🌿 Let's Be Friends

Pengalaman Menggunakan Kereta Sewa Daripada TREVO

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ini adalah pengalaman pertama saya menggunakan perkhidmatan TREVO.

Kenapa saya memilih TREVO?

Sebenarnya saya adalah pengguna tegar SOCAR. Bila merancang ke Pulau Langkawi baru-baru ni, rupanya tiada perkhidmatan SOCAR di sana. 

SOCAR menyarankan saya untuk menggunakan perkhidmatan rakan niaga mereka, TREVO.

Maka, saya pun memuat turun aplikasi Trevo menerusi AppleStore (iOS) atau PlayStore untuk pengguna Android.

Daftar sebagai pelanggan baharu dengan mengemukakan lesen memandu atau pasport (jika ada).

Lepas tu, boleh pilih lokasi dan tarikh perjalanan untuk dapatkan senarai pilihan kereta.

Buat tempahan (pemilik akan mengesahkan tempahan dalam masa 24 jam). Bayaran adalah penuh ye. 

Selepas kereta disahkan, tetapkan masa penghantaran atau pengambilan kereta. Waktu ni saya tengah mengira-ngira waktu sampai di Jeti Kuah.

Awalnya saya memilih pukul 12 tengahari. Tiket feri saya pada pukul 8 pagi. Macam lewat sangat kereta nak diterima. Saya batalkan dan menempah semula dan memilih pada pukul 10 pagi. Jangan risau, wang dikembalikan semula.

Saya menempah sebulan awal. Seharusnya perancangan perlulah dengan teliti, memandangkan pergerakan perjalanan saya semua menggunakan pengangkutan awam dan kereta sewa.

Pada hari yang dirancang, saya tiba di Jeti Kuah dan menerima mesej WhatsApp daripada dasher Trevo (wanita) yang akan menghantar kereta di hadapan 7-Eleven.

Saya menunggu di tempat yang dijanjikan dan kereta dihantar tepat pada masanya.

Perkara pertama yang perlu dibuat adalah memeriksa kondisi kenderaan dengan mengambil gambar 4 sisi kenderaan tersebut. Jangan lupa gambar odometer ya.

Bila semua siap, kunci diserahkan kepada saya. Memandangkan minyak ranap, terpaksalah mencari stesen minyak terdekat.

Proses pemulangan pun sama. Cuma saya pilih tempat pick up di hotel yang saya menginap. Caj penghantaran pun ada yer. Dasher TREVO yang sama datang ambil kereta tersebut. Selesa kan?

So far, ok juga pakai TREVO ni. Cuma yang tak best, petrol tak boleh claim macam Socar. Caj sewaan pun murah termasuk insurans. Sehari saya dapat RM88/day untuk New Avanza. Campur semua dalam RM130 je untuk sehari sewaan.

Apa itu TREVO?

Trevo menawarkan platform yang menghubungkan pengguna (tetamu) dengan hos yang membolehkan tetamu menempah mana-mana kereta yang memenuhi keperluan mobiliti mereka.

Buka aplikasi TREVO semasa menerima kenderaan 


Gambar Odometer pun kena snap ya. Lepas tu isi di ruang yang telah disediakan.


Waktu nak pulangkan pun sama kena perlu snap dan isi

Kereta sewa saya

Kadar harga sewa paling tidak masuk akal di pasaran! Murah dan berbaloi.

Khidmat penghantaran kereta disediakan. (Ada caj)

Aplikasi mesra pengguna. Tiada penetapan waktu. Pengguna boleh pilih hari dan waktu mengikut kemahuan. 

Keselamatan pengguna terjamin. Insurans disediakan. Takde la rasa macam takut je nak guna kereta sewa ni kan.

Pelbagai tawaran untuk dinikmati. Disebabkan saya pengguna baharu, saya dapat diskaun!

Semoga membantu kalian yang travel tanpa memandu kereta sendiri.

Sharhanah


AGLIO OLIO IKAN BILIS

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Saje la nak share resipi sihat daripada KKM ni kan. Buatnya belum🤭. Nanti saya share gambar. Agak sibuk minggu ni haaa.


AGLIO OLIO IKAN BILIS 
Saiz Hidangan: 4

BAHAN-BAHAN :

250 g spaghetti (direbus sehingga masak)
1 biji bawang holand (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 sudu besar ikan bilis (direndam, bilas dan tos - ditumbuk kasar)
2 sudu besar chili flakes
1 sudu kecil serbuk lada putih
4 tangkai daun parsley segar
1 cawan bayam (dipotong kecil)
3 sudu besar minyak zaiton
½ sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN :

Rebus terlebih dahulu spaghetti di dalam air mendidih
Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana
Tumiskan bawang holand dan bawang putih hingga kekuningan
Masukkan ikan bilis, chili flakes, lada putih dan garam seterusnya masak hingga kekuningan
Masukkan spaghetti dan gaul sebati.
Tambahkan sedikit air
Masukkan daun parsley dan bayam.
Kacau sehingga rata
Sedia untuk dihidang

KANDUNGAN NUTRIEN :
1 HIDANGAN : 1 PINGGAN
400 mg sodium / hidangan
Kalori (kcal) : 255
Karbohidrat (g) : 47
Protein (g) : 14
Lemak (g) : 9

Jom cuba!

Sharhanah


Surau MRT - Kemudahan Terbaik

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kerap saya outing bila off-day. 6 hari terperap dalam rumah buat keje je kan, sesekali nak la berjalan juga ambil angin luar. 

Saya prefer naik pengangkutan awam kalau nak ke bandar. Paling mudah naik MRT lah. Kadang ada perjumpaan dengan kawan-kawan lama satu tempat keje dulu.

Minggu lepas, ikut sorang kawan jalan-jalan ke KL Eko Park (Hutan Simpan Bukit Nanas). Turun MRT, naik Monorail pula. Berjalan 1.4 kilometer untuk sampai di destinasi.

Selalunya, saya akan jumpa kawan-kawan. Sebelum Asar dah sampai ke rumah. Takde kuasa nak lama-lama di luar. Sebab anak-anak akan balik sekolah dalam pukul 6 lebih. Selalunya, saya akan solat Zohor di surau stesen MRT.

Turun daripada MRT, terus menuruni escalator. Surau terletak di bawah. Tak perlu keluar. 

Melangkah masuk pun, dah wangi. Saya nyalakan lampu dan pendingin hawa. Letak beg, ambil wudhu. Tempat wudhu pun bersih dan kering.

Ruang ambil wudhu.

Dalam surau. Kemas dan bersih. Hanya ada 3 helai telekung yang bergantung. Kuantiti sikit, mudah untuk kita handle. Takdelah banyak sampai berbau. Saya suka macam ni.


MRT dah start sediakan koc untuk wanita. Saya rasa sangat selesa bila outing secara solo.

Benda yang elok, apa salahnya diwar-warkan. Gantunglah sejadah dan telekung selepas guna. Jika tiada pengguna selepas anda, sila matikan suis lampu dan penghawa dingin juga ya. Sekian, terima kasih.


Sharhanah