Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Orang yang paling banyak pahala puasa para isteri dan ibu. Apa lagi jika hidangan dimasak dengan ikhlas, berwajah manis, memasak sambil berzikir atau sambil mendengar bacaan ayat suci al-Quran. Lagi la bertambah banyak pahala. Tapi, jangan pula mengeluh. Rugi!
Alhamdulillah, tahun ni nampak betul perbezaan. Saya masak sikit-sikit je. Tong sampah pun tak penuh-penuh. Periuk nasi besar tukar ke periuk nasi kecil. Masak 2 pot nasi je. Kalau bulan biasa, 4 pot sekali masak.
2 orang anak saya tinggal di asrama. Tapi, setiap hujung minggu diorang balik. Saya masak 3 pot nasi kalau mereka ada.
Bazaar Ramadan pun langsung saya tak pergi. Majoriti saya masak sendiri. Ada beberapa menu yang jiran bagi.
Ramadan 1445H
Hari / Menu
1: Nasi Ayam + Buah Melaka
2: Nasi Goreng Ayam + Sandwich Gulung Sosej
3: Nasi Putih + Kari + Ikan Sardin Goreng + Kuih Cara
4: Nasi Putih + Tomyam (beli di kedai makan) + Telur Dadar
5: Nasi Putih + Masak Lemak Udang Kara (udang, jiran kasi) + Megi Goreng
6: Nasi Putih + Sambal Sardin + Dadih (buat dapat 3 bekas besar. Pencuci mulut selama seminggu) + Kek Pisang (beli sebab teringin)
7: Nasi Putih + Ayam Masak Kicap
8. Nasi Putih + Ikan Dory Stim
9. Nasi Putih + Sup Ayam
10. Nasi Putih + Gulai Udang + Buncis Goreng Lobak Merah
11. Nasi Putih + Sambal Sotong + Ikan Bilis Goreng + Buncis Goreng Lobak Merah
12. Iftar bersama keluarga bos (makan luar)
13. Nasi Putih + Sambal Ikan Merah
14. Nasi Putih + Ayam Masak Lemak Cili Padi + Tempe Goreng
15. Nasi Putih + Ayam Goreng Bertelur + Sup Kosong
16. Nasi Briyani Ayam & Kambing (beli di gerai) + Bubur Lambuk (jiran bagi) + Roti John (jiran bagi)
17. Iftar di surau taman perumahan
18. Nasi Putih + Tofu Enoki Fishball + Ayam Goreng Tepung
19. Rendang Ayam Hijau + Tempe
20. Nasi Putih + Kari Sawi + Salmon Bakar + Sambal Belacan + Keria
21. Nasi Putih + Sambal Sotong Rendam + Keria + Telur Dadar
22. Nasi Bryiani Kambing (beli di gerai)
23. Bubur Lambuk (sumbangan Kelab Media Prima)
24. Nasi Putih + Sup Ikan + Salmon Bakar
25. Tomyam Seafood (beli di kedai makan) + Telur Dadar
26. Nasi Lemak + Sayur Kangkung
27. Bihun Sup Utara
28. Nasi Putih + Sardin Sambal + Daging Goreng Jintan
29. Nasi Putih + Rendang Daging + Rendang Ayam
Gambar menu tidak disertakan disebabkan masalah pencahayaan.
Untuk sahur, selalunya makan je menu yang masih berbaki waktu iftar. Kalau habis, baru saya masak. Terpaksalah bangun lebih awal.
Sharhanah
Tahniah ye, sebab berjaya tak pergi bazar ramadan.
BalasPadamSelamat hari raya.. :)
Terima kasih. Cuma tak dapat nak support peniaga disebabkan saya dalam usaha berjimat cermat π«
PadamSepanjang Ramadan, hampir setiap hari menu kami berunsurkan ayam, anak lebih suka ayam berbanding ikan. Kami pulak yang tak lalu makan, jemu.. tapi tetap bersyukur masih ada makanan untuk dimakan.
BalasPadamBetul, ayam sangat menjemukan. Terpaksa jamah jugaπ₯΄
Padamsaya ada la jugak 3-4 kali ke bazar..
BalasPadamOk dah tu daripada hari-hari ke bazar.
Padamsamalah Ana pon tahun ni berjaya tak pergi langsung bazar ramadhan hehe
BalasPadamBazaar Ramadan sebelah taman saya je, tapi nak keluar mak aiiii...jem. Bertambah malas nak ke sana.
Padamsedap2 menu tu, elok juga tu kan. tukar periuk kecil jadi takdelah kita termasak banyak
BalasPadamMenu simple, 1 lauk je. Syukur anak-anak ni jenis tak cerewet.
PadamAlhamdulillah... Kami sekeluarga pun sama berbuka dgn satu dua lauk sahaja.. dan tak sentih bazaar ramadhan ..
BalasPadamTahniah juga kerana tidak membazir dan berjaya melawan nafsu makan.
PadamTahniah . Menu pun tak banyak . CCL pun macam tu juga menu simple sehari ckup dua atau tiha jenis menu lauk pauk atau sayur, tak berapa gemar banyak-banyak jenis lauk lauk ni .
BalasPadamTahun ni juga CCL nerjaya tak jejakkan kaki ke bazar ramadan . So kt situ dah jimat sikit