Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ada sesiapa yang nak bercuti semasa musim sejuk? Jangan lupa bawa termos air panas tau. Sangatlah berbaloi. Lagi-lagi yang ikut agensi pelancongan dan nak jimat.
Setiap pagi sebelum check-out, saya akan masukkan air botol mineral (complimentary) ke dalam cerek elektrik untuk dididihkan. Lepas tu, tuang je ke dalam termos.
Memandangkan jadual perjalanan ni, setiap hari malam check-in dan awal pagi dah check-out (hotel ni tempat mandi dan tidur lebih kurang 12 jam), tidak ada masa nak menikmati secawan kopi di luar jendela sambil melayan pemandangan indah. Saya ambil semua hotel room complimentary refreshments tea, coffee, sugar, milk dan paper cup terus masukkan ke dalam sling bag suami.
Kalau dah rasa sejuk dan dahaga, dalam bas pun boleh jadi kerja. Tuang air panas ke dalam cawan kertas, koyak 1 sachet kopi dan gula, lepas tu kacau. Nikmat yang tidak terperi menikmati air panas di waktu musim sejuk! Kalau kita kat sini, cuaca panas-panas nikmat betul melayan air sejuk. Begitulah selalunya kan.
Sejuk-sejuk memang best layan kopi panas. |
Bukan setakat bancuh air kopi atau teh, saya juga makan mi segera panas-panas. Punyalah nikmat. Mana tidaknya, bawa mi cawan perasa lontong yang pedas. Rindu betul nak makan pedas. Itulah pengubatnya.
Banyak berjasa ni.... |
Kalau yang tak kisah dan malas nak bawa termos, boleh je beli air minuman panas-panas di restoran dan cafe tempatan. Rasa sama je, cuma saya dapat jimat banyak!
Hujan di luar. Sambil buat keje sambil buat entri. Nak hilangkan mengantuk.
Sharhanah
Time cuaca sejuk, dapat nikmati sesuatu yang panas memang syokkk!
ReplyDeleteTermos pun rasa nak buat peluk
DeleteIdea bagus. Selalu sempat sarapan di motel/hotel ketika luar negara jafi hal begini terlepas pandang.
ReplyDeleteMungkin nampak simple sebab tu ramai yang terlepas pandang.
DeleteBaguihnya, nak minum duduk dulu... sunah tu...
ReplyDeleteSuami idaman Malaya..hihihi
DeleteCantik corak termos
ReplyDeleteOrang perempuan kalau dah pilih... hihihi... cuba suruh suami belikan sendiri. Mesti tiada corak dan 1 warna je.
DeleteCorak termos pun dah menarik...π
ReplyDeleteKaum hawa kalau bab memilih corak, memang pandai
Deletetahan 8 jam not bad...skrg ni mcm beli termos tau2 je dah suam air kat dalam tu
ReplyDeleteKena beli yang berkualiti sikit
Delete