Cara Yang Betul Mencuci Rambut

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Nak tahu cara betul mencuci rambut? Jom baca tips di bawah ini;

Urut kulit kepala dengan lembut semasa bersyampu. Mengurut kulit kepala, dapat merangsang folikel rambut untuk membantu ia tumbuh lebih cepat.

Jangan letak syampu terlalu banyak! Ia akan menanggalkan minyak semula jadi rambut.

Apabila membilas, pastikan membilas dengan teliti supaya buih syampu tidak ada pada rambut.

Jangan letak perapi terus di kepala. Sapukan perapi pada hujung rambut terlebih dahulu.

Gunalah syampu yang sesuai dengan rambut anda. Jika anda mempunyai rambut berminyak, tidak masuk akal untuk menggunakan syampu ultra-pelembap.

Kita mungkin hanya perlu mencuci rambut sekerap 3x seminggu, bergantung pada jenis rambut juga. Mencuci berlebihan sebenarnya boleh menyebabkan rambut kita menghasilkan lebih banyak minyak.

Sharhanah

2 comments:

  1. boleh follow ni. saya menghadapi masalah keguguran rambut yang agak serious. saya tak tahu apa punca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak faktor sebenarnya. Salah satunya disebabkan hormon. Seeloknya jumpa pakar.

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...