Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Haaa, pasai apa pulak? Sebenarnya, kulit telur ada struktur yang berpori-pori yang dinamakan Porous.
Sebab tu lah, Allah dah wujudkan satu lagi lapisan pertahanan yang dikenali sebagai kutikula (egg bloom). Fungsi lapisan kutikula ini adalah sebagai pertahanan kepada telur.
Ia akan menghalang udara ataupun bakteria daripada luar daripada persekitaran ni daripada menembusi kulit telur itu dan masuk ke dalam. Unik sungguh ciptaan Allah.
Kalau kita basuh ataupun cuci telur tersebut sebelum kita simpan, akan tertanggallah lapisan kutikula. Maka, tertanggallah juga pertahanan semulajadinya. Lebih cepatlah telur menjadi rosak.
Kadang, geli kot nak simpan telur ayam yang ada najis atau kotoran yang melekat pada kulit telur.
Ada 2 kaedah simpan telur yang telah dibeli;
Pertama, nak cuci dulu pun boleh, tapi.. lepas cuci perlu lap dan keringkan telur tersebut. Kemudian, simpan di dalam bekas yang bertutup dan terus letak di dalam peti sejuk di bawah 4 darjah celcius.
Ingat ya, dalam peti sejuk bukannya dekat pintu peti sejuk. Suhu dekat pintu peti sejuk ni tak stabil disebabkan kita kerap tutup buka dan suhu di dalamnya pun turun naik. Maka lebih cepat telur yang telah dicuci ini rosak.
Kalau simpan secara betul, telur boleh bertahan lebih lama sehingga 2 hingga 4 minggu!
Selepas pembelian kaedah penyimpanan kedua adalah tak payah simpan dalam peti sejuk. Jadi, tak boleh cuci. Simpan je telur di sarang asalnya ataupun carilah bekas yang bertutup dan simpan. Tapi, sebelum masak, masih kena cuci ya. Sebab kulit telur tu kan ada habuk, kotoran yang melekat pada kulit telur, bakteria pada tangan orang yang mengutip telur, maka cuci dan bilaslah. Selepas itu baru pecahkan ke dalam bekas atau kuali.
Perlu tutup untuk telur tahan lebih lama |
Tanda-tanda Telur Telah Rosak
- Berbau busuk dan hanyir
- Warna putih telur berubah
- Kulit berlendir (tanda bakteria)
- Telur terapung dalam air (telur lama)
- Kulit retak (wajib buang)
- Tarikh tamat tempoh
- Kulit ada lapisan berdebu (tanda kulat)
*Jika rasa ragu-ragu jangan makan! Salmonella menyebabkan demam, muntah, cirit dan kematian.
Disebabkan peti sejuk saya bersaiz comel, saya guna kaedah kedua. Korang guna kaedah yang mana satu?
Sharhanah
good sharing... tq!
ReplyDeleteYou're welcome
Deletebergantung pada keadaan telur...kikiki
ReplyDeletekadang2 tak basuh, kadang2 simpan dalam peti sejuk...
Saya alert lepas beli 1 papan telur dekat pasar. Habis semua rosak. Rupanya telur lama. Serik betul.
DeleteNice sharing ..bleh try nih
ReplyDeleteTq. Silakan...
DeleteLately beli telur asyik dapat yang dah x elok dan busuk. Haish...
ReplyDeleteSama.... saya rasa, lambakan stok telur. Dulu payah sungguh nak beli. Asyik habis je. Bila banyak, dapat telur lama pula.
Deletekalau simpan suhu bilik berapa lama ye tahan?
ReplyDelete2 minggu je. Kadang tak sampai 2 minggu dah boliauuu.
DeleteDulu saya guna kaedah pertama tapi sekarang guna kaedah kedua lagi senang dan praktikal. Bila nak guna.. amik, cuci dan masak.
ReplyDeleteKannnn... lebih praktikal
DeleteSaya simpan dalam peti ais, tanpa cuci dulu. Dengan papan-papan (bekas telur) dia masuk. Bila nak guna, baru cuci telur. Sebab ada 2 peti ais, saya gunakan peti ais belakang, jadi tak campur dengan peti ais makanan segar. Lagi satu, bila kita tahu kedai mana jual telur segar, beli kat situ je. Bukan semua kedai jual telur fresh sekarang. Kalau kedai jual telur fresh, orang datang beli sekali 2-3 papan, dan stok cepat habis.
ReplyDeleteBetul juga. Terima kasih atas perkongsian cadangan ni.
Deleteldy cuci dlu... tp sekejap shj hbs sebab kami mkn protein byk.. xsempat membusuk...
ReplyDeleteItu yang sebaiknya. Senang tak payah pening kepala kalau telur tersimpan lama.
Delete