🌿 Let's Be Friends

MRT KAJANG LINE - Stesen Bas Jalan Pekeliling

Sudah 2 tahun saya tidak aktif menaiki keretapi 😂 dan tiba-tiba terpaksa pula mengajar anak. Sudah pula masa diberi kurang daripada sejam! Kalau tak, anak saya akan tertinggal bas.

Sebelum pergi, saya Google dulu.

(Eh, dah ada PUTRAJAYA LINE. Sayangnya, belum beroperasi secara rasmi. Kalau tak, saya perlu tukar train di Stesen MRT TRX dan naik PUTRAJAYA LINE untuk turun di Stesen MRT TITIWANGSA)

Sampai di kaunter saya tambah nilai Mykad anak saya sambil bertanya pada kakitangan yang bertugas untuk kepastian. Risau juga, sudahlah masa suntuk... Saya buat pula bodoh sombong, memang cari pasal lah! Malu bertanya, sesat jalan weh.

Saya perlu turun di Stesen MRT MALURI/MRT MERDEKA dan tukar ke LRT AMPANG LINE. Ya, ini adalah pengalaman pertama kali nak ke Stesen bas tersebut. Pernah dengar, sampai jer belum😅. Kalau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) saya tahu lah.

Semasa berjalan ke LRT AMPANG LINE, kena pastikan kita di platform yang benar. Ya, tunggu train yang menghala ke Sentul Timur ok. Bukan yang menghala ke Ampang. Itu cari pasal nak tambah masa😇

Saya beberapa kali tengok jam. Macam tak sempat jer. Saya mampu berdoa dalam masa kecederaan ini agar Allah mudahkan kami agar selamat sampai pada pukul 1. Bayangkan, saya masih perlu melalui lagi 9 stesen lagi. Walhal, tinggal lagi 15 minit jer.

Kami turun di Stesen LRT TITIWANGSA. Dengan berlari anak melalui jejantas, dan sampai ke Stesen Bas Jalan Pekeliling tepat jam 12.59!!! Rasa macam nak nangis weh. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Balik, saya lebih rileks. 

Senang nak ke mana pun 




Dengarnya, awal Jun nanti MRT Putrajaya Line akan mula beroperasi 

Moga entri ini dapat membantu orang yang macam saya ni. Dah lama sangat bertapa dalam rumah🤭

Sharhanah

Kain Pelikat/Batik Halus Lembut

Saya ada stok kain sarung untuk dijual. Meh la cuci mata.

Kain pelikat / batik dewasa D ELINA adalah daripada jenis fabrik 90% kapas dan 10% polyster. Bukaan (bidang) adalah 38 inci, labuh 46 inci dan semua kain ini telah siap dijahit. Senang kan.

Kain ini jenis halus dan lembut. Ia juga selesa dipakai sebab kain ini jenis serap air dan tak panas.

Untuk yang terer menjahit, kain ini boleh dijadikan seluar, baju kurung dan baju kemeja. Rajin ngan tak rajin jer. Saya upah tukang jahit buatkan seluar anak-anak saya. Lepas raya kot baru siap.

Oh ya, kain jenis ini 💯% basuh tak turun kaler tau. Warnanya semua cantik-cantik. 

Kod: 020
Available

Kod: 037
Available

Kod: 033
Available

Kod: 027
Available

Kod: 040
Available

Kod: 025
Available

Kod: 021
Available

Kod: 031
Available

Kod: 038
Available

Kod: 026
Sold out

Kod: 039
Available

Kod: 017
Available

Kod: 019
Available

Kod: 023
Available

Kod: 028
Available 1 jer

Kod: 030
Available

Kod: 022
Available

Kod: 016
Available

Kod: 035
Available

Kod: 032
Available

Kod: 034
Available

Kod: 018
Available

Kod: 029
Available

Kod: 024
Available

Kod: 036
Available

** Warna kain sedikit berbeza pada gambar kerana faktor pencahayaan

Kod: 013
Available

Kod: 010
Available 1 jer

Kod: 008
Available

Kod: 004
Available

Kod:002
Available

Kod: 003
Available

Kod: 011
Available

Kod: 012
Available

Kod: 007
Available

Kod: 005
Available

Kod: 009
Available

Kod: 015
Sold out

Kod: 001
Available

Kod: 006
Available

Kod: 014
Available

Kalau ada yang nak membeli, boleh terus hubungi saya yer. Pilih kod untuk semak ketersediaan. Kain ini saya jual RM15 sehelai. Kalau beli 4 helai, jumlah hanya RM50 sahaja. 

Sharhanah

Dalam Bisnes Hati Perlu Tenang


Dalam perjalanan menghantar anak pulang ke asrama.

Kawan-kawan, dalam berniaga ini kalau orang cakap produk kita mahal, itu tandanya dia bukan pelanggan kita.

Kalau orang cakap produk kita nampak murah, iya itu juga bukan pelanggan kita.

Tak usahlah merungut, meroyan dan merentan bagai di media sosial hanya kerana seorang dua pelanggan yang bising begitu begini.

Di Malaysia ada 32 juta penduduk. Kalau 2 orang bising cakap gitu gini, maksudnya kita ada lagi 31,999,998 peluang untuk jual produk kita.

Tenang. Allah takkan beri mudah-mudah. Allah suruh kita belajar tenangkan hati dahulu. Bisnes bukannya benda senang buka meja kemudian jutaan manusia terus beli. Bisnes ialah tentang bantu orang lain. Banyak benda nak kena buat, fikir, rancang, belajar, baiki dan sentiasa rendah diri.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad