Selesaikan Urusan Satu Persatu

Pergi dalam pukul 3 petang, takde la ramai pelanggan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kurang 2 minggu lagi, Sofea dah nak lapor diri di universiti. Sekejap betul masa berlalu! Minggu lepas dia dah pun berhenti kerja sambilan. Jadi, minggu ni dan minggu depan memang fokus kami 100% untuk selesaikan segala dokumen dan bayaran yuran bagi Semester 1.

Zaman sekarang ni memang semuanya dihujung jari. Semua dokumen tak perlu pos atau hantar serah serah tangan lagi, semua kena upload masuk dalam sistem je. Sangat mudah! Dalam proses ni, banyak sebenarnya perkara baharu yang saya belajar tentang sistem pengurusan universiti sekarang.

Yuran semester pertama termasuk penginapan hampir cecah RM3K . Alhamdulillah... kami ambil sikit daripada hasil tabungan Sofea sejak kecil sementara dia nak dapat biasiswa/pinjaman nanti. Hasil gaji kerja part-time dia selama hampir 4 bulan tu pulak, dia rancang nak guna untuk beli laptop baru dan barang keperluan untuk bawa ke sana nanti. Sikit sebanyak dapat juga ringankan beban, kan?

Tapi, dalam mudah-mudah urusan ni, ada juga terselit 'cabaran' kecil. Masa nak buat pembukaan akaun bank hari tu, kami terpaksa juga pergi ke kaunter bank sebab Sofea tersalah pilih produk masa daftar online. Tapi Alhamdulillah, semuanya dah selesai dengan bantuan staf bank.


Doakan urusan pendaftaran dan perjalanan Sofea ke menara gading dipermudahkan ya semua! 

-Sharhanah

6 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan. 3 org anak sy sdg belajar di U skrg. hidup kena berjimt-cermat skrg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin... saya baru je masuk fasa ni. 3-4 tahun juga ni nak melaluinya. Adik diploma 3 tahun dan si kakak ijazah 4 tahun. Nampak gaya macam Abam Kie gitau tu, saya pun perlu berjimat-cermat juga ni.

      Padam
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan buat sofea.. Cabaran menuju ke manara gading bermula.. Yuran semester 1 sampai RM3k jugak tu... Betul la saya pun kena mengumpul dari sekarang sebab anak ramai 4 orang huhuu.. Setuju dgn Abam Kie kena berjimat cermat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin... ya, dah bermula cabaran ni sejak si adik masuk Julai lalu. Bersambung pula dengan si kakak. Banyak modal rupanya. Kita dulu ratus-ratus je.

      Padam