tanah ada baki lepas buat nasi lemak dua hari lepas. Asben dah belikan minyak jagung pagi tadi sebelum pergi keje. Suruh sorang anak pergi beli gula icing dekat kedai bakery tepi rumah. Sorang lagi tukang goreng kacang tanah. Haaa.. Mak depa bagi tugas dah😆

Makan masa betul duk perisi kacang. Pastu nak kisar pula. Settle segala, duk uli untuk jadikan doh... Tetiba ada order masuk....ikan patin masak tempoyak 2. Saya terpaksa stop dulu lah layan doh mazola ni. Layan lain la pula. 

Siap masak... Suruh anak bagi dekat rider, saya sambung buat mazola yang terbengkalai. Lagi setengah jam nak buka puasa, laju-laju bulatkan doh kepada saiz yang lebih kecil ... Ini adalah kali pertama bakar biskut mazola pakai air fryer. Try ikut resepi, 160•c / 20 minit, warna coklat tua plus telur merah bahagian atas jadi agak hangus. So, kali ke-2, saya kurangkan masa sikit kepada 10 minit. Alhamdulillah, kejadian mazola cantik tak macam pertama kali bakar.

Buka puasa saya cuba rasa dia dulu lah... Alhamdulillah... Sedap. Saya refer Resepi Che Nom dan sempat salin lekat dekat pintu peti sejuk. Senang nak buat lagi walaupun bahan dia sangat mudah yakmattt.

Kalau ada yang teringin, cubalah... 

Sharhanah