Rezeki Di Pagi Jumaat!


Eh, blog kita la!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selepas Subuh, saya buatlah rutin macam biasa iaitu mengemas rumah sebelum mulakan tugas sambil dengar slot Assalamualaikum thru phone je untuk tambah ilmu. Lepas settle submit apa yang bos minta, saya pun buka blog.


Jalan-jalan pagi ke blog orang macam senaman kaki juga.  Walaupun kaki tak ke mana, jari yang berjalan sana sini. Hehehe. Sekali tengok, SA buat posting pemenang giveaway beliau. Saya pun terus buka dan baca ayat demi ayat.

Tengok nama pemenang... tiada rezeki

Tapi bila sampai ayat bawah-bawah tu, SA bagitahu yang beliau nak pilih juga pemenang saguhati. Terus saya jadi tak sabar nak tahu siapa yang bertuah.

Ya Allahhh... nama blog saya tersenarai!

Syukur sangat dan terus rasa happy. Maklumlah, semalam masak bihun goreng pun tak jadi, murung satu hari. Hahaha! Hari ni dapat berita gembira pula.

Terima kasih banyak-banyak buat blogger SA sebab rajin buat giveaway dan sentiasa memeriahkan dunia blog. Semoga SA murah rezeki selalu. Seronok betul bila ada aktiviti macam ni dalam kalangan blogger. 

Nanti saya hantar emel ya, SA. Terima kasih sekali lagi!

Sharhanah

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Tahniah kerana dapat juga hadiah saguhati. Teruskan mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih AK. Insha-Allah, ada masa boleh je join mana-mana giveway.

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah, kita hanya berusaha mencuba. Allah yang tentukan rezeki.

      Padam
  3. Tahniah Sharhanah, menjadi salah seorang dari pemenang saguhati GA dari blogger SA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupanya Diela pun pemenang saguhati ya πŸ˜€. Tahniah!!!

      Padam