🌿 Let's Be Friends

Mesin Basuh Baru Pakai 10 Bulan Dah Rosak

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dah hampir 2 minggu asyik ulang-alik ke dobi depan rumah untuk membasuh pakaian. Terpaksa keringkan terus memandangkan sekarang musim hujan. Maka, banyaklah kos keluar bagai air hujan yang turun membasahi bumi. Al-maklumlah, belum gaji dan penyewa rumah pun belum buat bayaran.

Disebabkan masih dalam tempoh waranti, saya menghubungi khidmat pelanggan (CS) untuk membuat aduan kerosakan. Pada hari ke-3, barulah juruteknik datang ke rumah untuk melihat apa masalahnya.

Mesin basuh saya rosak disebabkan board (2 tahun waranti) dan untuk motor, waranti sehingga 10 tahun. 

Nak beli skrin sentuh sangat kan, sebab canggih dan tak nak ada masalah butang... huhuhu. Langsung tak menyala. Sedih betul.

Dalam drum... masih bersinar bak mata mu

Lagi berdukacita bila juruteknik khabarkan yang alat ganti tiada stok. Perlu tunggu seminggu. Kena menunggu lagilah gamaknya.

Bila genap seminggu, tiada perkhabaran... saya menghubungi semula CS. Saya tak suka hubungi talian bebas tol disebabkan kena caj. Pakej telco yang saya ambil memanglah "unlimited call", tapi tak cover untuk talian tersebut. Sangat makan modal tau!

Betul kata-kata ini....

yang cantik dan canggih tak semestinya tahan lasak. Manja je lebih.

Itulah pilihan perempuan. Adusss

Update: Juruteknik dah datang, ngam 2 minggu juga lah nak settle benda ni semua. Alhamdulillah, 2 barang yang rosak telah diganti tanpa caj. Time-time tu juga la, duit sewa rumah masuk. Alhamdulillah.

Saya tanya juruteknik, kenapa mudah sangat rosak? Jawabnya, mungkin disebabkan kilat. Lepas habis basuh pakaian, patutnya cabut plug dan tutup air. Jangan dibiar suis terpasang. Lagi pun board sangat sensitif dengan lebihan tenaga ni.  Ya, saya pun perasan, ada yang cakap macam tu juga. Kes lupa cabut plug. Dah la aritu kerap guruh dan kilat. Huhuhu. Moga lebih berwaspada lepas ni.

Sharhanah

Baca juga kisah mesin basuh di sini dan warranti di sini.


Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 


Klik pada gambar untuk maklumat lebih lanjut

Blogwalking tadi, jumpa segmen Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com. Tuan rumah baru pertama kali buat segmen. Marilah kita meramaikan peserta memandangkan syarat pun mudah. 

Lekasss!

Sharhanah
Lama tak update blog, tetiba terus join segmen. Hehehe

Cara Top Up Di Aplikasi Unifi Mobile Prepaid

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Untuk menambah nilai kredit secara terus pada akaun prepaid Unifi Mobile, boleh lah menggunakan aplikasi Unifi Mobile Prepaid. Ia lebih cepat dan mudah daripada menambah nilai di perbankan online atau aplikasi lain.

Bila dah masuk ke dalam aplikasi tersebut, anda dibawa ke paparan utama. Jangan tekan "RELOAD" di sini ya.

Kalau tekan reload juga, akan keluarlah imej seperti di bawah. Banyak kali saya kena. Hahaha. 

Kerap kali jadi macam ni

Solusi? tekan "History". Ada imej seperti di bawah.





Bila tekan "reload" di page "history", barulah akan keluar reload methods. Pilih kaedah mana yang anda sukai. Bila nak tambah kredit untuk anak yang jauh, anak akan pilih "Reload Pin" dan masukkan nombor Pin yang diterimanya melalui SMS (saya beli menerusi perbankan online). Agak kesian bila waktu tu telefon anak tiada capaian internet. Macam mana dia nak buka apps ini? Cuba fikir.


Kalau dulu, saya reload nilai Digi Prepaid menerusi perbankan online. Terus kredit masuk tanpa perlu memasukkan nombor pin. Rasanya diorang ni nak suruh kita guna apps sepenuhnya bila menambah nilai. 

Psttt... Penuh apps di dalam telefon. Yang tak guna seperti Facebook.. saya tak install pun. MySejahtera pun saya dah buang.

Sharhanah