▼

Setiap minggu bermula dengan hari Isnin


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hujung minggu penuh dengan jemputan rumah terbuka. Bila masuk hari Isnin, kena recharge tenaga semula. Lemau lah, walaupun saya bekerja dari rumah je. Rasanya saya perlu susun semula jadual harian saya ni. Impian dah ke laut😵

24 Syawal 1444H,

Sharhanah

NASI LEMAK VERSI KEBANYAKAN KEDAI MAKAN

Sepinggan nasi lemak bersama telur mata

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Saya ni orang kampung yang jarang makan di restoran. Sejak kecil sampai remaja, kenal nasi lemak dalam bungkusan daun pisang je. Basic. Ada sambal tumis, ikan bilis, kacang tanah dan hirisan timun. 

Hati-hati dengan not RM20!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru-baru ni, bagi dekat anak bongsu sekeping not RM20 untuk beli makanan kucing jalanan. Beria-ria dia nak beli sendiri. Saya pun, okeylah sebab nak ajar dia kira baki nanti. Dalam sling bag hanya ada sekeping not RM20 dan 3 keping not RM1. Saya hulur RM3, dia kata mana cukup. Pandai betul budak ni.

Cerita Raya 1444H

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada rakan pembaca sekalian. Semoga amalan di bulan Ramadan diterima dan dosa-dosa kita mendapat keampunan oleh Allah.

Raya tahun ini, agak lain ceritanya.