Cara Lipat Kemeja Lengan Panjang

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Anak-anak saya, seorang je yang ambil kerja melipat kain. Ya, anak nombor dua. Tapi, dia tinggal di asrama. Kalau dia takde, maka... kerja-kerja melipat adalah tugas hakiki emaknya lah.๐Ÿ˜…

Anak sulung, tugas mencuci pinggan mangkuk dan menyidai pakaian. Manakala anak nombor 3, tugas mengutip pakaian di ampaian. Si bongsu? Tukang menyemak baju.๐Ÿ’ญ

Sengaja berkongsi di sini, ilmu melipat kain untuk rujukan anak-anak saya. Semoga pandai melipat dan buat kerja dengan ikhlas okey.

Ada 11 langkah untuk melipat baju kemeja. Sila rujuk pada gambar.


Langkah 1: Bentangkan baju
Langkah 2: Terbalikkan ke belakang


Langkah 3: Lengan baju, lipat ke kiri
Langkah 4: Naikkan lengan baju tadi ke atas

Langkah 5 dan Langkah 6: Ikut je gambar. Hehehe
Langkah 7: Lengan sebelah kanan, lipat ke sebelah kiri
Langkah 8: Lengan sebelah kiri, lipat ke sebelah kanan 


Langkah 9: Bahagian bawah, lipat ke atas
Langkah 10: Naikkan lagi lipatan tadi mengenai kolar
Langkah 11: Terbalikkan baju kemeja. Siap! Macam baru beli dekat kedai. Cuma takde plastik je.


Boleh ambil upah melipat pakaian lah lepas ni. Hehehe.

Pernah dulu, lepas kena retrenchment. Saya terfikir nak ambil upah melipat pakaian memandangkan depan perumahan saya ni ada 4 kedai dobi layan diri. Tapi, tak berani la pula. Huhuhu

Sharhanah

2 comments:

  1. macam senang dan boleh follow. tapi nak guna diwaktu harian kadang2 tu lupa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melainkan hari-hari ada baju kemeja lengan panjang kena lipat, sah-sah tak lupa...hehehe. Keluarga saya jarang atau tak ada langsung kena pakai baju kemeja jenis ni. Pekerjaan suami perlu pakai corporate t-shirt je setiap hari. Tak perlu seterika baju, lega satu bab.

      Delete