Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Anak-anak saya, seorang je yang ambil kerja melipat kain. Ya, anak nombor dua. Tapi, dia tinggal di asrama. Kalau dia takde, maka... kerja-kerja melipat adalah tugas hakiki emaknya lah.π
Anak sulung, tugas mencuci pinggan mangkuk dan menyidai pakaian. Manakala anak nombor 3, tugas mengutip pakaian di ampaian. Si bongsu? Tukang menyemak baju.π
Sengaja berkongsi di sini, ilmu melipat kain untuk rujukan anak-anak saya. Semoga pandai melipat dan buat kerja dengan ikhlas okey.
Ada 11 langkah untuk melipat baju kemeja. Sila rujuk pada gambar.
Langkah 1: Bentangkan baju Langkah 2: Terbalikkan ke belakang |
Langkah 5 dan Langkah 6: Ikut je gambar. Hehehe Langkah 7: Lengan sebelah kanan, lipat ke sebelah kiri Langkah 8: Lengan sebelah kiri, lipat ke sebelah kanan |
Langkah 9: Bahagian bawah, lipat ke atas Langkah 10: Naikkan lagi lipatan tadi mengenai kolar Langkah 11: Terbalikkan baju kemeja. Siap! Macam baru beli dekat kedai. Cuma takde plastik je. |
macam senang dan boleh follow. tapi nak guna diwaktu harian kadang2 tu lupa hehehe
ReplyDeleteMelainkan hari-hari ada baju kemeja lengan panjang kena lipat, sah-sah tak lupa...hehehe. Keluarga saya jarang atau tak ada langsung kena pakai baju kemeja jenis ni. Pekerjaan suami perlu pakai corporate t-shirt je setiap hari. Tak perlu seterika baju, lega satu bab.
Delete