Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Jangan tak percaya, nasi goreng juga boleh menyebabkan kita keracunan makanan. Ia bukan daripada hidangan nasi goreng berkenaan, tetapi disebabkan oleh cara mengendalikan nasi tu sebelum digoreng. Itu pointnya.
Sebenarnya, semua beras yang belum dimasak ada spora kuman bacillus cereus. Walaupun beras telah menjadi nasi, spora boleh survive jika nasi tersebut terdedah pada suhu bilik melebihi 4 jam. Ini kerana masa itu sudah cukup menyediakan satu persekitaran yang selesa untuk spora ini aktif. Contohnya kelembapan, suhu, pengudaraan dan nutrisi.
Mungkin kita sangka, memanaskan atau menggoreng nasi yang telah terdedah ini boleh mematikan kuman ini, jawapannya TIDAK. Dalam tempoh 1-5 jam kita makan nasi goreng yang penuh dengan kuman Bacillus Cereus ini, gejala muntah dan cirit akan muncul.
Jadi, apa tips simpan nasi supaya nasi selamat untuk dimakan?
Nasi yang telah dimasak atau kalau tak abis dimakan, boleh terus simpan dalam bekas yang bertutup di dalam peti sejuk (tidak lebih daripada tempoh 24 jam ye). Lepas tu boleh panaskan secara sekata dan menyeluruh. Ingat, nasi goreng yang tak habis jangan dipanas berkali-kali tau!
Bismillah.
Hati-hati membeli nasi goreng yang dijual,
Sharhanah
ye betul tu bakteria akan merebak pada suhu bahaya 5c - 63c. Memang kena simpan betul2 dalam fridge dan masak betul2.
ReplyDeletePatutlah makanan tak elok dibiarkan terdedah di udara.
DeleteBetul tu...sebab tu SA kalau msak nasi ngam- ngam aje supaya xde lebihan yang melampau...
ReplyDeleteNak buang sayang...
DeleteOh yer ke... Barulah tahu.. selama ni nasi 3 hari dlm peti ais pun kita bantai buat nasi goreng hahaha.. thanks atas perkongsian.
ReplyDeleteSelagi perut individu tu boleh terima nasi tu, rasanya takde masalah. Yang susah sikit ni jenis perut sensitif.
Deletelady biasa simpan nasi dlm peti ais...
ReplyDelete