🌿 Let's Be Friends

Diumumkan... Pemenang Bagi Segmen "Pencarian bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024"

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, ada 24 peserta yang menyertai segmen saya untuk anjuran kali pertama ini. Untuk mengetahui 10 peserta bertuah itu, sila layan video pendek ni ya. Anak bongsu saya yang pilih. 


Segmen pertama kali ni mungkin ada banyak kelemahan. Insha-Allah, bila follower cecah 100 orang, kita buat giveaway pula ya. Kepada yang tak berjaya jangan risau, saya tetap akan blogwalking dan support blog korang.

Bukan senang nak jadi penganjur, hehehe...

Sharhanah

Penyertaan Telah Ditutup: Pencarian Bloglist Untuk Blog Sharhanah Sepanjang 2024

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dengan ini, penyertaan segmen "Pencarian Bloglist Blog Sharhanah" telah DITUTUP. Terima kasih kepada blogger yang sudi meluangkan masa menyertai segmen ini.

Senarai peserta boleh disemak dengan menekan pautan pada banner di bawah. Kalau ada nama peserta yang tercicir, boleh inform saya.

Klik pada banner untuk lihat senarai nama peserta.

Saya akan mengumumkan 10 peserta yang tersenarai dalam masa terdekat. Tunggu.....

Sharhanah

Taman Tasik Titiwangsa - Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kali terakhir saya ke Taman Tasik Titiwangsa entah tahun bila. Tak berapa ingat. Masa anak baru 2 orang, saya kerap ke sini bila suami ada event. Lepas tu, terus tak datang dah. Punyalah lama. Hilang ingatan terus. 

Baru-baru ni, saya datang lagi. Kali ni bawak anak 4 orang. Si bongsu dan abangnya memang tak pernah sampai. Kebetulan si bongsu celik di zaman bapaknya sudah bertukar kerja. Tiada lagi cuti dihujung minggu. Ditambah lagi dia membesar di zaman PKP. Maka, sedikit teruja budak tu.

Saya rasa banyak dah berubah. Nampak lain sangat. Kami brisk walk sepanjang tasik selepas hujan. Sayangnya, nampak banyak sampah sarap dimerata-rata tempat. Sakit mata saya ni hah. View dah cantik, tapi sampah tak boleh blah.

Dengan keluasan 114 ekar, kalau kutip sampah... agak-agak banyak mana yer dapat? 

Eh, lari tajuk.

Kami singgah di taman permainan. Ada Taman Air Kanak-Kanak. Menyesal anak bongsu saya tak bawa baju salin. Merengek dia. Yer la, bukan merancang nak datang pun. Terjah je. Si abangnya, boleh lah melayan permainan mencabar ala-ala obstacle course atau jungle gym tu. Kedua-duanya bersebelahan je pun.

Anak-anak dara saya, pilih lokasi untuk ‘outdoor shooting’ sebab pemandangannya tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit. Dalam kolam pula ada bunga teratai dengan 3 warna (putih, biru dan merah jambu). Memang tukar moodlah.

Waktu ni nyaman sangat sebab kena tempias air pancut.

Closed up gambar bunga teratai. Masya Allah, hebat ciptaan Allah
Kalau boleh nak pusing semua 
Pemandangan tenang berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit.
Taman yang disukai anak-anak yang lasak
Lasak? Si bongsu saya ni... Nanti kita panjat pokok plak. Hihihi
Rambu(t) Rambu(t) Temple of Togetherness 2023... Dari jauh nampak macam rumah nanas, rupanya penyapu lidi.
Cantik pokok ni.
Pokok nyiur
Pemandangan tasik. Ada pengunjung yang berkayak dan menaiki sampan kayuh. Kalau anak-anak yang besar ni ajak naik, saya okey je. Masalahnya, diorang tak suka aktiviti yang berisiko😑

Cuma suami je la, kalau bawa joran pasti dia memancing. Cuma sekarang ni tak tahu pula boleh memancing ke tak. Sebab dulu-dulu memang dibenarkan memancing. Kerap ada pertandingan memancing di sini.

Dekat sini juga boleh berkayak dan berbasikal. Kalau kereta muat, saya dah bawa basikal dari rumah. Terpaksalah menyewa dengan harga RM10 untuk 1 basikal. Nak berkelah pun best ni. Kalau musim hujan memang tak sesuai nak feeling-feeling makan atas tikar di bawah pohon rendang. Mampu duduk bawah pondok je. Hehehe

Kami juga melayan Kanopi Banjaran Titiwangsa dan Laman Kerawang (Taman Maze). Seronok juga. Sampai berpeluh-peluh. Syukur ada air kosong dari rumah. Masih sejuk dalam termos. Saya dah praktikkan bawa air kosong sejuk ke mana-mana saja kalau saya outing. Minum air manis tak puas, nak air kosong jugak.

Selepas basikal sewa dipulangkan pada pukul 6.45 petang, kami pun berangkat untuk pulang ke rumah. Rasa macam nak datang lagi je, tapi waktu pagi lah. Insha-Allah. Tapi, bila fikir keadaan sampah dan jarak 24KM nak sampai ke sini dari rumah, jadi terus malas. Baik ke taman tasik yang berdekatan je.

Psttt... patutnya snap sampah-sarap kan... asyik highlight yang indah-indah je😌

Sharhanah