🌿 Let's Be Friends

Mangsa Banjir Lari Balik Kampung

Malam ke-2 pun kami terpaksa tidur di rumah jiran memandangkan kerja pembersihan rumah belum siap.



Rupanya, bukan senang nak membersih. Banyak lagi yang belum siap. Baru dapat kumpul pakaian 6 plastik XXL yang perlu dibersihkan. Nak ke dobi berdekatan, semua tak boleh pakai. Out of service.

Patah hati.

Lagi pula hari ke-3 bekalan air tiada. Dengar kata loji dibersihkan. Sudah. Mati akal nak buat keje mencuci. Hanya tinggal air dalam tangki jer. Kena lah berjimat.

Kami hanya dapat bersihkan satu jer bilik anak untuk dibuat tidur. Ada sedikit ruang di ruang tamu yang agak bersih. Bolehlah buat tempat tidur dan solat.


Suami cuti 10 hari  untuk habiskan cuti tahunan sebab nak balik kampung. Sejak dah boleh rentas negeri, kami simpan jer hasrat nak jenguk mak ayah. Nak tunggu hujung tahun, baru dapat kumpul cuti.. Sebab suami bukan senang-senang boleh apply cuti sesuka hati. Mula tu macam tak jadi balik jer, dah la kena hadap banjir. Macam kebetulan pula suami tengah cuti benda ni nak jadi.

Fikir punya fikir, balik jer la. Bukan banyak benda boleh buat dengan bekalan air pun takde. Baik balik kampung, lari dari masalah. Lagipun tak lama, hanya 4 hari 3 malam.

Hari ke-3 tu kami dah tak bermalam di rumah jiran. Sebab hari ke-4 kami dah buat persiapan ala kadar untuk balik ke kampung. Pakaian mana yang ada saja saya packing. Balik pun saya pakai selipar disebabkan kasut saya lembab kena banjir.

Alhamdulillah, time ni bantuan makanan sangatlah meriah. Siap saya bawa balik sikit ke kampung, terutama sekali roti yang tak tahan lama. 

Ada 2 perabot yang masih gagah saya tak buang. Apa-apa pun tunggulah saya balik sini. Kami akan sambung bersih.

Ya, Allah... Waktu ni memang sangat down... Syukur juga kami dah plan awal nak balik kampung. Melegakan sikit keadaan yang sangat serabut. Saya penat fikir, penat fizikal dan penat segala-galanya. Jiran pun cakap, takpe... Balik jenguk mak ayah dulu... Pasal kemas2 dan kerja membersih, biarkan je dulu.

Alhamdulillah.... Kami buat keputusan untuk balik ke kampung juga. Padahal siang tu, saya dah give up nak balik kampung sebab saya ke luar ke Cheras untuk ambil kereta. 7 jam saya sangkut jem di jalan raya, nak balik rumah dalam 6km jer pun. Cian anak-anak tinggal di rumah..dah teruja nak balik kampung.

Lepas Isyak, kami bertolak pulang ke utara. 12 jam baru sampai kampung!!! Setiap RNR kami stop untuk tidur. Fizikal out! Letih dengan banjir. Tapi, semangat nak balik kampung tu menggunung, alhamdulillah...kami selamat sampai pagi esoknya. 

Sharhanah

Banyak Perabot Serbuk Kayu Rosak

Dalam pukul 12 tengahari, air banjir surut. 

Alhamdulillah... Kami dah bersiap-siap nak balik ke rumah. Semua teruja. Salah satunya, anak-anak nak turun nak main air banjir. Memang saya tak kasi lah. Sebab air banjir sangat kotor.

Anak-anak mengintai dari tingkap

Masa kami turun dari rumah jiran, air paras paha. Habis barang jiran yang letak di bawah bergelimpangan. Terfikir macam manalah rumah kami pula.

Kami sekeluarga meranduk air banjir. Keadaan air banjir yang berminyak dengan warna teh susu membuatkan saya terfikir lagi. Habislah... Kena baju jenuh nak menyental.

Sejuk betul air banjir ni. Ingatkan dah tengahari air akan rasa suam macam air laut😅. Punyalah tak pernah merasai air banjir. Macam manalah mangsa yang tak dapat berpindah, menunggu bantuan dalam keadaan macam ni. Allahhu.

Kami sampai di rumah, bot ada di tepi. Itu pun, ramai jer budak-budak yang naik main. Kemain nakal derang yer. Punyalah happy main air banjir. Hurmmm...

Pintu nak masuk rumah pun tak boleh buka. Rupanya, sofa menghalang. Terpaksalah suruh anak laki masuk menerusi tingkap dan menolak sofa tersebut. 

Bila pintu dapat dibuka, rasa macam mimpi pula. Habis perabot rosak, peti ais dan tong gas terbalik, penapis air pun rebah, lantai rumah tak payah cakaplah.

Rupanya, paras banjir malam tadi cecah pinggang. Ada garisan di dinding. TV selamat sebab lagi sikit je air banjir nak kena dia. Fuh! Alhamdulillah... Panjang umur TV tu ya...kami beli masa mula pindah ke sini... Dah 12 tahun.

Saya masuk bilik. Paling berdebar nak tengok katil Coway tu. Bila pegang, takde basah pula. Bersih jer. Cuma katil tu beralih arah. Kain baju atas tilam semua elok tak kena air banjir. Pelik!

Rupanya, katil tu terapung! Frame katil tu jenis kalis air. Patutlah tak teruk kotornya. Syukur sangat-sangat. Kalau tak, habis tilam...habis baju yang saya letak atas katil tu. Usaha saya yang tak seberapa waktu air sedang naik.

Tilam anak-anak habis kena banjir. Yang selamat, tilam anak yang duduk asrama. Dia duduk atas. Dulu merebut sangat dengan kakaknya, semua nak tidur bawah. Sekali, bila jadi macam ni... Baru tahu hikmah duduk di atas.

Paling malang, pakaian anak si bongsu. Habis basah sebab baju dia diletakkan pada aras paling bawah. Mudah nak ambil kekdahnya. Maka, dia soranglah yang takde pakaian bersih. Cian dia. 

Mesin penapis air pun jatuh ke lantai. 

Peti sejuk pun menyembah lantai. Syukur masih elok sehingga kini

Tengok keadaan rumah, dah macam orang lepas mengamuk. Kuat betul arus banjir ni kan. Saya redha. Sudah takdir. Yang pastinya ada hikmah. Bukan saja-saja Allah nak bagi saya merasainya. 

Kami mula membersihkan rumah. Buat setakat yang mampu. Keluarkan perabot-perabot yang rosak. Memang banyak keje. Kadang sampai lupa nak makan. Petang tu barulah bantuan sampai. Alhamdulillah. Jiran-jiran atas yang tidak terkesan sangat dengan banjir banyak membantu jiran-jiran rumah bawah. Merekalah yang hantar makanan rumah ke rumah. Harapkan kami nak ambil di Pusat Perpindahan Banjir (PPS) memang tak lah.

Ada juga jiran atas yang kerugian disebabkan kereta masuk air banjir. Duit juga tu. Kos agak tinggi nak pebaik balik kepada keadaan asal.

Bersambung...

Gelisah

Jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Memang tidur-tidur ayam je. Saya menjenguk ke luar jendela, melihat keadaan rumah kami. Tiada tanda air banjir nak surut pun. Sorang-sorang anak saya bangun. Semua tak mampu nak tidur nyenyak.

Akhirnya, nampak suami depan rumah kami. Tengah menyembang dengan jiran sebelah. Saya apalagi, cari nombor contact dalam group WhatsApps dan terus call jiran tersebut. Saya minta nak cakap dengan suami. Waktu tu dah lega sangat. Suami masuk ke rumah ambil telefon bisnes yang tertinggal. Maka, senanglah kami nak berhubung nanti.

Lebih kurang sejam kemudian, hujan masih turun. Ya, Allah... Paras air semakin meningkat. Banyak kereta yang tenggelam berbunyi tanpa henti. Memang teruslah tak boleh tidur. Jiran bangun dan mengatakan kalau air masih naik, kami terpaksa minta bantuan. Paras air banjir dah paras pinggang. Saya dah mula panik. Sah! PC, tilam, TV, buku2, peti sejuk, mesin basuh di rumah dah tenggelam! 

Bila panik, terus sakit perut. 

Kak June dah bangun dan siap sedia jika perlu berpindah ke tempat yang lebih tinggi. Tapi, masih tiada arahan daripada AJK taman. Macam tak logik pula nak turun nak meredah banjir ke tempat yang selamat. Kang lemas dalam perjalanan. Anak-anak macam mana? Dah la yang kecik tu berdiri pun paras pinggang kita jer. Meredah memang derang tenggelam.

Beberapa kali juga lah air di empangan dilepaskan. Patutlah air banjir ni laju arusnya. Saya call suami, tak diangkatnya. Hati dah gundah gulana. Memang tawakal habislah. Saya doakan agar paras air tak naik lagi memandangkan hujan dan berhenti.

Subuh.

Alhamdulillah, nampak paras air tak naik lagi. Saya kejutkan anak-anak untuk solat subuh. Mudah sungguh diorang bangun kalau tidur di rumah orang😅. Sorang-sorang bangun mengambil wudhu.

Nampak gayanya, macam lama jer kami akan berteduh di rumah jiran. Air banjir nampak tak surut-surut. Anak-anak dah tak sabar nak balik rumah. Saya cakap, air paras buku lali baru kita selamat balik. Semua akur. 

Jiran kami suami isteri bergandingan buat sarapan. Alahai, saya rasa bersalah betul sebab menyusahkan mereka. Bagi mereka, tak ada masalah pun. Huhuhu.. saya malu sebenarnya.

Pukul 8 pagi baru suami nampak di bawah. Suami jiran memanggil-manggil untuk naik bersarapan. Meredah juga la dia nak ke sini. Habis basah kuyup. Jiran sediakan pakaian bersih. Sempatlah suami mandi dan bersarapan. Nampak dia keletihan dan terus tertidur.

Bersambung....