🌿 Let's Be Friends

AGLIO OLIO IKAN BILIS

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Saje la nak share resipi sihat daripada KKM ni kan. Buatnya belum🤭. Nanti saya share gambar. Agak sibuk minggu ni haaa.


AGLIO OLIO IKAN BILIS 
Saiz Hidangan: 4

BAHAN-BAHAN :

250 g spaghetti (direbus sehingga masak)
1 biji bawang holand (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 sudu besar ikan bilis (direndam, bilas dan tos - ditumbuk kasar)
2 sudu besar chili flakes
1 sudu kecil serbuk lada putih
4 tangkai daun parsley segar
1 cawan bayam (dipotong kecil)
3 sudu besar minyak zaiton
½ sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN :

Rebus terlebih dahulu spaghetti di dalam air mendidih
Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana
Tumiskan bawang holand dan bawang putih hingga kekuningan
Masukkan ikan bilis, chili flakes, lada putih dan garam seterusnya masak hingga kekuningan
Masukkan spaghetti dan gaul sebati.
Tambahkan sedikit air
Masukkan daun parsley dan bayam.
Kacau sehingga rata
Sedia untuk dihidang

KANDUNGAN NUTRIEN :
1 HIDANGAN : 1 PINGGAN
400 mg sodium / hidangan
Kalori (kcal) : 255
Karbohidrat (g) : 47
Protein (g) : 14
Lemak (g) : 9

Jom cuba!

Sharhanah


Surau MRT - Kemudahan Terbaik

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kerap saya outing bila off-day. 6 hari terperap dalam rumah buat keje je kan, sesekali nak la berjalan juga ambil angin luar. 

Saya prefer naik pengangkutan awam kalau nak ke bandar. Paling mudah naik MRT lah. Kadang ada perjumpaan dengan kawan-kawan lama satu tempat keje dulu.

Minggu lepas, ikut sorang kawan jalan-jalan ke KL Eko Park (Hutan Simpan Bukit Nanas). Turun MRT, naik Monorail pula. Berjalan 1.4 kilometer untuk sampai di destinasi.

Selalunya, saya akan jumpa kawan-kawan. Sebelum Asar dah sampai ke rumah. Takde kuasa nak lama-lama di luar. Sebab anak-anak akan balik sekolah dalam pukul 6 lebih. Selalunya, saya akan solat Zohor di surau stesen MRT.

Turun daripada MRT, terus menuruni escalator. Surau terletak di bawah. Tak perlu keluar. 

Melangkah masuk pun, dah wangi. Saya nyalakan lampu dan pendingin hawa. Letak beg, ambil wudhu. Tempat wudhu pun bersih dan kering.

Ruang ambil wudhu.

Dalam surau. Kemas dan bersih. Hanya ada 3 helai telekung yang bergantung. Kuantiti sikit, mudah untuk kita handle. Takdelah banyak sampai berbau. Saya suka macam ni.


MRT dah start sediakan koc untuk wanita. Saya rasa sangat selesa bila outing secara solo.

Benda yang elok, apa salahnya diwar-warkan. Gantunglah sejadah dan telekung selepas guna. Jika tiada pengguna selepas anda, sila matikan suis lampu dan penghawa dingin juga ya. Sekian, terima kasih.


Sharhanah

View Point Wang Kelian - Destinasi Unik!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Seusai kami solat Subuh di homestay, kami bergerak terus ke Wang Kelian. Perjalanan mengambil masa kurang setengah jam untuk sampai ke sana.

Ramai juga pengunjung. Harga tiket masuk ialah RM2 untuk dewasa manakala kanak-kanak hanyalah RM1. Ada pilihan untuk ke view point dengan berjalan kaki atau menaiki "buggy" yang dikenakan bayaran sebanyak RM3/pax.

Kami memilih untuk berjalan. Perjalanan dalam 50 meter dan sedikit mendaki. Eloklah untuk senaman di pagi hari. Biar bersemangat sikit anak-anak ni.

Baru je berjalan naik, pandang sebelah kiri, kami dihidangkan dengan pemandangan "awan karpet". Subhanallah, inilah pertama kali dalam sejarah hidup dapat menyaksikan pemandangan sebegini. Pernah mencuba di Bali pada tahun 2014, tetapi hampa.

Bagaimana ia terbentuk?

Gerakan perlahan wap udara sejuk dari permukaan bumi membentuk gabungan kepulan kabus mampat menghasilkan fenomena ‘awan karpet’ yang memutih.

Sama seperti mereka yang mencintai dan menghargai keunikan ‘kerja’ Maha Pencipta, saya terkesima menyaksikan keindahan dunia yang sukar digambarkan menerusi kata-kata. Sebaik ia dirakamkan di minda, kemudian sematkan di hati.

Dengar kata, ada pengunjung dari Kuala Lumpur yang datang 3 hari berturut-turut untuk melihat keindahan ini tetapi awan tersebut tidak terbentuk. Rupanya rezeki kami sekeluarga dapat melihat fenomena ini. Alhamdulillah.

Pemandangan bagai di atas kayangan.


Embun pagi dapat dilihat di setiap permukaan daun-daun yang menghijau. 

Kami menapak sehingga ke tempat tinjau. Konon kami yang terawal, rupanya sudah ramai pengunjung berada di sini. Masing-masing mengambil peluang bergambar untuk dijadikan kenang-kenangan.

Cantik sangat panorama dari sini. Disebabkan berawan karpet, hanya kelihatan puncak-puncak bukit. Saya bayangkan, kami berkhemah sambil menikmati sarapan pagi dengan view indah macam ni. Malam pula layan milky way. Perghhh!

Dalam ralit melayan view, tiba-tiba ramai pengunjung yang beralih arah ke sebelah hutan. Betul-betul sebelah dengan Wang Kelian landmark signboard.

Dari jauh nampak sepasang burung hantu yang sangat besar bertenggek di atas dahan pokok. Saya rasa saiz anak bongsu saya yang berumur 8 tahun. Pemerhati burung memang tak akan lepaskan peluang untuk merekodkan spesis burung jenis ini. 


Beberapa minggu dah balik ke rumah, barulah terbaca ada berita mengenai burung hantu ni.

Pemerhati burung dari Singapura dan Hong Kong sanggup datang kerana Perlis mempunyai banyak spesies burung yang unik dan jarang ditemukan di tempat-tempat lain. Tujuan mereka merekodkan gambar burung itu adalah sebagai hobi, pemantauan, analisis, kerjaya dan sebagainya dengan mencari kelainan di negeri ini.


Si sulung dan si bongsu. Sepasang burung hantu bertenggek di dahan pokok tinggi belakang mereka.

Tak pernah jemu.... Boleh nampak Bukit Chabang.

Pemandangan ke arah Empangan Timah Tasoh pada pukul 7.30 pagi. Masih berawan guys.

Awan karpet semakin menipis.

View mengadap cahaya matahari. Tanda arah beberapa negara

Keempat-empat anak saya. Sayang betul nak tinggalkan view macam ni. Mari kita snap satu kali!

Semakin lama semakin ramai pengunjung tiba. Kami pun beransur untuk pulang. Masih ada sehari lagi untuk kami explore bumi Perlis. Ternyata percutian ini meninggalkan kenangan yang paling indah untuk dikenang.

❤️ Perlis

Sharhanah