🌿 Let's Be Friends

Dalam Bisnes Hati Perlu Tenang


Dalam perjalanan menghantar anak pulang ke asrama.

Kawan-kawan, dalam berniaga ini kalau orang cakap produk kita mahal, itu tandanya dia bukan pelanggan kita.

Kalau orang cakap produk kita nampak murah, iya itu juga bukan pelanggan kita.

Tak usahlah merungut, meroyan dan merentan bagai di media sosial hanya kerana seorang dua pelanggan yang bising begitu begini.

Di Malaysia ada 32 juta penduduk. Kalau 2 orang bising cakap gitu gini, maksudnya kita ada lagi 31,999,998 peluang untuk jual produk kita.

Tenang. Allah takkan beri mudah-mudah. Allah suruh kita belajar tenangkan hati dahulu. Bisnes bukannya benda senang buka meja kemudian jutaan manusia terus beli. Bisnes ialah tentang bantu orang lain. Banyak benda nak kena buat, fikir, rancang, belajar, baiki dan sentiasa rendah diri.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad

Senarai Lebuhraya Terkini (setakat April 2022) Yang Menggunakan PayDirect

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Buat yang belum tahu, Kad Touch ‘n Go ialah kad pintar dengan cip MIFARE, urus niaga yang hanya boleh dilakukan apabila kad terhubung dengan card reader. Oleh itu, untuk reload semula kad TNG, melalui e-Wallet memang TAK BOLEH.

Ada caranya. Kad Touch ‘n Go korang tu perlu diaktifkan pada aplikasi TNG eWallet dengan melakukan beberapa langkah. Bila dah aktif, kita boleh SEMAK BAKI dan SEJARAH penggunaan kad itu. Itu sahaja.

Nak tambah nilai, hanya top up di aplikasi TNG eWallet pada telefon pintar korang. Bila korang top up tu, ia BUKAN menambahkan nilai pada kad tu, tetapi hanya pada aplikasinya.

Buat mereka yang menggunakan RFID, penolakan  terus pada e-Wallet. Tetapi malangnya, tidak semua lebuhraya di Malaysia ini tersedia dengan lorong RFID.

Manakala yang tidak menggunakannya, terpaksalah menggunakan "orang tengah". Ya, penggunaan PayDirect, dimana kad Touch ‘n Go yang kurang baki boleh digunakan semasa menggunakan lebuh raya yang *terpilih sahaja. Nilai akan ditolak pada akaun e-Wallet korang. Bukan pada kad Touch ‘n Go.

Sebab tu korang kena tahu lebuh raya mana yang menyediakan perkhidmatan PayDirect. Sebab saya ni dah banyak kali terkena😅. Reload banyak-banyak di apps, sekali palang tak terbuka. Rupanya highway tu takde PayDirect weh. At last, kena top up kad di situ. Tak pasal-pasal menyusahkan pengguna di belakang. Kita pula dah kena keluar duit tunai lagi. Konon nak cashless... Hambikkkk!

Saya selalu ke Temerloh. Hampir setiap bulan. Dua tol pakai PayDirect... Dua lagi tak. Sebab tu saya perlu juga top up kad Touch 'n Go. Huhuhu... Bila la lagi dua highway nak buat PayDirect? Malas saya nak buat kerja dua kali😔

Haa... Jom tengok senarai * lebuh raya yang sudah ada PayDirect; 



So, keraplah semak pada pautan ini untuk sebarang kemaskini lebuh raya yang dah boleh guna PayDirect. Sekian.

Sharhanah

 

Pre-Authorization Debit Tanpa Kebenaran

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Baru-baru ini saya perasan terdapat transaksi yang sangat mencurigakan.  Mula-mula amaun yang kecil. Saya belum terkesan disebabkan amaun itu dipulangkan semula. So, tak perlu nak risau dan semak kepala.

Ambil dan pulangkan semula... Ok, boleh rileks lagi

Yang saya tahu, pre-auth atau pra-kebenaran ialah penahanan sementara bagi jumlah tertentu baki yang tersedia pada kad kredit atau debit sehingga peniaga melakukan penyelesaian yang mana jumlah sebenar yang dicaj akan dikenakan ke akaun pemegang kad.

Selalunya, potongan pendahuluan akan dibuat daripada akaun bank bagi bayaran petrol, hospital atau hotel yang dilakukan menerusi kad Debit.

Setahu saya, pada tarikh 29 Mac saya tidak melakukan apa-apa transaksi untuk tujuan bayaran seperti petrol apatah lagi nak tempah hotel atau bayaran di hospital. Buat masa ni saya sekeluarga sihat walafiat. Keluar rumah pun tidak wehhh😂

Sehinggalah pada tarikh 8 April. Ada lagi pre-auth Debit. Amaun kali ini main ratus-ratus pula. Waktu tu, dalam kepala saya terfikir, buat apa nak gelabah, nanti mesti refund balik lah. Konon tak terkesan macam aritu. Tapi dah kita ni kategori B40, nilai ratus tu terasa sangatlah besar. Lepas buat belanja dapur!

Selalulah ambil peduli duit keluar masuk dalam akaun bank. Macam mana lah org yg tak perasan kan... sedekah namanya.


Waktu tu lagi sejam waktu nak berbuka puasa. Saya cuba buat panggilan ke bank dengan menghubungi nombor telefon yang tertera di belakang kad ATM. Tetapi panggilan saya gagal menembusi talian. Maka, saya menggunakan khidmat FB messenger pada akaun FB bank yang rasmi. Saya hanya tinggalkan mesej pertanyaan mengenai kes yang saya sedang hadapi. Tawakal jer... Samada diorang nak reply ke tak.. janji saya dah usaha menghubungi pihak bank.

Ok. Waktu berbuka puasa. Lepas kemas meja dan sinki, saya menunaikan solat Maghrib. Saya terdengar notifikasi di telefon. Dalam kepala, mungkin FB marketplace. Notifikasi yang selalu muncul jika ada potential buyer nak membeli. Tak pun, FB marketplace tengah buat kemaskini samada produk masih belum terjual atau dah terjual. Notifikasi kali ini adalah daripada pihak bank!!! Cepatnya. Saya ingatkan esok atau lusa paling cepat diorang nak balas.

Alhamdulillah, selepas saya memberi maklumat yang diperlukan, saya diberitahu akan dihubungi oleh pegawai bank untuk bantuan lanjut. Dan sekali lagi saya fikir mungkin paling cepat diorang akan hubungi saya adalah pada keesokan harinya. Rupanya, sangkaan saya salah!

Lepas solat terawih, dalam pukul 10 malam, telefon pintar saya berbunyi (ringtone yg sangat bosan). Ingatkan cik suami, dia memang tau rajin buat panggilan kalau keje dia dah habis. Tapi nombor 03-5891 xxxx yang keluar. Rupanya panggilan adalah daripada pihak bank. Alhamdulillah.

Selepas dihubungi dan diberi penerangan oleh pegawai bank, kad ATM saya dengan rasminya dah tak boleh digunakan lagi. Kad ATM tu saya sangat sayang sebab saya dapat edisi terhad. Gambar pemain-pemain bolasepak kelab Manchester United.😆

Esok pagi, ada pre-auth refund (Alhamdulillah, amaun tu dapat balik) ... dan sedihnya, ada sale debit lebih kurang amaun yang sama. Sudahhhhh.

Tengahari tu dah kebetulan nak keluar untuk urusan bantuan banjir, saya singgah ke cawangan bank yang berdekatan untuk tujuan membuat semula kad ATM yang baharu. Alhamdulillah, tak ramai orang. Dah pula hari Jumaat kan, semua layanan oleh staf-staf wanita. Smooth jer.

Saya juga menceritakan masalah yang terjadi. Dah batalkan kad pun, kang masih ada penolakan. Rupanya, waktu antarabangsa dan kadar tukaran matawang asing pun memainkan peranan. Walaupun dah batal, tetapi transaksi telah pun berlaku.

Syukur waktu tu tukaran turun sikit. Risau, dapat kad baharu pun kang jadi lagi. Mana larat nak ulang buat benda yang sama. Buang masa dan tak efisien disebabkan saya yang mencari rezeki di rumah. Terpaksa tutup platform semata-mata nak melayan masalah ini.

Saya diberikan borang pertikaian atau dispute form untuk diisi. Lepas tu, tandatangan dan scan untuk dilampirkan pada emel yang perlu saya hantar. Dengan itu, segala hal berkaitan dengan kes tersebut, boleh terus thru emel. Selesai.

Alhamdulillah, ketika posting ini dibuat (13 April) wang saya telah dikembalikan ke dalam akaun. Cepatkan? Sebab saya diberitahu paling maksima adalah dalam tempoh 45 hari. Cuma, jumlah amaun kurang RM11.43. Saya rasa caj bank yang dikenakan ke atas saya menyelesaikan kes ini kot. Yer la.. apa-apa pun kena caj. Ingat free ke..

Diharap perkongsian ini, boleh membantu kalian yang mengalami masalah yang sama. Jangan berlengah untuk menghubungi pihak bank secepat yang mungkin untuk pembatalan kad. Lagipun duit simpanan kita kan dijamin  oleh PIDM. So, tuntut hak kita okay.

Lepas ni, saya perlu berhati-hati. Saya tak pasti macam mana benda ni boleh jadi. Cuma kena pastikan berurusan dengan laman web yang menggunakan secured connection sahaja. Sekian.

Sharhanah