Jadilah Orang Yang Bersikap Tenang

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pernah tengok tak seseorang yang suka meninggikan suara dan menjerit bila marah? Kita pula jadi takut.

Orang yang lebih matang dan bijak biasanya memilih untuk berdiam diri. Mereka memahami bahawa berdebat dengan orang yang marah tidak akan membawa hasil yang baik.

Sikap tenang dan diam menunjukkan kekuatan mental dan kematangan emosi.

Latih Diri untuk Tenang

Apabila berdepan dengan provokasi, tarik nafas dalam-dalam dan berfikir sebelum bertindak.

Fokus pada Penyelesaian

Alihkan perhatian kepada penyelesaian masalah daripada bertengkar.

Berdiam Diri Bila Perlu

Kadang-kadang, berdiam diri adalah respon terbaik.

Sumber: PHM

Diam itu bukan sekadar diam. Diam itu ada makna dan tujuan ;)


4 comments:

  1. Pernah...kat office akak ramai...hehehe...orang dah tua2 ni nak tenang- tennag aje..dia nak jerit kadang x tentu hala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia belom matang dan memilih tindakan untuk jadi orang yang kurang bijakπŸ₯²

      Delete
  2. Semoga kita sentiasa tenang dalam apa jua keadaan... Kena selalu doa moga Allah kurniakan kita sifat mahmudah dan dijauhkan dari sifat mazmumah amin

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...