Banyak rupanya gambar makanan dalam album saya ke Turkiye. Meh la kita letak di blog, kot-kot ada yang nak tengok atau nak dapatkan idea untuk memasak hidangan yang majoritinya lain daripada yang lain ni. Heeeee.
Kita mulakan masa di KLIA. Disebabkan saya tiba awal, maknanya... kena lapik perutlah dulu. Suami belikan "sandwich ayam berganda", kongsi 2 orang. Ya, Allah... Alhamdulillah, puas makan dan perut kenyang boleh sampai ke Turkiye laaa. Ekekeke. Tebal weh! Sampai tak larat makan.
Sharhanah
Setiap gambar, ada caption hari ke berapa, lokasi dan masa. Walaupun memang dah tak ingat, tapi boleh refer pada details gambar dalam telefon. Cuma masa tu kena adjust 5 jam ketika memasuki zon masa.
DAY 1 03:22 KLIA Tebal giler dan super kenyang! |
DAY 1 11:58 KLIA - MCT by Oman Air Hidangan pertama... Nasi terus dia bagi! |
DAY 1 16:13 KLIA - MCT by Oman Air Mengantuk nak snap isi di dalam. Macam kebab gitu. |
DAY 1 16:08 MCT - IST by Oman Air Menu nasi dan rakan-rakannya. Waktu ni dah tukar penerbangan dari Oman ke Turkiye. Menu no.2 tu, alamak... saya tak reti nak makan |
DAY 2 07:18 Hotel Golden Way Giyimkent, Istanbul Menu lain daripada yang lain... daun tu sedap juga. Maaf, tak tahu nama. |
DAY 2 17:19 Fatih, Istanbul Saya beli jagung bakar. Saja la nak rasa. Orang kata sampai sini, must try. Tapi, sedap lagi jagung rebus Malaysia. |
DAY 2 12:52 Istanbul Lunch... Nasi dan barli 2 benua. Ada kepingan daging yang saya mampu habiskan 2 keping je. Sup labu dan salad yang tak muat nak snap |
DAY 2 16:27 Istanbul Simit... Teringin lama dah nak makan. Sebab banyak berjalan, saya tapau ni. |
DAY 3
01:22
Bursa, Turkiye
Menu dinner... Sebab penat dan mengantuk, suami ambil je apa yang boleh diterima tekak.
DAY 3 01:22 Bursa, Turkiye Hidangan pemanis mulut yang saya ambil. Maaf la, takde info. Ringkas dan sedap. |
DAY 3 07:02 Bursa, Turkiye Sepanjang-panjang hidangan yang disusun... satu pun saya tak rasaπ |
DAY 3 07:09 Bursa, Turkiye Menu breakfast saya. Bijirin dan susu wajib. Saya ambil yang saya makan je. Malas pula nak cuba-cuba, risau membazir. |
DAY 3 14:15 Bursa, Turkiye Roti dan sup labu... Sup tu saya rasa macam makan kuah laksa je. Rasa ikan-ikan sket. |
DAY 4 02:28 Kusadasi/Aydin, Turkiye Hidangan lewat malam. Yang ni saya boleh katakan, menu paling sedap sepanjang trip. Kami sampai lewat disebabkan hujan lebat sepanjang perjalanan nak sampai ke hotel. |
DAY 4 07:19 Sogucak, Kusadasi/Aydin, Turkiye Menu sarapan pagi saya. Kucar-kacir. Hehehe... |
DAY 4 07:20 Sogucak, Kusadasi/Aydin, Turkiye Hidangan sarapan pagi suami. Roti telur tu sedappp. |
DAY 4 13:11 Izmir, Turkiye Hidangan makan malam suami. Apa ntah dia longgok semua sekali. |
DAY 4 19:42 Denizli, Turkiye Dessert...kek batik pun ada |
DAY 5 06:42 Denizli, Turkiye Sarapan pagi sebelum naik belon udara... Suami pun dah mula tak makan banyak. Hihihi. Nak yang pedas-pedas pulak. |
DAY 5 12:52 Dinar, Afyonkarahisar, Turkiye Stop di stesen minyak, saya turun beli ni guna BigPay. Kudapan dalam bas. |
DAY 5 14:56 Afyonkarahisar, Turkiye Hidangan tengahari, baru nak makan weh... Apa benda tak tau lah. Yang pasti ada sup labu. Saya ok je boleh hirup sup labu. Suami dah tak boleh nak telan dah. Hahaha |
DAY 5 15:02 Afyonkarahisar, Turkiye Ada kepak ayam, fries, roti nan dan nasi berbali. |
DAY 6 07:23 Avanos, Nevsehir, Turkiye Sarapan pagi... boleh masuk ni je ha. Hehehe |
DAY 6 12:41 Ortahisar Belediyesi, Turkiye Limau ni manis dan sedap. |
DAY 6 12:46 Ortahisar Belediyesi, Turkiye Orang yang served... unik kan? Restoran kali ni macam makan dalam gua sket. |
DAY 6 12:51 Ortahisar Belediyesi, Turkiye Sedap juga menu ni. |
DAY 6 22:05 Bolu, Turkiye Late dinner... |
DAY 6 22:08 Bolu, Turkiye Late dinner... |
DAY 7 07:18 Bolu, Turkiye Hidangan yang saya tak berani nak rasa. |
DAY 7 07:21 Bolu, Turkiye Buffet breakfast... Roti wajib ada. |
DAY 7 07:21 Bolu, Turkiye Saya makan ni je. |
DAY 7 11:45 Duzce, Turkiye Berhenti di R&R, sebelum dapat nasi... makan roti dulu |
DAY 7 11:45 Duzce, Turkiye Menu wajib ada. |
DAY 7 11:50 Duzce, Turkiye Nasi baru sampai. Eloklah, dah kenyang makan roti. |
DAY 7 19:34 Istanbul, Turkiye Makan malam selepas pulang semula ke bandar Istanbul. Boleh kurus makan ni hari-hari. |
DAY 8 06:55 Istanbul, Turkiye Sedap gila dapat makan mi segera perisa lontong. Buat breakfast. Eh! |
DAY 8 08:17 Istanbul, Turkiye Lepas makan mi segera pedas di bilik, baru la saya turun makan. Ambil ni je untuk hilangkan pedas. |
DAY 8 15:35 Istanbul, Turkiye Kebab di tepi Grand Bazaar. RM52 sekali dengan 1 tin air Coca-cola. Harga Yahudi ke apa ni??? |
Penerbangan balik (1 pagi) ke Muscat (sampai 6 pagi), transit sehingga pukul 9 pagi dan seterusnya berlepas ke Kuala Lumpur (sampai 8 malam). Ni je hidangan yang sempat saya snap.
DAY 9 09:32 Oman Air |
Ada beberapa hidangan yang saya tak snap dek tertido waktu penerbangan. Satu, sebab phone saya dalam hand luggage. Atas kepala. Nak ambil susah sebab ada mat saleh lena. 13 jam dalam perut kapal terbang. Punya la mengantuk. Sebenarnya, saya jarang betul tidur dalam setiap perjalanan. Tapi, yang ini... boring yakmat. Nak tengok movie pun tak lalu. Lagi-lagi kena duduk di seat bahagian aisle. Mati kutu. Dapat 2x je seat bahagian tingkap.
Dan ada sekali saya tak turun makan malam di hotel sebab malas nak turun. Lagi satu, makan tengahari dekat hentian tu... ntah lupa ke nak snap. Tapi apa-apa pun, hidangan dia lebih kurang je.
Sampai je KL, kami balik naik Grab, singgah ambil kereta di tempat kerja suami. Terus singgah di gerai makan. Hahaha. Rindu oiii, lagi-lagi Tomyam!
DAY 9 22:21 Kedai makan tepi rumah Uwaaaa... rindunya nasi dan Tomyam Seafood |
Sharhanah
Besar2 nya jagung dia!
ReplyDelete1 pun jenuh nak habis
Delete