![]() |
| Macam sama tema je |
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Akhirnya, selamat sampai jua ke tangan saya hadiah yang dinanti pada 26hb bersamaan hari Sabtu. Sebelum tu, SA ada balas emel saya dan maklumkan yang emel saya rupanya masuk ke folder spam.
Walaupun sekadar hadiah saguhati, hati saya tetap berbunga sebab dapat beg yang cantik dan praktikal. Memang sesuai sangat nak dibawa untuk aktiviti santai atau jalan-jalan. Boleh la isi apa yang patut.
Terima kasih banyak kepada SA yang menguruskan pengeposan hadiah sampai ke depan pintu rumah. Semoga Allah membalas segala kebaikan dan usaha SA dengan rezeki yang lebih luas, berkat dan melimpah ruah.
Rezeki itu tak pernah salah alamat. Bila Allah dah tetapkan, insha-Allah sampai juga pada waktunya. Alhamdulillah.
- Sharhanah ❤

Tahniah.Cantik bag ni =D
BalasPadamTerima kasih π₯°
PadamAlhamdulillah selamat sampai..terima kasih atas support ye Sharhanah..eh..cantik plak bag tu...terus rasa terberkenan plak....acaner ni....
BalasPadamSama-sama. Hehehe.. SA kena beli lagi satu π
PadamTahniah. Bestnya hadiah beg.
BalasPadamTerima kasih. Tambah koleksi ☺️
PadamAlhamdulillah tahniah puan! Cantik sangat begnya, nampak klasik dan bergaya.
BalasPadam